Jumaat, 31 Januari 2014
TMI melaporkan bahawa Najib akan menemui para penyokongnya pada malam ini untuk menerangkan situasi yang dialaminya berikutan serangan bertali arus DR Mahathir.
Berita ini menunjukkan nasib Najib kini tidak menentu. Pengalaman Abdullah Ahmad badawi membuatkan Najib panas pungkoq hingga meraban tak menentu.
Read More

Kita Bantai Dot Info shared Iman Shauqah's photo.
Buletin Pakatan Rakyat
NAJIB MENGELUPUR GARA-GARA DISERANG MAHATHIR
Berita ini menunjukkan nasib Najib kini tidak menentu. Pengalaman Abdullah Ahmad badawi membuatkan Najib panas pungkoq hingga meraban tak menentu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam ini memulakan langkah untuk mempertahankan diri daripada serangan pengkritik yang tidak henti-henti menyerangnya sejak bulan lalu selepas pemilihan Umno pada Oktober.
The Malaysian Insider difahamkan bahawa presiden Umno itu akan mengadakan pertemuan dengan ketua bahagian, pemberi pendapat dalam parti dan penyokongnya untuk menangani kritikan yang dilemparkan terhadap kepimpinannya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan beberapa veteran parti yang lain.
Najib dijangka menggariskan apa yang beliau percaya sebagai motif di sebalik semua serangan di ruang siber, hampir serupa dengan kempen yang akhirnya menyebabkan Tun Abdullah Badawi melepaskan jawatannya pada 2009.
Susulan daripada taklimat tertutup itu, pengikut setia Najib dijangka turun ke akar umbi dan menyebarkan pesanan PM untuk terus berjuang dan jangan menghiraukan sebarang kritikan.
Taklimat itu adalah tanda yang menunjukkan Najib dan barisan penasihat akhirnya menerima hakikat bahawa serangan bertubi-tubi dan berterusan terhadapnya adalah perkara yang serius serta memberi kesan terhadap pegangan kuasanya.
Najib dilantik sebagai presiden Umno bagi penggal kedua selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti dan hampir semua orangnya berada dalam Majlis Tertinggi Umno, tetapi itu tidak menghentikan kritikan yang menggunung mengenai kepimpinannya.Sementara itu Rafizi Ramli dalam penjelasannya terhadap perletakan jawatan ADUN Kajang bagi memberi laluan kepada DSAI bertanding di sana turut menyebut tentang usaha besar-besaran untuk menyingkirkan Najib dari jawatan PM.
"Sudah menjadi rahsia terbuka langkah untuk menyingkirkan Najib kini bermula.
"Sebagai seorang anggota strategi parti, saya tidak boleh menolak kemungkinan Najib disingkir dan Umno jatuh kepada kem ultra Dr Mahathir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi membayangkan perkara lebih buruk berlaku sebaik usaha tersebut berjaya kerana usaha untuk merampas negeri Selangor akan dilakukan sedaya upaya sebaik sahaja Najib tersingkir
"Serangan dan rancangan tidak bermoral untuk sedaya upaya merampas Selangor akan bermula selepas Najib yang lemah disingkirkan," katanya. - tmi




















![Photo: [30 JAN 2014] Kos hidup bukan salah kerajaan, bahkan peniaga ?
Serentak di seluruh negara lebih seminggu lalu kerajaan melancarkan OPS Harga 2.0 di pasar-pasar dan kedai-kedai.
Ramai yang didapati melanggar etika berniaga kerana tidak meletakkan tanda harga dan menjual dengan harga yang tinggi.
Ada yang diberi amaran dan ada juga dikatakan akan dakwa.
Operasi seperti ini elok tetapi patut sudah lama diadakan. Bukan sesudah semua orang kecoh dihimpit krisis harga yang melambung dan menjolok mata. Patutnya pemantauan itu dibuat berterusan, bukan dilakukan seperti menyerbu pusat GRO dan judi tak berlesen atau menyerbu kediaman PATI.
Adakan merinyu yang sentiasa memasuki pasar, restoren, kedai runcit dan gerai-gerai, mungkin tidak setiap hari masuk ke setiap premis perniagaan, tetapi seorang merinyu itu patut ada di kawasan-kawasan meninjau setiap hari di gerai yang berlainan. Tiga atau empat hari sekali masuk semula ke premis yang sama.
Mereka boleh masuk kedai menyamar sebagai pelanggan bertanyakan harga apa juga barang. Tidak perlu pakaian seragam. Mereka boleh mengenalkan sebagai penguat kuasa dengan menunjukkan kad kuasa seperti yang kita saksikan dibuat oleh penyiasat bebas atau agen CIA dalam filem-filem barat.
Dengan demikian tiadalah teh tarik naik setiap naik gula dan roti canai berubah harga apabila tepung naik. Peniaga pun akan berdisiplin mematuhi etika berjual beli.
Akan kali ini turun semua kaki tangan kementerian memeriksa harga. Setiap tempat yang mereka datangi, mereka jumpalah orang yang melanggar etika, menaikkan harga jualan masing-masing.
Orang-orang yang melanggar seterusnya kehendak kerajaan itu diberi amaran dan diancam dengan tindakan keras. Tidak diketahui untuk berapa lama pemantuan itu akan berjalan? Adakah ia terhenti apabila dirasakan tidak ada pelanggaran lagi? Apakah sekadar untuk menghadapi raya Tahun Baru Cina atau setakat redanya isu kenaikan kos sara hidup?
Setakat ini dirasakan seperti ada kesan. Peniaga pun menurut apa yang diarahkan.
Yang kita dapat lihat ialah peniaga bedebah inilah punca melambung kos sara hidup itu. Dirasakan peniaga semua peringkat dari pengeluar, pengedar, peniaga borong, peruncit dan penjajalah yang menggunakan kesempatan dari kenaikan minyak, gula dan tarif eletrik bagi mengenakan kos tinggi kepada pelanggaran masing-masing.
Mereka seperti pihak yanag mahu mengaut untung berlebihan dan sebanyak-banyak, tidak untung kurang dari biasa.
Sekarang pengguna cuba diyakinkan oleh kerajaan krisis kos hidup itu adalah gara-gara peniaga bedebah itu, bukanlah justeru kenaikan minyak, gula dan lain-lain. Dan bukanlah gara-gara kerajaan hendak menghapuskan sabsidi yang tidak tertanggung olehnya itu.
Sekaliannya tertumpu kepada Ops Harga 2.0 itu. Kurang tumpuan masing-masing tentang kenaikan minyak, gula dan tarif eletrik. Memang antara kita ramai orang tidak sedar sekali menderita gara-gara kenaikan oleh kerajaan tetap mengira tindakan kerajaan itu betul dan wajar. Kala tidak buat begitu kononnya kerajaan dan negara akan mampus. Orang macam ini samalah dengan hamba Bani Israil yang firaun tindas. Bunuh bayi laki-laki mereka pun betul juga Firaun.
Kita tahu apakah kos sara hidup itu akan normal dalam waktu yang terdekat justeru Ops 2.0 itu.
Dapatkah kerajaan menyerahkan semua angkara itu kepada peniaga? Seolah-olah puncanya bukan kerajaan. Jika angkara itu bulat-bulat diserahkan kepada peniaga, terlepaslah kerajaan dari menerima balanya. Dapatlah kerajaan mengekalkan tindakan menaikkan minyak, gula dan tarif eleterik itu. Bolehlah lepas ini ia menaikkan tol yang tertangguh itu.
Tuntutan pengguna sebenarnya bukan atas kenaikan barang saja tetapi mahu minyak, gula dan tarif itu diturunkan. Ops itu adalah daya kerajaan baling batu sembunyai tangan. - SUBKY LATIF
sumber : [HD]](https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/t1/s403x403/1795638_502019943247745_582656615_n.jpg)



