Friday, 31 July 2015

3 MB digugurkan? "Habis lah mukriz lps ni"

Jumaat, 31 Julai 2015


Habis lah mukriz lps ni kena gugur.... Kahkah

'Najib rasa kabinetnya baik, rakyat tidak'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin menganggap kabinet terkini yang dibentuknya baik untuk kerajaan, namun rakyat tidak berkongsi pendapat itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ditemui media di Kuala Lumpur hari ini veteran Umno yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu berkata pandangan itu dibuat berdasarkan pembacaan beliau di blog serta komen umum di Facebook.

"Saya rasa perdana menteri berfikir ia adalah kabinet yang lebih baik.
"Tapi saya baca blog-blog, komen Facebook dan saya tak nampak (rakyat berfikir) begitu. Kalau kamu baca semua ini kamu akan tahu apa yang rakyat fikir," katanya.

Read More

[Video] NGO anak muda mahu Najib ditangkap, dibicara...Cai ameno "Bodoh tu jgn tunjukkan sgt"...

Jumaat, 31 Julai 2015


Cuba spin bijak sikit cai ameno.... Bodoh tu jgn tunjukkan sgt... Rakyat bkn mcm menteri jibby bodoh bak kata madet kahkahkah

Read More

[Video] Himpunan #TangkapNajib: Kecoh! Ajak berunding tapi polis cekup dua aktivis?

Jumaat, 31 Julai 2015

VIDEO - Ditangkap Ketika Berunding Di Balai Polis


Himpunan: Ajak berunding tapi polis cekup dua aktivis

Saranan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya penganjur perhimpunan bertema #TangkapNajib pada Sabtu, 1 Ogos ini berunding dengan pihaknya menyaksikan dua aktivis ditahan ketika tiba ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini. Mereka yang ditahan itu adalah pegawai komunikasi NGO Lensa, Shukri Abd Razab dan aktivis siswa, Adam Adli.

BLM.
Read More

[Video] Undi tak percaya: Pas akan selamatkan Najib?

Jumaat, 31 Julai 2015

Undi tak percaya: Pas akan selamatkan Najib?




oleh: JEBON

Selepas pemecatan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan usaha ahli parlimen pembangkang serta serpihan Umno berunding untuk melaksanakan undi tidak percaya di parlimen ke atas PM Najib Razak, tumpuan kini beralih kepada Pas.

Parti Melayu kedua terbesar itu mungkin adalah satu-satunya penyelamat Najib. Berdasarkan kenyataan 10 ahli parlimen pembangkang baru-baru ini, yang turut disertai pengerusi Gerakan Harapan Baharu Mohammad Sabu, maka undi tidak percaya itu tidak mustahil berlaku pada sesi Dewan Rakyat Oktober – Disember atau pun lebih awal daripada itu.

TGHH - Pemimpin Negara Berkabajikan 

Walaupun pembangkang hanya mempunyai 87 kerusi parlimen manakala BN 134, namun sekiranya ahli parlimen (MP) penyokong Muhyiddin dan Syafie Apdal berganding tenaga, Najib boleh ditumbangkan. Shafie mempunyai pengaruh di Sabah yang memiliki 25 kerusi parlimen. Di Johor, bukan sahaja separuh MPnya penyokong Muhyiddin, malah keluarga Di Raja Johor pun tidak senang terhadap Najib.

Kerajaan sementara

 
Kumpulan MP ini menjanjikan kerajaan sementara selama setahun sebelum dianjurkan pilihan raya umum ke 14. Kerajaan sementara itu akan menyiasat semua skandal besar era Najib. Sekiranya Dr Mahathir ingin riwayat politik Najib tamat dengan apa cara sekali pun maka beliau boleh mengeluarkan arahan kepada MP penyokong Muhyiddin agar mengundi menolak Najib.

Cuma yang menjadi penghalang adalah ahli parlimen Pas yang taat kepada Presiden Hadi dan Mursyidul Am Haron Din. Mungkin ketika ini Hadi mengenakan tekanan ke atas Najib untuk membenarkan Hudud dibahas di Parlimen dan sebagai tukaran adalah sokongan MP Pas kepada beliau.

Pas memiliki 21 ahli parlimen. Matematik mudah kumpulan pembangkang yang mahu menjatuhkan Najib perlu mencari 24 MP BN bagi menyokong usul itu. Pas akan kehilangan Khalid Samad, Dr Hatta Ramli, Kamaruddin Jaafar, Mujahid Yusuf dan Dr Mariah Mahmod.

Sebaliknya Pas boleh menawarkan 16 ahli parlimen lain yang akan menyokong Najib. Maka usaha pembangkang itu akan kelihatan sukar menjatuhkan Najib. Pendirian Pas sejak awal krisis 1MDB amat jelas, iaitu tidak mahu campur dan tidak akan ikut parti pembangkang lain mendesak Najib meletak jawatan.

Perhitungan sendiri

Walaupun Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man beberapa kali mengkritik Najib namun Presiden Hadi tidak mengeluarkan apa-apa kecaman atau kritikan keras ke atas PM. Mursyidul Am Haron Din pula tidak percaya Najib menyelewengkan wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi.

Dua tokoh yang amat ditaati ahli Pas itu tentunya mempunyai perhitungan sendiri untuk tidak mengecam Najib. Oleh itu dapat difahami mereka akan menyokong Najib mulai tahun ini sehingga pilihan raya umum akan datang.

Sokongan itu semakin jelas jika melihat komen Hadi terhadap kabinet baharu Najib yang dipertikaikan rakyat.

“Kita tak boleh kata bersetuju atau tidak (dengan barisan cabinet baharu) kita tunggu sejauh mana mereka dapat laksanakan tugas khususnya bagi isu melibatkan rakyat dan negara,” kata Hadi mengulas perlantikan Dr Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri Baharu.

Hilang populariti

Masalah yang akan dihadapi Pas sekiranya menyokong Umno di bawah Najib adalah hilang populariti dalam kalangan pengundi Melayu. Pas akan termakan label ‘syaitan bisu’ era Fadzil Noor dan Nik Aziz.

Ulama Pas sepanjang dekad 1990an sering mengecam tokoh agama dan ustaz yang berada dalam Umno sebagai syaitan bisu. Mereka merelakan Mahathir memfitnah Anwar dan menelan duit rakyat sesuka hati walaupun tahu batas halal dan haram. Pelbagai ancaman neraka diketengahkan oleh penceramah Pas terhadap ustaz Umno ketika itu, termasuklah dari Hadi sendiri.

Namun hari ini, apabila Hadi dan Haron kelihatan ‘condong’ kepada Najib yang telah terpalit dengan dakwaan seribu satu skandal kewangan maka label itu akan berbalik ke atas mereka.

Jika perhitungan kelulusan Hudud diutamakan, agak sukar untuk dipercayai Najib akan membenarkan Hudud lulus kerana MP BN dari Malaysia Timur tidak akan menyokong rang undang-undang tersebut.

Lebih parah MP Sabah dan Sarawak bukanlah penyokong membabi buta dan mereka dengan mudah boleh menarik sokongan dan beralih kepada pembangkang. Sebarang langkah sedemikian akan menyebabkan kerajaan BN di peringkat persekutuan secara automatik tumbang. Najib tidak akan memilih risiko sebesar itu ketika beliau menghadapi serangan puak Mahathir dan Muhyiddin.

Ironinya, andai kata Hudud tidak juga diluluskan pada sesi akhir Dewan Rakyat 2015 maka majoriti penyokong Pas akan meninggalkan parti itu yang gagal mutlak.

Lakukan yang terbaik
Sesunguhnya politik Melayu tidak wajar kembali ke era sebelum reformasi 1998. Negara telah sensara sepanjang tempoh 1998 – 2000 akibat terdesaknya Mahathir untuk meneruskan kekuasaan di tengah-tengah kemelut krisis ekonomi. Satu pendekatan baharu politik perlu dilaksanakan mengatasi politik perkauman Umno dan Pas.

Pemimpin Melayu yang cintakan negara dalam Umno, Pas, PKR mahu pun lain-lain parti perlu mencuba konsep kerjasama / konsensus nasional. Sekiranya undi tidak percaya perlu dilakukan maka semua parti perlu bersatu tenaga demi menyelamatkan rakyat.

Sekiranya perlu pergabungan parti pemerintah dan pembangkang untuk berkerajaan sementara maka ianya sesuatu yang wajib diusahakan.

Krisis politik kali ini dengan hutang negara berjumlah RM600 bilion, hutang isi rumah RM800 bilion dan bayaran faedah ke atas hutang RM26 bilion setahun amat parah. Ditambah hutang 1Malaysia Development Berhad RM42 bilion serta pelbagai hutang  GLC yang dijamin kerajaan, akan menjerumuskan negara ke kancah kehancuran ekonomi.

Malaysia menghampiri situasi Greece jika MP berdegil dan mementingkan diri. Kroni Najib boleh kenyang untuk setahun dua ini tetapi sekiranya negara mengulangi tragedi keruntuhan Greece maka mereka akan jatuh miskin selepas 2018! 
Read More

Najib Puji Hadi? Membuat "penilaian yang betul" berhubung 1MDB...Dah Terang Dah!

Jumaat, 31 Julai 2015
Image result for Gambar Najib Hadi

Najib Puji Hadi Sebab Buat Penilaian Yang Betul Tentang Dirinya


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini memuji Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana boleh membuat "penilaian yang betul" berhubung dakwaan terhadap dirinya dan 1MDB.

Ini kerana, kata Najib, dalam isu 1MDB seseorang yang beragama Islam  perlu memegang prinsip mencari kebenaran sebelum menuduh seseorang bersalah.

"Sebagai orang yang berpegang pada agama, kita mesti pegang prinsip mencari kebenaran. Kita mesti pegang prinsip tiada sesiapa bersalah selagi tak terbukti kesalahannya.

"Sebab itu saya nak puji Presiden PAS," katanya.

Menurut Najib, walaupun kedua-dua mereka bersaing kerana perbezaan politik, mereka bersependapat bahawa tiada sesiapa boleh dianggap bersalah selagi tidak dibuktikan.

"Ini presiden PAS (yang) cakap. Presiden PAS pun boleh buat penilaian," katanya ketika berucap di sebuah majlis di Putrajaya hari ini.

- mkini

BLM

Read More

Thursday, 30 July 2015

'Tetamu Kehormat' PM Britain belasah Najib?

Jumaat, 31 Julai 2015

Tanpa Disangka...Tetamu Kehormat Belasah Najib


Tanpa Disangka.. Tetamu Kehormat Belasah Najib. Perdana Menteri Britain David Cameron yang mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak semalam meminta perdana menteri Malaysia itu menyelesaikan masalah kerajaan seperti skandal rasuah, lapor akhbar United Kingdom (UK), The Telegraph.

Cameron mengadakan perbincangan panjang dengan Najib dalam lawatannya bagi mengukuhkan hubungan perdagangan dan sempat menggesa Putrajaya memberikan rawatan sewajarnya kepada pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman 5 tahun penjara atas kesalahan meliwat, lapor akhbar berkenaan.

Penasihat keselamatan negara Sir Kim Darroch dilaporkan The Telegraph berjumpa dengan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai bagi berbincang tentang kebebasan media dan rawatan ayahnya.

Cameron pada ketika ini didesak beberapa pemimpin pembangkang untuk membatalkan lawatan ke Malaysia ketika beliau mengarahkan pelabur membiayai projek infrastruktur "Northern Powerhouse" di Britain.

"Tak salah adakan lawatan, tiada apa perlu disembunyikan. Kita perlu berbincang mengenai beberapa isu termasuk isu yang dimaksudkan.

"Kita sering adakan perbincangan dengan masyarakat sivil, pemimpin pembangkang, pejuang anti rasuah dan yang lain-lain dalam lawatan itu nanti," kata Cameron seperti dilaporkan The Telegraph.

Cameron dalam lawatannya ke Malaysia juga sempat bertemu pemimpin masyarakat sivil termasuk wartawan, peguam dan pemimpin kumpulan G25 yang memperjuangkan kebebasan media dan ruang demokrasi yang lebih baik.

Tanpa Disangka.. Tetamu Kehormat Belasah Najib

Pegawai UK menekankan lawatan ini untuk membina hubungan antara "rakyat" dan bukan pemimpin.

Selepas pertemuan empat mata, difahamkan Cameron mengulangi mesej mahu berjumpa dengan ramai lagi pemimpin kerajaan Malaysia bersama Najib.

Cameron dalam ucapannya di Singapura Selasa lalu mengutuk perbuatan rasuah sebagai "musuh utama" yang menghalang perkembangan serta menyentuh isu migrasi dan al-Qaeda.

"Kita mempunyai hubungan kukuh yang membolehkan kita berbincang tentang beberapa isu sukar. Saya ingin membangkitkan mengenai isu dalam ucapan saya awal minggu ini seperi etika dalam perniagaan dan memerangi rasuah.

"Kita perlu bekerjasama demi masyarakat dan ekonomi yang terbuka," katanya.

Najib kini menerima tekanan akibat skandal kehilangan RM42 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta dakwaan RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun peribadinya.

Najib turut menamatkan khidmat peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang menjadi salah seorang ahli pasukan khas menyiasat skandal itu, serta memecat timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana lantang mengkritik isu 1MDB.

Posted by 
Read More

Mat Sabu ajak penyokong #GHB sertai perhimpunan #BERSIH4.0..."Perhimpunan aman desak Najib letak jawatan"

Jumaat, 31 Julai 2015

Mat Sabu ajak penyokong #GHB sertai perhimpunan #BERSIH4.0

Khairil Ashraf

Perhimpunan aman desak Najib letak jawatan dan tubuh kerajaan peralihan demi selamatkan Malaysia.

PETALING JAYA : Gerakan Harapan Baru (GHB) mengajak penyokongnya menyertai perhimpunan aman BERSIH untuk mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Pengerusi GHB, Mohamad Sabu berkata, perhimpunan aman itu juga bagi mendesak sebuah kerajaan peralihan ditubuhkan untuk mentadbir negara sehingga diadakan pilihan raya bebas demi menyelamatkan Malaysia daripada kehancuran.

Perhimpunan BERSIH dirancang diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini secara serentak di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.

“Negara dalam keadaan yang sangat gawat. Ekonomi Malaysia berada pada tahap terburuk.

“Hutang negara pada 2015 berjumlah RM847.9 bilion sudah meningkat sehingga 63.8 peratus daripada GDP serta berbagai kemelut ekonomi seperti peningkatan hutang isi rumah, bebanan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan), ketidaktelusan dalam urus tadbir kerajaan dan berbagai lagi persoalan yang mencemaskan,” katanya dalam kenyataan media.

Katanya, Najib selaku Perdana Menteri bertanggungjawab bagi semua permasalahan yang berlaku di negara ini.
Read More

"Hadi beri amaran jangan sokong undi tidak percaya"! Mengelirukan?

Jumaat, 31 Julai 2015

UPDATE : Hadi Awang - YB PAS Sokong Undi Tak Percaya Najib Akan Dipecat

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli Parlimen PAS agar tidak menyokong usul undi tidak percaya jika diadakan di Dewan Rakyat bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Hadi berkata ahli Parlimen berkenaan perlu akur jika tidak mahu tindakan tegas diambil kerana PAS hanya akan melakukan perubahan melalui cara yang lebih sihat.

“PAS tidak akan menyertai agenda melakukan perubahan politik secara tidak sihat kerana cara itu akan menghuru-harakan negara.

“Kita mahukan perubahan tetapi kita akan lakukan secara sihat iaitu melalui pilihan raya umum.

“Perubahan kepimpinan negara seperti dicadangkan Gerakan Harapan Baru (GHB) boleh menghuru-harakan negara dan mengorbankan masa depan rakyat,” katanya seperti dilaporkan akhbar Berita Harian.

Pemimpin PKR, DAP dan GHB pada Selasa menggesa seluruh ahli Parlimen termasuk daripada Barisan Nasional (BN) bersatu bagi mengemukakan undi tidak percaya kepada Najib.

Mereka berkata ia perlu dilakukan susulan ketidaktentuan politik dan sosial dalam negara serta pendedahan terbaru skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB) melibatkan Najib secara langsung seperti didedah akhbar Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini.

Pengerusi GHB, Mohamad Sabu menjelaskan tindakan itu perlu bagi menyelamatkan masa depan negara.

“Seluruh negara kini menjadi mangsa apabila urusan pentadbiran negara dan pembangunan dikorbankan demi percaturan politik Najib.

“Kedegilan Najib untuk terus berkuasa akan mengheret negara dengan ketidaktentuan selagi ia tidak diselesaikan segera,” katanya

- tmi


Penafian Berita Disiarkan Oleh akhbar Berita Harian

Tajuk berita dalam akhbar cetak Berita Harian "Hadi beri amaran jangan sokong undi tidak percaya" bertarikh 31 Julai 2015 itu adalah salah dan mengelirukan. Presiden Pas menyebut bahawa undi tidak percaya di parlimen adalah salah satu proses demokrasi. 

PAS akan menelitinya. Bagaimana pula ia telah di spin sedemikian rupa oleh Berita Harian dengan tajuk dan isi yang bercanggahan dengan apa yang disebut oleh Presiden PAS.

Melainkan Berita Harian berniat jahat dan mempunyai agenda pecah perintah. Kami mendesak pihak Berita Harian meminta maaf dan membuat pembetulan dalam masa 24 jam. Sekiranya pihak Berita Harian enggan berbuat demikian, pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya.

Disertakan pautan temuramah tersebut :

Watch "UNDI TIDAK PERCAYA ADALAH PROSES DEMOKRASI" on YouTube - https://youtu.be/FrtduqAGCBU

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS
31 Julai 2015
11.00 am
BLM
Read More

[Video]‘Polis tak larang Demi Malaysia, BERSIH 4.0 berhimpun’ KITA LAWAN anjur himpunan anti-Najib di seluruh negara...

Jumaat, 31 Julai 2015

Kita Lawan anjur jelajah untuk himpunan anti-Najib

Kita Lawan akan menganjurkan satu siri ceramah di seluruh negara untuk menggerakan sokongan kepada himpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan pada hujung bulan Ogos.

Katanya, dengan apa yang sedang berlaku di negara ini, berdiam diri bukanlah satu pilihan.

"Sistem demokrasi habis dijahanamkan. Musuh politik dihumban ke dalam penjara. Institusi-institusi yang tinggal hanya mengikut telunjuk yang berkuasa. Media diugut dan dipadamkan. Pemberi maklumat disekat, dihalang ke luar negara.

"Mereka yang berjawatan dipecat manakala badan penyiasat seperti PAC cuba dilumpuhkan sedangkan salah guna kuasa, rasuah dan kezaliman dibiarkan begitu sahaja.

"Percaturan politik Najib Razak dan konco-konconya langsung tidak menghiraukan nasib rakyat. Berdiam diri bukanlah satu pilihan," katanya dalam satu kenyataan.


Himpunan Bersih 4 akan diadakan di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu pada 29 dan 30 Ogos dan 30, dan antara lain, bertujuan menuntut peletakan jawatan Najib.

Ia juga mempunyai empat objektif utama yang lain, iaitu menuntut pilihan raya yang bersih,  tadbir urus yang bersih, menyelamatkan ekonomi, dan memelihara hak untuk perbezaan pendapat.

Kita Lawan terdiri daripada ahli-ahli politik, kumpulan-kumpulan masyarakat awam, NGO, dan aktivis belia.
Ia pada mulanya diadakan pada setiap hujungminggu untuk membantah pemanjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi kemudian turut mempelbagaikan tujuan gerakannya.

Himpunan yang paling berjaya pada 1 Mei, telah menarik  50,000 orang membanjiri pusat bandaraya Kuala Lumpur  untuk membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Berikut adalah tarikh siri jelajah himpunan Bersih 4 Kita Lawan:

2 Ogos - Bongsawan dan Papar, Sabah

7 Ogos - Kuala Terengganu

8 Ogos - Machang, Kelantan

8 Ogos - Sarawak

14 Ogos - Perak

16 Ogos - Machap, Melaka

16 Ogos - Seremban

22 Ogos - Pasir Gudang dan Tebrau, Johor


Read More

[Video] Dari pemecatan Gani hingga kebakaran HQ polis..."Bukit Aman terbakar", IGP bidas cubaan resahkan rakyat

Jumaat, 31 Julai 2015


Dari pemecatan Gani hingga kebakaran HQ polis


Badan antirasuah Transparency International Malaysia (TI-M) menyifatkan siasatan 1MDB yang sedang berlangsung ibarat hidup segan mati tak mahu, atau lebih teruk lagi sudah “mati”.

Dakwaan berkaitan 1MDB kini disiasat oleh Jawatankuasa Kira-kura Wang Negara serta pasukan petugas khas melibatkan polis, Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Jabatan Peguam Negara.

Perkembangan terbaru menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkirkan sebagai timbalan perdana menteri setelah bersikap kritikal terhadap 1MDB, syarikat pelaburan negara cetusan ilham perdana menteri.

Presiden TI-M Akhbar Satar membangkitkan beberapa perkembangan yang baginya mengejutkan dan menimbulkan keraguan terhadap siasatan dijalankan, iaitu:

  • Pemecatan Tan Sri Gani Patail sebagai peguam negara. Gani terlibat dalam pasukan siasatan khas 1MDB.
     
  • Pelantikan pengarah polis Cawangan Khas (SB) yang baru Mohamad Fuzi Harun serta insiden kebakaran di Bukit Aman yang dikatakan hanya memusnahkan dokumen “tidak penting”.
     
  • Pelantikan empat daripada 13 anggota PAC, termasuk pengerusinya ke dalam kabinet.
[Baca berita asal]

Read More

[Video] TANGKAP MUHYIDDIN & Najib letak jawatan...IGP ingatkan Ambiga - Demo Bersih

Khamis, 30 Julai 2015


TANGKAP

 MUHYIDDIN

'BADAN PETUGAS PERLU AMBIL KETERANGAN BEKAS TPM'

Pasukan petugas khas mengenai isu 1MDB yang juga menyiasat dakwaan RM2.6 bilion didepositkan ke akaun bank peribadi perdana menteri, digesa menyiasat dan mengambil keterangan bekas Muhyiddin Yassin untuk membantu siasatan.

Ini perlu dilakukan kerana Muhyiddin nampaknya mempunyai maklumat mengenai dana yang didakwa didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib Abdul Razak, kata aktivis Umno Shahbudin Husin dalam posting blognya hari ini.

Ini ekoran tersebarnya video bocor yang menunjukkan Muhyiddin memberitahu rakan-rakannya bahawa beliau telah bersemuka dengan Najib mengenai perkara itu dan mendakwa perdana menteri mengakui wang itu dari Timur Tengah dan didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya.

KAH KAH KAH
woit
apa lagi tunggu
woit ini saksi penting
bila  nak tangkap
kalau tak tangkap subahat
kah kah kah

TANGKAP



------------------

Demo Bersih lebih 30 jam desak Najib letak jawatan

Demo Bersih lebih 30 jam desak Najib letak jawatan

(Oleh: Nadia Hanafi)
PETALING JAYA, 30 JULAI- Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) sekali lagi akan menghimpunkan ratusan ribu rakyat untuk turun ke jalan raya dalam himpunan kali keempat yang akan diadakan di tiga bandar di Malaysia.
Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata, himpunan tersebut bagi mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai Perdana Menteri dan akan dilakukan serentak di Kuala Lumpur, Kuching Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.
bersih demoHimpunan itu  akan diadakan bermula jam 2 petang pada 29 Ogos dan berlanjutan sehingga melepasi tengah malam 30 Ogos, selama lebih 30 jam.
“Masanya sudah tiba untuk rakyat Malaysia kehadapan bagi menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya dan menamatkan rasuah yang berlaku sejak zaman Dr Mahathir.
“Najib mengambil pelbagai tindakan yang boleh bagi melindungi rasuah. Beliau dengan keras menolak harapan rakyat demi keadilan dan integriti. Beliau sudah pun hilang kelayakan untuk terus berada di pejabatnya,” katanya dalam sidang media hari ini.
Maria Chin berkata, terdapat empat tuntutan BERSIH 2.0 dalam himpunan ini iaitu membersihkan pilihan raya, kerajaan, menyelamatkan ekonomi dan menyatakan hak membantah.
“Bersih 2.0 juga berpandangan bahawa rasuah di peringkat tertinggi di Malaysia adalah disebabkan oleh tiga perkara, pilihan raya dimanipulasi, penumpuan kuasa di eksekutif, dan penindasan terhadap golongan penentang,” katanya.
Jelasnya, Bersih 2.0 juga menuntut 10 pembaharuan antaranya termasuk institusi pilihan raya, institusi Parlimen, menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) badan berperlembagaan yang menjawab kepada Parlimen dan menghalang perdana menteri memegang jawatan menteri kewangan.
Oleh itu Maria menyeru rakyat Malaysia menyertai himpunan ini bagi melakukan pembaharuan terhadap institusi negara dan menamatkan rasuah yang dikaitkan dengan perdana menteri.
Turut hadir dalam sidang media tersebut beberapa badan bukan kerajaan NGO seperti Institut rakyat, Lensa, Sisters in Islam, Association of Women Lawyers, Lawyers For Liberty (LFL) dan beberapa NGO lain.

Read More

[Video] Audio 'Tangkap Najib'? Muhyiddin kata tu betul...yang buat onar tu Najib

Khamis, 30 Julai 2015

PANAS - Mohamad Hasan Nafi Rakaman Suaranya Bidas Najib

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, menafikan bahawa sebuah rakaman audio yang sedang disebarkan adalah dirinya yang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan 1MDB. Dalam satu kenyataan, katanya, suara individu dalam rakaman yang menjadi viral di media sosial itu bukan suaranya, selain mempunyai beberapa fakta yang tidak betul. 

Menurut Mohamad, pihak yang membuat dakwaan itu berniat jahat cuba mengelirukan rakyat dan mahu melaga-lagakannya dengan pemimpin lain, sama ada di dalam Umno dan kerajaan. Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak supaya tidak mudah percaya dengan pembohongan dan fitnah berkenaan.
BLM.

Muhyiddin kata tu betul....yang buat onar tu Najib, tangkaplah Najib! 

Selepas kebocoran vdo menggemparkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membidas Datuk Seri Najib Razak dan 1MDB, muncul pula rakaman suara yang kritis terhadap perdana menteri yang didakwa suara Menteri Besar Negeri Sembilan.  

Rakaman hampir dua minit itu antaranya menyebut bahawa kritikan Muhyiddin terhadap 1MDB adalah betul dan perkembangan kes itu, termasuk pendakwaan beberapa pihak, tidak logik.

  Bagaimanapun Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu kenyataan menafikan rakaman audio yang sedang disebarkan adalah dirinya.  

Katanya, pihak yang membuat dakwaan itu berniat jahat cuba mengelirukan rakyat dan mahu melaga-lagakannya dengan pemimpin lain, sama ada di dalam Umno dan kerajaan. 

Suara siapa nih? Menteri Besar Negeri Sembilan menafikan dengan berkata ini bukan suara saya...

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 10:00 p.m.

Panas panas panas kahkahkah
Read More

Mukhriz tahu siapa rakam video Muhyiddin

Khamis, 30 Julai 2015

Mukhriz tahu siapa rakam video Muhyiddin

Malaysiakini
Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata beliau tahu siapa yang merakamnya perbualannya Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama beliau dan tetamu lain bekas perdana menteri pada Selasa malam lalu.

Menteri besar Kedah itu bagaimanapun tidak menafikan topik perbincangan dalam pertemuan itu.

Mukhriz berata demikian ketika ditanya tentang video bocor dalam sambutan hari raya Aidilfitri Umno Gurun, Kedah, laporKwong Wah Yit Poh.

Dalam video mengejutkan 53 saat itu, Muhyiddin antaranya berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku bahawa RM2.6 bilion dideposit ke dalam akaun peribadinya.

Sementara itu, Sin Chew Daily melaporkan Mukhriz sebagai berkata beliau tidak fikir melakukan sebarang salah laku tetapi bersedia untuk sebarang perubahan.

[Baca berita asal]



Read More

VIDEO curi "menembak" NAJIB, Muhyiddin perlu segera disiasat! Malangnya tiada khabar berita. Senyap sesenyap-senyapnya?

Khamis, 30 Julai 2015

Sekali Lagi VIDEO curi "menembak" NAJIB, Muhyiddin Perlu Segera Disiasat

https://lh5.ggpht.com/vm0qSecYYX6aHexKt5477sVAFWFVai5LZNTVsG_FoczrHqusu7oKDoiH1nt84l714OPUk6KIMUfCLUq_seo

Sekali lagi video rakaman curi "menembak" Najib Razak tersebar dengan meluas. Dan sekali lagi juga ia berkaitan dengan Muhyiddin Yassin, cuma mungkin yang merakamnya saja orang yang berbeza.

Beberapa bulan sebelum ini telah tersebar rakaman video mengenai ucapan Muhyiddin di sebuah program tertutup UMNO di Janda Baik di mana beliau "memuntahkan peluru" dengan mahukan Najib memecat Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, menyiasat CEOnya serta membenarkan polis masuk menjalankan siasatan terhadap syarikat pelaburan kerajaan yang bermasalah dan sarat hutang itu.

Rakaman itu telah menggegarkan negara buat seketika dan ia menunjukkan perbezaan pendirian yang ketara antara Muhyiddin dan Najib. Sementara Najib dilihat banyak berlengah dan bermain dengan masa dalam menangani isu 1MDB, Muhyiddin jelas lebih terbuka dan objektif mengenainya.

Video di Janda Baik itu kononnya dirakam curi oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Segambut, Kapten Azri Mohd Zain. Heboh ketika itu siasatan sudah dijalankan, termasuk kenyataan oleh Ahmad Zahid Hamid yang merupakan penganjur program tersebut dan kini sudah dilantik Timbalan Perdana Menteri, yang mengatakan "tiada maaf" bagi perakam video tersebut.

Malangnya sehingga sekarang tiada khabar berita mengenai hasil siasatan mengenainya. Senyap sesenyap-senyapnya walaupun isu 1MDB sudah melarat sehingga kepada dakwaan kemasukan wang ke dalam akaun peribadi Najib.

Hanya yang kita tahu perbezaan pendirian itu akhirnya terlerai Sabtu lalu apabila Muhyiddin dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan digantikan oleh Ahmad Zahid Hamidi.

Kini hanya sehari selepas dipecat daripada jawatannya, tersebar sekali lagi video rakaman curi melibatkan Muhyiddin yang juga "tembakannya" ditujukan kepada Najib. 

Melalui rakaman perbualan antara Muhyiddin dengan beberapa tetamu di rumahnya, termasuk Mukhriz Mahathir dan Abdul Kadir Sheikh Fadzir, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengatakan beliau sudah bersemuka dengan Najib berhubung dakwaan melibatkan wang RM2.6 bilion sebagaimana laporan WSJ itu.

Muhyiddin, dalam video itu kemudian mengatakan Najib mengakui mengenai wang tersebut dan rakaman itu berakhir dengan ayat, "lalu saya tanya, kenapa masuk dalam akaun peribadi anda?"

Video hampir seminit itu sudah pun mula tersebar luas di alam maya sejak malam tadi dan menjadi perbualan hangat ketika ini. Tidak saja di bandar dan kota, makcik-makcik tua di kampung yang mempunyai telefon pintar, sebahagiannya kerana hadiah daripada anak-anak atau membelinya hasil wang BR1M, turut berpeluang menontonnya. 

Maklumat sekarang sudah menerobos hingga ke ceruk kampung jauh di pedalaman. Meriah beb...

Ada beberapa rakan  memberitahu, mereka juga dihubungi oleh ibu, kakak atau emak saudara di kampung sambil bertanya, "betulkah apa yang disebut Muhyiddin itu?"

Walaupun video itu merupakan rakaman curi dan sekali lagi siapa perakamnya sedang dipertikaikan dan dicari, yang penting di sini ialah apakah isi yang diperkatakan oleh Muhyiddin itu. Lupakanlah menempelak siapa perakamnya dan cuba menyalahkan perbuatan itu kerana perakam curi ini ialah pencuri yang baik, budiman dan berjasa kepada negara.

Lihat mesej dan isi rakaman video itu jika jujur mahukan kebenaran.

Dengan itu, bukan saja Muhyiddin perlu disiasat dan diambil keterangan dengan segera oleh pasukan petugas khas yang sedang menyiasat isu wang RM2.6 bilion itu, malah Najib yang didakwa sudah mengaku kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu, haruslah dengan pantas  juga diambil tindakan.

Tiada alasan lagi untuk berlengah daripada menyiasat dan mengambil keterangan kedua-dua mereka kerana ia sudah menjadi perbualan yang merata ketika ini.

Gani Patail juga perlu disiasat sama dan diambil keterangannya, mana tahu jika beliau ada memiliki bukti atau dokumen mengenainya ketika beliau mengetuai pasukan petugas khas, sebelum disingkirkan atas sebab-sebab kesihatan Isnin lalu.

Video ini adalah cabaran kepada pasukan petugas khas yang sudah menangkap lima orang sebelum ini, termasuk seorang despatch baru-baru ini. Tetapi sejak Gani disingkirkan, pasukan petugas ini seolah-olah senyap tiada khabar berita lagi.

Kebimbangan dan tanda tanya rakyat terhadap isu 1MDB, wang RM2.6 bilion melibatkan Najib, bagaimana negara ini diurustadbir dan wibawa pasukan petugas khas, khususnya setelah Gani disingkirkan secara tiba-tiba, sedang mencanak naik waktu ini.

Seiring dengan pemecatan Najib yang menyaksikan juga Peguam Negara disingkirkan dan Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara atau PAC terpaksa dirombak berikutan sebahagian ahlinya  diberikan habuan kedudukan dalam kerajaan, ramai yang melihat negara ini sedang menuju zaman gelap dan hitamnya.

Dengan tanda-tanda yang semakin nyata sekarang ini, kebimbangan dan tanda tanya rakyat hanya dapat dikendur serta dilegakan jika Muhyiddin dan Najib dapat segera disiasat dan diambil keterangannya dalam waktu yang terdekat ini.

Tiada alasan lagi sebenarnya. Noktah. ( SH 30/07/2015)
Posted by 
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena