Wednesday, 31 December 2014

Isi petrol RON 95...Pagi yang hiba...Malam tadi kato dio selamat tapi mek lapar...

Khamis, 1 Januari 2014
 Najib bermain golf bersama Obama ketika mangsa banjir kesusahan...

Pagi yang hiba. Situasi berlaku disalah sebuah stesen minyak area gombak sewaktu wak sedang mengisi minyak kereta. Wak ternampak seorang pemuda menaiki moto EX5 nombor pendaftaran DBB ***1 nak isi petrol RON 95.
Pada tempat duduk di ikatnya sekampit beras 10kg. Dalam bakul motor kelihatan beberapa tin sardin, gula dan biskut. Selepas di isi tank EX5 dengan penuh beliau menuang lebihan petrol kedalam botol air mineral besar. Lantas wak berfikiran anak muda ini mesti nak jalan jauh. Lalu wak menyapa beliau:
Wak: dik nak kemana bawak beras dan makanan tu?
Anak muda: nak balik kuala krai kelantan. Nak bagi beras dan makanan kat 'mek' dikampung.
Wak: naik motor ni?
Anak muda: ye boh. Kawasan Rumah kito tenggelam banjir. Saya belajar kat UNI**. Mek ada dirumah sorang2. Rumah terputus hubungan. Mek umor 60 lebih duk sore dumoh. Mek sms malam tadi kato dio selamat tapi mek lapar. Beras dan makanan habis doh.sayo nok balik hntar makanan. Kesian ko mek. Cek lamo doh takdok (meninggal).
Wak: (tiba-tiba mata masuk habuk) huhuhuhu. Ni jalan balik kg boleh lalu ke?
Anak muda: boh. Kalu sayo kena berenang ke kg saya akan berenang untuk mek.
Wak: kali ni mata wak xmasuk habukbtapi kena cucuk ngan jarum besi.
Semoga Allah memudahkan urusan mu wahai anak muda. Respect wak kepada beliau.
kredit: Arena Futsal Malaysia | wak pivot




Mencari apa2 yang bole digunakan lagi..
 
Read More

[Video] Habis kasut dia derma satu kedai...Many Chinese have donated to help!

Khamis, 1 Januari 2014
Sekadar hiasan - forums.stashedboxes.com


Habis kasut dia derma
 — with Channi Miglani,Satwinder Singh and Amit Choudhary.





Many Chinese have donated to help




yang selalu mikir bersangka burok orang sana je...





Kiriman sahabat SSTV

Yg kali ni.. Adalah misi ke 3 kami utk ops banjir 2014. Yang berminat menjadi sukarelawan boleh hubungi kami.
 — with Park BourBouApas AyopMohamad N. Amin and Akem Alfandani.

Read More

Mercu tanda Temerloh tenggelam hampir lenyap! "Dah tak ada apa dah....

Khamis, 1 Januari 2014
MERCU tanda Temerloh hampir lenyap ditenggelami air selepas paras air Sungai Pahang naik mendadak



Antara binatang yang berjaya menyelamatkan diri. Lokasi di Temerloh, Pahang
 — with Siti Norfadlina Osman and Awin Arwin.

Temerloh: ‘Dah tak ada apa’ 
Oleh Nurul Huda Kosnon dan Mior Azlan Kamarulbaid
Temerloh: "Dah tak ada apa dah...rumah pun hanya nampak bumbung. 

"Semua perkakas rumah, termasuk televisyen, mesin basuh dan perabot musnah ditenggelami air," kata Nik Mohd Zaihan Mat Ali, 35, yang mendakwa dia dan keluarganya hidup sehelai sepinggang selepas kediamannya ditenggelami banjir yang melanda Kampung Tebal, Seberang Temerloh, Rabu lalu. 

Dia kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh bersama keluarga serta kira-kira 3,000 mangsa banjir di seluruh kawasan berkenaan. 

Nik Mohd Zaihan yang juga bekerja sebagai penghantar barang berkata, dia mula menyedari air naik dan memasuki kediamannya selepas terjaga daripada tidur iaitu 8.30 pagi, 28 Disember lalu. 

"Ketika itu, saya hanya terfikir anak dan keluarga sebelum meninggalkan kediaman 30 minit kemudian untuk menyelamatkan diri," katanya. Katanya, dia dan isteri, Nurul Fatini Abdul Manan, 35, juga runsing memikirkan keadaan rumah tapi tidak mampu berbuat apa-apa selain reda dengan ketentuan Allah SWT. 

"Anak kedua saya berusia tiga tahun turut menghidap lelah sejak berusia tiga tahun dan perlukan perhatian sepenuhnya. "Sejak dipindahkan di pusat pemindahan ini hampir setiap hari anak saya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya. 

Menurut bapa tiga anak itu, dengan pendapatannya yang tidak menentu dia buntu memikirkan keadannya sekeluarga terutama untuk membina semula kediaman selepas banjir surut. 

“Isteri tidak bekerja dan anak sulung saya berusia lima tahun akan memulakan sesi pra-sekolah tidak lama lagi. "Saya tidak tahu apa nak buat. 

Bila tengok rumah mahu menangis rasanya kerana sampai sekarang pun bumbung rumah saja yang nampak," katanya. Jumlah mangsa banjir di Pahang mencatatkan angka 51, 263 orang dengan daerah Temerloh seramai 21,301 orang. 
NIK Mohd Zaihan. FOTO Mior Azlan Mior Kamarulbaid 
Posted by mountdweller 
Read More

RON95 turun lagi, RM1.91 seliter! Akibat tekanan pembangkang, kata Maslan...Erk, Harga minyak dunia dah turun la...

Khamis, 1 Januari 2015
Menteri2 yg paling 'bijak' hanya dari UMNO 

Bila minyak naik, dilarangnya peniaga naikkan harga w/pon kos pengangkutan bertambah..

TETAPI bila minyak turun, tahu pula merayu peniaga turunkan harga..

ADAKAH menteri2 'bijak' UMNO dengar & faham keluhan peniaga terpaksa menaikkan harga barang berikutan kos pengangkutan meningkat gara2 harga minyak naik ???

Berikut adalah harga terbaru minyak di Malaysia mulai tengah malam ini (1 Januari 2015).

RON 95 : RM1.91 seliter.
RON 97 : RM 2.11 seliter.
Diesel : RM 1.93 seliter

Penurunan harga itu, sedikit sebanyak dilihat akibat tekanan pembangkang dan kumpulan pengkritik yang menjalankan kempen intensif menuntut harga RON95 diturunkan kepada RM1.90 seliter. - Ahmad Maslan

Read More

FACEBOOKERS YANG BANGANG...Balak besar 'bagak' depan tangga rumah! Pembalakan haram berleluasa?...

Khamis, 1 Januari 2015

Gambar yang tersebar bahawa rumah mangsa banjir di Kelantan musnah punca di langgar kayu balak yang galak dijaja di media sosial sebenarnya ciptaan & rekaan FITNAH facebookers & bloggers yang BANGANG...

GAMBAR TERSEBUT TIADA KAITAN DENGAN BANJIR DIKELANTAN ...

ANTARA BLOGGERS DAN FACEBOOKERS YANG BANGANG 


http://www.mykmu.net/2014/12/ini-bukan-tsunami-banjir-tapi-tsunami-balak/

http://www.pru14.tv/2014/12/31/bukti-kayu-balak-hancurkan-rumah-rakyat-kelantan/

http://azmykelanajaya.com/kelantan-banjir-foto-balak-menghentam-rumah-orang-kampung

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1600295793525213&set=a.1400776853477109.1073741827.100006344228252&type=1 


bloggers & facebookers yang bangang duk jaja gambar yang tiada kaitan dengan banjir di kelantan manakala ramai juga yang sudi dibangangkan oleh facebookers & bloggers yg sedia bangang ..

Huuihh tak dapat nak fikir,balak besar bagak depan tangga rumah.
Siap potong semua.. Kalau g jual boleh buat beli zink.

Rezeki depan mata... hurm.. ni jual leh la kaver2 kos itu ini...

p/s : Pembalakan haram berleluasa... apa kerajaan negeri dan pusat buat neh?
Read More

Tuntutan INSURANS Bencana - Terengganu, Pahang & Johor ade...Kelantan takde lak ni...MAMPOS kau PRU14 tungguuu!

Rabu, 31 Disember 2014

Harap pru14 ni bukan lg bee end perintah.....

Kenapa tuntutan insuran untuk negeri Kelantan tak ada lak ni...???Nampak yg negeri ini di anak tiri kan oleh kerajaan pusat...(BEE END)...oohh psl negeri Kelantan bkn Umno perintah...puuiiihhh pilih bulu..haram jadah...!!!

Read More

Kami kebulur nasi....bukan kebulur nak tengok muka piem!

Rabu, 31 Disember 2014

Kami kebulur nasi....bukan kebulur nk tgk muka piem

Anwar, Husam ziarahi Nik Aziz

TERKINI                                                                                                            

Semasa banjir memuncak di Kelantan Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat berada di hospital, keuzuran dialaminya kebelakangan ini sama sekali tidak memberi kesempatan untuknya meninjau keadaan banjir dan menemui mangsa banjir.
Anwar memperkatakan sesuatu kepada Tokguru.
Apa yang dapat dilakukan oleh Tokguru hanya berdoa dari atas katil dalam ward agar banjir lekas surut dan rakyat Kelantan bersabar menghadapi ujian daripada Allah.

Betapa terkilannya Tokguru kerana tidak dapat meninjau keadaan banjir seperti biasa hanya Tuhan saja yang tahu. Sebelum ini bila berlaku banjir, beliaulah antara orang pertama turun padang menemui rakyat.

Kali ini dengan keuzuran agak serius dialaminya, beliau hanya dapat mendengar laporan dari mereka yang menziarahinya.

Jam 4:00 petang tadi Tokguru dikunjungi Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di rumahnya di Pulau Melaka bersama Husam Musa. Bekas MB Kelantan itu sudah keluar dari hospital. Kunjungan Anwar itu adalah simbolik bahawa penghormatan beliau kepada tokoh spritual itu tiada kesudahannya dan sudah tentu menjadi penawar kepada Tokguru itu.

Husam dan Anwar dan rombongan dengar taklimat banjir.
Kebetulan kedatangan Anwar ke Kelantan untuk meninjau keadaan banjir. Anwar bersama Husam dan rombongan dalam lawatan di Kuala Krai diberi taklimat banjir oleh pihak berkuasa tentera. Mungkin hasil taklimat itu turut disampikan Anwar dan Husam kepada Tokguru.

Anwar baru berada dalam tanah air malam tadi dan hari ini terus ke Kelantan dan mengambil peluang menziarahi Tokguru dalam tugasannya meninjau keadaan banjir.

Ternyata akhlak politik dan penyanjungan Anwar kepada Nik Aziz sesuatu yang tidak dibuat-buat. Beliau mengambil berat mengenai hubungan beliau dengan Mursyidum Am Pas itu bukan ke belakangan ini tetapi sejak dulu lagi.

Bukan saja kebetulan sesama berada di Kelantan tetapi Anwar akan terbang ke Kota Bharu semata-mata untuk berjumpa dengan Nik Aziz apa lagi kalau diketahui bekas MB itu uzur.

Pernah dalam satu kunjungan, Anwar berada di Kelantan tidak sampai tiga jam, sebaik saja berjumpa dan menziarahi Tokguru beliau terus terbang pulang.

Agak menyesalkan dan kontras rasa hormat yang ditunjukkan oleh Anwar itu sebaliknya tidak berlaku kepada Muhyiddin Mohd Yassin dan Mohd Najib Razak. Semasa Muhyiddin dan Najib berkunjung ke Kelantan untuk meninjau keadaan banjir, bekas MB Kelantan itu sudah terlantar di hospital tetapi kedua pemimpin tertinggi itu tidak menjengok untuk bertanya khabar Nik Aziz.

Sikap dan akhlak ini ternyata sekali berbeza dengan apa yang menjadi amalan Anwar dan juga para pemimpin politik PR lain. MB Selangor Mohamed Azmin Ali semasa turun ke Kelantan untuk menghulurkan bantuan banjir RM1 juta, sempat menziarahi dan bertanya khabar Tokguru. Azmin juga dilihat pemimpin yang menghormati golongan veteran.

Begitu juga dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga menyempatkan diri menziarahi Tokguru bersama Mohamad Sabu. Kenapa tidak dengan Najib dan Muhyiddin?

Apa hendak dibuat mungkin Muhyiddin atau Najib Razak tidak mempunyai masa untuk meluang bagi menjenguk Tokguru itu, atau pun tidak ada sesiapa yang menunjukkan jalan ke Pulau Melaka kepada Muhyiddin seperti ap
a berlaku sebelum ini Muhyiddin pernah "diculik" untuk bertemu mata dengan Tokguru.
 [wm.kl.8:49 pm 31/12/14]
Read More

Pe'el & wajah sebenar pemimpin UmnoBN yang tak sedar diri...Respect TUANKU!

Rabu, 31 Disember 2014
8 hrs · Edited · 
 

ANDA LIHATLAH SENDIRI pe'el & wajah sebenar pemimpin tertinggi negara kesayangan anda Najib Razak & Muhyiddin Yassin..

Pemimpin UMNO kena paham dgn titah Tengku Abdullah dan ambil iktibar kejadian yg dialami oleh Dr. Afiq Rahim di klinik kerajaan Kota Bharu baru2 ini..

Tuanku dah murka kpd muka2 pemimpin UMNO yg tak sedar diri.. ADAKAH KERAjaan UMNO/BN berani nak kenakan AKTA HASUTAN terhadap beliau ???.. Kalau pemimpin PR atau rakyat biasa sudah pasti kena cekup..

#SHAMEonYouKERAjaan #RespectTUANKU


HEBAT ILMU OSTAJAH UMNO...
Soalan buat penyokong & pendokong UMNO/BN...
SOKONG atau BANTAH ???

Dalam fekah, ada dua istilah 'terpaksa' yang digunakan iaitu 'ikrah' dan 'idztirar' yang kedua-duanya bermaksud terpaksa.

Kedua-duanya akan diberikan kelonggaran sementara iaitu rukhsah.

Dalam Al Quran pula, katanya, ada tiga tempat sahaja dibincangkan perkara ini, iaitu Aurah Al Bakarah 173, Al An Am (145) dan Al Nahli (135).

Ketiga-tiganya membincangkan soal TERPAKSA makan makanan haram UNTUK HIDUP dan menuturkan perkataan kufur untuk SELAMATKAN NYAWA.

"Ketiga-tiganya tidak langsung membincangkan soal menghalalkan penzinaan (melacurkan diri)," kata Haron Din

Dalam kitab Ahkaam al-Qur'an, Abu Bakar al-Jash-shash disebutkan, bahawa MAKNA DARURAT adalah rasa takut seseorang kepada bahaya yang dapat melenyapkan nyawa, atau boleh mencelakai salah satu anggota tubuhnya, kerana ia tidak mahu makan atau meminum sesuatu yang diharamkan. (Abu Bakar al-Jash-shash, Ahkaam al-Quran, jld. I, hal. 159).
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena