Showing posts with label GST. Show all posts
Showing posts with label GST. Show all posts

Wednesday, 8 August 2018

[Video Bila UMNO Minta Lim Guan Eng Letak Jawatan, Ini Yang Jelutong & Kapar Buat] Parlimen lulus usul RUU MEMANSUHKAN GST! LGE - “Akhirnya, GST sudah mati” & Al-Fatihah, GST! 'Umno tak boleh buang masa pertahan Najib'.

Khamis, 9 Ogos 2018

Foto Suara Rakyat.
Alhamdulillah,

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan rang undang-undang memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas 3 tahun dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Akhirnya, GST sudah mati,” kata Menteri Kewangan Lim Guan sejurus RUU diluluskan, disambut oleh “Al-Fatihah, GST” oleh seorang wakil rakyat.

KETIKA GST dilaksanakan:
"Harga barang boleh turun kerana GST" - Ahmad Maslan

KETIKA SST bakal dilaksanakan:
"Kerajaan tidak menjamin harga barang tidak akan naik selepas SST dilaksanakan. Jika ada naik kenaikan itu tidak setinggi kesan GST" - Lim Guan Eng

'Umno tak boleh buang masa pertahan Najib'

Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa berkata parti itu tidak boleh lagi membuang masa mempertahankan bekas presiden Datuk Seri Najib Razak.
Beliau juga menyifatkan Najib - yang kini berdepan tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram - sebagai "beban" yang tidak lagi boleh dipikul Umno.
“Kami perlu teruskan perjalanan ini. Kami tidak akan tunggu. Kami tidak akan bazirkan masa mempertahankan Najib.
“Kami dalam Umno tidak boleh bawa beban ini selamanya. Perlu diputuskan. Jika ini semua tanggungjawab beliau (Najib)," katanya (gambar) seperti dipetik The Malaysian Insight.
Kenyataan itu sehari selepas Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Najib tetap perlu dihormati.
Zahid mengulas kenyataan bekas menteri Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang berkata Najib tidak seharusnya berkempen untuk BN di PRK Sungai Kandis minggu lalu.
'Takkan kerana seorang'
Sementara itu, Annuar berkata Umno perlu menumpukan usaha membina semula parti itu kerana ia lebih penting daripada mana-mana individu.
“Najib hanya satu orang, tidak ada orang yang amat diperlukan. Najib bukan lagi presiden parti, bagi saya beliau hanya ahli parti. Sama ada orang sokong dia atau tidak, ia tidak penting.
"Parti lebih penting berbanding mana-mana individu. Najib sudah melepaskan semua jawatannya dan kini parti di bawah pentadbiran baru. Kami akan buat dengan cara baru.
"Kami tidak akan tunggu Najib selesaikan kesnya di mahkamah,” kata anggota parlimen Ketereh itu lagi.
Annuar merupakan pembela Najib paling lantang dalam berhubung skandal 1MDB sebelum kekalahan BN pada PRU ke-14.
Namun beliau kini nampaknya menjarakkan diri daripada isu itu kini.
Dulu pemimpin Umno bertanggungjawab mempertahankan Najib kerana beliau adalah perdana menteri dan presiden parti, katanya lagi.
"Saya fikir ia sangat mudah. Najib dulu perdana menteri dan presiden parti. Bila ada kontroversi, kami ada etika asas tertentu, amalan dan juga tradisi.
"Ada prinsip tanggungjawab kolektif dan kecenderungan untuk meragui kepimpinan tertinggi berkenaan perkara tertentu," katanya.
Bukan Umno undang Najib
Berhubung penglibatan Najib di Sungai Kandis, Annuar menyuarakan perkara sama seperti Zahid iaitu kehadirannya atas jemputan calon BN Datuk Lokman Noor Adam.
"Apabila kita semak, calon kita Lokman yang jemput dia. Kita tidak halang (Najib) kerana dia ahli parti.
"Hendak kata strategi utama kita ialah menjadikan Najib sebagai jurukempen utama adalah salah. Itu saya boleh jamin, bukan strategi kita. Keputusan kita ialah kempen di Sungai Kandis tanpa Najib," katanya.
Lokman tewas di tangan calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni dengan hanya mendapat 38 peratus daripada jumlah undi.
Malaysiakini.
Read More

Sunday, 11 March 2018

[Video John Malott: Najib musnahkan segala pencapaian Tun M & Derma RM2.6 bilion Najib itu hasil rompakan 1MDB] RoS pilih kasih bukti Putrajaya tidak lagi demokratik, kata Dr Mahathir.

Ahad, 11 Mac 2018


Image may contain: car

Tumpang sekole

RoS pilih kasih bukti Putrajaya tidak lagi demokratik, kata Dr Mahathir

RoS pilih kasih bukti Putrajaya tidak lagi demokratik, kata Dr Mahathir
Dr Mahathir Mohamad membandingkan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang didakwa sengaja melengahkan isu pendaftaran Bersatu tetapi bersedia meluluskan penangguhan mesyuarat agung Umno. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Mac, 2018.

SIKAP pilih kasih Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (Ros) dalam menangani isu kesahihan pendaftaran Bersatu dan Umno petunjuk bahawa Putrajaya yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN) bukan lagi sebuah kerajaan yang demokrasi, kata Dr Mahathir Mohamad.
Beliau membandingkan tindakan RoS yang didakwa berlengah-lengah dalam menentukan kesahan pendaftaran Bersatu tetapi bersedia meluluskan penangguhan mesyuarat agung Umno yang didakwa bertentangan dengan perlembagaan parti,
Dr Mahathir, yang juga bekas presiden Umno selama lebih 20 tahun, berkata sebagai sebuah agensi kerajaan RoS perlu bersikap neutral dan melayan semua pelanggannya dengan saksama namun itu tidak berlaku.
RoS sebaliknya bersikap memihak kepada parti kerajaan, tambah pengerusi Pakatan Harapan itu.
"Apabila kerajaan tidak lagi menghormati kedaulatan undang-undang, ia tidak boleh dianggap sebagai sebuah kerajaan yang demokrasi.
"Dalam kes kerajaan Najib, jelas ia tidak demokratik. Dengan tidak demokratik, tindakannya pada pilihan raya akan akan mengesahkan sejauh mana ia menyimpang atau tidak," tulis Dr Mahathir di blognya, hari ini.
Menurut Dr Mahathir, RoS "gagal menjalankan tanggungjawab" apabila enggan mengesahkan sudah menerima surat-surat yang dikirimkan oleh Bersatu untuk menyemak berhubung soal pendaftarannya sebagai sebuah pertubuhan.
Ini bukan kali pertama Bersatu menuduh RoS tidak bertanggungjawab.
Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim sebelum ini menafikan beliau gagal menjalankan tugasnya sebeliknya berkata beliau melaksanakan tanggungjawab berdasarkan undang-undang mengikut Akta Pertubuhan 1966.
Surayati semalam dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan mengeluarkan notis pembubaran terhadap Bersatu sekiranya parti itu gagal menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen yang diminta oleh jabatan itu sebelum 29 Mac ini.
Beliau menambah walaupun tempoh masa yang ditetapkan mengikut Akta ialah tujuh hari tetapi pihaknya memberikan waktu yang lebih panjang iaitu 30 hari.
“Jika pihak Bersatu gagal menyerahkan maklumat dan dokumen yang diminta sebagaimana notis yang dikeluarkan menurut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan tersebut, tindakan susulan daripada RoS adalah mengikut Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan iaitu mengeluarkan satu perintah pembubaran ke atas Bersatu.
“Notis tersebut diserahkan kepada Setiausaha Agung Bersatu, Shahruddin Md Salleh," kata kenyataan itu.
Tindakan RoS ini bersabit dakwaan sayap pemuda Bersatu yang dinamakan Armada tidak ada dalam perlembagaan parti dan jabatan itu belum meluluskan pindaan perlembagaan mengenainya.
Bersatu mengadakan mesyuarat agungnya pada 30 Disember tahun sebagai memenuhi tuntutan RoS supaya parti itu mengadakan mesyuarat tahunannya "pada tahun ini (2017)".
RoS sementara itu mengesahkan kelulusan permohonan Umno untuk perlanjutan mengadakan pemilihan jawatan di peringkat Majlis Tertinggi bagi 2017.
RoS sebelum ini berkata perlanjutan itu selaras dengan peruntukan perlembagaan Umno Fasal 10.17, yang memperuntukkan penangguhan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan, yang tidak boleh melebihi 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan.
Menurut RoS, Umno menetapkan supaya pemilihan tersebut diadakan pada 19 April 2019.
Peguam Dr Mahathir, Haniff Khatri Abdulla seminggu sebelum itu mendakwa Umno telah melanggar perlembagaan parti yang hanya memperuntukkan tarikh mesyuarat cawangan mereka hingga April tahun ini dan RoS sepatutnya menguatkuasakan dengan saksama peraturan di bawah Akta Pertubuhan.  – 11 Mac, 2018.
TMI.
Read More

Wednesday, 21 February 2018

[Video PH Digeruni UmnoBN & Najib, Janji-janji Mu Janji Dicapati] Orang Langkawi berhati-hati dengan janji & Kalau Najib tak disekat, 2021 hutang negara akan cecah RM1,000,000,000,000 (1 trilion).

Khamis, 22 Februari 2018



Orang Langkawi berhati-hati dengan janji


Terima kasih Tun Dr Mahathir Mohamad, syabas orang Langkawi tapi maaflah orang Kedah yang lain.
Semata-mata kerana ura-ura Dr Mahathir akan bertanding di Langkawi, Perdana Menteri Najib Abdul Razak, dengan murah hati janji (saya ulang, JANJI) peruntukan RM1,300,000,000 (RM1.3 bilion).
Begitulah “power”nya Dr Mahathir. Cakap saja kata dia nak bertanding di Langkawi, terus peruntukan berbilion dijanjikan.
Kata tak takut. Kata Dr Mahathir orang tua nyanyuk. Kata dia Mahathir Kutty. Kata dia tunduk kepada DAP. Kata parti dia parti serpihan.
Tapi cakap saja dia nak bertanding di Langkawi, Najib pun melawat tak berhenti-henti dan buat macam-macam janji.
Tapi orang Langkawi baik berhati-hati. Janji Najib ini banyak jenis wal hasil balik asal itu pasal tak hasil. Jenis kulit tebal tapi isi nipis.
Kalau tak percaya, kaji baliklah janji pilihan raya umum 2013. Dia janji nak bagi itu dan ini. Nak turunkan harga kereta dan macam-macam lagi. Tapi harga tak turun. Naik ada. Yang jatuh merudum adalah taraf hidup rakyat jelata.
Janji dimungkiri
Tak sampai dua tahun lepas menang tipis, Najib dengan tidak fikir panjang laksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) seolah-olah mahu hukum rakyat jelata yang tak bagi dia kemenangan dua pertiga.
Kita tahu GST adalah cukai yang Perdana Menteri sebelum Najib tolak tapi Najib dengan bangganya nobatkan sebagai penyelamat negara.
Sepatutnya bila menang kecil, Najib fikirlah cara ambil hati rakyat jelata supaya mereka kembali sokong Barisan Nasional (BN). Sebaliknya dia hukum rakyat jelata, termasuk yang sokong BN, dengan bebankan GST ke atas mereka.
Tapi Najib tak peduli semua itu. Bagi dia, janji boleh dimungkiri. Macam-macam alasan boleh dibagi. Dia kata rakyat didahulukan. Tapi keluh kesah rakyat jelata tidak dipedulikan.
Yang dia dengar adalah cakap para penasihat dan perunding dalam dan luar negara yang kiblatnya kapitalisme dan syahadahnya pasaran terbuka.
Jadi apabila harga minyak mentah jatuh dan hutang negara naik mencanak, jawapan mudahnya adalah mencukai rakyat jelata.
Maka GST pun dimanterakan sebagai cukai paling adil dan paling saksama. Kali ini Najib tak bohong. GST tidak pilih mangsa. Orang kaya, orang senang, orang papa kedana, orang buta, pengemis dan orang yang dapat zakat semuanya kena GST.
Najib kata enam peratus saja. Negara lain lagi tinggi. Tapi dia tak cakap pula pasal kenaikan harga berganda kerana GST dikenakan di setiap peringkat pemprosesan dan pertukaran tangan.
Awas orang Langkawi
Jadi rakyat Langkawi kena berhati-hati. Manalah tahu, bukan mereka yang Najib sayangi tapi Dr Mahathir yang dia benci dan takuti.
Siapa yang majukan Langkawi kalau bukan Dr Mahathir? Dan tempat manakah yang menjadi tapak berpijak terawal bagi Dr Mahathir kalau bukan Langkawi? Dia doktor kerajaan terawal di pulau Mahsuri.
Najib hanya peduli Langkawi apabila ia sudah maju dan rakan sekutunya macam Peter Sondakh mula bertapak dengan projek raksasa berbilion ringgit.
Bagi orang Kedah yang lain, maaflah. Pertanian dan luar bandar bukan keutamaan Najib. Luar bandar dan rancangan Felda hanya berguna waktu pilihan raya.
Dalam pertemuan terakhir dengan Najib banyak tahun lalu, saya tanya apa sumbangan dia kepada orang luar bandar menggunakan duit yang dijimatkan daripada pemotongan subsidi minyak?
Saya kata, dia belanja berpuluh bilion bina MRT di Lembah Klang. Pasal apa tak belanja sikit untuk naikkan taraf projek pertanian macam Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) supaya setaraf dengan Sekinchan?
Dia kata “too expensive” (terlalu mahal). Saya tanya berapa? Dia kata RM2.3 bilion. Saya baca berita kata, MRT sudah telan belanja lebih RM32 bilion.
Itu belum kira projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) konsesi China (RM55 bilion), kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura yang dianggarkan berharga RM70 bilion, pelabuhan China Kuantan, pelabuhan China Melaka dan macam-macam lagi projek urbanisasi.
Jadi janji RM1.3 bilion kepada orang Langkawi ini hanyalah tahi gigi. Najib peduli apa. Yang nak bayar balik hutang negara bukan dia tapi kita dan anak cucu kita. Tahun ini bayar bunga hutang saja RM31 bilion.
Sejak dia jadi Perdana Menteri pada tahun 2009 hutang negara naik 10 peratus setiap tahun. Kalau tak disekat, pada tahun 2021 hutang negara akan cecah RM1 trilion (RM1,000,000,000,000).
Apa kesan semua ini kepada rakyat jelata? Kita dibebankan dengan GST, nilai ringgit kita merudum, harga barang pengguna naik mencanak, biasiswa dipotong, hutang pendidikan tinggi dikurangkan, kerja tak ada, lulusan universiti jual nasi lemak dan bawa kereta sewa, hatta ubat di hospital pun dicatu.
Inilah hasil “17 Aku janji BN kepada rakyat” pada PRU 2013. Aku janji bertukar jadi janji dimungkiri. Jadi orang Langkawi dan rakyat jelata di seluruh negara berjaga-jaga dan berhati-hati.
Najib akan janji bulan, bintang dan matahari asalkan dia terselamat daripada sebuah mimpi yang amat ngeri.
Wallahuaklam.
*Tulisan ini kali pertama disiarkan di http://kadirjasin.blogspot.my
*Datuk A Kadir Jasin adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM dan merupakan wartawan veteran.


Read More

Sunday, 18 February 2018

[Video Jangan biarkan 'perompak 1MDB' Jho Low lepas, bebas selepas PRU14] Pakatan Harapan KOMITED hapuskan GST & Adakah RAKYAT masih sanggup bayar GST? "Ayuh kita kuburkan GST & UmnoBN sekali harung!"

Isnin, 19 Februari 2018
Foto Rafizi Ramli.
1 April 2018, genap 3 tahun rakyat Malaysia terbeban dengan cukai rakus GST(Cukai Barangan dan perkhidmatan). Banyak kesan yang terpaksa ditanggung rakyat seperti kenaikkan harga barang dan sebagainya.

Sampai bila rakyat mampu bertahan membayar cukai 6% tersebut sekiranya harga barang semakin naik dan gaji pada tahap yang sama?

Jika rakyat tidak sanggup untuk menanggung cukai yang dikenakan, perlulah terjemahkannya semasa Pilihanraya Umum ke-14.

Pakatan Harapan merupakan pilihan untuk rakyat kerana PH telah bertekad dan komited akan memansuhkan cukai GST sekiranya mentadbir.
Image result for Gambar GST akan naik jika BN menang
'Jangan undi BN lagi kalau anda benci dengan GST yang membebankan rakyat Malaysia'.
Read More

[Video PH sudah membariskan tokoh - tokoh berpengalaman untuk mengambil alih Putrajaya] Najib sumber BERITA PALSU antaranya GST, Derma RM2.6 bilion, dan Jual Tanah Felda Jalan Semarak.

Isnin, 19 Februari 2018

Foto Rafizi Ramli.

Jawatankuasa khas telah dibentuk bagi mengkaji undang-undang baharu bagi membendung berita palsu yang diketuai Menteri Undang-Undang Datuk Seri Azalina Othman Said tidak memberi keyakinan kepada orang ramai.

Ini adalah kerana keanggotaan jawatankuasa itu yang terdiri daripada menteri kabinet, polis, Pejabat Peguam Negara, ahli NGO dan anggota parlimen, yang memungkinkan ia dijadikan 'senjata' oleh pihak berkuasa bagi menganiaya seteru politik.

Jawatankuasa itu kelihatan tidak bebas kerana Putrajaya dan BN kini merupakan "pengeluar terbesar berita palsu".

Antara berita palsu yang dibuat adalah dari Barisan Nasional sendiri, contohnya:

1) Kutip cukai GST, harga barang akan turun - Dato’ Ahmad Maslan

2) Saya dapat derma RM2.6 bilion masuk akaun saya dari raja Saudi - Dato’ Seri Najib

3) Felda telah dapat kembali tanah-tanah di Jalan Semarak - Tan Sri Shahrir Samad

Read More

Wednesday, 24 January 2018

[Video GST, 2 6 Bilion isu popular sembang kedai makan di Sarawak] Mufti: Taubat paling baik buat Dr M ialah kembali jadi PM.

Khamis, 25 Januari 2018

FOR DR M, WHAT MATTERS IS NOW & THE FUTURE: FOR NAJIB, JAIL & RESPONSIBILITY FOR 1MDB DEBACLE THE ONLY OPTION

Mufti: Taubat paling baik buat Dr M ialah kembali jadi PM

GEORGE TOWN: Mufti Pulau Pinang berkata taubat paling baik buat seorang ahli politik seperti Tun Dr Mahathir Mohamad ialah kembali membetulkan kezaliman dan kejahatan yang dikaitkan dengannya.
Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor berkata orang Islam harus faham bahawa taubat bukan sahaja diucapkan melalui kata-kata seperti beristighfar tetapi yang lebih utama dilakukan dengan perbuatan dan amalan.
“Jika seorang hamba Allah yang pernah menjadi pemimpin atau pemerintah dan banyak melakukan kezaliman dan kejahatan ketika memimpin rakyat jelata dan memerintah negara, maka taubat yang paling baik ialah dengan menegakkan keadilan dan melakukan kebajikan jika dia berpeluang kembali berkuasa.
“Jadi jika Dr Mahathir ada berniat untuk bertaubat dengan cara yang demikian maka eloklah jika dia kembali memegang kuasa dan menjadi pemimpin negara sekali lagi,” katanya kepada FMT.
Wan Salim mengulas kenyataan penceramah kontroversi Zamihan Mat Zin baru-baru ini, yang antara lain menyeru Dr Mahathir masuk sekolah pondok dan bertaubat atas dosa-dosanya semasa memerintah negara selama 22 tahun.
Dr Mahathir, 93, yang mempengerusikan Pakatan Harapan, adalah calon gabungan itu untuk perdana menteri.
Salim berkata orang Islam yang baik mesti bertaubat daripada segala dosa dan kesalahan sementara kesempatan masih ada.
Oleh itu, sekiranya Dr Mahathir ingin kembali ke arena politik dengan hasrat untuk memperbetulkan kesilapan, maka tiada salahnya dari sudut pandangan Islam.
“Tetapi jika tujuan beliau hanya untuk kepentingan diri, keluarga atau kroni maka tindakan sedemikian adalah salah dan merupakan suatu yg tidak wajar dilakukan,” katanya.

Read More

[Video Ambil Ang Pau, jangan undi UmnoBN & Dialog 1MDB - GST bersama warga Tionghua] JANJI OH JANJI GST! Ada sesiapa mahu percaya janji Najib UmnoBN ini?

Khamis, 25 Januari 2018

Image result for Gambar janji GST

Related image

Image result for Gambar janji GST

JANJI OH JANJI

Perdana Menteri, Najib Razak mengulangi pendirian kerajaan bahawa kadar cukai GST akan kekal pada kadar 6 peratus.

Saya beri jaminan, kerajaan tiada cadangan menaikkan kadar GST, katanya.

Ada sesiapa mahu percaya janji ini?

Ini namanya janji bulan madu sebelum pilihanraya, selepas menang dan dapat kuasa, sudah pasti lain ceritanya.
Ketika itu, pelbagai alasan dan rasional akan diketengahkan untuk menghalalkan tindakan menaikkan kadar GST.
Oleh kerana undi dan mandat sudah diberi, jika itu berlaku, alamatnya terpaksalah menderita lima tahun lagi.
Masih ingat apa janji orang yang sama sebelum ini?
Antaranya ialah tidak menaikkan kadar minyak dan menurunkan harga kereta secara berperingkat-peringkat demi keselesaan rakyat kononnya.
Tetapi, apa jadi akhirnya?
Adakah janji-janji itu sudah ditunaikan sekarang ini?
Jadi, adakah kita mahu percaya satu lagi janji manis daripada orang yang sama? (ShahbudinHusin 24/01/2018)

Read More

Thursday, 21 December 2017

[Video Bakpo Ambo Nnanyo] Respon kpd AMARAN KERAS Pembantu Khas Rosmah kepada Juara GV4 AISHAH.

Jumaat, 22 Disember 2017

Image result for Gambar GST membebankan rakyat

Image result for Gambar GST membebankan rakyat
Foto Parti Amanah Negara.

RESPON KEPADA AMARAN KERAS PEMBANTU KHAS ROSMAH KEPADA AISHAH
Saya tertarik untuk mengulas sedikit berkaitan amaran keras yang telah diberikan oleh PEMBANTU KHAS Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia kepada para artis khususnya Juara GV4, Wan Aishah Wan Ariffin ataupun lebih dikenali sebagai Aishah.
Aishah adalah salah seorang Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (Amanah).
Beliau bukan ahli biasa atau pimpinan peringkat rendah dalam parti yang selayaknya dituduh dan dilabel sebagai "dipergunakan oleh pembangkang".
Sebaliknya, Aishah turut merupakan pimpinan peringkat Nasional. Kedudukan beliau di situ adalah kerana keupayaan serta kekuatan Idea dan Karisma kepimpinannya.
Aishah secara peribadi bukan saja memiliki bakat seni yang hebat, bahkan bakat kepimpinan, idea serta ideologi perjuangan yang baik untuk Malaysia.
Malah, beliau mempunyai pandangan yang baik darihal bagaimana membangunkan Industri Hiburan dengan menjadikannya sebagai satu bidang serta kerjaya yang seharusnya diurus dengan profesionalisma yang tinggi. Sekaligus kebajikan para artis dan kumpulan sokongan (produksi) diberikan perhatian tersusun secara kolektif dan efektif.
Justeru, amaran saudara Rizal Mansor itu sejujurnya sangat lucu dan boleh kita sifatkan sebagai satu lagi sikap tipikal serta usaha stereotaip umno bn dalam memandang serta meletakkan kredibiliti sekaligus intelektualisma para artis pada tahap yang sangat rendah.
Hakikatnya Artis juga adalah sebahagian daripada entiti rasmi dalam negara. Hak mereka dijamin oleh Perlembagaan sama seperti hak semua rakyat dalam kelompok kerjaya berbeda masing-masing.
Artis bukan mesin dan robot seni yang hanya diambilkira pandangan serta kewujudan mereka sebagai penghibur dan terhad kepada industri hiburan semata-mata.
Mereka adalah insan rakyat yang juga punya kemuliaan dan kebebasan bersuara. Sekaligus setiap mereka berhak menyatakan sikap serta pendirian yang bukan sahaja dalam bidang seni, tetapi bidang kehidupan yang lebih besar yang mana artis sendiri adalah sebahagian daripada kelompok sosial itu.
Mereka boleh memilih untuk bersama dengan mana-mana parti, sama ada Umno Bn atau Pakatan Harapan ; mana-mana yang mereka yakini upaya membela kehidupan dan masa depan mereka khususnya dan rakyat serta negara amnya.
Berikan hak itu kepada mereka. Kemudian biarkan mereka mengendalikannya secara profesional dan matang.
Politikus pemerintah tidak perlu khuatir dan risau dengan perkembangan ini.
Politik propaganda menekan rakyat berbeda kecenderungan politik dan politik "instill fear" harus dihentikan segera. Dunia dan manusia, tamaddunnya sudah jauh ke hadapan kini. Jangan uruskannya dengan cara dan skill lama yang ketinggalan zaman.
AIMAN ATHIRAH AL-JUNDI
Ketua Penerangan
Wanita Pakatan Harapan Malaysia/
Jawatankuasa Pimpinan Nasional
Parti Amanah Negara (AMANAH)
20 Disember 2017, 09:10
Read More

Tuesday, 12 December 2017

[Video KEMARAHAN rakyat semakin membara Isu 1MDB, Barang Mahal, GST, Felda, FGV, marah Najib Kleptokrasi & Sheila Majid] PH anjur himpunan bantah Trump Jumaat ini.

Selasa, 12 Disember 2017

Image result for Gambar najib dan Trump

Pakatan Harapan anjur himpunan bantah Trump Jumaat ini

Pakatan Harapan anjur himpunan bantah Trump Jumaat ini

Pakatan Harapan akan menganjurkan himpunan membantah Donald Trump di hadapan bangunan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara pada Jumaat ini.

Menurut kenyataan bersama pimpinan gabungan pembangkang tersebut hari ini, protes berkenaan bagi menegaskan rasa kecewa terhadap pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Keputusan sepihak Trump itu jelas tidak membantu usaha damai konflik panjang di rantau Asia Barat khususnya di Palestin.
Sebaliknya, lebih merumitkan lagi keadaan sekali gus menyalakan api kemarahan dan reaksi bantahan masyarakat dunia,” seperti dipetik.
Kesemua pimpinan tertinggi Bersatu, AMANAH, PKR dan DAP itu menyifatkan campur tangan Trump ke atas negara Arab itu sebagai melampaui batas demi survival politiknya menjelang Pilihan Raya Separuh Penggal AS.
“Tindakan AS ini telah pun dibantah oleh Kesatuan Eropah (EU) dan United Kongdom telah mengeluarkan kenyataan bahawa ia tidak akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv,” katanya.
Sehubungan itu, Pakatan Harapan menyeru kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama termasuk parti politik, NGO dan pertubuhan hak asasi manusia untuk menyertai himpunan selepas solat Jumaat itu.
 Malaysia Dateline
Read More

Monday, 11 December 2017

[Video BONGKAR~Siapa Mengawal LHDN & Cukai GST Rakyat kena tipu pemimpin UmnoBN] Shahrizat, rakyat tidak lupa SKANDAL LEMBU anda! Umno berkuasa 1000 tahun lagi?

Selasa, 12 Disember 2017


Related image
@rafiziramli akan terbit filem lembu? 
Dalam usaha memberi tekanan dan memastikan rakyat mengingati skandal National Feedlot Corporation, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menerbitkan sebuah filem yang menyindir projek berkenaan. 

Selaku penerbit tidak rasmi filem itu, kata Rafizi, filem komedi bercorak satira itu merupakan kaedah baru yang digunakan untuk memberi tekanan kepada kerajaan dan pihak yang terlibat dalam penyelewengan NFC. 

Kartun karya kartunis Zunar ini mungkin boleh dijadikan 'poster' untuk filem terbaru Rafizi.

Din Sharpshooter http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Shahrizat, rakyat tidak lupa skandal lembu anda

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil adalah salah satu watak utama dalam persembahan ‘sarkas’ UMNO di PWTC tahun ini.
Shahrizat, dilaporkan berkata dalam ucapan beliau semalam bahawa rakyat Malaysia hanya ada dua pilihan – kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, atau pembangkang yang dipimpin ‘Maharaja Lim’.
Gelaran tersebut merujuk kepada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang menjadi bahan sasaran utama parti pemerintah itu sejak mula bersidang kali ini.
Pengarah Pendidikan Politik Wanita DAP Pulau Pinang, Syerleena Rashid menyifatkan Shahrizat sebagai ‘bertuah’ kerana berjaya melepaskan diri daripada pendakwaan melibatkan skandal ‘lembu dalam kondo’ beberapa tahun lalu.
“Rakyat Malaysia tidak akan melupakan skandal National Feedlot Corporation (NFC) dan bagaimana keluarga beliau tidak mampu membayar semula pinjaman RM250 juta ke atas kegagalan projek menternak lembu itu,” tegas Syerleena.
Beliau terlebih dahulu menyertai rombongan DAPSY Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap kenyataan Shahrizat itu yang didakwa bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan menghina institusi raja-raja Melayu.
Shahrizat dan keluarganya didedahkan terlibat dalam skandal lembu pada tahun 2011 melalui laporan Ketua Audit Negara.
Dana yang dikhaskan untuk projek penternakan lembu terbabit ternyata telah disalahguna untuk melabur dalam hartanah oleh NFCorp yang diuruskan suami dan anak-anak Shahrizat sendiri.
Antaranya kondominium mewah One Menerung bernilai RM9.8 juta yang membawa kepada jenaka ‘lembu dalam kondo’.
“Saya percaya rakyat Malaysia tidak akan termakan pembohongan kleptorat seperti Shahrizat.
“Mereka ini akan terus membazirkan dana pembayar cukai demi kepentingan sendiri,” tegas Syerleena yang juga Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Umno berkuasa 1000 tahun, kerajaan maharaja?

Umno berkuasa 1000 tahun, kerajaan maharaja?

Sehari selepas Ketua Wanita Umno Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil mengurniakan gelaran “Maharaja” kepadanya, Lim Kit Siang hari ini menyerahkan “mahkota” itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mengulas kenyataan Najib bahawa Umno akan memerintah negara 1,000 tahun lagi, Lim berkata kenyataan itu tidak akan dikeluarkan oleh seorang pemimpin yang demokratik.
“Tapi ini pemikiran maharaja, atau mahu jadi maharaja,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.
Veteran DAP berkata seorang pemimpin demokratik menerima prinsip bahawa rakyat akan menentukan parti politik yang mereka kehendaki.
“Pengundi tidak diancam dengan huru-hara, kekacauan atau apa jua kesan yang mengerikan jika mereka mengundi untuk mengubah kerajaan, dan tidak akan ada pemerintah atau pemimpin parti yang bangga memerintah negara selama seribu tahun,” tambahnya.
Lim juga mengingatkan presiden Umno bahawa pemimpin Nazi Adolf Hitler juga bercita-cita memerintah selama 1,000 tahun tetapi pemerintahannya runtuh selepas 12 tahun berkuasa.
“Saya tertanya-tanya sama ada Najib akan memanggil Hitler seorang demokrat?” soal beliau.
Najib dalam ucapan di Perhimpunan Agung Umno ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pagi ini menyatakan keyakinan bahawa Umno akan memerintah negara untuk jangka masa panjang.
“Kalau sebeginilah petanda dan semangat yang dizahirkan orang Umno, saya yakin dan penuh percaya bahawa Umno akan terus hidup memimpin bukan sekadar 30 tahun mendatang, malah bagi tempoh 1,000 tahun lagi” tegasnya.
Sama seperti ucapan Datuk Seri Shahrizat Jalil (gambar) semalam, ucapan presiden Umno itu juga memberi amaran kepada pengundi mengenai pembangkang terutamanya DAP sekiranya mereka berkuasa.
Ketua Wanita Umno itu berkata rakyat pada pilihan raya akan datang hanya memiliki pilihan sama ada memilih pemimpin dengan “rekod yang baik” seperti Najib atau “Maharaja Lim”.
Najib pula berkata pengundi hanya ada pilihan untuk memilih masa depan yang cerah di bawah BN atau “memilih jalan yang suram dan samar di bawah dinasti DAP”.
Bagaimanapun, Lim berkata pilihan raya akan datang merupakan satu ujian penting sama ada Malaysia mampu menjadi sebuah negara demokratik.
“Adakah Najib bersedia untuk membuktikan bahawa dia adalah seorang demokrat dengan menyatakan bahawa dia akan menerima keputusan demokratik rakyat dalam pilihan raya umum ke-14 dan secara aman akan menyerahkan kuasa jika ini adalah keputusan pengundi Malaysia,” soalnya. 

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena