Showing posts with label Mat Sabu. Show all posts
Showing posts with label Mat Sabu. Show all posts

Monday, 21 May 2018

[Video Mat Sabu, Guan Eng, Azmin angkat sumpah jawatan menteri] Dakwaan Zahid jumpa penderma Arab akan turut disiasat?

Isnin, 21 Mei 2018

Dakwaan Zahid jumpa penderma Arab akan turut disiasat?

Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini mengumumkan pasukan petugas dibentuk untuk menyiasat skandal 1MDB.
Antara lain, pasukan itu mengheret pesalah berkaitan jika siasatan mendapati terdapat unsur-unsur jenayah, serta mendapatkan kembali dana itu.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sering mendakwa RM2.6 bilion dalam akaun pendahulunya Datuk Seri Najib Razak berpunca daripada 1MDB.
Siasatan antarabangsa, termasuk Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dalam saman pelucuthakan aset-aset berkaitan 1MDB, juga selari dengan pendirian itu.
Najib berulang kali berkata ia adalah derma dan tidak pernah disalahguna untuk tujuan peribadi.
Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga mengesahkan perkara itu tetapi Mahathir menuduhnya menyembunyikan bukti.\
Apandi menafikannya.
Kini pasukan petugas bawah Apandi itu diaktifkan kembali.

Ia mungkin menyaksikan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi antara yang dipanggil memberi keterangan.
Pada 22 April 2015, Zahid memberitahu Umno bahagian Sri Gading, Johor, bahawa beliau telah bertemu dengan anggota keluarga diraja Arab yang dikatakan memberikan derma kepada Najib.
Zahid tidak menyebutkan namanya.

Dilaporkan juga secara meluas bahawa wang itu didermakan susulan komitmen Malaysia melawan keganasan dan kerana menjadi sebuah negara Islam yang sederhana.
Zahid berkata, keluarga diraja itu terpegun dengan cara Malaysia mempertahankan kedudukan itu tanpa menyinggung agama-agama lain.
“Itu antara jawatan diberikan pada saya bila saya tanya mengapa derma itu diberikan. Mereka juga beritahu saya Malaysia bukan satu-satunya yang diderma oleh mereka.
“Mereka juga bantu negara-negara Islam lain,” katanya.
Selain itu, Zahid, kini pemangku presiden Umno, mendakwa bertemu dengan pegawai pelaburan keluarga diraja Arab itu.
Menurut beliau, pegawai itu menjejaskan bahawa AS$100 juta pertama diberikan melalui cek atas nama Najib dan selebihnya melalui saluran lain.
“Saya lihat dokumen itu sendiri – dokumen asal, bukan fotostat, saya juga lihat aliran wang,” katanya.
malaysiakini.

Read More

Saturday, 12 May 2018

[Video Guan Eng, Mat Sabu, Muhyiddin jadi menteri kanan] Daim, Zeti, Hassa Marican, Robert Kuok, & Dr Jomo dilantik anggota majlis penasihat kerajaan.

Sabtu, 12 Mei 2018

Guan Eng, Mat Sabu, Muhyiddin jadi menteri kanan

Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini mengumumkan tiga daripada tujuh menteri kabinetnya.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiga pemimpin parti itu mengisi jawatan kementerian yang paling kanan.
Mereka ialah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, Presiden AMANAH Mohamad Sabu diberi tanggungjawab sebagai menteri pertahanan, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab untuk Kementerian Dalam Negeri.
Dr Mahathir juga mengumumkan pelantikan beberapa tokoh terkemuka negara untuk menjadi anggota majlis penasihat kerajaan.
Mereka ialah:
  • Tun Daim Zainuddin (bekas menteri kewangan)
  • Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (bekas gabenor Bank Negara)
  • Tan Sri Mohd Hassan Marican (bekas presiden Petronas)
  • Robert Kuok (ahli perniagaan)
  • Prof Dr Jomo Kwame Sundaram (pakar ekonomi)
Kata Dr Mahathir nama tujuh lagi menteri untuk melengkapkan jumlah 10 kementerian awal kerajaan baru ini akan diumumkan kemudian.
MD.



Read More

Friday, 22 December 2017

[Video itu je najib nak tegur trump ucapan himpunan solidariti] Mat Sabu, Mujahid dan Faiz Fadzil akan bertanding di Pulau Pinang.

Sabtu, 24 Disember 2017

Mat Sabu, Mujahid dan Faiz Fadzil akan bertanding di Pulau Pinang

Mat Sabu, Mujahid dan Faiz Fadzil akan bertanding di Pulau Pinang
Presiden Amanah, Mohamad Sabu dijangka akan bertanding di salah satu kerusi Parlimen di kawasan Seberang Perai, Pulau Pinang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Disember, 2017.
SEKURANG-KURANGNYA tiga pemimpin kanan Amanah, termasuk Presiden, Mohamad Sabu, akan bertanding di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata sumber.
Mohamad Sabu akan bertanding di salah satu daripada tujuh kerusi Parlimen di Seberang Perai, manakala Naib Presiden Amanah, Mujahid Yusof Rawa pula akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bahagian pulau.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil pula dijangka bertanding di kerusi DUN di Seberang Perai.
Daripada tujuh kerusi parlimen yang ada di Seberang Perai, hanya dua dipegang oleh Barisan Nasional (BN) iaitu Kepala Batas dan Tasek Gelugor, sementara lima lagi disandang oleh PKR atau DAP.
Langkah meletakkan tiga pemimpin kanan Amanah bertanding di Pulau Pinang ialah kerana pengaruh parti itu yang kuat di negeri itu," kata sumber yang arif tentang rundingan pengagihan kerusi Pakatan Harapan itu.
Menurut sumber, Mujahid akan bertanding kerusi DUN Bayan Lepas, yang terletak dalam kawasan Parlimen Balik Pulau.
Faiz pula dijangka bertanding di kerusi DUN Permatang Pasir, dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, kerusi DUN Bayan Lepas dimenangi Nordin Ahmad dari BN dengan majoriti tipis 458 undi. DUN Permatang Pasir pula dimenangi Mohd Salleh Man dari PAS dengan majoriti 6,826 undi.
PH yang memerintah Pulau Pinang sejak dua penggal lepas, menguasai 30 daripada 40 kerusi negeri.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa dijangka bertanding di salah sebuah kerusi DUN bahagian pulau. Beliau adalah anak kepada Yusof Rawa, pemimpin lagenda PAS yang menerajui parti Islam itu selepas krisis kepimpinan yang menyebabkan bekas Presiden PAS, Asri Muda tersingkir. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Disember, 2017.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa dijangka bertanding di salah sebuah kerusi DUN bahagian pulau. Beliau adalah anak kepada Yusof Rawa, pemimpin lagenda PAS yang menerajui parti Islam itu selepas krisis kepimpinan yang menyebabkan bekas Presiden PAS, Asri Muda tersingkir. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Disember, 2017.
Penetapan Mohamad bertanding di Pulau Pinang, negeri kelahirannya, akan menjawab teka teki yang beliau akan diturunkan di Shah Alam, menggantikan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad yang sebelum ini disahkan akan berpindah ke Johor.
Kelmarin, Khalid berkata PH sudah menyelesaikan 90% rundingan kerusi Parlimen dan baki 10% itu akan selesai dibincangkan akhir bulan ini.
Katanya, kedudukan kerusi Parlimen itu akan membantu pimpinan PH negeriberunding kerusi peringkat negeri.
Mujahid, ahli Parlimen Parit Buntar, dan Faiz, seorang peguam, adalah anak kepada dua pemimpin lagenda PAS yang memimpin parti Islam itu pada dua era yang berbeza.
Ayah Mujahid, Yusof Rawa merupakan presiden PAS (1983-1989) yang menerajui parti Islam itu selepas krisis kepimpinan yang menyaksikan kebangkitan golongan ulama menyingkirkan bekas Presiden Asri Muda. Yusof kemudian menjadi Mursyidul Am PAS yang pertama antara 1989 hingga 2000.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil, anak Fadzil Noor pula dijangka bertanding di kerusi DUN di Seberang Perai. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Disember, 2017.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil, anak Fadzil Noor pula dijangka bertanding di kerusi DUN di Seberang Perai. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Disember, 2017.
Faiz pula adalah anak kepada Fadzil Noor, yang menjadi presiden PAS menggantikan Yusof pada 1990. Fadzil menjadikan PAS sebuah parti Islam yang progresif dan seterusnya bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain, termasuk DAP yang berlainan ideologi.
Kerjasama dengan Semangat 46 dan parti-parti kecil lain pada Pilihan Raya 1990 membolehkan PAS merampas Kelantan daripada BN, negeri yang dikuasainya sehingga sekarang.
Beliau juga memimpin PAS untuk bekerjasama dengan DAP, PKR dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dalam Barisan Alternatif pada Pilihan Raya 1999 ketika era Reformasi selepas Anwar Ibrahim dipecat dari Umno dan BN.
Dalam pilihan raya itu, PAS dan Barisan Alternatif mengekalkan Kelantan dan menawan Terengganu, serta mula bertapak di beberapa kawasan di Kedah dan Perak. – 23 Disember, 2017.
TMI.

Read More

Thursday, 28 September 2017

[Video Selepas 'pekena' Daging Kambing Nampla Goreng Mat Sabu, Tun suka, senyum sepanjang masa sampai balik] Tokoh Wartawan Negara kemuka enam soalan & Apakah benar duit yang kononya dibagi oleh Najib/Umno kepada PAS digunakan untuk berniaga (antaranya kosmatik) tetapi rugi?

Khamis, 28 September 2017

Foto Mohamad Sabu.
Foto Mohamad Sabu.

Tokoh Wartawan Negara kemuka enam soalan


Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin hari ini mengemukakan enam soalan berhubung perkembangan isu semasa di negara ini di blognya dan memohon jawapannya.
Sambil menyatakan beliau sekadar bertanya dan bertanya tidak salah serta tidak boleh dikenakan saman malu, bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press yang kini bergiat dalam BERSATU sebagai pimpinan pusat parti itu berkata "manalah tahu ada orang yang tahu mahu jawapannya."
Berikut soalannya itu:
1. Apakah implikasi penahanan Ketua Pemuda Umno Bagan Datuk oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Bahagian merangkap Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan “pemangku” Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi?
2. Apakah benar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyimpan rahsia siapa dalam Umno dan Kabinet yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak percaya?
3. Apakah benar duit yang kononya dibagi oleh Najib/Umno kepada PAS digunakan untuk berniaga (antaranya kosmatik) tetapi rugi?
4. Apakah benar Ketua Pemuda Umno merangkap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, sudah hilang peranan sebagai peneraju National Transformation (TN50)?
5. Apakah benar berlaku keretakan besar di antara KJ dengan bosnya sehingga jemputan untuk berpow-wow pun tidak diendahkan?
6. Apakah benar sebuah GLC yang diaspirasikan oleh Najib yang kini mengalami masalah perniagaan gagal menunaikan syarat hutang kepada sebuah bank GLC yang penting kepada pelaburan Bumiputera?
“Banyak rakyat jelata hendak tahu kerana soalan-soalan di atas adalah respons saya kepada soalan yang mereka tujukan kepada saya,” katanya.

malaysiakini.
Read More

Tuesday, 9 February 2016

"Anda semua pengecut untuk guling PM, mengaku jer lah...suara jantan tapi hati betina", sindir Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Rabu, 10 Februari 2016
Rakyat pengecut untuk guling PM, kata Mohamad Sabu 
10 Februari 2016 | MALAYSIA DATELINE
Presiden Amanah Mohamad Sabu ketika menyampaikan ceramahnya malam tadi

Yang pengecut tu bukan rakyat umumlah Bang Mat, tapi Pemimpin dan Ahli UMNO!
Presiden Amanah, Mohamad Sabu menganggap rakyat Malaysia pengecut kerana tidak mempunyai keinginan untuk mengulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

 "Kita semua pengecut," kata Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, memarahi orang ramai yang berkumpul untuk menyambut ulang tahun pertama bekas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dipenjarakan di hadapan Penjara Sungai Buloh malam tadi. 

Dalam nada menyindirnya, Mat Sabu mengeluh rakyat tidak bertindak maka Najib akan terus berkuasa. 

"Kita akan tetap berdiam, kita ada kekuatan suara tetapi ‘malu-malu kucing’  seperti suara jantan (lelaki) tapi hati betina (wanita)," katanya. 

Tambahnya lagi kerana rakyat Malaysia pengecut, katanya," kita dan negara  telah ketinggalan". 

“'Berapa lama lagi kita akan tinggal seperti ini?” soalnya. 

Mat Sabu berkata, walaupun Indonesia, Thailand dan Myanmar telah melakukan transformasi politik yang berjaya, Malaysia masih lagi terperangkap 

Ulanginya lagi "Berapa lama lagi kita akan tinggal seperti ini?” 

Walaupun penghinaan dilemparkan, penyokong kelihatan bersorak seolah-olah bersetuju dengan pendapat beliau apabila memanggil mereka pengecut. Dengan ‘meminta maaf’ kepada hadirin kerana gagal menjatuhkan kerajaan Umno- Barisan Nasional. 

"Anda semua pengecut, mengaku jerlah!" beliau berkata, dan kedengaran hadirin ada yang menjawab "Ya". 
Dianggarkan 1,000 penyokong hadir mendengar ceramah pemimpin politik pembangkang dalam himpunan menyambut 365 hari Anwar dipenjararakan. 

Mat Sabu mengakhiri ucapannya dengan nada marah menyeru kepada rakyat untuk bangkit dan melakukan perubahan. 

“Sampai bila kita nak jadi begini, usia pun sudah menjelang 60 tahun, belum lagi berubah rakyat Malaysia. 

“Ayuh Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, semua kaum tanya diri kita. Apakah kita pejuang atau bermain slogan untuk menyedapkan hati saudara kita di penjara sana.

 Cis! Mari kita bangun!” jerit beliau sebelum mencampakkan mikrofon di atas pentas, mengejutkan segenap hadirin dan pengacara majlis malam tadi. 

Kira-kira 1,000 orang menghadiri himpunan sambutan 365 hari pemenjaraan Anwar Ibrahim di hadapan Penjara Sungai Buluh malam tadi dan mendengar ucapan lebih daripada 20 ahli politik dari PKR, Amanah dan DAP 

Posted by mountdweller at 11:31 AM 

Read More

Friday, 9 October 2015

"Henti Panggil Ahli Amanah 'Kafir'" - Kata Mat Sabu Kepada PAS

Sabtu, 10 Oktober 2015

"Henti Panggil Ahli Amanah 'Kafir'" - Kata Mat Sabu Kepada PAS

JOHOR BAHRU: Mohamad Sabu menggesa pemimpin-pemimpin PAS supaya berhenti memanggil ahli Amanah sebagai kafir kerana ia tidak memberikan sebarang kebaikan.

Pengerusi Parti Amanah Negara itu memberi beberapa contoh kejadian semasa di pelbagai negara Islam seperti Afghanistan, Syria, Somalia dan Iraq yang dilihat menjadi contoh terbaik perbalahan yang membawa kepada kemusnahan.

"Mereka adalah umat Islam yang beriman dan mempunyai kepercayaan yang sama tetapi kerana perbezaan fahaman politik, mereka berakhir dengan berlawan satu sama lain, dan saya mendoakan ini tidak akan berlaku di Malaysia," katanya.

Mohamad Sabu berkata demikian semasa sesi dialog minum petang yang diadakan di restoran mamak di Taman Mutiara Rini di sini, Jumaat.

Beliau juga percaya bahawa PAS akan menjadi lebih kuat selepas disingkirkan daripada Pakatan Harapan tetapi tidak akan menang pilihan raya umum.

Beliau berkata pada pilihan raya umum lalu, sebahagian besar calon PAS di kawasan luar bandar tidak mampu mendapatkan majoriti undi terutamanya daripada orang Melayu.

"Itu ketika mereka masih di dalam Pakatan Rakyat, tetapi kini, mereka tidak lagi dengan pakatan pembangkang yang baru.

"Mereka akan menjadi lebih kuat dari segi kekuatan parti, tetapi saya ragu-ragu mereka boleh menang pilihan raya umum kerana sekarang, tidak ada parti politik yang boleh berdiri sendiri dalam landskap politik semasa di negara ini," katanya.

Katanya, sejak Amanah dilancarkan pada 16 September, parti itu perlahan-lahan mendapat momentum dari segi keahlian di beberapa negeri.

Beliau berkata parti itu menyasarkan sekurang-kurangnya 100,000 ahli menjelang Disember tahun ini, dengan mendapat sokongan paling ramai di Kelantan.

"Di Kelantan, kita sudah mempunyai kira-kira 11,000 orang ahli, terdiri daripada bekas kakitangan awam, yang percaya bahawa Amanah mampu menyediakan tadbir urus yang baik.

"Amanah juga menyasarkan 10,000 ahli di Johor dan 20,000 di Selangor tetapi kami juga bertapak di negeri-negeri pantai barat," katanya.

Beliau menambah, Johor akan menjadi titik tumpuan utama Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum akan datang.
Read More

Sunday, 4 October 2015

Amanah wujud 22 bahagian di Selangor..."Pelengkap kepada Pakatan Harapan bagi menggantikan kerajaan PR di S'gor"

Isnin, 5 Oktober 2015

Amanah wujud 22 bahagian di Selangor

AMANAH 1
Presiden Amanah, Mohamad Sabu bersama pimpinan pakatan pembangkang di majlis ceramah umum Pakatan Harapan di Petaling Jaya hari ini. - Foto Facebook Parti Amanah Negara
“Parti Amanah Negara (Amanah) wujudkan 22 bahagian di negeri Selangor.”
Perkara itu diumumkan Pengerusi Amanah negeri Selangor, Ir Izham Hashim dalam ceramah umum Pakatan Harapan di Petaling Jaya hari ini.
Menurut Izham, Selangor akan menjadi contoh kepada negeri lain kerana Amanah yang baru ditubuhkan itu tidak mahu dianggap sebagai parti yang menumpang.
“Selangor perlu menjadi contoh kepada negeri-negeri lain kerana Selangor mengambarkan Malaysia,
“Sasaran ahli Amanah di Selangor sahaja adalah 22 ribu ahli daripada sasaran keseluruhan 100 ribu yang ditetapkan oleh Presiden Parti Mohamad Sabu sehingga akhir tahun ini,” katanya.
Dalam pada itu, Izham turut menyentuh Amanah di Selangor akan menjadi pelengkap kepada Pakatan Harapan bagi menggantikan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sebelum ini.
Katanya, merujuk kepada kajian Merdeka Center dan UMCEDEL mengenai keputusan pilihan raya umum lalu, kelemahan Pakatan Rakyat tidak dapat memenangi PRU-13 adalah ikatan longgar gabungan itu.
“Pakatan Harapan akan mengambil iktibar dari kelemahan Pakatan Rakyat, pandangan skeptikal pengundi berdasarkan kajian Merdeka Center dan UMCEDEL, gabungan yang longgar adalah punca pembangkang tidak berjaya memenangi PRU-13,” katanya.
Turut hadir sama dalam majlis itu ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Ceramah tersebut bermula pada jam 8.30 malam menjadi ruang mendekati penduduk Petaling Jaya mengenali Amanah dengan lebih dekat.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/10/04/amanah-wujud-22-bahagian-di-selangor/#ixzz3ndzXofkG
Read More

Sunday, 23 August 2015

Isu Wakil Rakyat PAS sertai GHB 'kosongkan kerusi'...Tidak adil, kata Dr Dzulkefly

Ahad, 23 Ogos 2015
Mat Sabu dah ambil semua kerusi?

Tidak adil minta wakil rakyat PAS sertai GHB kosongkan kerusi, kata Dr Dzulkefly 
 Dr Dzulkefly Ahmad berkata undang-undang tidak memaksa Adun dan ahli Parlimen PAS yang menyertai GHB untuk meletakkan jawatan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Ogos, 2015. 
Dr Dzulkefly Ahmad berkata undang-undang tidak memaksa Adun dan ahli Parlimen PAS yang menyertai GHB untuk meletakkan jawatan.  

Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak perlu mengosongkan kerusi yang diwakili kerana perundangan dan perlembagaan tidak memaksa mereka berbuat demikian, kata Dr Dzulkefly Ahmad. Setiausaha GHB itu berkata, sukar untuk berhujah hanya dengan menggunakan faktor parti sahaja jika mahu menuntut calon tersebut mengundur diri. Malah, katanya, ia tidak adil kerana sistem politik pilihan raya negara tidak akan membenarkan mereka bertanding semula selama 5 tahun. 

"Mungkin ada kewajaran untuk meneliti dan menimbang kembali perkara ini. "Buat masa ini, sistem politik dan pilihan raya adalah tidak adil buat Adun dan ahli Parlimen yang meletak jawatan kerana mereka tidak dapat bertanding semula selama 5 tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata baru-baru ini, wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya umum pada 2013 atas tiket PAS perlu mengosongkan kerusi jika mereka menyertai parti baru diasaskan GHB, Parti Amanah Rakyat. 

Hadi berkata, mereka perlu meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana melanggar sumpah bai'ah kepada parti Islam itu. 

"Mereka mengangkat sumpah, berjanji. Jadi, mereka sepatutnya meletak jawatan dan kosongkan kerusi," kata Hadi di Kota Sarang Semut, Kedah. 

Dzulkefly berkata, kemenangan seseorang calon bukan hanya bergantung kepada hak mutlak parti semata-mata tetapi atas faktor ketokohan calon, sokongan rakyat, isu dan gelombang semasa. 

"Tentunya untuk memastikan yang mana faktor lebih penting bagi setiap kerusi yang dipertandingkan, kita harus bersabar. 

"Sebabnya? Perkara ini hanya akan dapat dibuktikan dalam satu pertandingan dan persaingan dalam pilihan raya akan datang," katanya. 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Read More

Monday, 3 August 2015

"Saya tak nak komen lagi hal PAS", kata Mat Sabu

Isnin, 3 Ogos 2015

Mat Sabu enggan komen apa-apa berkaitan PAS lagi

.Pengerusi protem Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu menyatakan hari ini, beliau kini enggan mengulas apa-apa yang berkaitan dengan PAS.

Bekas timbalan PAS itu, lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu, berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang seolah-olah berpihak kepada perdana menteri sejak kebelakangan ini.

"Itu kena tanya dia (Hadi). Kena tanya isi hati dia. Saya tak nak komen atas pandangan peribadi dia.


"Saya tak nak komen lagi hal PAS. Saya dah jadi ahli biasa," katanya selepas majlis 'Dialog Terbuka #Harapanbaru bersama Mat Sabu dan Pimpinan' di Kuala Lumpur hari ini.

Selasa lalu, susulan rombakan Kabinet, Hadi menggesa wakil rakyat PAS memerhatikan terlebih dahulu barisan Kabinet yang baru diumumkan sebelum membentangkan usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat.

"Kita tak boleh kata bersetuju atau tidak (dengan barisan Kabinet baharu)... kita tunggu sejauh mana mereka dapat laksanakan tugas khususnya bagi isu melibatkan rakyat dan negara," beliau dilaporkan berkata.

Jumaat lalu, Najib memuji Hadi, menyatakan beliau menghargai sikapnya yang berpegang pada prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah.

Sementara itu, pada majlis tersebut Mat Sabu dalam ucapannya berkata, umat Islam di dunia ini secara umumnya kelihatan hebat dalam perjuangan, tetapi apabila mendapat kuasa, gagal dalam pemerintahan.

"Kita melihat gerakan umat Islam perlu berubah di seluruh dunia, perlu berani membuat perubahan.

"Isu perkauman masih dimainkan oleh pemerintahan dan orang Islam sudah terperangkap. Parti Islam juga mudah terperangkap dalam isu perkauman," katanya tanpa merujuk kepada mana-mana pihak.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 100 orang dan rata-rata daripada mereka hadir sambil mengisi borang sebagai ahli gerakan itu.

Gerakan itu ditubuhkan oleh pemimpin PAS dari puak progresif dan golongan profesional yang tersingkir semasa pemilihan parti yang diadakan pada muktamar tahunan awal Jun lalu. – TMI
Read More

Thursday, 30 July 2015

Mat Sabu ajak penyokong #GHB sertai perhimpunan #BERSIH4.0..."Perhimpunan aman desak Najib letak jawatan"

Jumaat, 31 Julai 2015

Mat Sabu ajak penyokong #GHB sertai perhimpunan #BERSIH4.0

Khairil Ashraf

Perhimpunan aman desak Najib letak jawatan dan tubuh kerajaan peralihan demi selamatkan Malaysia.

PETALING JAYA : Gerakan Harapan Baru (GHB) mengajak penyokongnya menyertai perhimpunan aman BERSIH untuk mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Pengerusi GHB, Mohamad Sabu berkata, perhimpunan aman itu juga bagi mendesak sebuah kerajaan peralihan ditubuhkan untuk mentadbir negara sehingga diadakan pilihan raya bebas demi menyelamatkan Malaysia daripada kehancuran.

Perhimpunan BERSIH dirancang diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini secara serentak di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.

“Negara dalam keadaan yang sangat gawat. Ekonomi Malaysia berada pada tahap terburuk.

“Hutang negara pada 2015 berjumlah RM847.9 bilion sudah meningkat sehingga 63.8 peratus daripada GDP serta berbagai kemelut ekonomi seperti peningkatan hutang isi rumah, bebanan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan), ketidaktelusan dalam urus tadbir kerajaan dan berbagai lagi persoalan yang mencemaskan,” katanya dalam kenyataan media.

Katanya, Najib selaku Perdana Menteri bertanggungjawab bagi semua permasalahan yang berlaku di negara ini.
Read More

Saturday, 18 July 2015

Ada atau tidak Hadi minta maaf? Mat Sabu wakili Harapan Baru minta maaf kepada Pas

Sabtu, 18 Julai 2015

Mat Sabu wakili Harapan Baru minta maaf kepada Pas

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIIkULp6SqYmPxIrfKFAGiwmhXefDj2TgHH3iZNxdcXEeC3ocXLLywXWWUFr7qKOj33JnRdCGHY1UAisQNo_stLSuBDBtF9iCtfvLC8SKhJSNvmgq6g7giMs0ZVwaCzSFhrjgSm8wrV-g/s640/ghb.jpg
Dengan penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB), serangan dan sindiran banyak yang keluar dari Haji Hadi dan beberapa pemimpin lain. khianat, kapal akan tenggelam, tak bertahan lama dan lain-lain. Malah diumpamakan juga dengan anjing dan serigala....

Ada atau tidak Haji Hadi minta maaf kepada pemimpin progresif dalam PAS? Haji Hadi sedar atau tidak kesilapan mereka? Atau memang selamanya mengaku benar dan maksum?

Tahniah Mat Sabu, kerana anda telah menunjukkan sedikit pengajaran kepada golongan ulama yang sangat suci bersih...

Islam mengharamkan umatnya memutuskan silaturahim, kata Pengerusi Jawatankuasa Sementara Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru), Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu. Sehubungan itu, beliau yang mewakili seluruh keluarga besar Harapan Baru meminta maaf atas segala salah silap sepanjang persahabatan termasuk kepada pimpinan Pas. Beliau juga katanya, secara peribadi memaafkan semua pihak. "Islam adalah agama Rahmatan Lil 'Alamin iaitu rahmat untuk sekalian alam.

Justeru, ianya mesti dibumikan oleh setiap penganutnya bukan sekadar disyarahkan di mimbar masjid dan kuliah agama, tetapi mesti dihayati dalam setiap denyut nadi masyarakat keseluruhannya, sama ada yang Islam dan bukan Islam," katanya dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri hari ini.

Mat Sabu, bekas Timbalan Presiden Pas bersama kumpulan progresif dalam parti itu telah menubuhkan parti baru yang dinamakan Harapan Baru dan kini menunggu kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Pelancaran Harapan Baru yang kini berstatus jawatankuasa sementara itu diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur, Isnin lalu dengan bekas Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub turut bersama menyertainya.

Mat Sabu menjelaskan, Islam sebagai agama rahmat untuk sekalian alam telah dicemari akibat terpisahnya akidah dan akhlak dalam kalangan pemimpin serta umat Islam sendiri. "Sempena menyambut Aidilfitri yang penuh barokah ini, kita mengharapkan semoga sebuah Harapan Baru dapat dijelmakan agar umat Islam dapat bergerak seiring akidah dan akhlaknya dalam segenap corak kehidupan bermasyarakat serta bernegara. "Aidilfitri juga mencetuskan semangat politik yang baru.

Menilai setiap isu yang berlaku dari sudut gambaran besar dan keluar dari sektarian sempit yang merugikan ummah," katanya
Mohamad Sabu
Read More

Tuesday, 30 June 2015

Mat Sabu akan mencetuskan apa yang dicetuskan Anwar 17 tahun lalu....

Rabu, 1 Julai 2015

Mat Sabu akan mencetuskan apa yang dicetuskan Anwar 17 tahun lalu.

Oleh Rizuan Shamsudin 

Rakyat yang masih ingat siri jelajah Reformasi yang digerakkan ikon politik Anwar Ibrahim selepas beliau dipecat daripada Umno pada 2 September 1998 pasti mampu membandingkan peristiwa itu dengan road tour pemimpin progresif PAS hari ini.

Pemimpin progresif yang dipancung dalam Muktamar PAS ke 61 awal Jun lalu kini mendapat tempat istimewa di hati ahli dan penyokong PAS. Ke mana sahaja mereka pergi akan menerima sambutan hangat.

Dua pentas disediakan untuk mereka. Iaitu Terbuang Tapi Terbilang dan Jasamu Dikenang. Pemimpin yang ditampilkan setakat ini ialah Mohammad Sabu, Mujahid Yusuf Rawa, Faiz Fadzil dan Dr Hatta. Mat Sabu menjadi tumpuan utama.

Ceramah beliau di Lembah Pantai beberapa hari lalu dihadiri tidak kurang seribu orang. Rakyat ingin mengetahui sesuatu yang baharu dari pemimpin PAS yang tersingkir. Ingin mengetahui gerakan politik mereka dan tidak mustahil akan terus menyokong ke mana sahaja hala tuju politik tokoh-tokoh itu meski pun meninggalkan PAS.















Perkara yang sama terjadi dalam gelombang Reformasi 1998. Anwar dinanti-nantikan kunjungannya ke seluruh negara. Rakyat ingin  mengetahui dari mulut beliau sendiri mengenai fitnah liwat dan kekejaman rejim Mahathir.

Mulai 5 September 1998, Anwar bergerak dari Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan dan pulang semula ke Kuala Lumpur untuk berceramah di Masjid Negara dan menganjurkan perhimpunan raksaksa 100,000 di Dataran Merdeka yang menjadi simbol kebangkitan besar-besaran penentangan ke atas kekuasaan Dr Mahathir.

Dalam setiap destinasi ceramah Anwar, pendengar bertambah dan penyokong yang menentang Mahathir semakin padu. Akhirnya gelombang itu diterjemahkan ke peti undi pada pilihan raya umum 1999. Umno ditolak Melayu. Barisan Alternatif mendapat 60 peratus sokongan Melayu.

Gelombang yang mengiringi Mat Sabu kelihatan hampir sama hebat seperti mengiringi Anwar. Ceramah kedua di Kota Bharu 15 Jun lalu dihadiri oleh ribuan penyokong dan rakyat biasa yang ingin tahu perkembangan politik PAS.

Tidak mustahil jelajah Mat Sabu ke seluruh Semenanjung akan menghimpunkan gelombang politik yang lebih besar. Teori ini dikukuhkan lagi dengan gambar hadirin yang menghadiri ceramah Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad di Seremban beberapa hari sebelum itu. Hanya 30 orang.

Berbeza dengan Umno pada 1998 yang mempunyai polis untuk menyekat kemaraan Anwar yang dikhuatiri mencetus revolusi seperti di Indonesia, PAS tidak mempunyai polis dan penjara untuk menyekat Mat Sabu.

Tidak dapat ditolak kemungkinan dalam sebulan dua daripada sekarang akan berlaku revolusi dalam PAS. Pimpinan ulama yang berkonspirasi menyingkir puak profesional tentu tidak menjangkakan Mat Sabu akan melancarkan siri jelajah. Mereka juga terkejut begitu ramai ahli PAS yang tidak walak mendengar ceramah bekas presiden parti itu.

Kini, segalanya sudah terlambat. Mat Sabu akan mencetuskan apa yang dicetuskan Anwar 17 tahun lalu. Ketika itu PAS menumpang gelombang tersebut untuk meraih populariti. Hari ini, Pakatan Rakyat boleh menumpang gelombang profesional PAS untuk menerangkan isu-isu semasa.

Gelombang penolakan terhadap puak ulama PAS ini akan menjadi gelombang besar menolak BN.

 Akhirnya suasana beku, membosankan serta polemik tanpa kesudahan dalam Pakatan Rakyat menemui titik ledaknya.

Read More

Monday, 22 June 2015

Kenapa Tuan Ibrahim MENCARI Mat Sabu? Wahai Mat Sabu..."Ingatlah, jangan kena peluku aka sekeh kepada berkali-kali"

Isnin, 23 Jun 2015
HIMPUNAN

BOLEH KU PERCAYA LAGIKAH PARTI YANG KU SAYANGI INI?

Hari itu Kakak Ipar Yong menangis. Dia bukan meraung, tapi memalingkan mukanya bila Yong tanya:

“Lepas ini kak nak buat macam mana?”

Kakak Ipar Yong telah menjadi aktivis parti sejak Yong kenal dia. Pernah jadi Ketua Muslimat di satu kawasan yang menjadi kubu kuat UMNO. Pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Pemerkasaan Parti di kawasannya. Jawatan yang tidak popular kerana terpaksa meng “audit” aktiviti cawangan. Sekarang memegang jawatan Timbalan Ketua Muslimat, demi mengimbangkan tanggungjawab kepada keluarganya yang selama ini sedikit terabai kerana dia sering bergerak ke sana sini. Mujur abang Yong understanding, walaupun bukan aktivis.

Beberapa kali Yong balik kampung, didapati hanya ada lauk beli dari kedai buat abang.

Kalau boleh Kakak Ipar mahu segalanya kembali seperti dahulu. Sebelum orang berebut jawatan. Sebelum orang guna facebook untuk memfitnah. Pemilihan berlaku dengan tenang dan adil.

“Tapi, kenapa jadi begini?” Yong tanya.

“Sebab sekarang sudah ada peluang besar untuk menang. Jadi, masing-masing nak jadi calon pilihanraya. Dulu masing-masing menolak nak jadi calon.”

Itulah dia! 

Puncanya nak jadi YB. 

“Tapi Bolehkah jadi YB kalau tiada sokongan dari bukan Islam? Bolehkah bentuk Kerajaan kalau tiada sokongan dari bukan Islam? Sedangkan UMNO pun mencari undi bukan Islam melalui BN untuk berkuasa?” Tanya Yong.

"Hancur." Sepatah sahaja jawapannya.

Kakak Ipar tahu jawapannya. Di tempatnya sendiri, kaum Cina yang 20% itu memegang kunci kemenangan kerana Melayu menyokong UMNO. 

Bolehkah PAS kembali seperti sebelum Muktamar ke 61?

KENAPA MENCARI MAT SABU?

Setelah difitnah, dicerca, dilabel dengan berbagai-bagai gelaran, kini diundang untuk memperkukuhkan parti.

Tak payah cari Mat Sabu. Guna saja Facebook hantu yang banyak berkeliaran itu untuk kukuhkan parti. 

Boleh?
LANTIK TANPA PERSETUJUAN

Salahuddin dan Mahfuz dilihat paling kurang vokal menyerang kepimpinan PAS. Paling "safe" sebab selalu "play safe."

"Play safe" pun kena terajang jugak.

Kata diri sangat hebat dan istiqomah. Diwar-warkan dengan bangganya team sekarang berkelayakan tinggi (dewanulamakpas). Kenapa cari Mat Sabu, Salahuddin dan Mahfuz? Adakah pemimpin PAS ingat melalui kemasukan Salahuddin dan Mahfuz ke dalam saf AJK PAS PUSAT, aktivis dan tukang pacak bendera, akan berbondong-bondong kembali menyokong PAS? 

Taktik melantik, "Umum dahulu baru beritahu" sama macam ketika Najib melantik ustaz Kazim jadi ahli MT UMNO:

"Terus terang, saya sangat terkejut apabila nama saya diumumkan sedangkan saya belum isi borang lagi (menjadi ahli) (sinarharian).

Apa jaminannya pemilihan Kepimpinan PAS tahun 2017 nanti tidak berulang lagi episod label melabel, fitnah, caci-maki dan adu-domba ini?

Yang pasti bukan hanya Kakak Ipar saja yang menangis.

comments:

  1. Wahai Mat Sabu n Salahudin Ayub : " Jangan kena peluku a.k.a. sekeh kepada berkali-kali. Keluarlah kamu dari situ nescaya orang itu akan menyekeh kepalanya sendiri. Sebab apa? SEBAB dia GILA MENYEKEH KEPALA"..ha ha ha. Kamu faham maksudku?
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena