Showing posts with label Parti Amanah Negara. Show all posts
Showing posts with label Parti Amanah Negara. Show all posts

Sunday, 1 May 2016

"Berduyun Warga Beting Maro Bersama Selebriti" Amanah & Pengusaha kedai makan turut memperkenalkan Parti AMANAH Negara.

Ahad, 1 Mei 2016
Pengusaha kedai makan turut memperkenalkan Parti AMANAH Negara di Sarawak dengan memakai T-shirt AMANAH

#AmanahPilihanKamek

#UndilahAMANAH

Berduyun Warga Beting Maro Hadir Program AMANAH


Malam tadi, warga Beting Maro berpusu-pusu menghadiri program "Beting Maro Bersama Selebriti" yang diadakan di Kampung Pusa Tengah. 

Penampilan Wan Aishah Wan Ariffin, Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Parlimen Batu, bersama-sama dengan Sulaiman Ibrahim (Leman Raja Lawak/Lawan) Pengerusi Amanah Sik di dalam program berkenaan berjaya memikat hati penduduk Beting Maro. 

Rakyat berbilang bangsa, keturunan dan agama tidak melepaskan peluang untuk datang mendengar dan melihat kedua-dua selebriti berkenaan malah ada turut bersama-sama di dalam rancangan "Karaoke islamik" yang dianjurkan sempena kempen calon N29 Beting Maro, Sdra Hud Andri Zulkarnaen. 

Aishah mendendangkan beberapa lagu diselang seli dengan kuiz hal-hal berkaitan Parti Amanah bersama hadirin. 

Persembahan video sebelum majlis berkenaan juga menarik perhatian para hadirin yang datang dari segenap ceruk Beting Maro yang tercicir dari kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan air bersih di bawah pemerintahan dan pentadbiran Barisan Nasional di Sarawak. 

Hud Andri akan mencabar penyandang Razaili Gapor dari Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) dan akan ditentang oleh calon PAS, Hamidah Mokhtar. 

PRN lalu, Razaili menang di DUN N.29 Beting Maro dengan 3,069 undi. 

Penolong Setiausaha AMANAH, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus yang bertanding atas tiket PAS ketika itu tewas, dengan memperoleh 2,678 undi. 

BN menang dengan hanya majoriti 391 undi sahaja. 





Dicatat oleh 
Read More

Wednesday, 3 February 2016

[Video] Weey ustaz2 muda neh, Siapa Khianat Siapa? Simbol Parti AMANAH Negara boleh diguna dalam PR Sarawak

Khamis, 4 Februari 2016

SIMBOL PARTI AMANAH NEGARA BOLEH DIGUNAKAN DALAM PILIHANRAYA SARAWAK.



SPR telah meluluskan penggunaan nama dan simbol Parti Amanah Negara. Boleh digunakan dalam Pilihanraya Negeri Sarawak.

Posted by mantaro
Read More

Tuesday, 29 December 2015

Dilema Haji Hadi - Antara 2 pilihan! "Presiden mungkin sedar Amanah bukanlah entiti lemah".

Rabu, 30 Disember 2015

Dilema Haji Hadi - Antara 2 pilihan..!!!!

Oleh Muammar Qaddafi

Kemenangan besar kumpulan kepimpinan pro ulama dalam muktamar Julai lepas yang disangka sebagai kemenangan Haji Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) terhadap seteru politiknya dari dalam PAS berubah menjadi malapetaka buat parti Islam itu.

Kesan paling besar akibat kemenangan itu adalah berpecahnya Pakatan Rakyat apabila muktamar meluluskan usul Perwakilan Pahang, Mokhtar Senik memutuskan hubungan bersama DAP dan seterusnya membawa kepada penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) yang percaya untuk menang menentang Barisan Nasional (BN) melalui kerjasama politik bersama PKR dan DAP.

Kemunculan Amanah pula membawa kepada kewujudan pakatan baharu menggantikan Pakatan Rakyat iaitu Pakatan Harapan.

Walaupun pada peringkat awal PAS berulang kali mendakwa Pakatan Harapan dan Amanah adalah entiti yang lemah dan tidak perlu bersama mereka untuk menawan Putrajaya, namun kini parti Islam itu dan Hadi sebagai presiden mungkin sedar Amanah bersama Pakatan Harapan bukanlah entiti lemah sebaliknya sebuah gabungan yang mampu dan satu-satunya cara mengalahkan Umno BN.

PAS pastinya kembali maklum untuk menguasai Putrajaya mereka perlu kepada gabungan bersama parti lain. Parti yang bergerak sendiri pastinya hanya mampu kekal sebagai pembangkang untuk satu tempoh sangat panjang.

Sikap idealis PAS juga pastinya tidak akan menguntungkan PAS sebaliknya penting untuk PAS masuk sebagai mainstremer. Maka dilema Haji Hadi mungkin juga akan tersangkut antara konsep negara berkebajikan v hudud/negara syariat.

Haji Hadi tahu, untuk PAS maju ke depan, perlu bergabung dan menumpang arus orang lain. Kejayaan besar PAS pada 1990 yang menyapu bersih kerusi DUN di Kelantan kerana perpecahan dalam Umno sehingga tertubuhnya Semangat 46.

Dalam pilihan raya umum pada 1999 pula PAS menang besar di mana berjaya membawa 27 pemimpin PAS sebagai ahli Parlimen dan menjadi sejarah terbesar PAS bahkan mendapat durian runtuh apabila turut berjaya menawan Terengganu dan mengekalkan penguasaan di Kelantan kerana perpecahan dalaman Umno dan wujudnya PKR bersama PAS.

Pada 2008 arus tsunami/makkal sakti/hindraf, PAS turut mendapat kelebihan melalui kerjasama politik dengan PKR dan DAP.

PAS tahu, bersendirian PAS tidak mampu pergi ke mana. Hatta dengan isu hangat seperti peristiwa memali, rakyat marah Umno. Dengan isu kafir mengkafir masih kuat dan berpengaruh. Umno BN juga terpalit dalam skandal terbesar negara ketika itu berkaitan BMF. Skandal kewangan yang pertama di Malaysia berlaku pada 1983 apabila didapati BMF memberi pinjaman RM2.5 bilion kepada syarikat yang mempunyai rekod prestasi meragukan.

Skandal itu bertambah hangat dengan pembunuhan seorang pembantu pengurus yang ditugaskan untuk menyiasat transaksi, kebankrapan sebuah syarikat disuntik modalnya oleh BMF. Situasi itu memberi PAS keyakinan untuk berdepan pilihan raya pada 1986 namun malangnya keyakinan PAS pada ketika itu hanya memberi PAS 1 kerusi pada pilihan raya 1986 iaitu kerusi Pengkalan Chepa.

Maka Hadi hanya punya 2 pilihan untuk meningkatkan potensi PAS untuk berkuasa di Putrajaya iaitu sama ada bersama Pakatan Harapan, ataupun BN.

Dan untuk keduanya, ada dilema yang perlu Hadi fikirkan. Jika Haji Hadi pilih bersama Pakatan Harapan, tentu beliau maklum PAS tidak boleh jadi parti dominan. Walaupun mempunyai keahlian paling ramai, PRU13 lalu menyaksikan PAS memperoleh kerusi paling sedikit berbanding 2 sekutunya dalam Pakatan Rakyat. Apatah lagi jika PAS bersama Pakatan Harapan dan terpaksa pula melepaskan kerusi kepada Amanah, tentulah itu sesuatu yang PAS tidak sanggup lakukan.

Bagaimana pula jika mewujudkan kerjasama dengan Umno melalui BN? Adakah PAS mampu menjadi dominan dan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Umno.

Dilema buat PAS jika mereka bersama Umno maka terpaksa dikorbankan kerusi tradisi mereka dan juga tetap perlu korbankan mesej hudud. Umno tentu tidak mahu PAS menjejaskan sokongan terhadap rakan politik mereka di Sabah dan Sarawak dengan konsep hudud PAS.

Walaupun bersama Umno, peluang PAS mendapatkan lebih banyak kerusi adalah sukar kerana banyak kawasan tradisi Melayu diambil alih Umno sebagai wakil mereka. PAS tidak lagi hero di kampung. Propaganda Umno selama ini mengikat Melayu kampung kepada mereka dan tentu saja semua kawasan tradisi milik Umno tanpa sebarang kompromi. Manakala kerusi majoriti Melayu di bandar pula mungkin tidak akan menyebelahi Pas yang telah bersama Umno.

Namun kebersamaan PAS dengan Umno mungkin akan memberi tempat selesa jika Umno kekal memerintah sekurang-kurangnya pimpinan PAS mungkin dapat menjawat posisi penasihat menteri yang membantu menerajui Malaysia.

Berbanding jika kekal bersama Pakatan, untuk PAS mendapat posisi timbalan perdana menteri dan perdana menteri adalah laluan yang agak sukar kerana perlu beratur di belakang PKR dan DAP.

Segalanya buat PAS jalan buntu, bersama Pakatan, ada sesuatu yang perlu PAS korbankan, bersama Umno, juga ada sesuatu yang PAS perlu korbankan. Jika kekal bersendirian, maka jelas yang bakal terkorban adalah PAS, malapetaka akibat keputusan muktamar Julai lepas akan berterusan sehinggalah kerosakan itu dibaiki dengan cermat dan teliti.
KDL.
Read More

Friday, 6 November 2015

[Video] “Amanah jaga betul-betul. Jangan buat silap. Orang sudah BOSAN dengan parti politik perkauman yang ada.”

Sabtu, 7 November 2015




Pengalaman mengikuti kempen keahlian Amanah 
A SHUKUR HARUN 

Ketika menyertai para aktivis Parti Amanah Negara atau Amanah berkempen untuk mendaftar ahli parti baru itu di beberapa pasar pagi dan petang di beberapa  tempat di Lembah Klang, saya mendengar secara lansung pandangan orang ramai di situ  mengenai parti baru ini. 

Tempat itu ialah di Petaling Jaya, Kelana Jaya, USJ Taipan Subang Jaya dan beberapa lagi. 

Pandangan mereka sangat menarik, pelbagai ragam, malah ada yang mengejutkan serta menggelikan hati. Namun sudah ramai mengetahui kewujudan Parti Amanah ini walaupun baru beberapa bulan ditubuhkan. 

Kalangan penduduk di Lembah Klang adalah penduduk bandar yang bermaklumat – melayari internet dengan WhatsApp, Facebook, Twitter,  selain dari mengikuti pelbagai news portal dan online. 

Dengan itu agak mudah para aktivis Amanah berdepan dengan mereka, malah ada pengunjung pasar itu yang memberikan pandangan sangat menarik mengenai situasi politik tanah air yang gawat dan bagaimana sewajarnya Amanah berperanan di tengah gegak gempita politik ini. 

Kebanyakan mereka adalah golongan professional – doktor, ahli ekonomi, jurutera, peniaga dan pelbagai lagi. Tidak kurang juga ramai anak muda yang bekerja dipelbagai bank di sektar itu dan syarikat lain. 

Apabila dihulurkan risalah mengenai Amanah, ada yang segera berkata: “Saya kenal orang ini, Muhamad Sabu, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Khalid Samad. Orang ini semua veteran politicion.” 

Seorang jurutera yang berpejabat tidak jauh dari pasar pagi itu, segera mengambil risalah Amanah dalam bahasa Inggeris, lalu membacaya. Beliau memperkenalkan dirinya, “Robert Lim,” sambil menghulurkan tangan kepada salah seorang aktivis Amanah di situ. 

“Amanah is multi racial parti, inclusive,” kata saya. 

“Yes I know. That’s very good for multi-racial society like Malaysia,” katanya. 

Lalu beliau meminta borang, membaca dan seterusnya mengisinya di situ juga untuk menjadi ahli. Selepas mengisinya beberapa ketika, beliau menyerahkan borang tersebut kepada petugas di situ. 

Berbual seketika di situ, kemudian berlalu. Kemudian seorang wanita Melayu bertudung, membawa bakul untuk ke pasar pagi di situ, singgah di kaunter petugas Amanah dan mengambil risalah yang diberikan kepadanya. 

“Saya dah dengar parti baru ini,” katanya dan menambah, “Saya hendak ke pasar dulu, nanti saya datang.” 

Orang ramai yang lalu lalang menyusuri pasar pagi itu ramai yang merenung spanduk Amanah yang diletakkan di kanan meja mendaftaran ahli baru Amanah. 

Ada yang singgah dan mengambil risalah dan membacanya dan ada pula yang berlalu saja, menggelengkan kepala,  dengan kata-kata, “Saya tak mahu politik.” - apabila melihat spaanduk Amanah.” 

Ada pula yang memberi komen, “Politik sekarang ini kacau bilau. Kita tidak tahu parti politik mana yang benar, yang mana yang berbohong, saya kira banyak yang berbohong,” kata seorang lelaki pertengahan umur. Bagaimanapun beliau mengambil risalah Amanah yang dihulurkan. 

“Terima kasihlah, saya nak baca dulu,” katanya dan berlalu. 

Wanita Melayu yang berlalu tadi, datang kembali, mengenalkan dirinya – Khadijah – lalu mengisi barangan beliannya ke dalam keretanya yang diletakkan tidak jauh dari situ. Kemudian datang kembali, lalu mengisi borang menjadi ahli Amanah. 

"Saya mengajar di sebuah kolej Petaling Jaya,” katanya dan menambah, “Saya dah pernah pergi mendengar ceramah Parti Amanah ini di Shah Alam. Saya harap Amanah tidak macam parti lain, hentam orang, tuduh orang yang bukan-bukan,” katanya. 

Seorang lagi wanita Melayu yang datang ke kaunter pendaftaran Amanah, lalu mengaambil risalah dan membacanya. 

Beliau yang bekerja di sebuah syarikat menjual komputer tidak jauh dari situ, memberitahu bahawa dia juga tahu kewujudan parti baru ini melalui media. 

Mengenalkan dirinya sebagai Siti Norlin, beliau memang mencari di mana tempat hendak mendaftar sebagai parti baru ini. 

“Saya tertarik dengan parti ini yang bersifat multi-racial. Saya memang menolak perkauman. Ibu saya berketurunan Cina, ayah Melayu. Kami ramai kawan pelbagai kaum,” katanya dan mula mengisi borang keahlian. Setelah selesai mengirinya, beliau menyerahkannya kepada petugas di kaunter itu. 

Dalam masa kira-kira tiga jam kaunter pendaftaran itu dibuka, beberapa orang Melayu dan Cina serta India datang dan berbual-bual dan ramai yang mengisi borang menjadi ahli. 

Dengan mengikuti sepanjang kempen mendaftar ahli Parti Amanah ini, saya mendapat pelbagai pengalaman menarik, bahkan mendapat maklumat yang fresh dari mereka yang ditemui mengenai parti baru ini. 

Kebanyakkannya menolak parti perkauman dan fahaman agama yang sempit kerana menurut mereka, fahaman seumpama ini menjerumuskan negara kepada kemusnahan keharmunian antara kaum. 

Yang menentang perkauman ini kelihatannya dari pelbagai kaum dan agama. Saya kira, di sinilah Parti Amanah, mendapat laluan mudah untuk diterima oleh masyarakat, terutama masyarakat bandar seperti yang kami temui di pasar pagi di beberapa tempat di Lembah Klang ini. 

Dari perbualan dengan beberapa orang yang mendekati kaunter Amanah itu, kami diberitahu bahawa “Amanah mesti jaga betul-betul. Jangan buat silap. Orang sudah bosan dengan parti politik perkauman yang ada.” 

Ini mesej yang jelas untuk Amanah. Justru ia berpotensi besar untuk menjadi parti masa depan kerana pada umumnya masyarakat melihat parti ini adalah kombinasi antara generasi lama dan baru serta berakar tunjang kepada agama Islam. 

Posted by mountdweller 
Read More

Sunday, 11 October 2015

Mengapa Pas masih lagi 'buat selamba' di Selangor? MESYUARAT MPP MALAM INI...Apa keputusannya!

Ahad, 11 Oktober 2015

Bos Parti Amanah Negara sedang cooking.. (^_^)

MESYUARAT MPP MALAM INI - USAH BICARA SOAL PERJUANGAN JIKA TAKUT HADAPI RISIKO!

BENARKAH Parti KEADILAN kini telah mula dipermainkan oleh Pas?  Apakah mesyuarat khas MPP malam ini adalah salah satu dari tanda bahawa KEADILAN sanggup berbuat apa saja demi mengikut kehendak Pas?  Oleh kerana Pas tiada di dalam gabungan Pakatan Harapan (PH), maka KEADILAN terpaksa membuat petisyen untuk menentukan KEADILAN menanti Pas? 

Jika benar, aku tidak faham mengapa petisyen perlu dibuat hanya kerana PH tidak menyenaraikan Pas sedangkan semua tahu KEADILAN, Dap dan Amanah bersedia untuk menerima Pas bersama di dalam satu gabungan, namun Pas memilih untuk mencipta berbagai alasan agar parti itu tidak dikotori dengan 'najis' Dap dan Amanah.  Bagi Pas, hanya KEADILAN sahaja yang 'suci bersih' yang boleh mereka buat kawan walaupun sebelum ini bermacam-macam mereka perkatakan tentang Keadian.  Kita tahu layanan Presiden Pas terhadap Anwar.  Kita juga tahu apa Presiden Pas katakan terhadap Kak Wan selaku Presiden KEADILAN.  Semua tahu kisah fitnah edar pil kuda yang dilakukan oleh Presiden Pas terhadap calon-calon KEADILAN, cuma nama tidak disebut kerana takut disaman dan juga kerana tiada bukti atau saksi.   

Apa pun yang Presiden Pas atau beberapa pimpinan wala perkatakan kepada KEADILAN, Dap dan Amanah, namun demi rakyat dan negara ini kita masih bersedia untuk terima Pas.  Maka, tawaran menyertai PH dibuat juga kepada Pas.  Oleh kerana Pas merasakan partinya kuat bersendirian sepertimana yang sering pimpinan mereka laungkan, maka Pas tidak mahu terlibat di dalam PH.   Tetapi, mengapa Pas di Selangor membisu?   

Adakah Pas di Selangor sudah hilang 'wala'nya terhadap kata-kata Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Dr Mahfodz yang ada menyebut Pas akan tarik diri dari bekerjasama dengan KEADILAN termasuk di Selangor?  Apakah kita lupa amaran dari Pas sebelum ini bahawa jika KEADILAN berkawan dengan Amanah, maka Pas akan putuskan hubungan dengan KEADILAN di Selangor?  Mengapa Pas masih lagi buat selamba di Selangor?  Sewajarnya sebuah parti Islam sikap istiqomah mesti ada dengan sebarang tindakan dan kata-kata.  Apakah kerana KEADILAN menjadi MB Selangor maka menyebabkan beberapa pimpinan Pas di Selangor yang duduk di kerusi empuk Exco dan memegang jawatan di dalam GLC Selangor hilang 'Wala'nya?   Bayangkan jika bukan dari KEADILAN kerusi MB Selangor, adakah anda yakin Pas akan menunggu seperti sekarang? 

Kepada KEADILAN, kita telah cari jalan sebaiknya iaitu menjadikan semua sebagai kawan atas asas melawan rejim itu lebih utama.  Tetapi di dalam berkawan, kita tidak boleh memaksa orang lain untuk bersama kita.  Kita patut boleh membaca kawan-kawan yang mana ikhlas berkawan dengan kita kerana hanya "tentera-tentera" yang ikhlas, jujur dan istiqomah melawan rejim sahaja yang boleh menjatuhkan rejim ini.  Kita tidak perlu bergaduh sesama kita hanya kerana ingin membela orang yang tidak pernah suka kepada kita sebenarnya. 

Keputusan Mesyuarat MPP malam ini aku yakin, KEADILAN sudah matang membuat keputusan.  KEADILAN mesti berani buat keputusan demi rakyat.  USAH BICARA SOAL PERJUANGAN JIKA TAKUT HADAPI RISIKO. 

DICATAT OLEH WFAUZDIN NS 
Read More

Friday, 9 October 2015

"Henti Panggil Ahli Amanah 'Kafir'" - Kata Mat Sabu Kepada PAS

Sabtu, 10 Oktober 2015

"Henti Panggil Ahli Amanah 'Kafir'" - Kata Mat Sabu Kepada PAS

JOHOR BAHRU: Mohamad Sabu menggesa pemimpin-pemimpin PAS supaya berhenti memanggil ahli Amanah sebagai kafir kerana ia tidak memberikan sebarang kebaikan.

Pengerusi Parti Amanah Negara itu memberi beberapa contoh kejadian semasa di pelbagai negara Islam seperti Afghanistan, Syria, Somalia dan Iraq yang dilihat menjadi contoh terbaik perbalahan yang membawa kepada kemusnahan.

"Mereka adalah umat Islam yang beriman dan mempunyai kepercayaan yang sama tetapi kerana perbezaan fahaman politik, mereka berakhir dengan berlawan satu sama lain, dan saya mendoakan ini tidak akan berlaku di Malaysia," katanya.

Mohamad Sabu berkata demikian semasa sesi dialog minum petang yang diadakan di restoran mamak di Taman Mutiara Rini di sini, Jumaat.

Beliau juga percaya bahawa PAS akan menjadi lebih kuat selepas disingkirkan daripada Pakatan Harapan tetapi tidak akan menang pilihan raya umum.

Beliau berkata pada pilihan raya umum lalu, sebahagian besar calon PAS di kawasan luar bandar tidak mampu mendapatkan majoriti undi terutamanya daripada orang Melayu.

"Itu ketika mereka masih di dalam Pakatan Rakyat, tetapi kini, mereka tidak lagi dengan pakatan pembangkang yang baru.

"Mereka akan menjadi lebih kuat dari segi kekuatan parti, tetapi saya ragu-ragu mereka boleh menang pilihan raya umum kerana sekarang, tidak ada parti politik yang boleh berdiri sendiri dalam landskap politik semasa di negara ini," katanya.

Katanya, sejak Amanah dilancarkan pada 16 September, parti itu perlahan-lahan mendapat momentum dari segi keahlian di beberapa negeri.

Beliau berkata parti itu menyasarkan sekurang-kurangnya 100,000 ahli menjelang Disember tahun ini, dengan mendapat sokongan paling ramai di Kelantan.

"Di Kelantan, kita sudah mempunyai kira-kira 11,000 orang ahli, terdiri daripada bekas kakitangan awam, yang percaya bahawa Amanah mampu menyediakan tadbir urus yang baik.

"Amanah juga menyasarkan 10,000 ahli di Johor dan 20,000 di Selangor tetapi kami juga bertapak di negeri-negeri pantai barat," katanya.

Beliau menambah, Johor akan menjadi titik tumpuan utama Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum akan datang.
Read More

Sunday, 4 October 2015

Amanah wujud 22 bahagian di Selangor..."Pelengkap kepada Pakatan Harapan bagi menggantikan kerajaan PR di S'gor"

Isnin, 5 Oktober 2015

Amanah wujud 22 bahagian di Selangor

AMANAH 1
Presiden Amanah, Mohamad Sabu bersama pimpinan pakatan pembangkang di majlis ceramah umum Pakatan Harapan di Petaling Jaya hari ini. - Foto Facebook Parti Amanah Negara
“Parti Amanah Negara (Amanah) wujudkan 22 bahagian di negeri Selangor.”
Perkara itu diumumkan Pengerusi Amanah negeri Selangor, Ir Izham Hashim dalam ceramah umum Pakatan Harapan di Petaling Jaya hari ini.
Menurut Izham, Selangor akan menjadi contoh kepada negeri lain kerana Amanah yang baru ditubuhkan itu tidak mahu dianggap sebagai parti yang menumpang.
“Selangor perlu menjadi contoh kepada negeri-negeri lain kerana Selangor mengambarkan Malaysia,
“Sasaran ahli Amanah di Selangor sahaja adalah 22 ribu ahli daripada sasaran keseluruhan 100 ribu yang ditetapkan oleh Presiden Parti Mohamad Sabu sehingga akhir tahun ini,” katanya.
Dalam pada itu, Izham turut menyentuh Amanah di Selangor akan menjadi pelengkap kepada Pakatan Harapan bagi menggantikan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sebelum ini.
Katanya, merujuk kepada kajian Merdeka Center dan UMCEDEL mengenai keputusan pilihan raya umum lalu, kelemahan Pakatan Rakyat tidak dapat memenangi PRU-13 adalah ikatan longgar gabungan itu.
“Pakatan Harapan akan mengambil iktibar dari kelemahan Pakatan Rakyat, pandangan skeptikal pengundi berdasarkan kajian Merdeka Center dan UMCEDEL, gabungan yang longgar adalah punca pembangkang tidak berjaya memenangi PRU-13,” katanya.
Turut hadir sama dalam majlis itu ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Ceramah tersebut bermula pada jam 8.30 malam menjadi ruang mendekati penduduk Petaling Jaya mengenali Amanah dengan lebih dekat.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/10/04/amanah-wujud-22-bahagian-di-selangor/#ixzz3ndzXofkG
Read More

Saturday, 3 October 2015

AMANAH ditubuhkan atas kehendak rakyat - DS Nizar

Sabtu, 3 Oktober 2015

Amanah wujud sebab rakyat mahu 

PARIT BUNTAR - Parti Amanah Negara (Amanah) wujud atas kehendak rakyat yang menyokong gabungan parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat, tegas Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. 

Berucap dalam majlis penerangan dan dialog anjuran Amanah Parit Buntar di sini, beliau berkata, Amanah ditubuhkan bukan atas dasar rasa kecewa dan tamak jawatan, tetapi memenuhi kehendak rakyat yang mahu gabungan parti pembangkang yang kuat menghadapi BN. 



“Tiada parti yang dapat menghadapi BN secara bersendirian tanpa bergabung antara satu sama lain. Amanah memenuhi harapan rakyat yang yakin dengan perjuangan Pakatan Rakyat sebelum ini,” katanya. 

Majlis penerangan dan dialog yang diadakan di Parit Buntar buat kali kedua ini turut dihadiri oleh Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi dan Ketua Anak Muda Amanah (Aman) Perak , Mohd Fakhrurrazi Mokhtar. 

Sementara itu, Mohd Fakhrurrazi menjelaskan keperluan wujudnya Amanah untuk menumbangkan BN kerana mustahil untuk parti pembangkang boleh menang secara bersendirian. 

“Sejarah sudah membuktikan BN kehilangan banyak kerusi semasa pilihan raya umum apabila parti-parti pembangkang bersatu 

“Pada PRU 2013, Pakatan Rakyat berjaya menghilangkan majoriti dua pertiga BN dalam parlimen,“ katanya. 

Mohd Fakhrurazi turut menolak dakwaan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang menuduh sesiapa yang menyertai Amanah akan terjejas akidah. 

“Ini tiada kaitan akidah malah Amanah komited meneruskan legasi politik Islam yang pernah ditunjukkan Yusuf Rawa, Datuk Fadzil Noor dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

“Parti politik ini akan terus berpaksi kepada politik berasakan ilmu dan akhlak, mewujudkan budaya mampu mengurus perbezaan dalam pelaksanaan prinsip hak bersuara dan tuntutan kesaksamaan seperti yang dituntut Islam,” katanya. 

Fakhrurrazi berkata, Amanah diterima bukan sahaja oleh orang Islam malah bukan Islam yang mahukan perubahan politik atas dasar kerjasama jujur dan komited dalam Pakatan Harapan. 

ULASAN GB

Keputusan untuk menubuhkan parti baharu adalah keputusan rakyat. Pada satu perhimpunan 16 Jun lalu di Muar, Johor, kumpulan progresif yang telah dirancang oleh pimpinan ulamak PAS untuk diketepikan melalui "cai' di dalam Muktamar PAS, telah membentuk jawatankuasa bertindak dengan bekas timbalan presiden Mohamad Sabu dipilih sebagai pengerusi, bekas naib presiden Salahudin Ayub sebagai timbalan pengerusi, Dr Dzulkefly Ahmad sebagai setiausaha dan bekas ketua Pemuda Suhaizan Kaiat sebagai penolong setiausaha. 

Pembentukan jawatankuasa itu dilakukan apabila rakyat yang hadir diperhimpunan tersebut telah menyuarakan secara beramai-ramai bahawa sebuah parti politik Islam yang baharu ditubuhkan... apabilamereka melihat PAS telah kesasar dari perjuangan Islam dengan mengambil sikap melabel, memberi gelaran-gelaran buruk seperti BROKER, BARUA, TOLOL, ANWARINAS, PENCACAI DAP, SYAITAN dan sebagainya terhadap golongan progresif. 

Presiden PAS sendiri, pada telah menghalau kumpulan progresif keluar dari parti. Malah melalui kempen untuk mengekalkan jawatannya sebagai Presiden PAS, beliau telah menuduh dan mengecop lawannya sebagai "calon yang ditunjukkan oleh DAP". 

Diperburukkan lagi, pada muktamar yang lalu, resolusi muktamar telah menerima usul Dewan Ulamak PAS supaya memutuskan hubungan dengan DAP. Ia kemudian diterima oleh Majlis Syura dan berakhirlah apa yang disebut sebagai Pakatan Rakyat selama ini. 

Apabila cabaran Presiden PAS disambut oleh kumpulan progresif dengan pembentukan Gerakan Harapan Baharu, sebuah NGO yang dibentuk sebelum tertubuhnya Parti AMANAH sebagai sebuah parti politik, tiba-tiba Presiden PAS menempelak mereka sebagai pengkhianat yang perlu dihapuskan. Apatah lagi penubuhan AMANAH disambut dengan jumlah bilangan ahli yang luarbiasa, termasuk sokongan dan dokongan beberapa NGO Islam yang terbesar di dalam negara seperti ABIM, IKRAM dan WADAH. 

Timbullah pelbagai isu yang kesemuanya merupakan backfire kepada PAS sendiri, misalnya isu baiah talak dan seumpamanya, yang mendedahkan pekung PAS sendiri sebagai sebuah parti yang telah menghodohkan Islam selama ini. 

Malah disuruhnya dan ditekan mereka yang meninggalkan parti untuk mengosongkan kerusi yang dimenanginya,tetapi aneh, di Selangor mereka beriya-iya memepertahankan kedudukan PAS di dalam kerajaan negeri dengan alasan mereka menang kerusi di Selangor di atas nama Pakatan Rakyat, walhal mereka sendirilah yang bertanggungjawab membunuh Pakatan Rakyat tersebut. 

Demikian keserabutan PAS. Dan hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan..... biarlah mereka menyalak di kiri-kanan jalan, kabilah perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan akan terus berjalan... 

Dicatat oleh 

ulasan:

Malaysiabaru berkata...
amanah pun muslim dan tidak pernah mencuri dan merembat mcm keluarga ayoh ping di perangsang

cuba dulu dgn amanah...

insyallah rakyat akan puas hati
Tanpa Nama berkata...
Sambil duduk2 santai dan menghirup secanggir kopi, aku memikirkan betapa besarnya kekuasaan Allah mengaturkan perjalanan panjang manusia2 di bumi menuju hari pembalasan yakni kiamat.

Betapa Dia melawan balik rancangan manusia pencinta dunia dan harta sampai sanggup membuang rakan2 sehati sejiwa. Rupa2nya peristiwa yang terjadi ke atas rakan taulan dalam pas ini ada hikmahnya.

Syukur kami padaMu ya Allah. Kami harus menerima takdir ini dengan berlapang dada. Harus mengakui ianya sebuah nikmat dan rahmat. Kerana Engkau maha pengasih. Kerana Engkau janjikan agamaMu tetap sirna dan hidup sampai penghabisan umur dunia.

Walau kami Amanah masih merempat. Masih menumpang kasih dari hambaMu parti pekerja, kami tetap sabar dan selalu berdoa 'Wahai Allah tuhan yang maha penyayang, sempurnakanlah cita2 suci kami inginkan sebuah rumah yang selesa. Kami ingin menerima tamu. Ingin duduk elok2 lagi berkasih sayang terhadap semua makhlukMu di bumi. Perkenankan permintaan kami ya Allah. Amin.
omar daud berkata...
Salam

Memang benar rakyat Malaysia yg sedar politik memerlukan parti politik yg PEDULI rakyat,tak kira orang atas pagar,orng umno,orng pkr,orng pas dan bangsa malaysia amnya.

Mulanya PAS merupakan satu wadah politik yg di kira terbaik utk rakyat Malaysia,tetapi malangnya kerakusan pimpinannya membuatkan PAS sudah menjadi parti-parti tok lebai sahaja.Disebabkan untuk mendapatkan kuasa dan mempertahankan kuasaa PAS mempergunakan agama islam yg suci dgn sewenang-wenangnya.Ahklak dan tertib sesuatu perbuatan dan tata-kerja tidak pernah dititik beratkan,asalkan matalamat dicapai.
sekarang ini pimpinan PAS sudah tengelam punca:
Mana nak buat dulu, DASAR ISLAM DULUKAH???
pertahankan kuasa dan rebut kuasa dulukah??
Atau erti kata mudah perut dulukah?? atau dasar islam dulukah??
Ramai kawan2 saya peringkat grass-root PAS msih confuse!!
mengikut mereka dalam PAS sekarang ni dah terbahagi 2 golongan pulak dah??
Yg satu nak bekerjesama dgn parti2 sekular dan yg satu lagi nak dasar islam??TAPI YG COMMON sekata bila bab PERUT masing-masing,semua tak berani nak lakukkan utk TEGAKKAN PRINSIP.AKU TOLAK ENGKAU, ENGKAU TOLAK AKU..Seperti lubuk emas di Selangor..mana dia Hadi,hARON..Mohktar snake,kenapa tak buat buat keputusan..CARA paling mudah highlightkan amanah pengkhianat,DAP jahat...kedua-dua selamat geng ulamak dan geng pelahap dlm PAS pun selamat...syuru tak miss.Yang jadi mangsa ialah balaci-balaci yg bederma,buat kerja kumpul orng kat bawah ni, dan yg berkeliaran dekat internet menegakkan benang yg basah.Pemimpin2 dia ,tiap2 bulan collect allowance dari undi cina yg tak islam tu!!

wassalam.
air gunung berkata...
Setakat ini momentum PAN sgt memberangsangkan.pening lalat PAS dibuatnya walau bkn dgn serangan peluru berpandu secara langsung.bgtu juga umngok najib.

So sekarang masanya utk memperkemaskan gerakerja ke akar umbi.pastikan setiap peti undi ada cawangan ahli yg komited dan terlatih dgn budaya politik & pilihanraya malaysia yg penuh dgn najis.

Jgn lupa saranan bro OD.kumpul dan cari dana utk gerakerja politik dan kebajikan.jgn harapkan semata2 sumbangan or tin milo.tubuhkan unit ekonomi utk memikir jana ekonomi parti agar tidak perlu bergantung kpd sumbangan mereka2 yg berkepentingan..

Biarkan PAS meroyan ckp sorang2.abis pil nanti baik senari la tu..kpd petugas pendokong PAN teruskan berusaha secara istiqamah berakhlaq..no salak2 no barua2 no jebon2 no munafiq2 no liberal2 no pengkhianat no hapus2 no paling penting no pil khudda.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena