Tuesday, 29 April 2014

Hutang Dan Defisit Negara Tetap Tidak Akan Dapat Diatasi Dengan Perlaksanaan GST...

Selasa, 29 April 2014
BN "Kebocoran Tempayan"

#1Mei : Hutang Dan Defisit Tetap Tidak Akan Dapat Diatasi Dengan Perlaksanaan GST Kerana ‘Kebocoran Tempayan’ Regim Umno BN.
#MediaPakatan LIKE dan sebarkan pages ini;
www.facebook.com/mediapakatan

April 26 at 8:30am · 

#1Mei : Harga barangan tidak mungkin naik selepas pelaksanaan GST kerana kerajaan hanya akan mengenakan cukai pada kadar 6%. Segalanya KEMUNGKINAN...?? Regim Umno BN Sendiri Tidak Yakin Mereka Mampu Mengawal Kenaikan Harga Barang Selepas Perlaksanaan GST. Adakah Rakyat Harus Membiarkan Kehidupan Bersandarkan KEMUGKINAN..??

#MediaPakatan LIKE dan sebarkan pages ini;
www.facebook.com/mediapakatan

Fakta 2: Kesan GST - yang kaya tambah kaya, yang miskin jadi lebih miskin.
Read More

CHECKPOINT & Lokasi Akhir Himpunan #1MEI... Penganjur Tidak Berganjak! BN Pembohong!

Selasa, 29 April 2014
35 mins 

Sebarkan. checkpoint dan lokasi akhir.
Please share
#1Mei checkpoint and final destination.




#1Mei : Himpunan Dan Sambutan Hari Pekerja Selaras Dengan Peruntukan Dalam Perkara 10, Perlembagaan Negara Iaitu Hak Untuk Berhimpun Secara Aman Dan Tanpa Senjata.
#MediaPakatan LIKE dan sebarkan pages ini;
www.facebook.com/mediapakatan

April 26 

IniKaliLah....


Habis Menggundi, Penyokong Dibuang - Inilah nasib yang menimpa penyokong kuat Regim Umno BN di FELDA NEW ZEALAND, PAHANG yang merupakan kubu kuat Umno BN apabila Page BWA menuduh mereka ini sebagai BIADAP. Inilah nasib orang kampung yang dipergunakan oleh Regim Umno BN bagi kepentingan politik dan kuasa mereka, bukan untuk membela rakyat marhean.
#MediaPakatan LIKE dan sebarkan pages ini;
Read More

Himpunan MayDay pada 1 Mei bukan HARAM...Ayuh bersama banjiri Kuala Lumpur

Selasa, 29 April 2014
12 hrs 
 

Dua Perkara Penting Dalam Negara Kita
Satu Dunia Satu Hak Akhirat...
Kenyataan Media
29 April 2014

Keputusan Bebas Dakwaan Aksi Malam 31 Disember Cetus Semangat Baru Aksi 1 Mei

1. Pertama sekali syukur Alhamdulillah, Mahkamah Seksyen Jenayah 13, Kuala Lumpur semalam telah melepaskan saya Chegubard, 35, yang juga Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, serta Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian, 23, dan Pengarah Propaganda SAMM Edy Noor Reduan, 33 dari tuduhan didakwa melakukan kesalahan itu di Dataran Merdeka, Jalan Raja di Kuala Lumpur antara 9 malam 31 Dis 2013 hingga 1 pagi 1 Jan lepas. Tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman.

2. Hakim Mahkamah Sesyen Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Melissa Sasidaran berikutan keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lepas yang menyifatkan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai tidak berperlembagaan kerana peruntukan itu di luar batas kuasa Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin perhimpunan aman.

3. Keputusan ini dibuat dibuat berasaskan keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lepas yang menggugurkan tuduhan terhadap ADUN Seri Setia , YB Nik Nazmi Nik Ahmad.

4. Tahniah kepada Hakim yang berani membuat keputusan yang betul. Tahniah dan terima kasih juga kepada Peguam Melissa dan Eric Paulsan termasuk pasukan Lawyer For Liberty (LFL) yang banyak membantu kes - kes berkaitan perjuangan hak asasi dan melawan penindasan. Rakaman penghargaan juga kepada penyumbang yang menyumbang dalam perbagai bentuk kepada kami anak muda bagi meneruskan perjuangan ini khususnya dalam bentuk jaminan mahkamah.

5. Ini merupakan satu petanda baik bagi perjuangan rakyat mempertahankan hak yang dijamin perlembagaan negara. Ini juga membawa maksud bukan semua undang- undang menjamin keadilan ia memerlukan perjuangan dan keberanian. Semenjak PAA diaplikasikan memang banyak kes pendakwaan berkaitan undang - undang ini. Namun SAMM merakamkan sedih terhadap beberapa pemimpin politik yang tersungkur di mahkamah kerana mengaku bersalah awal di depan hakim kerana undang - undang zalim ini. Sepatutnya semua perlu melawan. Nazree Yunus contohnya sudah tentu akan akan jadi titik hitam dalam sejarah perlawanan apabila dia mengaku bersalah dan sebaliknya beruntung ada anak muda seperti Nik Nazmi yang berani menawan sehingga membawa kes ke mahkamah rayuan dan berjaya mengenepikan kes yang akhirnya menjadi tanda segar buat perjuangan.

6. Tanggal 1 Mei satu lagi himpunan penting dalam gerakan rakyat. Untuk itu Penyerahan Penghakiman kes Nik Nazmi Nik Ahmad mengenai Akta Perhimpunan Aman 2012 akan dihantar kepada IGP.

Masa: 2pm
Tempat: Bukit Aman
Tarikh: 30 April 2014 (esok)

Tujuan utama penyerahan penghakiman ini adalah untuk memperingati IGP bahawa Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan bahawa Akta Himpunan Aman adalah tidak berperlembagaan dan Himpunan MayDay pada 1 Mei bukan HARAM.

7. Terima kasih kepada semua yang berjuang. Yakinlah rakyat yang bersatu tidak akan dapat dikalahkan. Ayuh bersama banjiri Kuala Lumpur 1 Mei ini.

Sekian dan terima kasih

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
Read more: http://milosuam.blogspot.com/2014/04/keputusan-bebas-dakwaan-aksi-malam-31.html#ixzz30HJreq1C
Read More

New World Order: Obama Datang Dengan Membawa Mesej Perang?

Selasa, 29 April 2014

US Navy Seals
Blogger Sayuti Omar mendakwa lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Jepun, Korea, Malaysia, Filipina adalah perjalanan untuk mencari kekuatan dan sokongan.

Katanya perjalanan Obama bukan untuk melihat keindahan panorama di Asia.

"Amerika begitu takut kepada China yang bangkit dalam kuasa perdagangan baru. Sebagai sebuah negara yang membentuk empayar, Obama dapat merasakan apa akan berlaku untuk 50 dekad akan datang," katanya dalam posting terbaharu blognyawww.msomelayu.blogspot.com

Dakwanya, unjuran yang dibuat oleh pakar ekonomi meletakkan China akan berada di atas Amerika daripada segi ekonomi pada 2028 menjadi bayangan ketakutan Obama.

"Sebagai presiden yang akan tamat tempoh perkhidmatanya tidak lama lagi menjadi tugas Obama meletakkan Amerika di atas landasan benar sekiranya dia mahu dikenang oleh rakyat Uncle Sam itu," tambhanya.

Sayuti mendakwa hari ini China sedang mengembangkan perdagangannya dalam serba serbi bidang.

Negara Asean sudah ditakluki dengan kuasa ekonominya. Bahkah penyumbang kepada perbendaharaan kedua kepada Amerika juga adalah perdagangan dari China," katanya.

Katanya lagi, Obama sangat bimbang dengan apa yang sedang dilakukan China.

"Justeru beliau sudah dapat menghidu nasib Amerika. Dalam keadaan Amerika sendiri ekonominya sedang berantakan, maka sesuatu perlu disiap-sediakan dari sekarang," ujarnya.

Beliau menambah dalam bacaan orang seperti Obama, penjajahan dan peperangan tidak akan berhenti.

"Perang dan penindasan akan berkembang selari dengan kemajuan manusia. Bagi falsafahnya peperangan dihalalkan untuk meneruskan keagungan. Peperangan merupakan jalan untuk survive sesebuah negara," tegasnya.

Beliau berpendapat tidak mustahil apabila Amerika sudah tenat sampai ke paras leher, peperangan harus dilancarkan juga.

"Untuk tujuan itu, Amerika dan Obama harus membuat persiapan ke arah kesimpulan dan keputusan yang amat dibenci dunia itu. Jadi kedatangan presiden Amerika ke negara ini adalah dalam rangka kempen untuk menguatkan kedudukannya atau dalam kata lain mengenal pasti di manakah beliau hendak tumpang meletakkan meriamnya untuk berdepan dengan perang," dakwanya.

Katanya, apa yang hendak disampaikan di sini ialah jangan rakyat negara ini menerima kedatangan Obama itu seperti kehadiran bintang bola sepak atau bintang filem Bollywood atau Hollywood, kerana kedatangan seorang presiden membawa mesej peperangan bukannya kemanusiaan.

Sayuti berharap kedatangan Obama ke Malaysia jangan dipuja seolah-olah Obama adalah seorang presiden yang berbeza dengan presiden Amerika sebelum ini yang suka mengeksplotasikan keadaan demi bumi Amerika dan mahu menunjukkan kekuasaan Amerika.

"Kononnya Obama seorang presiden yang mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi dan tidak suka kepada kontroversi, membenci peperangan dan penganiayaan kepada manusia," katanya.

Tambahnya, keterujaan rakyat negara ini termasuk pemimpin sendiri, bukan saja kepada kehebatan kepimpinan Obama tetapi sampai kepada kapal terbang dan kereta rasmi yang dibawa dari Amerika juga dipuji kehairanan.

"Diberi ulasan dan penghuraian terperinci mengenai kehebatan dan kecanggihan kereta Bluefin-21 yang siap dengan sonar dan boleh menyelam ke dalam laut dan dilengkapi dengan segala kemudahan, keselamatan dan kesihatan untuk Obama. Di atas kereta itu juga ada bank darah yang sama jenis dengan darah Obama. Jenis XXO," dakwanya.

Beliau mengingatkan walaupun siapa Obama dia tetap presiden Amerika.

"Kita perlu kenal siapa Amerika, sebuah negara yang dianggap sebagai polis dunia. Amerika menggunakan kekuatannya untuk menakluki negara-negara kecil demi kepentingannya," dakwanya lagi. ~fmt

BLM.
Read More

Hudud: Saya Cukup Tenang Sehari Dua Ini -TG Nik Aziz

Selasa, 29 April 2014
KOTA BHARU: “Saya amat gembira perkembangan semasa berkaitan hudud sekarang. Saya tidak mahu sentuh banyak soal teknikal kerana ia di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Cuma saya sentuh soal dasar sahaja. Alhamdulillah hati saya cukup tenang sehari dua ni.. banyak berita baik yang saya terima dan Insya-Allah masyarakat juga menerima dengan baik,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Bekas Menteri Besar Kelantan itu ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dr Asraf Wajdi Dasuki di pejabat Institut Pemikiran Tok Guru hari ini.

Pada Ahad lalu beliau juga dikunjungi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di rumahnya di Pulau Melaka. Sedangkan Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu berkata, Perdana Menteri dahulu begitu bersungguh-sungguh menentang pelaksanan hudud di Kelantan.
“Saya amat bimbang kalau-kalau akan berlakunya Mageran sebab itu saya tidak melaksanakannya selepas menerima surat amaran daripada Perdana Menteri,” katanya.

Pada 15 Julai 1994 Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat amaran kepada Menteri Besar Kelantan. Antara lain surat itu berbunyi

  • “kerajaan pusat tidak dapat membenarkan kerajaan PAS menjalankan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip keadilan Islam, maka kerajaan pusat akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam.”
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga menyokong cadangan diwujudkan Jawatankuasa Teknikal melibatkan pelbagai pihak yang pakar dalam bidang perundangan Islam. Semalam Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Hassan Mohamood turut menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Khas Teknikal Hudud peringkat pusat bagi membolehkan ia dilaksanakan di Kelantan.
Sementara itu Dr Asraf Wajdi ketika ditemui berkata, tidak salah Kelantan menjadi negeri perintis melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II ketika kerajaan BN didakwanya lebih terbuka sekarang. (HD)
Read More

Ketua Polis Dang Wangi: #1Mei PDRM tidak akan menggunakan FRU... Tapi ape pasal Dr M mengeluh!

Selasa, 29 April 2014
SEMUA DIJEMPUT HADIR
Hari Kebangkitan Rakyat

Jawatankuasa 1 Mei tidak akan berhimpun di "padang" Dataran Merdeka

Perhimpunan kami boleh diadakan di Jalan Raja atau kawasan paling hampir dengan Dataran Merdeka.

PETALING JAYA: Jawatankuasa 1 Mei mengambil positif kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi bahawa PDRM tidak akan menggunakan FRU dan akan membenarkan perhimpunan ini berjalan secara aman.
Menurut jurucakapnya, S.Arutchelvan (gambar) jawatankuasa itu juga mengambil maklum permintaan polis supaya kita tidak berhimpun di “padang”  Dataran Merdeka kerana ada kerja-kerja membaiki padang dan penanaman rumput disana.

S ArutchelvanKatanya, pihak Jawatankuasa Penganjur telah memilih Dataran Merdeka kerana ia mempunyai signifikasinya tersendiri sebagai tempat simbolik perjuangan rakyat dan simbol demokrasi negara.
“Justeru itu, kami berharap perhimpunan kami boleh diadakan di Jalan Raja atau kawasan paling hampir dengan Dataran Merdeka. Pihak kami juga memberi kepastian tidak akan masuk ke kawasan padang Dataran Merdeka,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Beliau menambah Keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini mengenai perhimpunan aman mengukuhkan lagi pendirian kami bahawa hak berhimpun adalah satu hak utama (fundamental) Perlembagaan Persekutuan dan hak ini tidak boleh dilucutkan oleh undang-undang yang lebih kecil.

Katanya, 1 Mei adalah hari yang cukup istimewa di mana hari itu disambut diseluruh dunia dengan perhimpunan dan perarakan.

Tambahnya, di Malaysia, kesan daripada perjuangan kaum pekerja dan rakyat, akhirnya pada tahun 1972, 1hb. Mei telah diisytiharkan sebagai hari cuti dan pada tahun 1980, ia diisytiharkan sebagai hari cuti wajib.

“Marilah kita tidak sia-siakan hari bersejarah ini dan menggunakan hari  ini untuk membuat satu referendum kepada Kerajaan bahawa rakyat menolak Cukai GST,” tegasnya lagi.

Setakat ini,95  organisasi NGO, Kesatuan Sekerja, Persatuan Pengguna, Parti Politik telah menyokong  Deklarasi Hari Pekerja 2014 di mana tuntutan utamadDeklarasi adalah membantah perlaksanaan cukai GST.

S.Arutchelvan berkata pihaknya ingin mengucapkan terimakasih kepada Majlis Peguam Negara dan peguam-peguam sukarelawan yang akan menjalankan tugasan membantu ahli-ahli dalam perhimpunan dan memantau perhimpunan kita yang akan berjalan dengan aman.

“Kami juga mengucapkan terimakasih kepada SUHAKAM yang telah mendesak pihak polis membenarkan perhimpunan ini dijalankan tanpa gangguan,” jelasnya.
Beliau menambah selain itu, pihaknya juga ingin mengucapkan terimakasih kepada pihak “medical team “yang akan menyediakan puluhan anggota dan lima ambulan pada hari tersebut.

“Penganjur juga mengucapkan terimakasih kepada pihak Unit Amal, PAS yang akan menyumbangkan seribu orang untuk membantu menjaga perjalanan perhimpunan dan ini tidak termasuk marshall-marshall dari organisasi lain yang turut menghantar sukarelan-sukarelawan merek,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terimakasih kepada pihak SUARAM kerana sudi membantu andaikata ada tangkapan dibuat pada hari tersebut.

Posted & copy by 
April 23 
 

#1Mei : Dr Mahathir Menghasut atau Mencabar Rakyat...??

#MediaPakatan LIKE dan sebarkan pages ini;
Dr M terus mengeluh tentang demo besar 
Semasa pentadbirannya, tiada protes jalanan berskala besar kecuali ketika musuh politiknya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai timbalan perdana menteri.

Pengkritiknya mendakwa, ia ekoran Tun Dr Mahathir Mohamad memerintah secara kuku besi dan penentangnya akan merengkok dalam penjara.

Bagaimana pun, sejak beliau meletakkan jawatan pada 2003, protes jalanan menjadi perkara biasa dalam pentadbiran dua penggantinya selepas itu dan perkara itu sukar diterimanya.
Dalam blognya, bekas perdana menteri itu mencoretkan bagaimana demonstrasi yang dianjurkan bagi menggulingkan kerajaan yang dipilih.

Beliau sekali gus mengkritik kumpulan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH.

“Setakat ini Malaysia masih bertahan daripada ketidakstabilan akibat demonstrasi jalanan berpanjangan. Tetapi tanda-tandanya sudah ada.

“Jelas sekali, terdapat rakyat Malaysia yang mahu menurunkan kerajaan yang dipilih melalui demonstrasi,” katanya.

Siri-siri demonstrasi BERSIH, tambah Dr Mahathir, jelas untuk membangkitkan sokongan awam dan mencemarkan nama baik kerajaan seterusnya menjatuhkannya.

Kumpulan NGO disokong pembangkang akan menganjurkan perhimpunan besar menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 Mei (Khamis) ini. - mk
Read More

Tengok Neh! Rakyat Filipina protes besar-besaran kedatangan Obama...

Selasa, 29 April 2014
Rakyat Filipina buat protes besar-besaran kedatangan Obama ke Filipina. Kita pun melalui Perkasa melalui ISMA dengan bekas ketua pengarang NST ada gak buat protest pada Obama, tapi kita protest Obama lepas selfie dan lepas dia balik laaaa kan.... Leklu...tunggu dia balik dulu baru belasah..... gila lu nak buat depan-depan. Kang ilang lagi manggis 4 tan karang sapa nak jawab?

Written By canang

Read More

Bangkai pesawat MH370 di Teluk Benggal pulak...5,000km dari lokasi di Lautan Hindi - GeoResonance

Selasa, 29 April 2014

Gambar MH370 yang didakwa ditemui Syarikat Australia, GeoResonance

MH370_GeoResonance
MH370_GeoResonance1
Gambar pesawat MH370 yang didakwa ditemui Sebuah syarikat penerokaan maritim Australia, GeoResonance di 5,000 kilometer dari lokasi pencarian sekarang di Lautan Hindi.
Melalui laporan oleh 7News Australia dan Daily Mirror UK semalam menyatakan mereka melakukan pencarian sendiri pesawat berkenaan sejak 10 Mac dan mengesan objek yang berkemungkinan bangkai pesawat di Teluk Bengal.
Jurucakap GeoResonance, David Pope, berkata kumpulan penyelidiknya mengesan elemen di dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat. Rujuk BH
Read More

Monday, 28 April 2014

Guru Terheret ke Mahkamah...SALAH SIAPA? Malaikat Izrail memasuki dalam keretaku...

Selasa, 29 April 2014

Pengakuan Berani Seorang Guru Di Mahkamah; "SAYALAH GURU ITU"


Percayakah anda? Sayalah pemandu kereta ini...

Saya tidak mungkin melupakan segala-galanya sehingga roh berpisah dari jasad saya. 21 Mei 2006, lebih kurang jam 2.05 petang.

Sungguh Malaikat Izrail memasuki dalam kereta dan mencabut dua nyawa yang berada disisi saya. Cumanya ketika itu bukan giliran. Saya kira semua orang tidak menginginkannya termasuk saya. Kemalangan yang menjadi kejutan kepada golongan guru seluruh Negara. Dua tiga akhbar utama menyiarkan berita itu. Pada ketika itu perjalanan kami dari Johor Bharu ke Segamat usai latihan/pemilihan sepak takraw negeri Johor dan saya akan membawa skuad Johor ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Perak seingat saya.

Fasa pertama latihan dan kami akan pulang dua malam ke rumah sebelum datang semula ke Johor Bahru untuk latihan selanjutnya. Namun segala-galanya ternoktah di atas lebuhraya utara selatan KM 50.2. Bermulalah satu perjalanan yang mencabar tetapi cukup mendewasakan. Menjadikan saya lebih berani dari semalam termasuk bercakap secara direct dengan ‘orang-orang besar’ dalam hirarki pentadbiran pelajaran negeri Johor.

Kata Nisah Harun dalam novel ‘Mencari Locus Standi’ tentang mahkamah; tiada yang menggembirakan di daerah ini. Tiada siapa yang mahu datang ke tempat ini andai tidak dipaksa atau terpaksa. Mahkamah jadi tempat yang perlu disiahkan, seolah-olah sekali melangkah ke sini akan sial sepanjang hayat!” Ayat ini membekas dalam diri saya. Segalanya menjadikan saya mesra dengan bahan bacaan berkaitan undang-undang, pekeliling-pekeliling perkhidmatan awam berkaitan tahan kerja, tatatertib dan lain-lain.

Ya! Segalanya ada hikmah dan mendidik. Dua tahun saya turun naik mahkamah Kluang. Hari pertama memasuki mahkamah 14 April 2007, cukup mengerikan apatah lagi hadir tanpa wang jaminan. Ketika itu saya tidak faham bahawa seseorang yang didakwa di bawah seksyen 41 (1) AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 yang jika tertuduh disabitkan dengan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman denda tidak kurang RM5000 dan tidak lebih RM20,000, penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih sepuluh tahun (Act A 1065) mana-mana individu yang menghadapi pertuduhan sedemikian perlu hadir ke mahkamah dengan wang jaminan paling kurang RM5000 ( bergantung budi bicara Majistret)

Saya tahu sekiranya saya menulis secara tuntas dan sehabis jujur akan banyak pihak yang tersinggung. (Jadi saya cuba untuk tidak menyentuh banyak pihak) Sementelah kes saya ini akhirnya dibela oleh KESATUAN PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN (KPPK) dalam bahasa Inggerisnya di sebut National Union Teachers Progress (NUTP). Termasuk tekanan yang diberikan kepada saya, apabila menulis satu artikel di dalam Buletin KPPK keluaran Oktober 2007. Ekoran itu satu surat cadangan kepada pihak Lembaga tatatertib telah dihantar bertujuan mencadangkan saya ditahan kerja. (Saya tidak mahu menyebut siapa yang mencadangkan saya ditahan kerja, segelintir guru di Johor dan orang-orang kuat KPPK mengetahuinya dan yang pastinya individu itu telah bersara)

Inilah artikel yang tersiar di Buletin KPPK Oktober 2007

Sila rujuk pekeliling perkhidmatan awam bahawa seseorang penjawat awam yang ditahan kerja akan menerima separuh dari emolumennya setiap bulan. Ketika itu, jika tidak silap saya setelah ditolak hutang rumah, pinjaman peribadi, simpanan dan insurans, saya hanya layak menerima RM72.15 sahaja. Namun keyakinan kepada Allah, prinsip berani kerana benar, rahsia surah An-Nur, Muhammad, Thoha terbukti benar. Sungguh kenikmatan berdoa lebih dirasai apabila kita diuji berbanding jika kita berdoa dalam keadaan senang. Bukanlah maksudnya kita tidak berdoa tetapi percayalah! orang yang berdoa dalam keadaan terdesak antara hidup dan mati, bebas dan dipenjara, ditamat atau tidak kerjaya akan lebih bersungguh-sungguh menjejaki dasar hati.

Saya masih sentiasa teringat selepas solat tentang kenikmatan berdoa ketika saya di dalam keadaan yang cukup menguji itu. Alhamdulilah! Ya Allah kekalkanlah kenikmatan berdoa itu kepadaku dan seluruh umat Islam.

Isu tahan kerja saya mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Agung KPPK Miss Loke Yim Pheng, bekas Timbalan Pengarah Pelajaran Johor Tuan Haji Jamian Jaafar (telah bersara), Mr Chaw Tah Soo wakil KPPK Segamat), pengetua saya pada ketika itu Puan Hajjah Muriatun Mohd Said yang menyebelahi saya. Lalu maafkan saya Tan Sri menulis secara jujur berkaitan cadangan tahan kerja. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Haji Kusaini Bin Haji Hasbullah (Bahagian tatatertib), dan orang yang memahami cerita ini Tan Sri Dr. Zulkurnain Bin Haji Awang (ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia) yang menolak cadangan tahan kerja tersebut. Kepada Miss Loke yang menjalankan amanah sebagai Setiausaha Agung KPPK yang mempertahankan saya dengan bercakap secara bertentang empat mata dengan ‘kepimpinan atas’ Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bayangkan jika cikgu berada di tempat saya. Sedangkan perjalanan saya adalah urusan tugas rasmi. Bawa murid-murid dengan bersurat arahan. Saya masih menyimpan segalanya (satu fail lengkap dan segala catatan peribadi turun naik mahkamah dari hari pertama hingga hari terakhir, yang jika saya turunkan segalanya di dalam blog ini; akan ada pihak yang tersinggung atau mahu marah dengan catatan jujur tersebut), malahan orang yang menandatangi surat itu juga masih hidup dan saya sendiri pernah bersemuka dengannya apabila dalam satu majlis, beliau memburukkan cara pemergian saya…….. (sukar untuk saya menuliskannya… terasa kelopak mata ini panas! Ya Allah berikanlah aku kekuatan menghadapi tipu daya dunia yang penuh dengan kepalsuan ini).

Saya tahu seorang guru tidak kebal dari segi undang-undang. namun ada bebrapa perkara berkaitan hal kebajikan seorang guru yang membawa murid ke tempat pertandingan, latihan atau apa sahaja yang perlu diambilberat oleh pihak berwajib.

Sungguh besar pengajaran yang Allah berikanlah! Andainya satu masa kita sebagai guru biasa menjawat jawatan tinggi ingatlah kebajikan dan keselamatan terhadap ‘anak-anak buah’ kita adalah satu amanah yang besar. Jika tidak yakin dengan hujah saya ini bacalah kitab yang berjudul “UMAR ABDUL AZIZ, SiRAH RASULULLAH, 10 SAHABAT YANG DIJAMIN SYURGA” Jika orang-orang bawahan kita ditimpa sesuatu musibah atau ujian berat dari Allah, lindungilah mengikut kemampuan, ziarahlah melihat keadaannya.

Dunia mahkamah sungguh asing bagi seorang guru biasa seperti saya, pun ianya adalah satu pengalaman yang sangat berharga. Saya dapat melihat sendiri bagaimana pendakwaan, pembacaan tuduhan, pembicraan berlangsung. Masih ingat lagi tentang kes bunuh yang dibacakan ketika hariu saya ke mahkamah dan perbicaraan kes dadah, curi motosikal…. Yang dapt saya lihat dan dengar sendiri.

Berbalik kes saya, setelah sekian lama akhirnya kes itu dibicarakan dengan pendakwa mengemukakan 2 pegawai penyiasat, doktor, seorang pegawai puspakom yang memeriksa kereta saya sebagai saksi . Ketika perbicaraan berlangsung, duduk di kandang tertuduh itu terasa kaki dan tangan sejuk seakan menanti hukum gantung walaupun hakikatnya jika kalah dalam kes itu saya setakat dipenjara dan bukan digantung….

Akhirnya Mahkamah memutuskan akan memberi keputusan pada 30 September 2009. Saya masih ingat malam yang damai itu, di mana solat hajat dilakukan secara beramai-ramai. Tempatnya markas PAS Segamat. Terima kasih kepada PAS kawasan Segamat, pemuda PAS, muslimat PAS, ibu, anak, isteri, sahabat-sahabat, rakan-rakan guru sekolah, kenalan rapat setempat tinggal saya dan kurang lebih dalam lapan puluh orang yang hadir pada malam itu, bersujud memohon kemenangan untuk saya dalam kes itu.

Lalu 30 September 2010, apabila saya masuk ke kandang tertuduh selepas nama saya dipanggil. Saya masih ingat segala-galanya. Mulut saya kumat-kamit membaca lima ayat awal surah Thoha, apabila peguam saya C.C Ayathurai (dibiayai sepenuhnya oleh pihak KPPK) bangun memaklumkan “Hari ini telah ditetapkan untuk keputusan”

Majistret muda. Seingat saya namanya Mohamad Azhar Arif menganggukkan kepala sambil sekilas memandang wajah saya dan kemudian terus membacakan keputusan. Begini bunyinya;

“Setelah mempertimbangkan hujah-hujah pihak pendakwaan dan pembelaan. Mahkamah berpuashati dan mendapati pihak pendakwa gagal mewujudkan prima facie terhadap tuduhan. Oleh itu mahkamah memutuskan Encik……………….. didapati tidak bersalah, dilepaskan dan dibebaskan sepenuhnya”

Dam! Majistret mengetuk tukul kayu yang lazim dan terus bangun berlalu. Selepas itu terdengar laungan “Bangun”, saya menoleh kepada ibu dan kakak yang duduk di kerusi dalam mahkamah di belakang saya. Kedua-duanya berpelukan sambil menangis. Saya menekup wajah. Cuba menahannya… Pun airmata saya gugur jua…….. Syukur kepadaMu Ya Allah! ENGKAU yang memberi ujian! ENGKAU jua yang memberi kemenangan…….. -suarainsan
Posted By Greenboc 



Isu PBS: TIBA-TIBA ada peperiksaan


UP1 pada Mac lalu dan ini hasilnya.


Isu PBS - Mohon SHARE kepada semua kenalan atau ibubapa yang masih tidak tahu keadaan anak-anak mereka dalam Darjah 1,2,3 dan 4 termasuk Tingkatan 1,2 dan 3 yang bakal hadapi saat getir ini.

TIGA TAHUN tiada peperiksaan TIBA-TIBA ada peperiksaan JENIS BARU.

Komen Admin:

Sedihnya...........kasihan murid tingkatan 3 jadi mangsa keadaan.

#BoikotPBS414

Mansuh Tetap #MansuhPBS
 — with Urusan Ser

Cikgu Mai La Turun Dataran... 

Read More

Obama; Susan Rice Penasihat Keselamatan US bertemu 45-minit dengan Anwar & pemimpin PR

Selasa, 29 April 2014

Demokrasi Di Malaysia Tempang : Minta Amerika Syarikat Menegur Amalan Demokrasi Di Malaysia


Malaysia tidak laksana demokrasi sepenuhnya, kata pemimpin pembangkang kepada Amerika

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) meminta Amerika Syarikat yang merupakan "juara demokrasi" dunia agar menegur amalan demokrasi di Malaysia, yang disifatkan sebagai tempang dan tidak mematuhi sistem demokrasi itu sendiri.

Antara yang paling ketara adalah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Persekutuan tidak mematuhi sistem Persekutuan atau 'federalism' di Malaysia apabila hak negeri yang bukan di bawah kuasa parti pemerintah di peringkat negeri diketepikan, kata Datuk Mustafa Ali.

"Misalnya, kerajaan pusat menafikan hak negeri untuk mendapatkan royalti minyak di Kelantan," kata Setiausaha Agung PAS itu kepada Susan Rice, Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat dan tiga lagi pegawai Amerika dalam pertemuan 45-minit dengan pemimpin PR itu.

Turut serta dalam pertemuan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pagi ini adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Dalam pertemuan itu, Anwar menjelaskan pendirian PR tentang mengapa mereka tidak bersetuju dengan TPPA secara keseluruhannya ketika disoal oleh Rice.

Anwar turut menyentuh soal integriti kehakiman di negara, namun tidak menyentuh secara spesifik terhadap kes beliau sendiri, kata Mustafa kepada The Malaysian Insider.

Lim pula menekankan isu kegagalan sistem di Malaysia yang tidak memberikan kemenangan kepada PR, walaupun mendapat 52% undi popular dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Pertemuan ini diadakan sempena lawatan Presiden Amerika Barack Obama ke negara ini.

"Saya turut menekankan kegagalan Malaysia dalam memberikan kebebasan media di negara ini, di mana semua media arus perdana dikawal oleh kerajaan," kata Mustafa.
Harakahdaily
IdaMan.
Read More

[Video] Wall Street Journal Bangkit Isu Obama Gagal Temui Anwar...

Selasa, 29 April 2014
Published on Apr 27, 2014
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata keputusannya untuk tidak bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika kunjungannya ke Kuala Lumpur tidak bermaksud bahawa beliau tidak mempedulikan nasib yang dialami oleh ketua pembangkang itu.

Pada sidang media bersama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, beliau diminta menjelaskan mengapa beliau tidak mengulas mengenai sabitan kes Liwat II ke atas Anwar.

Bukan tak peduli jika tak jumpa Anwar

Misfire in Malaysia
[kd]- Kegagalan Presiden AS, Barrack Obama bertemu Ketua Pembangkang parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat dikesali dibangkitkan lapor The Wall Street Journal (WSJ).

Sebaliknya lapor WSJ, Obama bertemu pula dengan pembangkang Jerman, Peer Steinbrueck dan bekas pembantu kempennya yang kini menjadi penasihat pemimpin pembangkang dari Parti Buruh Britain, Ed Miliband.

Dalam laporan WSJ bertajuk ‘Misfire in Malaysia, Obama declines to meet with a harassed opposition leader’ 27 April lalu, turut menyebut bahawa Obama sewajarnya ‘bertoleransi’ dan menyampaikan mesej keprihatinan negara itu melalui pertemuan dengan Anwar.

“Kegagalan pertemuan itu tidak akan dilupakan terutamanya oleh pengundi muda bandar yang merupakan penyokong akar umbi Anwar.

“Adalah suatu yang memalukan apabila Obama jelas memilih untuk tidak menemui Anwar yang hampir memenangi pilihan raya tahun lalu,” laporan tersebut dipetik.


Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena