Friday, 29 April 2016

Duit rakyat lagi? Bon 1MDB: IPIC tuntut AS$50 juta dari KERAJAAN MALAYSIA...Akhirnya rakyat yang cuci 'tahi' mereka!

Sabtu, 30 April 2016

Bon 1MDB: IPIC tuntut AS$50 juta dari k’jaan Malaysia

International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi akhirnya telah menyelesaikan hutang faedah AS$50 juta yang tertunggak kini menuntut jumlah wang berkenaan daripada Kementerian Kewangan Malaysia.
"Berikutan tindakan 1MDB yang ingkar, IPIC akan membuat tuntutan bertulis bagi mendapatkan ganti rugi untuk bayaran balik faedah (bagi jumlah sebanyak AS$50,312,500.00) daripada Menteri Kewangan Diperbadanakan, (MOF) Malaysia dan 1MDB mengikut syarat-syarat perjanjian,” kata IPIC hari ini.
Dalam pengumuman kepada Bursa Saham London, IPIC berkata firma Abu Dhabi itu telah membuat bayaran penuh untuk faedah bagi pihak 1MDB Energy (Langat) Limited dan 1MDB, yang sepatutnya dilunaskan pada 18 April.
Bayaran itu adalah untuk bon bernilai AS$1.75 bilion yang diterbitkan oleh 1MDB dan dijamin oleh IPIC.
"IPIC membuat bayaran melalui kecairan semasa dan menunaikan kewajipannya seperti dalam perjanjian,” katanya.
Syarikat itu menjadi penjamin dua bon yang diterbitkan oleh 1MDB berjumlah AS$3.5 bilion.
IPIC, dalam satu pengumuman kepada Bursa Saham London pada 18 April lalu, mengumumkan bahawa rancangan untuk menyelamatkan 1MDB ditmatkan berikutan kegagalan firma pelaburan Malaysia itu yang gagal membayarnya lebih AS$1 bilion.
Walau bagaimanapun, dalam pengumuman berasingan pada 25 April, IPIC menjelaskan bahawa peranannya sebagai penjamin kepada kedua-dua bon itu yang berasingan dengan perjanjian menyelamat, masih diguna-pakai dan ia hanya akan membuat pembayaran faedah jika 1MDB ingkar.
1MDB seterusnya gagal membuat pembayaran faedah selepas tempoh lima hari penangguhan, menyebabkan IPIC akhirnya terpaksa campur tangan.
Walau bagaimanapun, IPIC menjelaskan bahawa ia akan menuntut wang berkenaan daripada 1MDB dan kerajaan Malaysia.
Kedua-dua syarikat itu kini dalam pertikaian selepas dana sekurang-kurangnya dana AS$3.5 bilion yang sepatutnya dibayar oleh 1MDB kepada anak syarikat IPIC, Aabar Investments PJS dilaporkan hilang.
Jumlah itu termasuk bayaran cagaran 1MDB yang sepatutnya dibayar sebagai pertukaran untuk jaminan dua bon oleh IPIC serta pembayaran bagi penamatan pilihan untuk Aabar melanggan aset tenaga 1MDB.
Wang itu sebaliknya disalurkan ke sebuah syarikat pesisir di Kepulauan Virgin British yang mempunyai nama yang hampir sama dengan Aabar Investments PJS tetapi tidak mempunyai kaitan dengan IPIC.
Pertikaian berkenaan dan juga transaksi 1MDB lain sedang disiasat di Emiriah Arab Bersatu, Switzerland, Luxembourg, Amerika Syarikat dan Singapura.
Malaysiakini.
 Comments
Albab Aklaken
Mmg mampus bangsat la puak penjahanam negara. Berniaga sengaja rugi kerana modalnya dibaham keluarga celaka bersama budak gemuk. Akhirnya rakyat yg cuci tahi mereka.



Abdul Rahman Hassan
Hemmmm! IPIC tuntut bayaran dari kerajaan Malaysia?
Yg buat hal 1MDB, tapi yg kena tuntut membayar KERAJAAN MALAYSIA......
Bukankah duit kerajaan tu adalah hak rakyat?
Maka, sahlah 1MDB banyak menyusahkan rakyat......
Hemmmm! IPIC tuntut bayaran dari kerajaan Malaysia?g



Ardi Salasa ·
Bak kata Najib.. 1MDB akan menjanjikan pulangan yang akan menguntungkan negara. Dan kenyataan ini pula disokong sepenuhnya oleh penjilat najib dan seluruh pendedak. And now.. nampak gaya segala penyelewengan ini akan ditanggung oleh rakyat.

Teringat lagi kata2 kawan yang ada logiknya:
"Jangan salahkan jenayah berleluasa jika ekonomi rakyat sudah binasa"

TERIMA KASIH GST
bak kata pak maslan..
"GST AKAN JADIKAN HARGA BARANG TURUN"

pak maslan berkata..
"SEKALI LAGI AKU CAKAP.. GST AKAN TURUNKAN HARGA BARANG"


Mk.

Read More

Air bukit di Chini (Parlimen Pekan?) tak selamat...Positif dengan bakteria coliform dan e-coli - Pengarah Kesihatan Pahang

Sabtu, 30 April 2016

Air bukit di Chini tak selamat untuk memasak dan minum

Air bukit yang diambil berhampiran Pusat Latihan Felda Chini di Pekan tidak selamat digunakan bagi tujuan memasak atau minum, kata Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar.
Beliau berkata Jabatan Kesihatan yang menjalankan ujian terhadap sampel air itu pada Rabu lepas, mendapatinya positif dengan bakteria coliform dan e-coli.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk sekitar Felda Chini yang kerap mengambil air dari kawasan itu susulan gangguan bekalan air kerana musim kemarau, supaya menggunakan air itu untuk tujuan domestik sahaja seperti membasuh dan mandi.
"Pejabat Kesihatan Daerah mengambil sampel air itu di dua lokasi iaitu takungan air bukit dan air limpahan takungan melalui longkang bukit. Ujian kedua-dua sampel adalah positif," katanya kepada Bernama hari ini.
Dr Zainal Ariffin berkata anggota kesihatan juga berjumpa dengan ketua-ketua blok di kawasan Felda bagi menerangkan situasi berkenaan supaya dapat disampaikan kepada penduduk.
"Jabatan ini juga menampal notis amaran mengingatkan bahawa punca air itu mungkin dicemari bakteria, virus atau parasit dan melarang penggunaan air bagi masakan, makanan atau minuman untuk mengelakkan kejadian penyakit berjangkit," katanya.
Dr Zainal Ariffin berkata penduduk boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah di talian 09-4221044 bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Sementara itu, tinjauan Bernama di kawasan itu mendapati ramai penduduk membawa tong bagi mengambil air ekoran gangguan bekalan air yang sudah berlaku sejak bulan lepas.
Seorang peneroka Abdul Malik, 60, dari Felda Chini Timur berkata ini merupakan kali pertama beliau mengambil air di kawasan itu, yang terletak kira-kira 7 kilometer dari rumahnya, selepas bertanya kepada beberapa rakan mengenai lokasi mengambil air.
Seorang penduduk Rohaya Rahim, 49, berkata air bukit itu telah ada sejak 1980-an lagi, namun kewujudannya 'semakin popular' sejak kebelakangan ini, ekoran masalah air yang semakin teruk pada musim kemarau.
Surirumah dari Felda Chini 5 Tambahan itu berkata beliau sudah beberapa kali mengambil air di kawasan itu, dan sejak beberapa hari lalu, beliau mendapati terdapat satu tong besar dengan beberapa paip diletakkan di kawasan itu.
"Terdapat getah paip yang menyalurkan air bukit ke dalam tong hitam dan ini memudahkan kerja mengambil air kerana beberapa orang boleh menadah air dalam waktu yang sama.
"Kami menggunakan air bukit untuk mandi dan membasuh sahaja kerana air ini adalah jernih manakala untuk minum dan memasak menggunakan air yang dihantar lori tangki Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) selain sumbangan pelbagai pihak yang diagihkan ketua blok" katanya.
Rohaya juga menyangkal dakwaan yang tersebar di laman sosial yang mendakwa penduduk Chini terpaksa mengambil air parit ekoran cuaca panas yang meruncing, sebaliknya berpendapat berlaku salah faham akibat gambar yang tersiar.
Ini kerana penduduk menadah air limpahan takungan menerusi paip yang terletak di dalam longkang, menyebabkan ia kelihatan seolah-olah penduduk sedang menceduk air parit, katanya.
Seorang lagi penduduk Abu Samah Yusof, 68, dari Felda Chini 3 pula menyifatkan dakwaan mengambil air parit sebagai 'keterlaluan dan tidak munasabah' kerana tidak mungkin beliau sanggup memberi air tercemar kepada keluarganya.
Abu Samah berkata mengambil air bukit itu adalah pilihan ramai penduduk kerana air itu boleh diambil pada bila-bila masa tanpa menunggu lori tangki yang datang pada masa-masa tertentu.
"Kadang-kala air yang disimpan habis. Ada masanya, kami tidak berada di rumah semasa lori menghantar air tiba atau malas hendak beratur mengambil air. Di sini lebih mudah, sebab kita tahu bila orang ramai... jadi boleh datang waktu lain," katanya.
Seorang lagi penduduk Mohd Nazar Md Noor, 37, dari Felda Chini 1 berkata beliau mandi di air bukit itu setiap hari sejak bulan lepas kerana lebih mudah selain dapat menjimatkan bekalan air bersih yang disimpan di rumah.
Kawasan air bukit, yang terletak di tepi jalan itu, akan dikunjungi ramai bermula 9 pagi dan semakin berkurangan menjelang tengah hari sebelum kembali sesak selepas waktu bekerja, katanya.
Bernama
Malaysiakini.
Read More

[Video] 'Kategori Kelabu BN' AMANAH Berpotensi Menang 5 DUN...Pelbagai Kaum Sambut Baik AMANAH di Sarawak.

Sabtu, 30 April 2016



AMANAH Berpotensi Menang 5 DUN
Sehingga kini, sekurang-kurangnya lima dari 13 calon Parti Amanah Negara (Amanah) menunjukkan peningkatan dalam pencapaian mereka apabila kerusi mereka dikategorikan sebagai kelabu oleh Bilik Gerakan BN dan juga media di Sarawak, demikian lapor Malaysia Dateline. 

Menurut sumber, kerusi Sebuyau, Balingian, Kabong, Damak laut dan Beting Maro kini dimasukkan dalam kategori kelabu oleh Barisan Nasional (BN) yang membawa makna boleh dimenangi oleh lawan mereka. 

Sebuyau ditandingi tiga penjuru oleh tiga calon iaitu Datuk Haji Julaihi Haji Narawi (PBB), Haji Wan Abdillah Bin Wan Ahmad (Pas) dan Andrew Anak Jain (Amanah). 

Demak Laut pula ditandingi satu lawan satu antara Dr Haji Hazland Bin Abang Haji Hipni (PBB) dan pengerusi Amanah Sarawak, Mohammad Fidzuan Zaidi. 

Di Kabong pula, calon BN Mohamad Chee Kadir (PBB) akan berdepan dengan Novert Sullang (DNP) dan Jini Bin Sahini (Amanah). 

Di Balingian pula pertembungan satu lawan satu antara Abdul Yakub Arbi (PBB) dan Nurzaiti Binti Hamdan (Amanah). 

Di Beting Maro, calon BN, Razaili Haji Gapor (PBB) akan berdepan dengan Hamidah Binti Mokhtar (Pas) dan Andri Zulkarnean Hamden (Amanah). 

Selain itu, dua lagi calon Amanah dijangka memberikan tentangan sengit kepada lawan masing-masing iaitu N26 Gedong yang diwakili oleh Rapelson Richard Hamit dan N.16 Muara Tuang yang diwakili oleh Abang Abdul Halil Abang Naili. 

Kesemua kerusi-kerusi dimana AMANAH bertanding hanya menyaksikan pertembungan dengan calon BN dan PAS. AMANAH mewakili Pakatan Harapan dan tiada komponen PH yang lain bertanding di kerusi-kerusi berkenaan. 
Dicatat oleh 

ulasan:


TABIQ SPRING kepada pertugas-pertugas Amanah...Insya-Allah bantuan dr Allah.
Read More

Pemuda Amanah - Kejor Yop Skor! SYAMSUL mampu KEMBALIKAN LEGASI bola sepak Perak & Apa lagi dibuatnya 'Mantan MB' Perak neh di Sg Rokam?

Sabtu, 30 April 2016

KENYATAAN MEDIA
PEMUDA AMANAH NEGERI PERAK
28 April 2016
SYAMSUL MAMPU KEMBALIKAN LEGASI BOLA SEPAK PERAK
Prestasi terumbang-ambing Pasukan Perak The Bos Gaurus di permulaan musim ternyata menggusarkan para penyokong, ini termasuklah rekod beberapa perlawanan Liga Super yang menyaksikan pasukan tersebut gagal meraih kemenangan. Namun suasana berbeza dalam kancah Piala FA apabila Skuad Seladang berjaya mengharungi perlawanan sehingga ke peringkat separuh akhir ketika ini dan dua kemenangan berturut-turut dalam Liga Super.
Biarpun segelintir penyokong dan netizen kurang berkeyakinan dengan kemampuan Syamsul Mohd Saad untuk mengendali pasukan Perak The Bos Gaurus, namun Pemuda AMANAH Negeri Perak optimis beliau mampu untuk memimpin pasukan ini sehingga satu tahap yang membanggakan.
Bermula daripada awal muslim, kami melihat skuad Seladang menampilkan aksi yang cukup membanggakan biarpun dibarisi oleh pemain-pemain muda yang kurang berpengalaman. Namun tidak dinafikan berlakunya beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki khususnya ketumpulan barisan serangan.
Pemuda AMANAH Negeri Perak berpandangan, antara masalah yang paling ketara adalah kegagalan pemain import untuk menyumbang kepada kekuatan pasukan khususnya di barisan serangan. Kekecawaan penyokong bermula apabila Pemain tengah Uzbekistan Oybek Kilichev gagal untuk bersama dalam pasukan biarpun telah menandatangani kontrak.
Tonggak pertahanan Thiago Junio yang merupakan ketua pasukan beraksi cemerlang dan kini menjadi pemain yang paling disayangi penyokong manakala Elias Fernandes de Oliveira serta Eric Weeks Lewis baru mula mendapat rentak dan keserasian. Prestasi awang import di bahagian serangan, Vokhid Shodiev sangat mengecewakan penyokong apabila beraksi hambar sejak perlawanan pertama. Beliau hanya mampu memnjaringkan hanya satu gol dan sering mensia-siakan peluang.
Kami sangat mengharapkan agar pihak pengurusan pengambil serius terhadap aspek pengambilan pemain import agar ia tidak merugikan pasukan serta kewangan kerana pembelian pemain import memakan perbelanjaan yang besar. Pelaburan besar pengurusan mestilah memberikan impak yang besar kepada pasukan.
Dengan pengalaman yang ada pada Syamsul Saad, Pemuda AMANAH Perak yakin beliau akan berjaya memimpin pasukan Perak dengan lebih baik selepas ini. Kami mengharapkan agar para penyokong memberikan keyakinan sepenuhnya kepada beliau untuk mengendali pasukan yang berpotensi besar ini.
Kami sangat optimis, Pasukan Seladang akan berjaya melangkah final Piala FA dan berada di tahap terbaik di dalam kancah Liga Super untuk muslim ini. Skuad yang dibarisi pemain muda yang berbakat ini akan menjadi pasukan yang digerusi oleh semua pasukan.
Ayuh! Seluruh rakyat, mari kita beramai-ramai turun ke stadium di setiap perlawanan. Sokongan padu para penyokong akan menyuntik semangat para pemain untuk memperoleh kemenangan.
Kejor Yop Skor!
MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR
Exco Pemuda,
Parti AMANAH Negara Negeri Perak
Mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin menyantuni masyarakat di pasar malam Sungai Rokam, Ipoh.
Beliau sentiasa menjadi perhatian walau dimana jua

Read More

UNTUK APA 'kuncu2' 1MDB disumbatkan secara berjemaah ke dlm Tabung Haji? Johan terajui TH.

Jumaat, 29 April 2016
Page Liked · 1 hr
 
BONGKAR LAGI...
4 Orang Sama dalam #TabungHaji & #1MDB ??

Hakikatnya Allah SWT telah buka satu2 kebobrokan pemerintahan UMNO/BN dlm urus tadbir kewangan dana rakyat..

UNTUK APA kuncu2 1MDB disumbatkan secara berjemaah ke dlm Tabung Haji ?

Page Liked · 2 hrs
 
Sedarkah Anda..

AKAN LETAK JAWATAN:
Tan Sri Ismee Ismail yg juga Ahli Lembaga
Pengarah 1MDB..

PENGGANTINYA:
Datuk Johan Abdullah yg juga Pengerusi Edra Energy
Anak Syarikat 1MDB..

NAMPAK TAK !

Johan Abdullah CEO, Pengarah Urusan Kumpulan baharu TH

 | April 28, 2016
Pengerusi TH, Abdul Azeez berkata, Johan Abdullah akan mengambil alih tugas CEO TH pada 16 Mei ini manakala sebagai Pengarah Urusan Kumpulan pada 1 Julai ini.
johan-adbullah,th

KUALA LUMPUR, 28 April 2016 – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH yang baharu iaitu Datuk Johan Abdullah.
Pengerusi TH, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Johan Abdullah akan mengambil alih tugas CEO TH pada 16 Mei ini manakala sebagai Pengarah Urusan Kumpulan pada 1 Julai ini.
Johan Abdullah yang kini Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan akan menggantikan Tan Sri Ismee selaras dengan Pelan Pengantian TH yang telah rancang sejak Januari 2015 lalu.
“Johan Abdullah menyertai TH pada 15 Januari 2015 sebagai Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH. Sebelum menyertai TH, Johan Abdullah merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, BIMB Holdings Berhad.
“Beliau berkelulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan (Kewangan) dari Universiti Morehead State, Amerika Syarikat (AS) dan Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kewangan) dari Universiti Eastern Michigan, AS serta berpengalaman luas dalam sektor kewangan korporat, pasaran modal dan kewangan Islam,” kata Abdul Azeez.
Dalam pada itu, kepimpinan dan visi Ismee juga dihargai kerana telah menyumbang kepada kejayaan TH sehingga memperoleh pengiktirafan dan penghormatan di peringkat antarabangsa.
“Di bawah kepimpinan Tan Sri Ismee, TH telah berjaya mempelbagaikan portfolio pelaburan serta aliran pendapatannya. Buat kali pertama, pendapatan TH mencecah lebih RM4 bilion manakala keuntungan selepas zakat dan cukai melebihi RM3 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.
“Dalam tempoh sepuluh tahun, sejak awal 2006 sehingga 2015, TH mencatatkan keuntungan terkumpul melebihi RM18 bilion selain TH juga telah berjaya menanggung subsidi operasi haji berjumlah RM815 juta dan mengekalkan bayaran haji muasassah sebanyak RM9980 sejak 2009,” jelasnya dalam kenyataan tersebut.
Read More

Thursday, 28 April 2016

[Video] Isk, isk! Putrajaya sekat semua 'Peruntukan Kepada Rakyat Miskin' Dun Ayer Hitam (Umno).

Jumaat, 29 April 2016

Putrajaya Sekat Semua Peruntukan Kepada Rakyat Miskin Kawasan DUN Mukhriz?


Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir memaklumkan dalam sidang media beliau (video) bahawa Dun Ayer Hitam telah dikecualikan dari mendapat peruntukan bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) yang disalurkan kepada setiap Dun di Kedah bagi menampung sebarang permintaan penduduk setempat.

Dari makluman yang diterima oleh Dato' Seri bahawa arahan mengecualikan Dun Ayer Hitam dari menerima peruntukan datangnya dari Putrajaya.

Apakah disebabkan hendak marah kepada Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir, rakyat di Dun Ayer Hitam dihukum dari menerima peruntukan tersebut ?

KDL.
Read More

#DEDAKERS 'Salah Laku Kewangan 1MDB' - Neh nak bayar denda Bank Negara DUIT SIAPA? Duit 1MDB ka? atau duit2 rakyat? atau...???

Jumaat, 29 April 2016
Page Liked · 6 hrs

KAMI DATANG LAGI !!!!!!

Terima kasih anda semua.. like emoticon

KERANA TETAP SETIA UNDI KAMI...
WALAUPUN KAMI KERAP MENIPU & MUNGKIR JANJI...

Page Liked · 7 hrs

Nak Tong Biru.. UNDILAH BN !!!
Nak Jug Biru.. UNDILAH BN !!!
Nak Cawan Biru.. UNDILAH BN !!!

UNDILAH BN jika Nak Bodoh Selama-lamanya Berpikiran Otak Biru... Anda mmg layak jadi#DEDAKERS

Page Liked · 8 hrs

Berapakah jumlah denda yg dikenakan ??

Duit siapa pula jadi mangsa utk bayar denda tersebut ??.. Duit 1MDB ka ? Duit Najib ka ? Rosmah ka ?.. atau duit2 rakyat ?


Bank Negara denda 1MDB atas salah laku kewangan


Bank Negara Malaysia hari ini mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1MDB kerana tidak mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Kompaun itu dikeluarkan selepas mendapat persetujuan daripada Peguam Negara, Tan Sri Mohd Apandi Ali.

"Ini termasuk keperluan untuk 1MDB untuk membawa pulang wang yang diremitkan di luar negara berikutan pembatalan tiga kebenaran yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia kepada 1MDB pada tahun 2009, 2010 dan 2011.

"1MDB juga telah gagal mengemukakan bukti dan dokumentasi yang ditetapkan oleh Bank Negara untuk mewajarkan kegagalan untuk mematuhi sepenuhnya dengan arahan membawa pulang wang itu.

“1MDB telah diberikan sehingga 30 Mei 2016 untuk membayar kompaun," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh bank pusat itu hari.

Menurut kenyataan itu, sebaik sahaja pembayaran kompaun diselesaikan oleh 1MDB, ia menandakan tamatnya siasatan oleh Bank Negara berhubung pelbagai insiden yang menyaksikan firma pelaburan negara itu melanggar kaedah dan peraturan bank pusat.

Ia bagaimanapun tidak menyatakan jumlah kompaun yang perlu dijelaskan oleh 1MDB. - mkini
BLM
Read More

Bukan untuk melawan tong biru..."Sekadar mesej mahu rakyat berubah!"

Khamis, 28 April 2016
Produk Biro Tanah Amanah Nasional di Beting Maro. Ianya bukan untuk melawan tong biru, sekadar mesej mahu rakyat berubah! Warna biru boleh ditukar menjadi oren hanya dengan dicat tong itu! Tahniah Sdr Mazlan Aliman dan Anggota Biro Tanah Amanah Nasional.
Khairul Anuar Mohammad Sedih melihat PAS yang diberi amanah, diberi harapan oleh rakyat dalam PRU13 lalu untuk mengantikan kerajaan BN, dari awal lagi pucuk pimpinan PAS pakat beri pelampung untuk selamatkan UMNO. Terpaksalah rakyat menanggung lagi derita dirompak dan diperah keringat oleh parti penyamun. Sampai bila pun tak tahu ...... hu, hu, hu .... kiki emoticon

berbaik sangka, mungkin kepimpinan "ulama" PAS tak perasan ada hadis seperti ini ... maksud hadis:

Dari Abu Ya'la iaitu Ma'qil bin Yasar رضي الله عنه, katanya: "Saya mendengar Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda:
"Tiada seorang hamba pun yang diserahi oleh Allah untuk menggembala suatu penggembalaan - yakni memimpin sesuatu ummat atau bangsa, lalu ia mati pada hari kematiannya, sedang di kala itu ia dalam keadaan menipu pada penggembalaanya, melainkan Allah mengharamkan padanya untuk masuk syurga." (Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat lain disebutkan: "Lalu orang yang diserahi penggembalaan itu tidak menjaga penggembalaannya dengan nasihatnya - yakni mengusahakan apa-apa yang bermanfaat untuk rakyatnya dan menolak apa-apa yang akan membahayakan mereka, maka orang itu tidak akan dapat memperoleh bau syurga."

Dalam riwayat Imam Muslim juga disebutkan:
"Tiada seorang amir - pemimpin - yang menguasai urusan pemerintahan kaum Muslimin, kemudian ia tidak bersungguh-sungguh memberikan kemanfaatan kepada mereka, juga tidak memberikan nasihat pada mereka - yakni mengusahakan mana-mana yang baik dan menolak mana-mana yang tidak baik, melainkan pemimpin itu tidak akan masuk syurga beserta mereka yang di-pimpinnya itu."
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena