Showing posts with label amanah selangor. Show all posts
Showing posts with label amanah selangor. Show all posts

Thursday, 30 March 2017

[Video Bina Jalan RM1.4 juta - Dua MP DAP tinjau rumah Speaker Pandikar] Amanah Selangor bakal bertanding di lima kerusi Parlimen, 15 Dun...'Huru-hara (SPR) dibuatnya persempadanan semula kali ini'.

Jumaat, 31 Mac 2017

Amanah Selangor bakal bertanding di lima kerusi Parlimen, 15 Dun

 | ARIF ATAN
Ir Izham Hashim
Ir Izham Hashim
Amanah Selangor memutuskan untuk bertanding di lima kerusi Parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kelak.
Pengerusinya, Ir Izham Hashim memberitahu agihan kerusi pada PRU14 ini lebih menumpukan sasaran untuk mencapai peratusan kemenangan yang tinggi berbanding meletakkan banyak calon bertanding tetapi kalah.
"Kita akan pertahankan (kerusi Parlimen) Shah Alam, Kota Raja dan Sepang yang sudah sedia Amanah miliki. Kita juga muktamad untuk bertanding di kerusi Parlimen Hulu Langat dan Kuala Selangor. Dua kerusi lagi seperti Sungai Besar dan Tanjong Karang, kita boleh bincang dengan parti Bersatu sebab komposisi pengundinya sesuai dengan profil Bersatu.
"Amanah Selangor tidak akan bertanding banyak (kerusi) tapi kita mahu menang banyak iaitu peratusan menang itu tinggi. Kita tidak mahu bertanding 20 (kerusi) tapi menang lima saja.
"Kita mahu bertanding contohnya, 13 menang 12. 80 peratus menang itu lebih efisien," jelasnya ketika ditemubual Malaysia Dateline di pejabatnya di Shah Alam hari ini.  
Pada masa sama, pihaknya tetap akan meletakkan calon bertanding sekurang-kurangnya di satu Parlimen atau Dun bagi memastikan jentera pilihan raya parti di negeri yang disandang Pakatan Harapan itu berfungsi.
"Walaupun kita rasa di satu-satu kerusi itu susah untuk menang tetapi kita akan meletakkan calon sebab kita mahu Amanah yang hanya ada satu di situ 'hidup'.
"Contohnya, di Dun Hulu Bernam tak pernah menang (Pas) tapi itu saja Dun yang Amanah ada di Parlimen Hulu Selangor. Namun, kita boleh ganti dengan kawasan yang kita menang sebab nak beri peluang kepada Bersatu.
"Tapi bagi Parlimen yang kita ada dua contohnya di Sabak Bernam - Dun Sungai Air Tawar dan Dun Sabak. Itu boleh salah satu.
"Ada sesetengah kawasan pula Amanah ada satu Parlimen dan satu Dun, kita boleh bincang. Kita mahu pastikan di setiap kawasan sama ada wujud satu Dun atau satu parlimen ada kita bertanding supaya jentera (pilihan raya) hidup," ujarnya lagi.
Walau bagaimanapun, jelasnya, pertukaran bagi kerusi tertentu mungkin akan berlaku bergantung pada perbincangan bersama Pakatan Harapan dari semasa ke semasa.
Tiga penjuru
Mengulas tentang pertembungan tiga penjuru atau lebih ekoran sikap Pas yang enggan bermuafakat bersama Pakatan Harapan, Izham berkata, Amanah masih lagi berpotensi untuk menang.
"Kajian saya mendapati kalau berlaku tiga penjuru, Amanah berpeluang menang di kawasan yang kurang 65 peratus pengundi Melayu.
"Tapi kalau komposisi pemilih Melayu lebih tinggi daripada itu, kena kerja lebih kuat lagi untuk menang. Lainlah, kalau satu lawan satu. Itu tiada masalah di Selangor ini.
"Saya telah analisa angka terbaru daripada daftar pemilih. Jika Amanah bertanding di kerusi-kerusi yang Pas juga masuk, kita boleh memang dalam 12 hingga 13 kerusi," katanya.
Beliau berpendapat, pencapaian itu boleh dianggap cukup baik bagi sebuah parti baharu yang pertama kali menyertai pilihan raya umum.
Ditanya tentang kewujudan Bersatu, Izham menyifatkan kehadiran parti yang dipengerusikan Tun Mahathir itu sedikit sebanyak merungkai sedikit kebuntuan Pakatan Harapan sebelum ini.  
"Sebenarnya seperti pernah disebut Presiden (Mohamad Sabu), kehadiran Bersatu ini satu rahmat. Allah nak bantu ketika kita pening kepala dengan perangai Pas dan muslihat persempadanan semula.
"Sebelum Bersatu muncul, dia (SPR) nak kumpulkan banyak kawasan Melayu. Tapi Allah datangkan pula parti Bersatu. Huru-hara persempadanan ini.
"Saya lihat banyak perubahan sudah dibuat. Dia dah pamerkan yang kedua. Dia ubah suai lagi yang saya percaya impak daripada penubuhan Bersatu," ujarnya lagi.
Read More

Monday, 30 May 2016

SEDIHNYA! Rakyat perit merasai gelombang #NajibBoleh ini...Apa Nizar buat di KETIOR? Ustz Mariam, Ust Azhar Amanah Selangor sampaikan sumbangan kepada warga emas.

Isnin, 30 Mei 2016
Page Liked · 8 hrs

Sedihnya bila dunia siasat tapi tutup mata saja, lagak macam rakyat Malaysia di ibaikan macam katak di bawah tempurong tak tahu apa yg berlaku di luar negara? Lagak macam gajah di depan kejadian tak nampak tapi dunia yg jauh ternampak. Nampaknya ramai dah terdedak sampai buat tak tahu asalkan di dedak untuk tutup mulut dan mata. Ingat lah siapa lah yg akan bayar hutang ini, bukan kah anak dan cucu engkau. Bila hutang besar macam mana rakyat hidup mesra?
Page Liked · 12 hrs

Satu hari nanti, rakyat akan mengingati Najib Razak sebagai satu-satunya Perdana Menteri yang telah meletakkan Malaysia di peta dunia. Sebelum ini, kita berjaya mengungguli carta Kroni Kapitalisme yang diterbitkan The Economist. Teratas di dunia! Minggu lepas Malaysia sekali lagi memecah rekod apabila penyelewengan #1MDB disifatkan yang terbesar di dalam sejarah dunia oleh pendakwaraya yang menyiasat kes itu di Singapura. Sebarkan supaya lebih ramai rakyat Malaysia boleh merasai gelombang #NajibBoleh ini.


Sumbangan Kerusi Roda
Sumbangan Kerusi Roda kepada warga emas di Kampong Merbau Berdarah Sungai Besar oleh Biro Kebajikan Amanah Selangor. Turut hadir Pengerusi Kebajikan Amanah Selangor Ustazah Mariam Abdul Rashid dan Ketua Amanah Sabak Bernam Ust Azhar Shukur.

Program Salam Jumaat
 
Alhamdulillah..
Program Salam Jumaat telah berlangsung dgn jayanya pada pagi tadi.
Datuk Seri Nizar & Awan Perak telah sama2 turun padang menemui masyarakat. Amanah meninjau permasalahan yg dihadapi oleh rakyat , berkongsi luahan keperitan hidup & bertukar2 pandangan mengenai isu2 semasa serta memperkenalkan juga Amanah kpd masyarakat sambil mengedarkan akhbar Amanah.
Semoga Allah swt memberkati usaha Amanah membela nasib rakyat... amin.





Read More

Monday, 8 February 2016

AMANAH SELANGOR sedia bertanding di kerusi PAS..."PH perlu bersatu untuk menumbangkan Umno/BN demi rakyat & negara".

Selasa, 9 Februari 2016

AMANAH SELANGOR sedia bertanding di kerusi PAS sekira tiada kerjasama PH & PAS

Ramai yang bertanya tentang kesahihan laporan Sinar Harian hari ini tentang hasrat Amanah Selangor nak bertanding lawan PAS dlm PRU 14 akan datang.

Jawapan nya betul cuma tak berapa lengkap. Butir-butirnya begini:

1. Kami menganggap pertandingan dalam PRU 14 akan datang adalah hanya antara Pakatan Harapan dan BN sahaja. Di bawah sistem demokrasi, mana-mana calon daripada parti lain atau bebas pun boleh bertanding tetapi kami menganggap itu tidak membawa apa-apa makna kerana mereka tidak berupaya membentuk kerajaan jika menang satu atau dua kerusi sahaja. Justeru itu PH akan meletakkan calon di semua kerusi, DUN dan Parlimen bagi menentang BN kerana kita mahu mengambil alih pentadbiran di negeri-negeri dan Persekutuan.

2. Amanah mengambil keputusan menggantikan PAS dalam PH dan dengan itu secara automatik akan mewakili PH bertanding di semua kawasan yang ditandingi PAS dalam PRU 13 dahulu. Walaubagaimanapun keputusan terakhir bergantung kepada perbincangan sesama rakan-rakan dalam PH yakni PKR dan DAP. Dan PAS TIDAK terlibat dalam perbincangan ini kerana PAS bukan parti komponen PH.

3. Tindakan ini bukan berasaskan dendam atau marah kepada PAS tetapi atas kesedaran bahawa pembangkang perlu bersatu atas satu platform jika ingin menumbangkan Umno/BN sebagaimana yang dibuktikan dalam PRU 12 dan 13. Dan platform yang dimaksudkan ialah Pakatan Harapan. Sehingga hari ini PAS menolak PH dan menyatakan ingin bekerjasama dengan Umno. Maka kami dalam PH menganggap PAS akan menjadi lawan kami dalam PRU akan datang kecuali ada perubahan drastik pada kedudukan PAS sekarang.

4. PH menegaskan sekali lagi bahawa rakyat termasuk pembangkang perlu bersatu untuk menumbangkan Umno/BN demi rakyat dan negara. Umno/BN sudah tidak relevan lagi, sudah rosak "beyond repair" dan mesti ditumbangkan dalam PRU 14. Kami masih membuka pintu pada semua yang sedia bersama PH untuk menentang BN. Tetapi pintu ini tidak terbuka sampai bila-bila kerana PRU 14 makin hampir.

Ir Izham Hashim
Pengerusi
AMANAH Selangor
Read More

Sunday, 4 October 2015

Amanah wujud 22 bahagian di Selangor..."Pelengkap kepada Pakatan Harapan bagi menggantikan kerajaan PR di S'gor"

Isnin, 5 Oktober 2015

Amanah wujud 22 bahagian di Selangor

AMANAH 1
Presiden Amanah, Mohamad Sabu bersama pimpinan pakatan pembangkang di majlis ceramah umum Pakatan Harapan di Petaling Jaya hari ini. - Foto Facebook Parti Amanah Negara
“Parti Amanah Negara (Amanah) wujudkan 22 bahagian di negeri Selangor.”
Perkara itu diumumkan Pengerusi Amanah negeri Selangor, Ir Izham Hashim dalam ceramah umum Pakatan Harapan di Petaling Jaya hari ini.
Menurut Izham, Selangor akan menjadi contoh kepada negeri lain kerana Amanah yang baru ditubuhkan itu tidak mahu dianggap sebagai parti yang menumpang.
“Selangor perlu menjadi contoh kepada negeri-negeri lain kerana Selangor mengambarkan Malaysia,
“Sasaran ahli Amanah di Selangor sahaja adalah 22 ribu ahli daripada sasaran keseluruhan 100 ribu yang ditetapkan oleh Presiden Parti Mohamad Sabu sehingga akhir tahun ini,” katanya.
Dalam pada itu, Izham turut menyentuh Amanah di Selangor akan menjadi pelengkap kepada Pakatan Harapan bagi menggantikan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sebelum ini.
Katanya, merujuk kepada kajian Merdeka Center dan UMCEDEL mengenai keputusan pilihan raya umum lalu, kelemahan Pakatan Rakyat tidak dapat memenangi PRU-13 adalah ikatan longgar gabungan itu.
“Pakatan Harapan akan mengambil iktibar dari kelemahan Pakatan Rakyat, pandangan skeptikal pengundi berdasarkan kajian Merdeka Center dan UMCEDEL, gabungan yang longgar adalah punca pembangkang tidak berjaya memenangi PRU-13,” katanya.
Turut hadir sama dalam majlis itu ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Ceramah tersebut bermula pada jam 8.30 malam menjadi ruang mendekati penduduk Petaling Jaya mengenali Amanah dengan lebih dekat.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/10/04/amanah-wujud-22-bahagian-di-selangor/#ixzz3ndzXofkG
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena