Friday, 27 February 2015

Akhbar TERSOHOR DI MALAYSIA rugi RM82.64 juta...

Sabtu, 28 Februari 2015

AKHBAR TERSOHOR DI MALAYSIA RUGI RM82.64


Kumpulan Utusan rugi RM82.64 juta tahun 2014

Pendapatan merosot kepada RM291.32 juta bagi tahun dalam semakan daripada RM342.43 juta.

KUALA LUMPUR: Kerugian pracukai Utusan Melayu (Malaysia) Bhd meningkat tiga kali ganda kepada RM82.64 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2014, daripada RM20.39 juta sebelum ini disebabkan pendapatan lebih rendah dan caj susut nilai lebih tinggi bagi perniagaan dan lain-lain bil belum terima.

Pendapatan merosot kepada RM291.32 juta bagi tahun dalam semakan daripada RM342.43 juta sebelum ini disebabkan kelemahan sumbangan oleh segmen penerbitan, pengedaran dan pengiklanan.

Pendapatan segmen berkenaan dalam suku terakhir susut
13.5 peratus, disebabkan terutamanya oleh pengurangan ketara dalam pengiklanan, kata syarikat penerbitan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, lapor Bernama.

Kumpulan itu mengunjurkan 2015 sebagai tahun yang mencabar disebabkan peningkatan persaingan dalam penguasaan pasaran bagi perbelanjaan pengiklanan dan edaran akhbar.

“Bagaimanapun kami akan meneruskan pelaksanaan strategi menambah baik kandungan akhbar kami dan menawarkan pakej kreatif untuk pengiklanan,” kata syarikat itu.

Kumpulan juga akan terus melaksanakan strategi penjimatan kos dalam operasi perniagaan termasuk mengambil langkah mengurangkan kadar pengembalian dengan memastikan peruntukan bekalan akhbar dan majalah dibuat secara cekap. ~FMT
Read More

Jangan cabar ilmu agama mereka! Kalau tidak anda akan dikenakan Akta Hasooootan...

Sabtu, 28 Februari 2015


Inilah wajah-wajah pemimpin UMNO berpaksikan Islam Wasatiyyah-Najib..

PERINGATAN... Jangan cabar ilmu agama mereka, klu tidak anda akan dikenakan Akta Hasooootan...
Read More

Multaqa Ulama II telah menyimbah lagi minyak ke atas api yang sedang membara - USTAZ AHMAD AWANG

Jumaat, 27 Februari 2015
ULAMA PAS KENA TEGUR KERAS OLEH USTAZ AHMAD AWANG 


ULASAN Terlebih dahulu saya ingin ucapkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur atas berlangsungnya program Multaqa Ulama II yang baru sahaja selesai diadakan. Usaha untuk menghimpunkan keseluruhan ahli PAS yang berlatarbelakang pendidikan agama melalui suatu multaqa adalah satu usaha besar yang sudah pastinya penuh cabaran. 

Mungkin tidak salah kalau dikatakan ianya merupakan usaha menghadirkan keseluruhan kekuatan dan kemampuan ulama’ PAS dari seluruh negara demi menzahirkan peranan dan pengaruh ulama’ di dalam PAS. Oleh kerana ia digambarkan sebagai ‘program mega’ yang begitu sifatnya, maka tidak salah kalau dikatakan bahawa harapan rakyat, dan ahli PAS khususnya, pasti begitu tinggi. Mungkin diharapkan bahawa ia akan menjelaskan lagi arah tuju PAS sebagai rakan Pakatan Rakyat, yang sambil bergerak dalam kerangka gabungan ini, dapat mencapai aspirasi perjuangannya.


Sudah pasti seluruh rakyat mengharapkan kemelut yang berterusan dalam Pakatan, entiti politik yang dilihat sebagai harapan rakyat untuk menggantikan BN, akan dapat ditamatkan atau paling kurang dilunturkan hasil multaqa ini. Kemungkinan diharapkan bahawa golongan ulama’ akan memberi nasihat dan tunjuk ajar yang berpaksikan carian mereka daripada khazanah keilmuan Islam yang begitu luas sehingga segala masalah dan perbalahan dapat diatasi berlandaskan al-Quraan dan sunnah. 

Bagi ahli PAS pula, pastinya harapan yang tinggi bahawa perbalahan dalaman yang seolah-olah tidak terurus, sehingga mengusutkan lagi perasaan ukhuwwah dan silaturrahim dalam PAS itu sendiri, akan akhirnya dapat ditangani melalui kata-kata permata yang akan dihasilkan dari multaqa ini. 

Kemungkinan diharapkan bahawa golongan ulama’ akan memberi nasihat dan tunjuk ajar yang berpaksikan carian mereka daripada khazanah keilmuan Islam yang begitu luas sehingga segala masalah dan perbalahan dapat diatasi berlandaskan al-Quraan dan sunnah. 

Bagi ahli PAS pula, pastinya harapan yang tinggi bahawa perbalahan dalaman yang seolah-olah tidak terurus, sehingga mengusutkan lagi perasaan ukhuwwah dan silaturrahim dalam PAS itu sendiri, akan akhirnya dapat ditangani melalui kata-kata permata yang akan dihasilkan dari multaqa ini. Kerana semestinya golongan ulama’ yang berkumpul melalui multaqa ini akan dapat melihat dan merasai keperluan menyelesaikan perbalahan yang semakin meruncing. 

Di mana hasilnya? Sewajarnya golongan ulama’ akan memberikan peringatan berhubung soal ukhuwwah dan persaudaraan dalam Islam. Sudah pasti kesan dari multaqa ini adalah penyatuan hati dan merapatkan saf, bukan sebaliknya. Malangnya, apa yang diharapkan jelas tidak tercapai. 

Rakyat yang mengharapkan pembelaan kerana bakal ditimpa berbagai corak tekanan, sama ada ekonomi, sosial mahupun politik sudah pasti berasa hampa dan kecewa. Bukan sekadar tidak memenuhi harapan bahawa Pakatan dapat dikukuhkan dan ditunjukkan jalan ke arah kerjasama yang lebih mantap dan bermakna, malah diungkitkan pula permasalahan-permasalahan yang dihadapi dan kemungkinan tergadainya prinsip Islam dengan penyertaan PAS dalam Pakatan.

Secara umum ia merupakan usul yang sama seperti usul multaqa ulama’ yang dianjurkan dua tahun lepas yang meminta tahalluf siyaasi (kerjasama politik) ‘dikaji semula’. Tetapi setelah ditegur dan dikritik, maka diperjelaskan bahawa ‘kajian semula’ itu bermaksud “kaji semula ke arah memperbaiki dan mempekukuhkan lagi”! 

Kalau benar itulah yang dimaksudkan pada ketika itu, maka di mana hasil kajiannya? Tidakkah hasil kajian itu patut dikemukakan dalam Multaqa II, lebih-lebih lagi dalam keadaan suasana perbalahan yang dihadapi dewasa ini? Sudah pasti cadangan-cadangan dari Multaqa Ulama II ke arah pengurusan perbalahan dan penyelesaiannya amat sangat dialu-alukan. Malangnya, cadangan sedemikian rupa tidak sama sekali dikemukakan. Sebaliknya diulang kembali kekhuatiran dan ketakutan yang sama. 

Begitu juga hampa dan kecewa pastinya ahli PAS yang sedang melihat perbalahan dalaman yang semakin meruncing. 

Pecahkan atau kukuhkan Pakatan? Multaqa ulama tidak menyediakan kata-kata hikmah serta kaedah bijaksana bagaimana ianya perlu diurus dan ditangani. Apa yang dilakukan sebaliknya adalah menyimbah lagi minyak ke atas api yang sedang membara, tidak mendatangkan penyelesaian tetapi sebaliknya merumitkan lagi. Ia seolah-olah mengesahkan tuduhan-tuduhan liar bahawa ada pihak  yang membawa fahaman sekular liberal dalam PAS, adanya usaha menjatuhkan presiden dan sebagainya. Sedangkan itu semua pertuduhan yang bersifat rambang. Adakah perlu majlis sebesar dan sepenting Multaqa Ulama II membincangkannya tanpa pernah dibuat “tabayyun” dan membawa bukti lalu terus menjatuhkan hukuman? 

Agenda apa sebenarnya yang diutamakan oleh multaqa ini? Mengusahakan perpecahan Pakatan atau pengukuhannya? Mengusahakan kesatuan saf dalaman PAS atau merenggangkannya? Yang dilihat, ia dianjurkan hanya pada tahun pemilihan. Yang dilihat multaqa menghasilkan usul pecah-belah dan persengketaan. Adakah benar persepsi sebahagian bahawa program-program liqa’, neqad, ijtima’dan multaqa itu sendiri tidak lain melainkan usaha kempen untuk menjatuhkan pihak tertentu dan menaikkan yang lain? Amat malanglah sekiranya ia benar sehingga tumpuan usaha ulama’ yang dibawa dari seluruh negara adalah untuk memburuk-burukkan pimpinan tertentu dan menjatuhkan mereka dan menaikkan golongan sendiri. Politiking sempit sebegini tidak layak bagi ulama’, apatah lagi dengan menggunakan nas-nas al-Quran dan hadis yang tidak kena pada tempatnya. 

Bahagian kedua diterbitkan esok: AHMAD AWANG seorang tokoh ulama PAS yang disegani. Selain berpengalaman sebagai ahli akademik dan birokrat agama dalam kerajaan, beliau pernah memimpin Persatuan Ulama Malaysia (PUM) selama 17 tahun.

Mk.
Dicatat oleh Pejuang Perubahan 
Read More

Anwar terima jemputan minum petang Diraja...

Jumaat, 27 Februari 2015
Anwar terima jemputan minum petang Diraja
 Adam Abu Bakar 
e1050-nurul-izzah

 Zahid cuba untuk tidak memikul tanggungjawab jawatan beliau dan seolah-olah menghalang tugas Anwar selaku Ketua Pembangkang. 

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah mempersoal tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengeluarkan kenyataan bahawa hanya peguam negara bertanggungjawab untuk melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Katanya, ini kontra dengan surat jemputan yang diterima Anwar selaku Ketua Pembangkang untuk menghadiri sesi minum petang Diraja bersama Agong. Surat itu diterima sehari selepas penghukuman diputus. 

“Anwar sudah menerima surat jemputan minum petang Diraja dan ia adalah surat yang harus dihadiri oleh Anwar kerana beliau merupakan Ketua Pembangkang Parlimen,” kata Izzah yang juga memberitahu bapanya sepatutnya duduk bersebelahan Agong pada waktu itu. 

Jelas Izzah, ini membuktikan Zahid cuba untuk tidak memikul tanggungjawab jawatan beliau dan seolah-olah menghalang tugas Anwar selaku Ketua Pembangkang. 

“Jabatan Penjara adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya Peguam Negara. “Hanya KDN atau Kerajaan Persekutuan yang mempunyai kuasa untuk membenarkan Anwar menghadiri sidang Parlimen. 

“Zahid wajib bersetuju dengan perkara ini dan memberikan arahan yang sepatutnya kepada Jabatan Penjara,” ujarnya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini. 

Izzah turut memberitahu, sidang Parlimen Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Ketiga Belas itu akan dihadiri oleh DYYM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sendiri dan akan menyampaikan titah ucapan kepada Dewan Rakyat. 

“Manakala, pada 10 Mac, rakyat Malaysia sendiri mahu Anwar berdiri di saf hadapan blok Pembangkang dan membahaskan titah Di-Raja,” katanya lagi. 

Sidang Dewan Rakyat akan bermula pada 9 Mac ini dan akan berakhir pada 9 April hadapan. Turut hadir dalam sidang media hari ini ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendran dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
 -fmt-
Read More

[Video] YB Khalid Samad jawab tohmahan golongan ulamak diwakili Mokhtar Senik...Adakah Kau Lupa 'MS'?

Jumaat, 27 Februari 2015
Jawapan YB Khalid Samad di bawah ini terhadap tohmahan golongan ulamak yang diwakili oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang, Mokhtar Senik di bawah ini sangat menarik. Bacalah.... 

Adakah Kau Lupa? (Bahagian I & II)

Beberapa hari yang lepas saya telah diforwardkan sebuah tulisan melalui WhatsApp yang kononnya datang dari Mokhtar Senik iaitu Ketua Dewan Ulama PAS Pahang. Dalam tulisan ini nama saya telah disebut beberapa kali sebagai salah seorang yang ingin memalukan TGHH dengan tujuan menjatuhkannya. Saya harap tulisan itu bukan datangnya dari Mokhtar Senik dan saya yakin beliau sebagai Ketua Dewan Ulama Pahang tidaklah sebodoh itu. Ianya tulisan yang hanya layak dikeluarkan oleh seorang Ketua Dewan Juhala’ bukan Ketua Dewan Ulama’.

Namun demikian, walaupun saya yakin ianya bukan dari Mokhtar Senik, biarlah saya jawab tuduhan tersebut satu persatu. Dan untuk memudahkan, biarlah saya gunakan gelaran ‘MS’ semasa menjawab. Ianya tidak ditujukan kepada Mokhtar Senik kerana saya tidak tahu dengan pasti ianya tulisan beliau, walaupun setakat ini masih tiada sebarang penafian yang dikeluarkan oleh beliau.

1. KENYATAAN 10 AHLI PARLIMEN MENYOKONG KENYATAAN TGNA

Peristiwa ini berlaku pada bulan Julai 2009. TGNA telah mengeluarkan kenyataan menolak sebarang usaha kerjasama dengan UMNO/BN termasuk Unity Government dan menyeru PAS mengukuhkan PR sepertimana yang diputuskan dalam Muktamar 2009 yang baru sahaja belalu. Menyahut seruan TGNA, maka 10 Ahli Parlimen membuat kenyataan menyokong seruannya.

Mengikut Mokhtar Senik (MS), kenyataan menyokong TGNA adalah bertujuan memalukan TGHH. Maka MS seolah-olah mendakwa beliau kasyaf dan tahu niat sebenar 10 Ahli Parlimen PAS tersebut, iaitu bukan untuk menyokong TGNA sangat tetapi untuk memalukan TGHH! Tidak sangka saya, keluarkan kenyataan menyokong TGNA pun dianggap salah! Dan sekiranya menyokong kenyataan TGNA memalukan TGHH, maka adakah dimaksudkan TGNA juga ingin memalukan TGHH melalui kenyataannya! Dakwaan bodoh! 

Adakah kau lupa, wahai MS, apa yang telah berlaku sebelum itu, iaitu pendedahan Abdullah Badawi bahawa adanya rundingan rahsia dengannya oleh wakil PAS; permohonan maaf Dato Mahfuz kepada semua ahli PAS kerana membuat penafian adanya rundingan dengan UMNO, sedangkan ada; dan sebagainya. Akhirnya Nasharuddin dan Mustapha Ali, kalau tidak silap saya, dimarahi TGNA dan mereka berdua memohon maaf. Tiada pula TGHH dianggap terbabit. (Sila tonton video di bawah ini).




Bagaimana MS mengaitkan isu ini dengan TGHH saya pun tidak tahu. Kalau TGHH terlibat maka sudah pasti TGHH pun turut minta maaf dan beliau akan pertahankan Nasharuddin apabila digugurkan dari Majlis Syura Ulama. Akan tetapi tidak. Tiada siapa mengaitkan TGHH dalam isu ini kecuali MS. Oleh itu, bukan kami yang ingin memalukan TGHH tetapi sebaliknya MS sendiri dengan mengaitkan TGHH dalam isu ini.

Hakikat bahawa kisah yang berlaku pada 2009 turut diungkit kembali menunjukkan betapa terdesaknya MS untuk membuat ‘kes pertuduhan’ terhadap saya dan 9 orang Ahli Parlimen. Itu pun atas hujjah bodoh iaitu kesalahan menyokong kenyataan TGNA! Kalau bawa ke mahkamah bebas, sudah pasti dibuang kes. Lagipun sejak 2009, TGHH telah menang tanpa bertanding jawatan Presiden dalam muktamar 2011 dan 2013. Maka bagaimana ingin dikaitkan dengan dakwaan adanya usaha menjatuhkan DS Presiden sejak 2009 lagi? Sekiranya benar dakwaan tersebut, tidakkah sepatutnya pada 2011 ada yang mencabar Presiden?

2. SEMINAR KHAS UNTUK PERLEKEHKAN DS PRESIDEN

MS sebut juga satu seminar khas yang dakwanya diadakan khas untuk memperlekehkan dan memalukan DS Presiden. Ianya diadakan pada 2009 juga dan di Dewan KUIZM, Markas PAS Taman Melewar. Pembentang kertas kerja adalah Professor Dr. Abu Hassan dan Professor Dr. Aziz Bari. Kedua-dua pembentang kertas kerja mendedahkan kelemahan DS Presiden di depan ahli PAS secara terbuka dan amat sangat memalukan DS Presiden.

Adakah kau lupa, wahai MS, seminar itu merupakan seminar tertutup. Khas untuk pimpinan sahaja. Tiada wartawan dan tiada media. Ianya seminar khas bertujuan mengenal pasti kelemahan PAS dan pimpinannya dari kaca mata masyarakat umum. Ianya bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan PAS yang perlu diatasi supaya PAS boleh berperanan dengan lebih cemerlang lagi sehingga menjadi pemimpin kepada PR. Maka penerimaan terhadap PAS oleh masyarakat umum dikemukakan berdasarkan culaan yang dilakukan dan seterusnya tindakan yang perlu diambil.

Dalam erti-kata lain, sememangnya PAS ingin mendengar kritikan dan teguran supaya kita dapat perkukuhkan kedudukan kita. Oleh itu kita tidak bolehlah merasa terkejut atau tersentak dengan laporan yang diterima. Namun, apa yang dilaporkan tidak semestinya kesemuanya dipersetujui.

Saya tahu, MS jenis yang tidak biasa mendengar kritikan dan teguran. MS lebih selesa sekiranya terus dan sentiasa disajikan halwa telinga iaitu puji-pujian dan dilambung tinggi. Gelaran ulama’ dan waris para nabi sentiasa ingin diulang-ulangkan. Maaf, walaupun itu mungkin kesukaan MS tetapi bagi kami, mencari formula yang boleh melonjakkan imej PAS sebagai parti Islam yang membela semua golongan yang tertindas di dalam masyarakat adalah lebih penting. Oleh itu teguran dan kritikan lebih bernilai dan diinginkan dari pujian yang melambung-lambung. Berhati-hati dengan puji-pujian.

Saya masih ingat bahawa walaupun TGHH sememangnya tersentak dengan sikap berterus-terang dua pembentang kertas-kerja tersebut, namun beliau tetap setia menulis segala yang ditegur mereka. Beliau tidak melihatnya sebagai serangan peribadi tetapi teguran berhubung kelemahan yang perlu diatasi. Ada yang diterima dan digunapakai, ada juga yang ditolak atas sebab tertentu.

Walau apa pun, peristiwa seminar ini lebih menaikkan imej DS Presiden di kalangan pimpinan yang hadir dari menjatuhkan imej beliau. DS Presiden dilihat sebagai pemimpin yang sanggup mendengar teguran dan kritikan, sebahagiannya berhubung diri DS Presiden sendiri dan ini adalah sifat yang terpuji bukan sifat yang keji. Tapi MS tidak akan mampu faham hujjah ini.

Bagi otak yang semacam MS, hanya puji-pujian sahaja yang bernilai. Sesiapa menegur dan mengkritik, dia musuh dan mesti dijatuhkan walaupun melalui fitnah yang keji. Fitnah menjadi halal dan diharuskan MS menjadikan PAS parti yes-man, pembodek dan pengampu? Buatlah parti sendiri, jangan rosakkan PAS. Sejak bermulanya kepimpinan ulama dalam PAS pada 1982, PAS telah menjadi parti yang sentiasa terbuka untuk ditegur dan dikritik. Itulah hasil latihan ulama sebenar.

Sekali lagi peristiwa yang sudah berlalu hampir 6 tahun lepas yang diungkitkan. Ini jelas membuktikan betapa terdesaknya golongan ini untuk mencanangkan propoganda palsu bahawa ada komplot tersusun rapi sejak 2009 untuk menjatuhkan DS Presiden. Sambil mereka pula adalah penyokong DS Presiden yang tulin. Maka undilah mereka demi DS Presiden!

3. HARAKAH MENYIARKAN TULISAN DR. AZIZ BARI

Turut dibangkitkan oleh MS adalah sokongan saya dan Hanipa Maidin terhadap penulisan Dr. Aziz Bari yang ‘menghentam’ Presiden dan penyiaran artikel beliau di dalam Harakah. Saya pun sebenarnya tidak ingat bila saya pernah menyuarakan sokongan kepada tulisan Dr. Aziz Bari. Mungkin MS boleh ingatkan. Atau dia sekadar menembak semberono sahaja.

Tetapi, Adakah kau sudah lupa wahai MS, bahawa Harakah itu di bawah pengurusan pihak lain, bukan kami berdua. Maka apa kena-mengena kami berdua dengan penyiaran tulisan Dr. Aziz Bari dalam Harakah dengan kami?

Adakah yang dimaksudkan MS ialah Harakah juga terlibat dalam usaha menjatuhkan DS Presiden, sedangkan Lembaga Harakah turut dipilih dan diputuskan beliau? Adakah dilihat begitu lemah kepimpinan DS Presiden sehingga menguruskan akhbar parti pun TGHH tidak mampu? Sehingga terpaksa dicampuri oleh orang seperti MS? Sekali lagi saya tanya, MS ingin bela DS Presiden atau menjatuhkan imejnya? 

Sememangnya Harakah akhbar parti. Namun ianya ingin mempunyai sikap yang terbuka. Yang mengkritik dan memuji turut disiarkan. Ianya bukan akhbar propoganda macam akhbar parti kommunis. Itu dasar yang mungkin telah diputuskan dan dipersetujui semua, termasuk DS Presiden. Saya tidak tahu kerana saya bukan ahli lembaganya.

Sepertimana yang telah saya nyatakan sebelum ini, tidak semestinya teguran dan kritikan dilihat sebagai sesuatu yang negatif. Malahan ianya boleh membantu seseorang untuk menjadi lebih baik dan lebih berkesan. Ahli pun akan memahami pandangan orang lain terhadap PAS dan salah faham mereka terhadap apa yang sedang diusahakan.

4. SAFWAN ANANG DAN LENSA

Seterusnya dikisahkan memorandum dari NGO yang bernama LENSA yang dibawa pemimpinnya iaitu Safwan Anang. Memorandum itu mengkitik peranan PAS yang dilihat banyak menimbulkan perbalahan dalam PR sehingga menjadi liabiliti kepada PR. Maka memorandum itu meminta PAS keluar dari PR.

Saya tidak nampak mengapa ini dikaitkan juga dengan usaha menjatuhkan DS Presiden. Itu pandangan sebuah NGO. Hak merekalah untuk untuk menyerahkan memorandum dan menyuarakan pandangan mereka. Walaupun Safwan Anang itu ahli PAS, tetapi memorandum itu atas nama NGO yang bukan milik PAS. Dalam LENSA itu pun tidak semestinya semua ahlinya merupakan ahli PAS. Itu pandangan mereka maka perlu diterima memorandum tersebut dan buktikanlah sebaliknya.

Dan, adakah kau sudah lupa, wahai MS, bahawa memorandum itu bukan ditujukan kepada Presiden seorang tetapi PAS keseluruhannya? Termasuk juga pimpinan lainnya. Kenapa MS menujukannya hanya kepada DS Presiden dan sebagai usaha menjatuhkan DS Presiden?

5. HANIPA MAIDIN DAN ISU PILIHAN RAYA PBT

Turut juga ditimbulkan isu pilihan raya PBT yang mana pandangan Hanipa Maidin berbeza dengan pandangan DS Presiden. Ini dianggap memalukan Presiden dan bertujuan menjatuhkan DS Presiden.

Saya melihat seolah-olah MS beranggapan bahawa perbezaan pendapat dalam PAS tidak boleh dizahirkan. Sekiranya ianya dizahirkan, maka semestinya niatnya adalah untuk memalukan dan menjatuhkan Presiden.

Saya ingin bertanya MS, kalau begitu, bagaimana ingin diyakinkan masyarakat bahawa perbezaan pendapatan diraikan PAS dan diterima sebagai sesuatu yang membina? Mengapa sikap positif ini perlu disembunyikan dan sebaliknya ingin dizahirkan sikap negatif pada masyarakat iaitu perbezaan pendapat tidak dibenarkan? Bagaimana PAS mahu didik masyarakat agar saling menghormati perbezaan pendapat dan menzahirkan amalan ‘adaabul ikhtilaf’?


Adakah dianggap ketiadaan perbezaan itu satu kekuatan? Adakah kau sudah lupa wahai MS, bahawa dalam Seerah Rasulullah (SAW) dan khulafah Ar-Raasyidiin, persoalan khilaf dan perbahasan berhubung khilaf diketahui dan sering dizahirkan? Tidakkah sepatutnya segala khilaf dan perbahasan itu ditutup Allah sekiranya ianya merosakkan imej Rasulullah (SAW) dan para khulafah Ar-Raasyidiin? Oleh kerana ianya bukan bukti kelemahan dan sebaliknya kekuatan, maka itulah sebab mengapa wujudnya khilaf dizahirkan Allah.

Ada yang mengatakan cara tulisannya menghina Presiden. Saya membaca tulisan Hanipa yang ditulis beliau semasa di luar negara, agak tertib dan beradab. Malangnya beliau menulis dalam Bahasa Inggeris dan mungkin oleh kerana itu MS tidak mampu memahami sepenuhnya. Hanipa bermula dengan “I beg to differ...” yang bererti “Saya memohon dengan penuh rendah diri untuk berbeza pandangan..” Kalimat ‘beg’ itu bererti ‘memohon, merayu, mengemis’ dan ‘begger’ iaitu orang yang ‘beg’. Beggar bermaksud peminta sedekah.

Begitu juga dengan kalimat “with the greatest of respect..” membawa erti “dengan penghormatan yang setingginya..”. 

Tulisan Hanipa, setakat yang saya ikuti tiada menggunakan istilah ‘munafik haraki, jebon, pengkhianat dan sebagainya yang malangnya banyak digunakan oleh golongan lain.

Oleh itu apa sebenarnya masalahnya dengan tulisan Hanipa?

6. DEMONSTRASI FADHLI IBRAHIM

Akhirnya ditulis berhubung demonstrasi Fadhli Ibrahim. Maka ingin digunakan lima peristiwa di atas sebagai justifikasi untuk diadakan demonstrasi tersebut. Kononnya ianya sama.

Adakah kau sudah lupa, wahai MS, yang lima di atas merupakan teguran dan kritikan serta perbezaan pandangan yang kesemuanya ada kaitan dengan imej PAS di kaca mata masyarakat. Fadhli Ibrahim bukan membuat sesuatu yang merupakan teguran atau kritikan atau perbezaan pandangan. Fadhli Ibrahim membawa tuduhan pengkhianatan dan konspirasi. Ianya merupakan permasalahan dalaman yang hanya mendedahkan wujudnya kelemahan dan perbalahan dalaman parti kepada pihak luar. Melalui pendedahan ini tiada sebarang manfaat diperolehi parti dan ia hanya memungkinan perbalahan dalaman dieksploitasi oleh pihak luar.

Yang dibawa Fadhli Ibrahim sebenarnya tidak perlu kepada demonstrasi atau sidang media. Ia hanya memerlukan surat yang ditujukan kepada DS Presiden, SUA dan Pengerusi JK Disiplin. Dan disertakan semua bukti untuk tindakan mereka selanjutnya. Atau adakah JK Disiplin juga tidak dipercayai MS?

Kalau semua ‘organ’ PAS tidak dipercayai, termasuk yang dilantik dan dipantau DS Presiden sendiri, maka tidakkah sebenarnya MS sedang ‘mengkondemkan’ kepimpinan DS Presiden sendiri sebagai lemah dan tidak berkesan? Atau sebenarnya MS sendiri tidak faham implikasi dari apa yang diucapkannya?

Sekiranya selepas menyerahkan surat aduan, tiada apa-apa tindakan selepas beberapa minggu, dan kelihatan macam ianya ingin ditutup sahaja kesnya, maka dalam keadaan begitu demonstrasi mungkin boleh dilakukan. Itu pun tanpa memberi butiran terperinci kepada media tetapi sekadar meminta tindakan penyiasatan diambil. Ini adalah kerana, dikhuatiri orang yang dituduh berdasarkan mesej whatsapp dan bukti sampingan (circumstantial evidence) ada hujjahnya maka akhirnya memburukkan nama orang tersebut secara pre-mature (atau terlalu awal).

Tidak boleh dinafi, ada juga yang menganggap sememangnya itulah tujuannya. Yang tertuduh ingin diburukkan namanya sebelum pemilihan tahun ini. Dan dinaikkan juga barisan nama lain sebagai ‘hero’ pembela DS Presiden. Iaitu mereka yang hadir bersama semasa demonstrasi tersebut. Diharapkan bukan begitu niatnya....

KESIMPULAN

Tulisan ‘masihkah anda ingat’ yang dikeluarkan atas nama Mokhtar Senik sebenarnya mengunakan hujjah yang pada hakikatnya lemah dan tidak bernilai.Diungkitkan peristiwa silam yang tiada niat buruk terhadap DS Presiden tetapi ditafsirkan melalui hati yang berpenyakit sehingga didakwa sebaliknya. Dilakukan itu dengan tujuan untuk ‘memutihkan’ tindakan demonstrasi Fadhli Ibrahim yang merupakan tindakan kurang bijak dan tiada manfaat kepada parti. Kalau ada manfaat pun, ianya sekadar untuk memburukkan nama tertentu dan menonjolkan nama tertentu yang lain.

Oleh yang demikian, Ana benar-benar berharap agar tulisan tersebut bukan dari Ketua Dewan Ulama’ PAS peringkat Negeri kerana jelas ianya bukan kelas Ulama' sama sekali.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD


Masihkah Anda Ingat

1. Masihkah anda ingat ...

Pada 18 Jun 2009, seramai 10 orang Ahli Parlimen PAS mengadakan satu Sidang Media Khas di Parlimen kononnya untuk berdiri teguh dibelakang Tuan Guru Nik Abdul Aziz bagi "memalukan" Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang difitnah kononnya mahu membawa PAS masuk Barisan Nasional.

Antara 10 Ahli Parlimen itu ialah Dr Hatta Ramli, Khalid Samad, Dr Mariah, Dr Dzulkefli Ahmad, Kamarudin Jaafar, Dr Mujahid Rawa dan lain - lain. Mereka secara terbuka menolak gagasan Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi dan membawa fitnah kononnya Presiden PAS mahu bergabung dengan UMNO dengan gagasan yang dikemukakan iaitu Kerajaan Perpaduan (Unity Government) atau disebut sebagai Kerajaan Tanpa Pembangkang.

2. Masihkah anda ingat ...

Pada 7 Nov 2009, Mereka mengadakan Seminar Politik di Taman Melewar dengan membariskan Dr Abdul Aziz Bari dan Dr Abu Hassan Hasbullah untuk "memalukan" Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi Awang dengan kritikan pedas secara terbuka terhadap Tuan Guru Presiden dihadapan ahli - ahli PAS. Presiden PAS seperti "dibicarakan" oleh mereka dihadapan ahli PAS sendiri. Mereka mendedahkan segala kelemahan Tuan Guru Presiden dengan menggunakan lidah ahli akademi kononnya dan ia dilakukan secara terbuka.

3. Masihkah anda Ingat ...

Sebahagian pimpinan PAS Pusat seperti Khalid Samad dan Hanipa Maidin memberi sokongan dan menerima baik Dr Abdul Aziz Bari dalam beberapa siri penulisan beliau "menghentam" Tuan Guru Presiden PAS kepada khalayak ramai, termasuk memuatkan artikel menghentam Presiden dan PAS dalam Harakah sedang Harakah adalah lidah rasmi parti telah dijadikan alat untuk menjatuhkan air muka Presiden parti sendiri.

4. Masihkah anda Ingat ...

Pada 30 Sept 2014, Seorang ahli PAS bernama Safwan Anang (AJK Jabatan Ketua Pemuda PAS Malaysia) dengan menggunakan nama Ngo LENSA menyerahkan memorundum di hadapan Pejabat Agong PAS lalu mengadakan sidang media secara terbuka mendesak supaya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat kerana menganggap PAS menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat dan punca kepada perpecahan dalaman Pakatan Rakyat.

5. Masihkah anda Ingat ...

Pada 25 Jan 2015 , AJK PAS Pusat Hanipa Maidin mengeluarkan kenyataan terbuka di media menyanggahi kenyataan Tuan Guru Presiden PAS mengenai isu Pilihanraya Kerajaan Tempatan menggunakan nama demokrasi untuk bebas menyanggah secara terbuka.

Nota :
Semua mereka dianggap hero. Sebahagian terus menang dan dipilih sebagai AJK PAS Pusat. Kononnya mereka penegak demokrasi. Berani dan pembawa idea bernas menuju pembentukan PAS Baru.

Malang apabila Ustaz Fadhli Ibrahim Ketua DPP Kawasan Kuantan tampil menyerahkan memorundum kepada Setiausaha Agong PAS Pusat bersama bukti yang kukuh disokong dokumen akuan bersumpah mengenai penglibatan Group Hawaii Five O yang turut dianggotai oleh Dr Hatta Ramli sebagai Pengarah Pilihanraya PAS Pusat dalam melancarkan geraksaraf menjatuhkan sesama sendiri termasuklah ..

1. Dr Hatta bocorkan secara terperinci apa yang dibincang dalam mesyuarat PAS Pusat.
2. Dr Hatta arahkan serang 4 exco dan bela dua ADUN yang melompat.
3. Dr Hatta arah sabotaj keputusan Presiden dan Majlis Shura.
4. Aiman Athirah minta lakukan serangan saraf kepada Istana Selangor.
5. Aiman Athirah arah buat kempen gantikan pemimpin PAS (Presiden).
6. Mazhar suruh lancarkan kempen jatuhkan Cikgu Pa.
7. Mazhar arah sebar semula video lucah yang cuba dikaitkan dengan Cikgu Pa.
Dan lain-lain lagi. Disebab ini SD, mereka yang nama didedahkan boleh saman.

Persoalan ...

Kenapa Ust Fadhli Ibrahim dianggap pesalah? dianggap memecahkan PAS sedang ia berusaha mahu menyingkirkan pengkhianatan dalam PAS. Kenapa tidak beri hak serupa kepada Ust Fadhli dalam mengemukakan memonya kepada pucuk pimpinan ?

Atau apakah kerana dakwaan Ust Fadhli itu terkena batang hidung mereka sendiri maka ia anggap salah ? Sementara tindakan dari group mereka untuk dihempaskan kepada Presiden parti dan PAS itu sendiri , maka ia adalah benar dan berlunaskan demokrasi ?

Mokhtar bin Senik
Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang.


ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan telah, sedang dan akan terus berjalan.

Yang nyata: geng yang mendakwa dan mendabik dada sebagai pro-ulamak dan pembela TGHH telah terpukul dan dipukul oleh TGHH sendiri dan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali.



Amacam?

Read More

Thursday, 26 February 2015

Kita tengok siapa kena tendang dari pakatan? PAS atau DAP!

Jumaat, 27 Februari 2015

Kita tengok siapa kena tendang dari pakatan

Kita tengok siapa kena tendang dari pakatan
Siapakah di antara PAS atau DAP yang akan keluar daripada Pakatan Rakyat?

Persoalan ini menarik minat ramai pihak khususnya pemerhati politik mengenai sejauh mana darjah ketegangan antara PAS dan DAP ketika ini mampu memutuskan ‘persahabatan dan kerjasama’ yang terjalin selama ini.

Jika dilihat pada sejarah, PAS dan DAP pernah bekerjasama menerusi Barisan Alternatif (BA) pada 1999 yang turut dianggotai Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), sebelum KeADILan dan PRM bergabung membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2003.

Bagaimanapun, DAP, yang tidak bersetuju dengan dasar PAS memperjuangkan penubuhan negara Islam, keluar daripada BA pada 2001.

Cuaca panas dan kering yang melanda negara turut menaikkan ‘suhu panas’ dalam pakatan pada masa apabila pimpinan kedua-dua parti saling mendesak dan mencabar satu sama lain untuk keluar daripada ‘Pakatan Rakyat’, gabungan longgar yang dibentuk selepas pilihan raya umum 2008, setelah PAS yang mentadbir kerajaan Kelantan bertegas mahu melaksanakan hukum hudud.

TUNGGU DAN LIHAT
Mungkinkah sejarah 14 tahun lepas yang menyaksikan DAP keluar daripada BA akan berulang?
Pensyarah Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu Che Hamdan Che Mohd Razali berpandangan biarpun ‘ketegangan’ kedua-dua parti itu semakin memuncak ketika ini, ia tidak akan menyebabkan PAS atau DAP keluar daripada pakatan pembangkang.
Katanya kedua-dua parti itu dilihat lebih selesa bersikap tunggu dan melihat sama ada ‘Pakatan Rakyat’ akan menyingkirkan mereka, daripada mengambil keputusan keluar daripada pakatan.

“Sekarang masing-masing berasa sudah cukup kuat dengan sokongan yang diterima dan kalau keluar Pakatan Rakyat, mereka akan berasa seolah-olah mengkhianati anggota parti dan rakyat yang mengundi mereka. Lebih baik mereka tunggu sehingga dipecat daripada pakatan dan itu lebih ‘gentleman’.

“PAS tidak akan keluar daripada Pakatan Rakyat kecuali disingkirkan. Begitu juga dengan DAP. Masing-masing ada ego dan kita akan lihat lebih banyak konflik berlaku antara kedua-dua parti ini selagi mereka meneruskan kerjasama politik,” katanya.

Beberapa pemimpin baik daripada PAS mahu pun DAP saling memberi kata dua kepada rakan sekutu mereka agar keluar daripada pakatan pembangkang kerana isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Pada Ahad, Pengerusi Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan memberi amaran bahawa PAS bukan lagi menjadi sebahagian daripada pakatan pembangkang, jika parti itu membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II ke sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan 18 Mac ini.

Kenyataan Gobind segera ditempelak dua pemimpin PAS iaitu Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dan Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Nasrudin Hassan yang senada menyarankan DAP keluar daripada pakatan pembangkang jika tidak bersetuju dengan perjuangan parti itu.

PAS, DAP TANPA ANWAR
Ketua Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Ahmad Tarmizi Talib berkata PAS dan DAP tanpa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjara kerana sabitan kes liwatnya dilihat kehilangan nakhoda dan semakin lemah.

Semalam, anggota keluarga Anwar menyerahkan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar. Pada 10 Feb, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir Anwar dan mengekalkan hukuman penjara kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Katanya tanpa Anwar maka tiadalah pakatan pembangkang. Ketua Umum PKR itu dilihat sebagai individu yang bertanggungjawab menyatukan PAS dan DAP di bawah satu bumbung pakatan.

“Tiada isu untuk bercakap tentang masa depan Pakatan Rakyat kerana mereka semakin lemah,” katanya.
Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata isu parti mana yang akan keluar pakatan boleh dilihat daripada dua perspektif.

Pertamanya ialah terus kekal dalam pakatan kerana mempunyai matlamat yang sama iaitu menawan Putrajaya dan hal kedua berhubung soal solidariti ketiga-tiga parti itu terhadap kerjasama politik.

Beliau menjelaskan dalam perspektif pertama, walaupun PAS dikecam teruk oleh DAP, ia sedikit pun tidak mengubah pendirian parti Islam itu untuk keluar daripada pakatan pembangkang memandangkan ‘titik persamaan’ antara ketiga-tiga parti itu ialah menawan Putrajaya.

“Jadi apabila tiba pilihan raya, konflik yang berlaku akan menjadi senyap bagi memberi tumpuan kepada usaha menawan Putrajaya. Kecaman DAP kepada PAS juga saya lihat mempunyai strategi politik untuk menyakinkan anggota dan pengundi mereka bahawa parti itu tidak bersekongkol dengan perjuangan PAS.

“Perspektif kedua berkaitan soal solidariti ketiga-tiga parti itu kepada Pakatan Rakyat selepas Anwar dipenjara. Tidak dinafikan bahawa episod itu (Anwar dipenjarakan) memberi kesan kepada keutuhan pakatan dan ia dapat dilihat dalam konteks momentum sokongan pakatan itu pada pilihan raya… pada masa sekarang sukar untuk dikatakan,” katanya.
Che Hamdan turut berpandangan bahawa cengkaman Anwar di dalam parti pakatan semakin rapuh selepas gagal ‘mengikat’ DAP dan PAS untuk bersetuju dalam krisis Menteri Besar Selangor tahun lalu.

DUA PILIHAN DAN KRISIS KEYAKINAN
Apakah pilihan yang ada untuk DAP dan PAS menyelesaikan polemik yang berlaku?

Mengulas lanjut, Che Hamdan berkata terdapat dua pilihan baik di pihak PAS mahupun DAP iaitu membubarkan pakatan pembangkang atau memeterai perjanjian baharu antara ketiga-tiga parti untuk bersetujui dengan apa yang disebut dasar bersama.

“Saya melihat dalam konflik PAS dan DAP, kalangan ulama PAS sendiri juga tidak yakin bahawa DAP akan menyokong perjuangan parti itu sekalipun dapat memerintah negara. Jadi apa gunanya jika duduk dalam Pakatan Rakyat tetapi terpaksa menggadaikan prinsip perjuangan,” katanya.

Beliau tidak menolak akan wujud krisis keyakinan rakyat terhadap kredibiliti pakatan pembangkang selepas asyik disajikan dengan polemik tidak berhujung.

“Dengan apa yang berlaku, rakyat akan melihat Pakatan Rakyat bukan lagi parti alternatif terbaik untuk menggantikan BN (Barisan Nasional) dan ini sekaligus mematikan cita-cita pakatan pembangkang untuk membentuk sistem dual parti di dalam negara ini,” katanya.

Sementara itu, Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain daripada Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan UPM pula berpendapat bahawa PAS mempunyai potensi untuk menjadi pemain utama di dalam pakatan pembangkang selepas ketiadaan Anwar.

“Ini kerana, PAS mempunyai ramai anggota dan jentera yang besar berbanding DAP dan PKR. DAP dan PKR amat mengharapkan PAS untuk membantu mereka sama ada daripada segi kempen pilihan raya mahupun demonstrasi,” katanya.

– BERNAMA
Read More

Tahniah KP PAS! Manusia yang hangpa panggil JEBON pulak dok buat politik budiman...

Jumaat, 27 Februari 2015

Ketua Pemuda PAS "cari pasal" pie mengadap GOBIND DEO..!!

BismillahirRahmanirRahim

Akhirnya satu Langkah yang baik telah dilakukan oleh KP PAS.......

Tahniah Dewan Pemuda PAS Malaysia, sedia duduk berbincang dengan kepala sejuk dan hati tenang dengan WR. Gobind Deo.

Bukannya tunjuk jaguh dengan halau orang tu berambus....bila asyik dok halau sampai bila orang nak faham... lanie pie bagi salam dan tanya di APA KHABAR..!!

Nama aja USTAZ sekoq-sekoq tapi kelaku macam JEBON... manusia yg hangpa panggil JEBON pulak dok buat politik budiman...

 
 

Posted by Kedah Lanie 
Read More

“Pas sudah kecoh sekarang, bertikam lidah dan serang-menyerang di media sosial?" Kini Pas dah ‘out’ nampaknya - Penyokong Pas Tegar

Jumaat, 27 Februari 2015

Ada Sesuatu Yang Tak Kena Dengan PAS



“Memang dah ada sesuatu yang sudah tak kena dengan Pas hari ini. Sudah amat jelas ada dua puak yang sedang bertelagah, iaitu puak ulama dan puak profesional. Saya fikir hal ini akan berterusan hingga ke Muktamar pemilihan parti pada bulan Jun ini,” kata seorang dispatch rider di Kuala Lumpur yang mempunyai gambarfoto Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada cermin motosikalnya.

Beliau yang berumur 47 tahun dan telah menjadi penyokong tegar Pas sejak tahun 1998 lagi berpendapat bahawa perang terbuka dalam Pas akan menggugat kedudukan Pakatan Rakyat (PR) pada keseluruhannya.

“Selain daripada itu, pertelingkahan dengan DAP juga memberikan imej yang buruk kepada Pakatan,” ujar beliau yang bekerja di sebuah firma guaman.

Seorang lagi penyokong Pas di Kuala Lumpur, yang juga bekerja sebagai dispatch rider, telah menyuarakan kebimbangan beliau bahawa perang saudara dalam Pas kini sudah menjadi perang terbuka.

Beliau mengumpamakan situasi dalam Pas sekarang sebagai ‘sebuah rumahtangga yang porak-poranda’.

“Sudah kecoh sekarang, bertikam lidah dan serang-menyerang di media sosial. Laporan berita dari ‘Urusan Meloya’ juga akan menyumbang untuk mengeruhkan lagi keadaan,” sambung beliau sambil menggesa supaya semua puak yang bertelagah cepat mengadakan mesyuarat meja bulat untuk berbincang dan berunding.

Seorang inspektor bas yang juga penyokong Pas berkata dengan nada suara yang sedih bahawa masa depan Pas sudah malap.

“Pas kini telah hilang sokongan pengundi bukan-Islam dan undi Melayu pun belum pasti dapat lagi. Tak tahulah bagaimana nasib Pas dalam pilihanraya umum yang akan datang,” kata beliau.

Seramai 25 penyokong Pas yang telah diwawancara oleh penulis ini berpendapat ada setengah puak dalam Pas yang sudah berkelakuan terlalu extreme dan ini telah menyebabkan berbagai masalah dalam parti tersebut.

Kata seorang pemandu van, “Pas hari ini bukanlah Pas yang bekerjasama dengan PKR dan DAP dalam tahun 2008 dulu. Kini Pas dah ‘out’ nampaknya.”

Oleh itu, jika para pemimpin Pas gagal menyelamatkan parti mereka, maka bukan sahaja Pas malah PR juga akan menghadapi kesusahan dalam Pilihanraya Umum ke-14 nanti. Jika PR gagal, ianya akan kerana kelemahan sendiri, dan bukan kerana musuh kuat.

- http://rakyattimes.com/index.php/news/2809-ada-sesuatu-yang-sudah-tak-kena-dengan-pas
BLM
Read More

Najib mahu saman Harakahdaily? Bila dah susah, JEBON juga yang dicari...

Khamis, 26 Februari 2015
DEBAT SIAPA PEROSAK PAS

Artikel dari Harakahdaily yang membincangkan peranan Riza Aziz dalam kontroversi 1MDB, menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercadang untuk saman akhbar tersebut. – Gambar The Malaysian Insider, 26 Februari, 2015.
Artikel dari Harakahdaily yang membincangkan peranan Riza Aziz dalam kontroversi 1MDB, menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercadang untuk saman akhbar tersebut. – Gambar The Malaysian Insider, 26 Februari, 2015. 

Datuk Seri Najib Razak bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap portal milik PAS Harakahdaily kerana didakwa memfitnahnya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak tirinya Riza Aziz, lapor Utusan Online. 
Bila dah susah, Jebon juga yang dicari...

Datuk Seri Najib Razak bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap portal milik PAS Harakahdaily kerana didakwa memfitnahnya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak tirinya Riza Aziz, lapor Utusan Online. 

Menurut laman sesawang milik Utusan Malaysia itu, surat tuntutan perdana menteri bagi memulakan tindakan undang-undang itu diserahkan kepada Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakub pada pukul 3 petang.

Menurut Utusan Online, tindakan undang-undang tersebut dibuat atas kapasiti peribadi Najib yang juga merupakan presiden Umno berikutan fitnah dibuat Harakahdaily dalam laporan bertajuk, "Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?"

 Apabila dihubungi The Malaysian Insider, Rosli mengatakan beliau bangga jika benar disaman oleh Najib. “Saya bangga sebagai orang kecil macam saya pun, perdana menteri akan saman,” katanya. 

 “Saya akan bincang dengan peguam saya untuk mendapatkan nasihat, boleh jadi Mohamed Hanipa Maidin sebelum mengambil apa-apa tindakan." 

Menurut Rosli, tulisannya berdasarkan satu berita yang disiarkan akhbar Amerika Syarikat (AS) The New York Times. - SUMBER

TMI.
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn
Read More

Rakaman audio 'Guling Presiden' - Mat Sabu Hanya Akan Jelaskan Kepada Hadi

Khamis, 26 Februari 2015

Guling Presiden - Mat Sabu Hanya Akan Jelaskan Kepada Hadi

Dituduh memburukkan dan cuba menjatuhkan presiden parti, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata hari ini, beliau hanya akan menjawab berhubung perkara itu kepada kepimpinan parti Islam itu sendiri.

Berkenaan tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan rakaman audio yang dikatakan tentang taklimat yang dibuatnya, Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu menyerahkan perkara itu kepada peguamnya.

"Saya hanya akan memberi kenyataan kepada jawatankuasa khas (siasatan) yang dipengerusikan presiden PAS berkenaan segala tuduhan kepada saya, kerana ia masalah dalaman parti, sekiranya diminta.

"Berkenaan kedudukan saya dalam parti, saya serahkan kepada muktamar serta kebijaksanaan perwakilan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas tindakan beberapa media yang mengeluarkan semula rakaman audio yang disiarkan laman Facebook milik pengguna yang menamakan dirinya Tuc Tok Usin Ceroi, Mat Sabu berkata: "Berkenaan tindakan saya ke atas TV3, Utusan Malaysia serta lain-lain media, saya serahkan kepada peguam (Mohamed) Hanipa Maidin."

Hanipa juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan ahli Parlimen Sepang.

Audio berdurasi 2.10 minit itu memuatkan suara yang dikatakan milik Mat Sabu, memberi taklimat kepada rakannya untuk membuat serangan balas terhadap serangan ke atasnya.

Dalam transkrip audio rakaman suara itu, beliau dikatakan berkata bertemu dengan pimpinan PAS peringkat kawasan bagi membuat penjelasan.

"Secara umumnya presiden dianggap ulama hebat dan maksum perlu di’deny’ (nafikan)," kata suara rakaman yang mirip suara Mat Sabu itu.

Menurut laman Facebook itu, audio yang mereka sebarkan ialah bahagian pertama daripada lebih banyak pendedahan yang dilakukan.

Sebelum ini, laman itu membuat pengumuman beberapa kali untuk mendedahkan apa yang dikatakan sebagai bukti selepas demonstrasi mendakwa Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli dibuat di hadapan Pejabat Agung PAS.

Dalam demonstrasi pimpinan Ketua Pemuda PAS Kuantan Fadhil Ahmad yang turut disertai bapa saudaranya yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik, Dr Hatta didakwa menjadi dalang mahu menjatuhkan Hadi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berjanji akan menyiasat demonstrasi dan juga kandungan memorandum yang diserahkan kumpulan yang berdemonstrasi itu.

Semasa Multaqa Ulama Semalaysia II 21 Februari lalu, Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Mahfouz Mohamed menegur Mat Sabu kerana katanya beliau sering dilihat tidak sealiran pendapat dengan Hadi.

Beliau berkata, suka atau tidak, Mat Sabu perlu akur kepada kepimpinan ulama dan menyokong presiden parti. – tmi
BLM.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena