Thursday, 28 November 2013

Sujud Syukur: Pro-Mahasiswa UM yang menang bergaya Pilihanraya Kampus...28 Nov 2013

Jumaat, 29 November 2013

Sujud Syukur

Sujud Syukur — Tahniah kepada calon² Pro-Mahasiswa UM yang menang bergaya Pilihanraya Kampus hari ini 

Photo: Sujud Syukur — Tahniah kepada calon² Pro-Mahasiswa UM yang menang bergaya Pilihanraya Kampus hari ini
Sujud Syukur Oleh Penyokong Pro-Mahasiswa Atas Kemenangan Bergaya Mereka Sempena PRK Universiti Malaya, Hari Ini... 

Pro Mahasiswa Universiti Malaya (Pro M UM) telah menang dalam pilihanraya kampus (PRK) kampus tersebut.

Kemenangan yang berjaya dicapai itu merangkumi 26 kerusi dimenangi Pro M UM, di samping Penggerak Mahasiswa (GERAK) 14 kerusi dan Bebas 3.

Pengerusi badan penyelidikan bebas Ilham Centre, Hisomudin Bakar menyebut melalui laman facebook badan berkenaan, bahawa kemenangan Pro M UM itu sedikit sebanyak menunjukkan cerminan undi anak muda dalam pola politik Malaysia.

“Kemenangan Pro-Mahasiswa yang dilihat cenderung kepada Pakatan Rakyat di beberapa kampus utama tanah jelas menunjukkan pola pengundian sama dalam PRU-13 yang lepas”, jelas beliau.

“Walaupun terdapat dapatan beberapa kajian yang menyatakan pengundi muda terutama pengundi pertama kali atau first time voter (21-25 tahun) sokongannya adalah seimbang antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, ianya masih boleh diperdebatkan lagi”, tambah beliau lagi.

Kemenangan Pro M UM pada PRK kali ini adalah yang kemenangan kali ketiga berturut-turut sejak PRK sesi 2011/2012, diikuti 2012/2013 (namun kabinet berpihak kepada GERAK). -mahasiswakini

Tahniah!!!!

mahasiswakini



APA ITU SUJUD SYUKUR?


Sujud syukur adalah sujud yang dilakukan kerana mendapat nikmat daripada Allah SWT. tetapi harus diingatkan bahawa sujud syukur hanya sunat hukumnya apabila dilakukan kerana mendapat nikmat YANG BESAR dan JARANG2 berlaku sahaja. contohnya apabila dapat mendirikan rumah tangga atau mendapat pekerjaan. mendapat keputusan yg cemerlang dalam exam juga merupakan nikmat yg besar dan tidak selalu berlaku (?) TETAPI sekiranya nikmat tersebut adalah yg biasa biasa sahaja seperti DAPAT MAKAN atau MENDAPAT BELI TOPUP misalnya maka hukumnya sujud syukur tidaklah sunat tetapi BIDA'AH.
Firman Allah yang bermaksud :
“Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur ( tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (Surah Luqman : 12)
Dan juga sabda Nabi yang bermaksud :
“Dari Abu Bakrah r.a.Bahawasanya Nabi s.a.w. apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang menyenangkan atau beliau gembira kerana sesuatu, beliau sujud ke tanah sebagai berterima kasih kepada Allah SWT.”( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)
Cara untuk melakukannya tidaklah susah sangat nak buat sujud syukur ini.. Tak sampai lima minit atau kurang lagi.

untuk sujud syukur TIDAK PERLU :
  • BERWUDUK kerana dilakukan di luar waktu solat
  • MEMBACA AL - FATIHAH atau apa2 rukun solat yg selain daripada NIAT, TAKBIR, SUJUD dan SALAM
APAKAH CARA YANG PALING TEPAT UNTUK MELAKSANAKAN SUJUD SYUKUR? 
Mengadap kiblat
1.  Niat. 
          " sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala"
2. Takbiratul ihram
            angkat tangan sebagaimana takbir dalam solat
3. Satu kali sujud
4. Bacalah doa yg sebagaimana biasa dibaca ketika sujud dalam solat
5. Duduk selepas sujud lalu memberi salam
6. Salam
           sebutlah "assalamualaikum warahmatullah.."

Sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud syukur ini.

Dari itu, Diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam
Berikut adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu sujud :

Doa-sujud
Maksudnya: ”Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”
Jika anda tak hafal yang ini, dan mahu mengerjakan sujud syukur, masih boleh.
Baca sahaja yang anda selalu baca waktu sujud. Ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur selalu, agar kita tidak lupa diri dengan kejayaan atau kecapaian sendiri.

Nota tambahan:

Bacaan dalam sujud 

1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR 3kali

2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu batal sujud syukur tersebut)

A. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU

B. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI

C. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI, KEDUA IBU BAPA DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN 


D. YA ALLAH JAUHILAH RUMAH DAN TEMPAT KERJA KAMI DARI BENCANA DAN MALAPETAKA

E. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU 


  • 1. Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Terdapat 5 rukun didalamnya iaitu: Berniat, takbiratul Ihram, sujud satu kali sahaja ,duduk selepas sujud dan memberi salam.
  • 2. Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.
  • 3. Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.

  • Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau terlepas daripada bala. Di samping sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan solat sunat syukur. (Mughni Al-Muhtaj 1/219).

    Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau solat dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.
    Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.

    Sumber: Dr Wahbah Zuhaily dan harianislam.com :)

    Read More

    Gaji Baharu DUN Selangor: Adun PR dan BN semua setuju...

    Jumaat, 29 November 2013
    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhDoOZevo-dRLJTx2Xz0ysNCEj2xoDgZ0k9-x8fwhj77ITfHuVvbkrBSgLOtvuCMa7rzM3cVnS5w-uEoUCnWe9SgVFyUdtaJTqZ1O3Bg0G8nN9DFrkHZ6tlIN1JAuGkCK-507O1OWWs-XcJ/s640/naik.jpg

    Khalid Ibrahim mungkin ada motif menaikan gaji Adun Selangor

    TAFSIRAN MALAM                                                                          

    Tindakan Khalid Ibrahim menaikan gaji 56 Adun Selangor menimbulkan berbagai persepsi pro dan kontra. Ada yang menganggap kenaikan itu tinggi dan ada yang menyifatkan Khalid lebih mementingkan sendiri daripada kebajikan rakyat.

    Khalid dikirik.
    Yang mengkritik Khalid bukan saja dari pihak UBN tetapi dari PKR sendiri.

    Semalam Khalid mengumumkan kenaikan elaun Adun di Dewan Undangan Negeri Selangor. Ekoran kenaikan itu Adun Selangor akan menerima kadar gaji baru berjumlah RM11,250 Timbalan Speaker RM15,750, Speaker RM22,500, Exco RM20,250 dan MB RM29,250.

    Kenaikan paling tinggi ialah untuk Speaker sebanyak 373%. Bahkan gaji Khalid dikatakan mengatasi gaji perdana menteri RM22,826.65.

    Naib Presiden Umno Hishamuddin Hussein mempertikaikan kenaikan itu menyifatkan Khalid lebih mementingkan kebajikan sendiri dari menjaga kepentingan rakyat. Katanya rakyat Selangor masih belum terbela sepenuhnya di mana masalah pembangunan di luar bandar, kebajikan rakyat tidak lagi sempurna.

    Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim juga tidak senang dengan kenaikan itu yang dianggap sebagai terlalu tinggi. Walaupun beliau setuju dengan kenaikan itu tetapi ia tinggi dan minta Khalid mengkaji balik dan memberi alasan munasbaah.

    Manakala Mohamed Azmin Ali meminta kenaikan itu ditangguhkan.

    Khalid Ibrahim hari ini bagaimana pun bingkas mempertahankan kenaikan itu kerana ia munasabah kerana bebanan wakil rakyat banyak. Beliau sebaliknya menempelak Azmin sekiranya tidak bersetuju boleh diberikan gaji yang naik itu kepada badan kebajikan.

    Menarik juga isu ini. Tetapi mungkin ada yang terfikir kenaikan itu adalah perkara biasa dan wajar. Tetapi bagi pemerhati kenaikan itu ada motif tertentu kalau tidak masakan ianya diteruskan. Khalid ketika respon kepada kritikan dan teguran itu menegaskan ia adalah muktamad.

    Mungkin apa yang dilihat di sebalik kenaikan gaji Adun ini tidak disetujui oleh pihak lain dan dinafikan Khalid sendiri. Namun bagi pandangan umum kenaikan ini ada sebab dan tujuan tersirat yang boleh mengejutkan.

    Umum tahu Khalid waktu ini sedang berhadapan dengan masalah, di mana corak pentadbirannya dipertikaikan. Cara beliau menguruskan negeri Selangor secara korporat menimbulkan kemarahan di kalangan ahli politik khasnya dari Pakatan Rakyat terutamanya PKR.

    Justeru itu berlaku beberapa protes terhadap Khalid termasuk cadangan agar menurunkan beliau dari kerusi MB dan diganti dengan orang lain. Walaupun beberapa isyarat diberikan agar beliau meninggalkan kerusi MB dengan baik, tetapi Khalid seakan tidak mempedulikannya. Sikap 'lembu kenyang' yang diamalkan Khalid menjadikan kemarahan kepadanya semakin menjadi-jadi. Teguran secara baik dilakukan Anwar juga tidak dipedulikan.

    Di satu peringkat pihak BBC Selangor mengemukakan memorandum memprotes tindakan Khalid yang memotong peruntukan pembangunan atas alasan ianya tidak dibelanjakan. Tindakan benar-benar menimbulkan kemarahan. Peringkat pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat DAP dan PAS juga telah memaklumi keadaan ini.

    Sikap beliau tidak mesra politik dengan orang-orang parti juga menjadi masalah. Akibatnya banyak masalah mengenai pengurusan parti tidak berjalan lancar kerana Khalid tidak sedia membantu parti dengan kedudukannya sebagai MB. Khabarnya Khalid tidak mempeduli langsung mengenai kewangan parti menyebabkan ada sesetengah kaki tangan pejabat tidak bergaji.

    Bertolak dari sikap dan stail itulah beliau terus dikritik sehingga sampai ke peringkat untuk mengadakan undi tidak percaya terhadapnya sekiranya beliau degil untuk tidak melepaskan jawatan. Ada sumber menyatakan beliau diberi masa selama tiga bulan.

    Apakah langkah Khalid menambahkan gaji Adun itu sebagai usaha beliau untuk mengambil hati para Adun Selangor agar tidak terpengaruh dengan suara-suara atau perancangan untuk mengadakan undi tidak percaya kepadanya? Tunggu ulasan selanjut. [wm.kl.9:27 pm 28/11/13] 

    PERBANDINGAN Gaji Perdana Menteri Vs Ketua Menteri Sarawak Dll

     

    Photo: Sebelum ada tak langau2 otak berkarat biru duk sibuk pasal kenaikan gaji adun2 sebelum ini..tiba2 skrg mereka duk pakat kalut pasal kenaikan gaji adun2? bukan mahu setuju dengan kenaikan tersebut namum hanya mahu menunjukkan kenapa sebelum ini langau2 diam tapi kini sebaliknya...

    Tetap naik gaji walau ada yang bantah

    SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan kenaikan gaji seperti yang dibentangkannya semalam  akan diteruskan sekali gus mencadangkan, sesiapa yang tidak bersetuju supaya "mendermakan" lebihan gaji tersebut.

    Menurutnya, kata sepakat telah dicapai oleh kedua-dua Adun PR dan BN berhubung kenaikan gaji itu.

    "Saya tak akan pertimbangkan. Ia telah diputuskan Dewan.

    "Adun PR dan BN semua setuju. Semasa dibahaskan tiada bantahan daripada mana-mana pihak.

    "Jadi kalau ada yang tidak bersetuju, boleh dermakan kepada sesiapa," katanya dipetik sebuah portal hari ini apabila diajukan sama ada pertimbangan akan dibuat ekoran bantahan yang diterima.

    Abdul khalid semalam membentangkan di dalam Dewan berhubung kenaikan gaji itu dan dipersetujui sebulat suara oleh semua Adun ketika Rang Undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) Pindaan 2013 dibacakan.

    Abdul Khalid berkata, usul itu dibawa untuk membolehkan peruntukan dipinda dan pembayaran gaji baru dapat dibuat mulai 1 Januari.

    “Cadangan kenaikan itu dibuat berdasarkan beban tugas yang dipikul ahli dewan tanpa mengira waktu serta keberkesanan pembaharuan dilaksanakan menentukan badan eksekutif dan legislatif.

    “Di atas keberkesanan melaksanakan tanggungjawab iaitu menunjukkan hasil dan pendapatan negeri meningkat, pertimbangan sewajar diambil atas permintaan Adun sekalian,” katanya.

    Susulan itu, kenaikan gaji tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada Umno-BN, termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan kenaikan itu terlalu tinggi.

    Terbaru, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) Selangor,  Mohamed Azmin Ali turut  menggesa kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji bagi menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan Adun negeri ini agar penilaian semula dengan kadar berpatutan dapat dilakukan. -SH
    Read More

    Bersin pun stail UMNO ! Dacinggg! Dacinggg!...Ustaz Abdullah Khairi & Lelaki Melayu berumur 160 tahun...masih sihat!

    Jumaat, 29 November 2013
    Dacinggg! Dacinggg!
    Published on Nov 27, 2013
    Kuliah Maghrib |
    Surau At Taqwa |
    Seksyen 7 |
    Shah Alam |
    27 November 2013

    Lelaki Melayu berumur 160 tahun dikunjungi Nik Aziz

    Penglihatan masih lagi jelas, pendengaran pun sempurna. Giginya masih yang asal. Lebih aneh lagi mampu berjalan kaki berbatu-batu biar pun usianya mungkin tertua di dunia iaitu 160 tahun.Percaya atau tidak, namun Tok Ayah mendakwa melalui pengalaman di bawah 13 Sultan yang memerintah Kelantan.Malah kisah hidup pahlawan dan perjuangan Mat Kilau pun diketahui dengan jelas. Pengalaman di bawah penjajahan Inggeris dan Jepun masih diingati sehingga sekarang.
    Wajahnya tidak berkedut seperti warga emas lain. Mohamed Soleh Ali lebih mesra panggilan Tok Ayah memberitahu ketika penjajahan Jepun beliau mempunyai tiga anak.
    Kesemua anaknya 13 orang dan sekarang hanya tinggal lima. Begitu juga kesemua 13 isterinya juga sudah meninggal dunia.
    Anggota keluarganya, Stapa Ismail, 61 berkata, kegemaran Tok Ayah dari muda sehingga sekarang berjalan kaki ke mana sahaja.
    “Dia pernah memberitahu berjalan kaki ke Johor, Pahang dan Terengganu semasa muda. Sekarang masih lagi mampu berjalan kaki ke bandar Pasir Mas,” katanya di sini.
    Tok Ayah tinggal di Kampung Gelugur, Bukit Panau kelmarin dikunjungi Mursyidul PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
    Mantan Menteri Besar itu juga menghadiahkan tongkatnya kepada Tok Ayah di samping wang.
    Stapa memberitahu paling aneh anak dan cucunya tidak tahu ke mana Tok Ayah pergi setiap hari, namun ketika pulang ada sahaja makanan yang dibawanya.
    “Malah ada ketika anaknya nampak Tok Ayah naik kereta pergi, namun tidak lama kemudian dilihat ada di dalam rumah.
    “Banyak sebenarnya kisah pelik kalau hendak cerita tentang Tok Ayah. Apa yang saya tahu sejak dahulu sehingga sekarang dia tidak bekerja tetap dan hanya tahu berjalan sahaja.
    “Namun tangannya sentiasa ada buah tasbih. Tok Ayah hanya meminum air telaga yang tidak dimasak. Kalau orang bagi duit kepadanya dia akan bagi kepada orang lain pula,” katanya.
    Cucu Tok Ayah pun ada yang sudah berusia lebih 60 tahun.
    Sementara itu tidak jauh daripada kampung tersebut juga ada seorang wanita berusia 126 tahun, sekarang tinggal bersama anaknya di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau.
    Sumber: HarakahDaily.com
    Read More

    Filem USTAZ MU TUNGGU AKU DATANG dah di tayang pada 28 Nov 2013... Semua Pelakon Dalam Filem Ini "Menutup Aurat"

    Jumaat, 29 Noveber 2013

    USTAZ MU TUNGGU AKU DATANG OFFICIAL TRAILER



    Photo: Nak Tengok Penangan Geng2 Pakatan Rakyat Penuhkan Panggung & Cetuskan Fenomena Kutipan Tiket Paling Tinggi Dalam Sejarah Filem Negara, Hangpa Tunggu 28 November Nie Di Pawagam... Pawagam Pasti Akan Jadi Islamik.Kalau Mereka Pakai Songkok, Kita Pakai Kopiah. Mohon Pihak Pawagam Juga Mengasingkan Tayangan Untuk Muslimah & Muslimin Serta Bekerluarga. " Ustaz,Mu Tunggu Aku Datang "... ::.kikiki.::
    Nak Tengok Penangan Geng2 Pakatan Rakyat Penuhkan Panggung & Cetuskan Fenomena Kutipan Tiket Paling Tinggi Dalam Sejarah Filem Negara, Hangpa Tunggu 28 November Nie Di Pawagam... Pawagam Pasti Akan Jadi Islamik.Kalau Mereka Pakai Songkok, Kita Pakai Kopiah. Mohon Pihak Pawagam Juga Mengasingkan Tayangan Untuk Muslimah & Muslimin Serta Bekerluarga. "Ustaz,Mu Tunggu Aku Datang "...



    TERKINI : "Ustaz,Mu Tunggu Aku Datang"... Itulah Tajuk Filem Pertama Lakonan Ustaz Azhar Idrus Yang Akan Diarahkan Oleh Pierre Andre. Filem ini Akan Diterbitkan Oleh Metrowealth.. Turut Berlakon Adalah Kumpulan SHIRO, Zalif Sidek & Along (Raja Lawak)... Tak Sabar Tunggu Filem Nie... Yang Pasti, Semua Pelakon Dalam Filem Ini "Menutup Aurat". Filem Islamik Yang Pasti Pecah Panggung Yang Turut Terselit Unsur Lawak..

    Read More

    Doakan Kesihatan Datuk Fauzi Shaari...(Calon PAS di Parlimen Larut dalam PRU-13 yang lalu)

    Jumaat, 29 November 2013
    Gambar : Tuan Guru Hj Abdu Hadi Awang melawat Dato' Fauzi di rumahnya baru-baru ini.

    KUALA LUMPUR, 28 Nov -
     Ahli PAS dimohon untuk mendoakan kesihatan bekas Pengarah Jabatan Siasat Jenayat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

    Beliau telah dimasukkan ke hospital sekitar jam 4 petang semalam akibat jangkitan kuman di hati dan buah pinggang. Beliau dilaporkan masih belum sedar dan pihak hospital sedang memantau keadaannya.
     
    Datuk Fauzi Shaari merupakan calon PAS di Parlimen Larut dalam PRU-13 yang lalu.
    Written by Te@M I.T
    Read More

    Mengapa AIRASIA tak pernah rugi, MAS pulak tak untung?

    Jumaat, 29 November 2013

    AIRASIA TERUS UNTUNG MAS TERUS RUGI

    KEGAGALAN YANG BERTERUSAN BUAT MAS


    Gambar Pramugari Air Asia dan MAS Bila Bertudung

    Gambar Pramugari Air Asia dan MAS Bila Bertudung
    Syarikat penerbangan negara, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) mencatat kerugian bersih RM375 juta bagi suku tahun ketiga 2013.

    Kerugian itu dialami walaupun syarikat mencatat perolehan RM3.91 bilion, meningkat daripada RM3.47 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu. 

    The Edge keluaran 25 Nov melaporkan bahawa kerugian MAS disumbangkan oleh peningkatan pesaing yang menjejaskan hasil dan peningkatan kos diakibatkan daripada kelemahan nilai ringgit (RM) berbanding dolar Amerika.

    Akhbar yang sama   juga melaporkan lonjakan keuntungan 46 peratus diperolehi AirAsia X bagi suku tahun ketiga berakhir 30 September 2013.

    Lonjakan keuntungan ini didorong oleh kempen promosi besar-besaran.


    Perolehan syarikat  meningkat kepada RM601.49 juta berbanding RM486.55 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu.
    Utusankini

    Read More

    Ali Tinju (Tarian Menunggeng) beri amaran kepada Azmin - "Berhenti ganggu Rosmah.. Kalau tidak..."

    Jumaat, 29 November 2013

    PANAS!! Amaran dari Ali Tinju buat Azmin.. "Berhenti ganggu Rosmah.. Kalau tidak...

    Setelah menyepi seketika, Pasukan Elit Senaman Punggung tiba-tiba kini  muncul kembali memeriahkan arena politik negara.. 

    Mungkin tujuannya hanya untuk mengingatkan Najib yang mereka masih ujud lagi.. jadi.. sendiri mau ingatlah.. he.. he.. he..

    Sebab diapun cium tangan Rosmah jugak... takkan tak ada apa-apa kot?.. Azeez dah dapat, Ibrahim Alipun dah dapat.. takkan dia tak dapat? 

    Jika sebelum PRU13 lalu sekumpulan 15 orang daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) ini melakukan gimik demonstrasi yang dinamakan mereka sebagai "senaman punggung" .. kalau dah lupa sila baca di SINI 

    Kemunculan mereka kali ini bukan untuk mengancam Ambiga dengan senaman punggung mereka tetapi demi Rosmah Mansor mereka kembali dengan agenda yang sama...

    Ali Tinju beri amaran adakan siri kedua tarian 
    menonggeng di hadapan rumah Azmin...

    KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Selangor dan Wilayah Persekutuan, Mohd. Ali Baharom memberi amaran akan mengadakan siri kedua tarian menonggeng di hadapan kediaman Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali jika terus 'menganggu' Datin Seri Rosmah Mansor.

    Mohd Ali yang juga dikenali Ali Tinju meminta Azmin memohon maaf secara terbuka sekiranya tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar kerana ia memalukan Rosmah dan Perdana Menteri.

    “Saya sebenarnya sudah SMS kepada Azmin suruh dia bertaubat dan jangan ganggu isteri PM tetapi dia tak jawab. Azmin hanya bertanyakan kepada media siapa Ali Tinju?

    “Kalau dia belum kenal Ali Tinju dia patut tanya Pengerusi Bersih (Ambiga) . Jika dia tidak berbuat demikian kami tidak menolak kemungkinan mengadakan tarian siri kedua menonggeng akan bermula. Saya cuma nasihatkan dia supaya jangan biadap,” katanya pada sidang akhbar di sini petang tadi.

    Ali Tinju juga mengingatkan Azmin supaya menumpukan tugasnya sebagai wakil rakyat di Gombak dan memberi perhatian kepada kebajikan penduduk negeri Selangor.

    “PVTM dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu Azmin bersemuka dengan Rosmah bagi mendapatkan penjelasan daripada mempertikaikannya di dalam media.

    “Malah kami (NGO-NGO) bersedia mengaturkan pertemuan Azmin dengan Rosmah sekiranya dia (Azmin) berani. Jika tidak saya Ali Tinju dan rakan-rakan tidak teragak-agak mengambil tindakan tertentu kepadanya,” jelasnya sambil menambah Rosmah banyak berjasa kepada negara termasuk menubuhkan PERMATA.

    Sementara itu, Basir juga mahu Azmin menumpukan isu kenaikan gaji Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang melebihi gaji PM kerana ia jelas membazir daripada mempertikaikan hal ehwal Rosmah. ~ Astro Awani
    Aku ingatkan depa dah insaf.. tapi tak insaf lagi rupanya... sudah-sudahlah buat kerja yang memalukan bangsa tu..

    Dulu tuntut duit dan tanah lepas senaman tu.. baca SINI .. sekarang nak tuntut apa pulak agaknya?
    Posted by Anak Sungai Derhaka 
    Read More

    Hasrat tiga penyamun berjoli duit Amanah Ikhtiar tidak kesampaian...2 maut 1 cabut lari!

    Khamis, 28 November 2013
    kemalangan Sungai Siput, Perak7

    Sebuah Proton Saga yang dipandu penyamun bertembung dengan sebuah lori pasir di Sungai Siput Perak semalam.
    Sebuah Proton Saga yang dipandu penyamun bertembung dengan sebuah lori pasir di Kampung Temin Sungai Siput Perak semalam.
    Hasrat tiga lelaki berjoli wang tunai yang disamun daripada seorang wanita di Kampung Temin, Sungai Siput dekat sini semalam tidak kesampaian apabila dua daripada mereka terbunuh dalam satu kemalangan tidak jauh dari lokasi samun. Manakala seorang lagi suspek melarikan diri.
    Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa dikatakan selesai membuat kutipan wang Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) daripada beberapa orang peminjam skim berkenaan di Kampung Trosor dan sekitar kawasan terbabit.
    Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superitenden Azman Salim berkata, semasa kejadian wanita berusia 22 tahun itu sedang memandu kereta Proton Saga sebelum kenderaannya dipintas sebuah kereta Proton Wira dinaiki suspek.
    kemalangan Sungai Siput, Perak8
    Anggota bomba bergegas ke tempat kejadian.
    kemalangan Sungai Siput, Perak3kemalangan Sungai Siput, Perak5kemalangan Sungai Siput, Perak4
    “Mangsa diarahkan berhenti di tepi jalan dan suspek yang berparang telah menyamun wanita dan merampas wang tunai ribuan ringgit.
    “Penjenayah terbabit kemudiannya mengarahkan mangsa keluar daripada kereta sebelum dua daripada mereka melarikan kenderaan tersebut,” katanya ketika dihubungi.
    Ujarnya, seorang lagi suspek memandu Proton Wira dan mengekori dari belakang.
    “Mangsa pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
    kemalangan Sungai Siput, Perak7
    Dua penyamun mati di tempat kejadian selepas kenderaan yang mereka samun berlanggar dengan lori.
    kemalangan Sungai Siput, Perak2kemalangan Sungai Siput, Perak
    Bagaimanapun kereta Proton Saga yang dinaiki dua suspek itu bertembung dengan sebuah lori di satu selekoh berdekatan Tanah Perkuburan Islam Kampung Temin.
    “Seorang suspek meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian manakala seorang lagi yang parah disahkan mati di Hospital Sungai Siput,” katanya.
    Katanya, polis kini sedang memburu suspek yang masih bebas dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana menyamun dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.-k
    Read More

    MB dan exco Kelantan jumpa Najib di Putrajaya

    Khamis, 28 November 2013

    Akhirnya Ahmad Yaakub menemui Najib di Putrajaya


    Setengah jam lalu saya menerima kiriman dua keping gambar Menteri Besar Ahmad Yaakub dengan diiringi Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa yang baru turun dari pejabat Perdana Menteri di tingkat empat bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
    Ahmad diiringi Ali H Hamsa selepas jumpa Najib.
    Tidak ada apa-apa keterangan berhubung gambar berkenaan, kecuali ditulis "Alhamdulilah pertemuan MB Kelantan dengan PM selesai".

    Gambar kedua menunjukkan tidak kurang lima orang mengiringi Ahmad dan Ali Hasma yang berada di barisan hadapan. Apakah selain Ahmad Yaakub ada pimpinan kerajaan Pas dan pegawai lain Kelantan lain ikut sama dalam pertemuan bersejarah itu?

    Pertemuan dijangka berlangsung jam 9:00 pagi tadi dan selesai tidak sampai dua jam. Hendaknya ada manfaat untuk rakyat dalam pertemuan yang boleh dianggap bersejarah itu.

    Sebelum ini Ahmad Yaakub sebaik saja mengambil alih kepimpinan Kelantan dari Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil pendekatan berbaik dan berlunak dengan kerajaan Pusat berdasarkan keperluan semantat federalimse. Istilah yang digunakan ialah pendekatan G to G.


    Najib Razak dua tiga hari lepas menyebut yang Pas ingin menemuinya tanpa disebut bilakah tarikh. Disebabkan kerana ada berbangkit soal muzakarah Pas dengan Umno yang ditimbulkan oleh Presiden Pas Abdul Hadi Awang semasa menggulung perbahasan di muktamar menyebabkan orang menanti-nanti akan pertemuaan atau muzakarah sebegitu.

    Disebabkan begitu cepat Ahmad mengunjungi Najib di pejabatnya hari ini, saya mengira temujanji itu dibuat lebih awal sebelum muktamar lagi. Boleh jadi Abdul Hadi membangkitkan perkara itu dalam muktamar lalu agar ia tidak mengejutkan sesetengah ahli Pas dengan apa yang berlaku hari ini.

    Semestinya Ahmad Yaakub telah merujuk kepada Presiden parti berhubung tindakannya itu. Mungkin Abdul Hadi sudah memberi pandangan dari berbagai sudut kepada Ahmad Yaakub sebagai panduan.

    Hendaknya biarlah pertemuan hari ini berlangsung atas kepentingan bersama untuk rakyat dan ianya ikhlas. Jangan pula ada permainan politik di sebalik itu. Juga biarlah pertemuan Ahmad dengan Najib itu sama dengan kondisinya dengan pertemuan Mohd Asri ketika itu MB Kelantan dengan Tunku Abdul Rahman sebagai PM 44 tahun lampau.

    Ahmad Yaakub sebaik pulang ke Kota Bharu hendaklah membuat sidang media sesegera mungkin menjelaskan hasil dan tujuan pertemuan itu. Sekiranya lambat ia boleh dispekulasikan dengan berbagai andaian dan tuduhan yang boleh menimbulkan sedikit kekeliruan.  [wm.kl. 11:47 am 28/11/13] 
    Read More

    Kisah yang meletop-letop - "Remaja 13 Tahun dicerai talak...(full)

    Khamis, 28 November 2013

    Artikel nie memang dah meletop-letop kat media massa...
    Adoi kenapa boleh jadi cam nie adik-adik ku.....

    Kesian pula cik akak tengok...
    Baru 13 tahun dah jadi janda.....
    Apa boleh buat kan dik....adik kena terima juga...
    Qada & Qadar itu indah....
    Yang lagi sedih tu kalau dah ada anak....

    Kesian tengok anak-anak tu...
    Membesar kurang kasih sayang babah...huhu...

    Faktor atau sebab hanya mereka yang mengetahui....

    Satu je pesan cik akak....wahai adik-adik yang disayangi...

    " Mengambil isteri biarlah dijaga dengan serapinya....
    Isteri itu amanah Allah....
    Jangan sekali perkecilkan hatinya...
    Kerana hati wanita itu tulus dan ikhlas bila menjadikan lelaki imam mereka"

    Dalam hidup rumah tangga ini...perlu saling memahami...
    Jangan dok gaduh2 k sayang....hihi...
    Remaja Berusia 13 Tahun Dicerai Talak Tiga - Kulim: Rumah tangga yang dibina remaja perempuan 13 tahun dengan suaminya berusia 19 tahun musnah, seminggu sebelum ulang tahun pertama perkahwinan mereka.

    Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.

    Bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan.

    Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya. Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang.

    Keratan akhbar BH mengenai pernikahan pasangan remaja pada 22 November tahun lepas. Pasangan, Nor Fazira Saad dan Mohd Fahmi Alias, yang bernikah pada 17 November 2012 dengan hantaran RM4,552 dan mas kahwin RM1,500 susulan kebenaran Mahkamah Rendah Syariah Kulim, disahkan bercerai pada 11 November lalu.

    Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun, tetapi 16 tahun untuk anak gadis Muslim dan mereka yang berusia di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah.

    Sumber HMetro
    Majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, dengan wang hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1,500 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.
    - exazaf

    Read More

    Biar betul ni pisau di perut...Knife in her stomach!!! - Selamatkah kita?

    Khamis, 28 November 2013

    ADA KAH MALAYSIA BETUL BETUL SELAMAT ?

    Written By canang on Khamis, 28 November 2013 | 11/28/2013 04:34:00 PTG


    Fb Vichelle Chong's photos


    This was forwarded by hubby's friend this morning:- My friend in insurance line showed me this.. in tawau becoz she tried to fight when her handbag was snatched.
    Flight fr tawau to kk now!!!
    See how terok!!!
    Knife in her stomach!!!
    Last nite my china therapist also Kena during they are waiting the company car come and fetch they just outside the hotel main entrance, the guy try to get her handbag and phone. Nasib she teriak2. and the hotel security come out and recute her.
    (In front of horizon hotel )
    My Fren forward de... Be careful all ya



    10 BANDAR YANG PALING BAHAYA DIDUNIA ??


    Cuba kita cari kebenaranya dan fikir bersama...
     1. San Pedro Sula - Honduras
    Ia mengambil tempat pertama sebagai kadar jenayah  peratus 169 kematian dalam 100.000 penduduk. Walaupun tarikan pelanconganya cantik , Honduras adalah sebuah negara yang berbahaya dan San Pedro Sula bukan sesuatu yang kita akan melawat tanpa Terminator (versi Arnie untuk menjadi tepat) bersama anda.
     2. Ciudad Huarez - Mexico
    Ia bukan satu mitos dalam filem-filem Hollywood , Mexico bukanlah  sebuah  negara yang perlu anda kunjungi hanya jika anda mempunyai permit senjata ' dan beberapa kemahiran menembak.
    Ciudad Huarez bukan kali pertama apabila membuat senarai sepuluh dari satu bandar yang paling berbahaya di dunia , sebagai trafik dadah dan geng peperangan adalah berita semasa
     3. Maceio , Brazil
    Beberapa tahun , Rio de Janeiro Bared yang Stigmata sangat bahaya, jenayah dan keganasan tidak dapat difikirkan, bersama-sama dengan Buenos Aires juga .
    Banyak pembunuh upahan terutamanya dalam kes saingan perniagaan
     4. Acapulco , Mexico
    Jangan kita salah sangka , pantai di Acapulco masih membuat destinasi pelancongan di dunia.
    Acapulco ia masih salah satu bandar yang paling berbahaya di dunia , statistik menunjukkan kadar jenayah yang luar biasa 128 mangsa dalam  100.000 penduduk
     5. Sharm el Sheikh
    Anda boleh dapati bukan sahaja ia landskap yang paling menakjubkan di dunia perkhidmatan , mewah pelancongan yang mentakrifkan semula konsep mewah , tawaran percutian yang menarik berjuta-juta orang berkunjung  , tetapi  malangnya ini adalah zon bahaya, serangan bersenjata , rompakan, serangan dan rogol.
    Ia memang memalukan, sebagai sudut ini Syurga masih dianggap sebagai salah satu hasil yang terbaik disini.

     6. Kuala Lumpur,
    Kuala Lumpur, MalaysiaMalaysia also takes pride in its spectacular landscapes, a culture that begs to be discovered and explored and… a history of violence that made way too many victims. Presently, the state’s capital is said to be one of the most dangerous cities in the world, as the crime rate increased with 70% in the last three years. It wasn’t a peace on Earth display before either, but now things seem to keep getting worse.

    MalaysiaMalaysia juga berbangga landskap yang menakjubkan , budaya yang meminta-minta untuk ditemui dan diterokai dan ... sejarah keganasan yang melakukan terlalu banyak mangsa. Pada masa ini, ibu negeri dikatakan menjadi salah satu bandar yang paling berbahaya di dunia , kerana kadar jenayah meningkat dengan 70 % dalam tempoh tiga tahun yang lalu. Ia bukan satu keamanan dipamerkan Bumi sebelum sama ada, tetapi sekarang keadaan seolah-olah menyimpan semakin teruk
     7. Johannesburg , Afrika Selatan
    Ini bandar Afrika Selatan hampir bersaing dengan New York dalam infrastruktur , pengembangan ekonomi , tarikan pelancongan dan cara hidup. Namun, Trip Advisor disenaraikan bandar yang indah ini antara yang paling berbahaya di dunia kerana orang ramai masih boleh menyaksikan tembakan dijalan raya dan serangan fizikal yang berleluasa.
     8. Caracas , Venezuela
    Kembali di Amerika Selatan , antara rekod di dunia calon dalam jenayah dan keganasan. Caracas adalah taman permainan banyak kartel dadah dan kumpulan-kumpulan dan pergaduhan jalanan, peperangan dan serangan adalah keasyikan berterusan bagi penduduk dan pihak berkuasa, yang dengan jelas memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak menggantung lama di beberapa kawasan tertentu
     9. Marrakech , Maghribi
    Maghribi adalah sebuah negara yang indah dan ramai orang pergi ke sana untuk mendapatkan titarasa Timur, belajar tentang tradisi purba , lihat padang pasir dengan mata mereka sendiri dan merasakan suasana sihir. Marrakech bagaimanapun, sebuah bandar yang sangat berbahaya dan juga di laman web rasmi kerajaan pihak berkuasa memberi amaran kepada pelancong yang  datang untuk mempertimbangkan dengan teliti lawatan mereka , kerana mereka mungkin mendapati diri mereka dalam situasi mengancam.
    10. New Orleans, U.S.A

    Untuk mencari bandar yang indah yang luar biasa di kalangan top 40 bandar-bandar yang paling berbahaya 2012, tetapi malangnya, fakta dan nombor menunjukkan New Orleans sebagai salah satu bandar yang ganas dan satu-satunya di Amerika Syarikat yang berjaya ke senarai. 
    Read More
    Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
    SILA LAYARI
    Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
    PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

    Popular Posts

    © 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

    Designed by ScreenWritersArena