Monday, 31 October 2016

[Video] "Polis patut tangkap penjenayah, bukan siasat Husni mengenai 1MDB," kata Guan Eng...'1MDB lebih kebal berbanding IMUNITI Ahli Parlimen'?

Isnin, 31 Oktober 2016


Image result for Foto siapa MO1
Image result for Foto siapa MO1

IMDB TERNYATA LEBIH KEBAL BERBANDING IMUNITI AHLI2 PARLIMEN

Petang ini bekas Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah diarahkan ke Bukit Aman untuk disiasat berhubung ucapan perbahasannya di Parlimen yang didakwa melanggar sumpah rahsia ketika menjadi anggota kabinet dahulu.

Selepas beliau, sudah tentu giliran Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal pula diambil keterangan atas kesalahan yang sama. Ketiga-tiga mereka akan disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA kerana mendedahkan perkara-perkara berkaitan 1MDB yang didakwa pernah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet.

Muhyiddin dan Shafie, sebelumnya turut dipecat daripada kabinet dan UMNO kerana lantang mengkritik dan mempertikaikan  perjalanan serta hutang syarikat pelaburan kerajaan yang ditubuhkan oleh Najib Razak itu.
Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang pula dipenjarakan dibawah Sosma selepas membuat laporan ke beberapa negara, juga mengenai 1MDB setelah laporan-laporan yang mereka buat di negara sendiri tidak menghasilkan apa-apa tindakan.

Sebelum itu, beberapa perkara turut berlaku seperti pemecatan Gani Patail sebagai Peguam Negara, pertukaran dan kacau-ganggu terhadap pegawai-pegawai SPRM dan Bank Negara serta beberapa insiden lain yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Semuanya hanya kerana 1MDB dan mahu menyucikan syarikat pelaburan tersebut.

Dilihat daripada apa yang berlaku kepada tiga bekas menteri yang disiasat di bawah OSA,  tidak dinafikan bahawa 1MDB akan terus  merupakan sebuah "entiti yang hebat dan tidak boleh ditegur". 

Sesiapa saja yang menegur dan mengkritiknya, bersedialah menghadapi bahayanya, manakala yang sanggup mempertahan dan membelanya, melimpahlah pula ganjaran dan anugerah yang akan diterima.

1MDB bukan saja terlihat tidak lut daripada segala undang-undang yang ada, malah ia lebih kebal berbanding imuniti Ahli-Ahli Parlimen ketika berucap di Dewan Rakyat. 

Sebelum ini, kita biasa mendengar apabila Ahli Parlimen menyentuh sesuatu yang sensitif ketika berucap di Parlimen, mereka selalunya akan dicabar supaya mengulanginya di luar Dewan Rakyat agar tindakan undang-undang dapat diambil.

Tetapi kali ini, tanpa sesiapa mencabar ketiga-tiga bekas menteri itu mengulanginya di luar Parlimen, sebaliknya hanya berdasarkan apa yang dibangkitkan oleh Speaker Dewan Rakyat dan kemudian disusuli dengan laporan polis oleh dua NGO pendedak, mereka terus disiasat dan diambil keterangan. 

Ia secara langsung dan tidak langsung menunjukkan 1MDB lebih gagah dan perkasa berbanding imuniti Ahli-Ahli Parlimen.

Dalam hal ini, seorang peguam berpengalaman dan bekas menteri, Zaid Ibrahim menyatakan, menyentuh sesuatu perkara  secara umum tidaklah boleh ditafsirkan sebagai mendedahkan rahsia kerajaan atau melanggar sumpah kerahsiaan, kecuali mendedahkan butiran minit mesyuarat kabinet secara khusus.

Jika seseorang bekas menteri yang bercakap secara umum mahu ditafsirkan sebagai melanggar sumpah rahsia, di zaman Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri iaitu selepas pemilihan 1987 di mana ramai antaranya memilih untuk berbalah dan menyerangnya, termasuk menyentuh berkaitan berbagai syarikat kerajaan, mereka ketika itu tentunya lebih dianggap melanggar sumpah kerahsiaan.

Namun, pernah kita mendengar sesuatu tindakan diambil oleh Tun Mahathir kepada bekas-bekas menteri yang menentangnya?

Di sebalik ramai yang telah dan sedang diambil tindakan kerana menyentuh perkara berkaitan 1MDB, Jho Low yang sekarang entah di dunia mana sedang berhiburnya, tetap merupakan orang yang paling bertuah sekali di era Najib ini.

Beliau pasti akan tersenyum dan ketawa  menyaksikan satu demi satu insiden yang berlaku ini, meskipun segala-galanya berpunca daripada caturan yang dilakukannya. (SH 31/10/2016).
Posted by Kedah Lanie
Read More

[Video] 'Durian Runtuh' Penjawat awam Selangor dapat dua bulan gaji bantuan khas kewangan..."Belum dipanggil sudah datang..."

Isnin, 31 Oktober 2016

Selangor umum 'durian runtuh' untuk penjawat awam

Semua kakitangan awam di Selangor akan menerima bantuan khas dua bulan gaji pada akhir tahun ini, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali ketika membentangkan bajet negeri 2017 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam hari ini.

‘Durian runtuh’ kepada penjawat awam Selangor itu mencecah peruntukan kewangan sebanyak RM57.25 juta dan bakal dinikmati pada tahun ini.
Beliau berkata, pemberian tersebut sebagai menghargai sumbangan dan kejayaan penjawat awam yang terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.
“Pembayaran sebanyak satu setengah bulan telah pun dilakukan pada 1 Julai 2016 yang lalu. Untuk melengkapi bantuan khas kewangan tersebut, setengah bulan lagi akan dibayar pada 20 Disember 2016 untuk membantu penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak-anak,” jelasnya.
Sejak 2009, kerajaan Pakatan Harapan Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Pakatan Rakyat) telah memberikan bonus setiap tahun kepada penjawat awam negeri itu.
Read More

[Video] "Soal siasat Husni, POLIS cemarkan kekebalan parlimen," dakwa Kit Siang...Johari (Menteri Kewangan II): Tak salah tanya soalan di parlimen

Isnin, 31 Oktober 2016

Image result for Gambar Lim Kit Siang

Johari: Tak salah tanya soalan di parlimen

Tidak salah bagi seseorang anggota parlimen bertanya soalan di Dewan Rakyat, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani.
Menurut beliau sesiapa saja boleh bertanya soalan di parlimen.
Johari ditanya mengenai status seseorang bekas anggota kabinet - seperti Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah - bertanya tentang isu 1MDB di parlimen.
"Tak ada salah bertanya soalan. Di parlimen semua orang boleh mengemukakan soalan," katanya di lobi parlimen hari ini.
Ahmad Husni yang sebelum ini dilantik sebagai menteri kewangan kedua dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman hari ini ekoran perbahasannya di Dewan Rakyat menyentuh isu 1MDB.
Dalam ucapannya membahaskan belanjawan 2017 Ahmad Husni yang juga anggota parlimen Tambun bertanya keperluan syarikat pelaburan milik negara 1MDB ditubuhkan.
Turut berucap menyentuh 1MDB semasa perbahasan di parlimen ialah bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Mohd Shafie adalah bekas naib presiden Umno dan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah sebelum digantung keahliannya oleh Umno.
Ahmad Husni - bersama Muhyiddin dan Mohd Shafie - kemudian menjadi sasaran serangan penyokong Umno.
Speaker Dewan Rakyat kemudian berkata ada kemungkinan mereka melanggar sumpah menyimpan rahsia kerana bercakap mengenai hal berkaitan kabinet.
Bagaimanapun seseorang anggota parlimen dilindungi kekebalan tertentu terhadap ucapan yang mereka lafazkan di Dewan Rakyat.
Malaysiakini.
Read More

[Video 'Parlimen kecoh lagi'] Amanah KUTUK tindakan terhadap Husni...Polis tangguh soal siasat terhadap Husni.

Isnin, 31 Oktober 2016

KENYATAAN MEDIA
AMANAH KUTUK TINDAKAN TERHADAP AHMAD HUSNI
Parti Amanah Negara (AMANAH) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Umno BN mengheret bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah untuk disiasat ekoran ucapannya mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di parlimen.
Dua lagi dijangka menerima nasib sama adalah bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal .
Bagi AMANAH Perdana Menteri Datuk Seri Najib kini sangat terdesak dalam usaha menyelamatkan dirinya sehinggakan ahli parlimen yang dilindungi hak keistimewaan di bawah Akta 63(2) Perlembagaan Persekutuan itupun mahu didakwa.
Sebagai seorang ahli parlimen, Datuk Seri Ahmad Husni hanya bertanya dan meminta penjelasan di dalam dewan yang mulia. Sepatutnya di dewan ini ahli parlimen boleh menyampaikan pandangan mewakili rakyat "without fear or favour" dan mempunyai imuniti daripada tindakan undang-undang.
Speaker dan seluruh ahli parlimen Umno sepatutnya mempertahan hak keistimewaan ini dan menjaga kemuliaan dewan bukannya bertindak menyokong tindakan ke atas bekas menteri ini semata-mata mahu membodek dan mengikut telunjuk Najib.
Adalah lebih jelik apabila ada pula NGO membuat laporan polis mendesak agar tindakan diambil kepada ahli parlimen yang bercakap tentang kepentingan rakyat ini. Saya tidak faham apa kepentingan NGO ini. NGO sepatutnya berjuang untuk kepentingan rakyat bukan mempertahan pemimpin korup yang sedang merosakkan negara.
Apa lagi institusi yang masih berdaulat di negara ini kalau parlimen sendiri sudah tiada kemuliaan dan keistimewaan untuk membela kepentingan rakyat?
Harapan Baru
MOHD ANUAR TAHIR
Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara
31 Oktober 2016
Image result for Gambar Husni Hanadzlah

Polis tangguh soal siasat terhadap Husni

Pihak polis menangguhkan soal siasat mereka dengan bekas menteri kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sehingga satu tarikh yang dijangka pada minggu hadapan.
Ahmad Husni sepatutnya merekodkan keterangannya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 2.30 petang hari ini.
Beliau tiba pada pukul 2.15 petang dan meninggalkan Bukit Aman 15 minit kemudian.
Bekas menteri itu dilihat turut memegang salinan peraturan tetap Dewan Rakyat dan beberapa dokumen lain.
Turut hadir beberapa anggota parlimen Pakatan Harapan dan bekas anggota BERSATU Datuk Khairuddin Abu Hassan yang berada di sana untuk memberikan sokongan moral kepada Ahmad Husni.
Antara yang hadir ialah Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Tian Chua (Batu), Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai).
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata, tiga bekas menteri akan dipanggil untuk disoal siasat berhubung dakwaan melanggar sumpah kerahsiaan ketika membahaskan Belanjawan 2017.
Sebelum ini, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, Husni, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Shafie Apdal mungkin telah melanggar sumpah kerahsiaan dengan mendedahkan perbincangan kabinet.
Ketiga-tiga mereka menyentuh mengenai 1MDB semasa perbahasan di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Menurut laporan Bernama, dua NGO Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Kelab Sahabat Najib (N87) Kuala Lumpur telah membuat laporan polis terhadap mereka.
Malaysiakini.
Read More

Sunday, 30 October 2016

[Video] Siapa & Negeri mana yang SABOTAJ AIR Selangor? Selangor peruntuk belanja pembangunan RM1.8 bilion, lagi tinggi dari Najib bentang Bajet 2017.

Isnin, 31 Oktober 2016




Suara Rakyat telah menambah 4 foto baru
5 jam
Sifat hasad dengki & fitnah Noh Omar tak akan terhenti selagi impian nak jadi MB Selangor blom tercapai..
Allah Maha Kuasa.. Satu persatu kebenaran terserlah..
Wahai rakyat S'ngor, anda rela negeri anda di bawah pemerintahan Noh 'udang' kelak !!!
Read More

"Dah berkali2 kena kencing & dikhianati AMENO!" Pas tak rugi apa-apa jika dikencing lagi, kata naib presiden.

Isnin, 31 Oktober 2016
Dah berkali2 kena kencing & dikhianati AMENO. Tapi masih gak nak bersetongkol berjuang sama2 AMENO..

Adakah kencing AMENO semanis BR1M rasanya hinggakan berat di hati berpisah dari AMENO..

JANGAN PUTUS ASA, BOLEH CUBA LAIN KALI PADA TAHUN DEPAN..

Pas tak rugi apa-apa jika dikencing lagi, kata naib presiden

Pas tidak rugi jika dikencing Umno, kata Idris Ahmad.
Pas tidak rugi jika dikencing Umno, kata Idris Ahmad.
Pas tidak pernah kesah kalau ditipu oleh Umno sekali lagi dalam isu Rang Undang-undang Akta 355 (RUU 355), kata naib presidennya, Idris Ahmad.
Ketika berceramah di Kuantan malam tadi, Idris yang juga ahli parlimen Bukit Gantang berkata, Pas dan rakyat negara ini sudah lama ditipu oleh BN.
"Kita dah pilihan raya 13 kali. Dah 13 kali kita dikencing (ditipu) oleh BN. Sebab tu kita kalah selalu.
"Jadi kalau kena kencing sekali lagi kita tidak terkejutlah," kata Idris dalam ceramah itu.
Bagi beliau, Pas tidak rugi dikencing oleh Umno tetapi Umnolah yang rugi.
Ini kerana, menurut beliau, ramai ahli dan penyokong Umno khasnya imam-imam masjid sudah menyokong agar Akta 355 ini dipinda bagi meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
"Jadi jika Umno tipu dengan tidak sokong pindaan ini, Umno yang rugi bukan Pas," kata Idris.
Idris dipercayai mengulas kemungkinan RUU Akta 355 yang dibentang oleh presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dibahaskan kali ini.
Pas kini memberikan sepenuh tumpuannya untuk mempastikan RUU 355 yang dibawanya berjaya sehingga sanggup berbaik-baik dengan Umno, musuh tradisinya selama ini.
Pas juga tidak menentang skandal puluhan bilion ringgit wang 1MDB yang didakwa melibatkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan alasan tidak ada bukti.
Read More

[Video] "Ada tak ulama-ulama UMNO berani buat kenyataan spt DrMAZA?" Aktivis Amanah beri ingatan kepada rakannya dalam Pas

Isnin, 31 Oktober 2016
TERBARU.. Subsidi minyak masak pula TELAH DIHAPUSKAN !!

KALAU SUBSIDI RAKYAT BOLEH DIKURANGKAN & DIHAPUSKAN.. Kami juga mahu 'SUBSIDI' gaji & elaun pemimpin AMENO dikurangkan dan elaun ROSMAH juga dihapuskan !!!..

p/s: Ada tak ulama-ulama UMNO berani buat kenyataan spt DrMAZA.com camni !!!.. MENGAPA 'mereka' takut lantang bersuara ???.. 'Mereka' takut Allah SWT atau boss mereka yg byr gajinya !!!

Aktivis Amanah beri ingatan kepada rakannya dalam Pas

Hasbie Muda berkata, jangan menagih ihsan dan simpati Umno.
Hasbie Muda berkata, jangan menagih ihsan dan simpati Umno.
Aktivis Amanah memperingatkan rakan-rakannya dalam Pas bahawa kuasa diperlukan untuk ubah pemerintahan.
Ketua Pemuda Amanah Terengganu, Hasbie Muda dalam tulisannya di Facebook berkata, ia bukan diperolehi dengan menagih ihsan dan simpati Umno.
"Sedarlah rakan-rakanku dalam PAS. Nak ubah pemerintahan mesti dapatkan kuasa politik. Bukan menagih ihsan dan simpati UMNO yang sekian lama meminggirkan perundangan Islam," kat Hasbie dalam tulisannya itu.
Hasbie, penulis buku aktiviti mahasiswa dan penganalisis pilihan raya itu mengulas kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azalina Othman Said yang memberitahu RUU Akta 355 mungkin tak sempat dibahaskan pada sesi kali ini.
Bagi beliau, kenyataan itu, hint yang sangat jelas bahawa "Umno tidak pernah bersungguh pun melainkan kita yang hanya berharap."
Bagi beliau, dalam konteks Malaysia, Pas mesti berpakat dengan parti pembangkang yang lain dan jatuhkan Umno untuk membolehkan undang-undang Islam dilaksanakan.
"Untuk dominan dalam kalangan parti pakatan perlu pertingkatkan prestasi dan keupayaan.  
"Jumlah ahli semata-mata bukan ukuran tunggal. Kepemimpinan harus sedia ditegur agar keputusan terbaik dapat dicapai," katanya.
Read More

[Video] Malaysia Sedang Dibicarakan Di Luar Negara! Puluhan ribu rakyat Korea Selatan membuat protes jalanan...Kat Malaysia semua jd haram bila menentang Najib dan BN! Bolehkan nasi bajet yang dijualnya jadi viral?

Isnin, 31 Oktober 2016

Demonstrasi gesa Presiden Korea letak jawatan
Beribu-ribu rakyat Korea Selatan berhimpun mendesak Presiden Park Geun-hye letak jawatan.
Image result for Foto Demo Presiden korea letak jawatan
Image result for Foto Demo Presiden korea letak jawatan

** di negara lain yg mengamalkan sistem demokrasi , rakyat nya boleh saja berdemonstrasi menjatuhkan pemimpin. Kat Malaysia semua jd haram bila menentang Najib dan BN..
SEOUL - KOREA SELATAN. Puluhan ribu rakyat Korea Selatan membuat protes jalanan dalam usaha memaksa presiden, Park Geun-hye meletak jawatan hari ini.
Menurut laporan CNN, Park dikritik kerana membocorkan dokumen kerajaan negeri kepada kawannya, Choi Soon-sil.
Jumaat lepas, Park mengarahkan peletakan jawatan 10 setiausaha kanan beliau.


Beliau sudah tiada ibu dan ayah...bolehkan nasi bajet yang dijualnya viral seperti orang lain?
Assalamualaikum.
Saya terpanggil nak menulis sejak memerhati fenomena Nasi Lemak Anak Dara menjadi “viral” 1 Malaysia baru2 ni. Rezeki beliau serta rupa dan bakat yang ada. Orangnya pun bukan calang2 educated kan.
Saya pun ada seorang kawan jual nasi lemak jugak nama Siti Sabirah. Saya panggil Cik Ah je. Dia jual nasi lemak kat market dan nat Pekan kodiang, Kedah. Muda lagi baru 24 tahun. Dia ni anak yatim piatu dan kehidupan mereka sekeluarga serba daif. Ayah meninggal masa mak dia mengandungkan dia dalam perut.
Kiranya masa dia lahir tak sempat la merasa kasih seorang ayah. Mak dia pulak meninggal masa dia umur 18 tahun. Sakit kencing manis. Cik ah ni anak bongsu dari 3 beradik. Kakak sulung dah kahwin tinggal asing. Kakak sulung meniaga sayur kat market. Kakak nombor 2 baru bekerja sebagai nurse kat Selangor selepas dekat 5 tahun jugak kerja “lari bidang”. Kerja sales girl, kfc, pam minyak dan bermacam jenis kerja.
Gerai nasi lemak ni arwah mak dia usahakan sejak dari tahun 90-an lagi. Masa kecik2 dulu cik ah dan kakak2 dia ni la banyak menolong urus gerai nasik lemak. Masak, tolak kereta sorong, urus gerai, dan macam2 lagi. Sampailah sekarang rutin yg sama berulang selepas cik ah mewarisi perniagaan nasi lemak ni selepas arwah mak dijemput Ilahi tahun 2010.
Ceritanya dari A sampai Z lah dia buat seorang diri. Masak sorang2, pacak payung yg besar gedabak tu pun sorang2. Tolak kereta sorong yg berat tu sorang2 tak kira hujan panas. Saya sendiri pernah tolong dia tolak kereta sorong. Memang sangat2 berat dengan lalu depan traffic light pekan lagi. Orang kiri kanan tengok. Soal malu tu tak payah la cakap. Memang tebal muka, Tapi Cik Ah ni orang yg berjiwa kental. Dia tak malu buat kerja2 macam ni. Memang saya tabik dia. Masyaallah, baru 24 tahun tapi dah galas tanggungjawab yg sangat berat. Bayangkan buat kerja semua seorang diri…yang sepatutnya orang lelaki buat.
Masa sekolah dulu dia boleh dikatakan pelajar pandai. Aktif sukan masa sekolah. Selalu dapat pingat dalam acara sukan. Tapi malangnya dia tak berpeluang sambung belajar lepas SPM sebab kekangan kewangan. Sebab masa tu tahun 2010 arwah mak dia tenat sakit kencing manis. Kakak nombor 2 pulak masih belajar kat universiti swasta. Memang memerlukan perbelanjaan tinggi sepanjang pengajian. Jadi dia berkorban dan dahulukan kakak dia habiskan study dulu.
Begitulah kisah Cik Ah. Kita boleh jadikan kisah ini sebagai contoh. Walaupun dia tak berpelajaran tinggi. Dia mampu berdikari dengan bakat yg ada, kekuatan kudrat yg Allah anugerahkan untuk dia meneruskan kehidupan ini. Kalau netizen boleh viralkan Nasi Lemak Anak Dara…
tapi kenapa tidak viralkan nasi lemak gadis dari Kodiang ni?
Atas dasar kemanusiaan, jom sama2 kita menambah pahala kita dengan share dan viralkan perniagaan usahawan muda ini. Semoga perniagaan beliau semakin dikenali orang ramai dan makin dimurahkan rezeki. Amin.
Read More

[Video] Adakah kencing AMENO semanis BR1M? Dewan Rakyat mungkin tiada masa untuk RUU Akta 355, kata menteri

Isnin, 31 Oktober 2016

Dah berkali2 kena kencing & dikhianati AMENO. Tapi masih gak nak bersetongkol berjuang sama2 AMENO..

Adakah kencing AMENO semanis BR1M rasanya hinggakan berat di hati berpisah dari AMENO..

JANGAN PUTUS ASA, BOLEH CUBA LAIN KALI PADA TAHUN DEPAN...

Dewan Rakyat mungkin tiada masa untuk RUU Akta 355, kata menteri

Dewan Rakyat kemungkinan tidak mempunyai masa yang cukup bagi pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang dibawa oleh presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Ohman Said dalam wawancara bersama Sin Chew Daily berkata, Dewan Rakyat berbaki dua hari selepas perbahasan Bajet 2017.
"Mengikut jadual, selepas penggulungan perbahasa bajet, ada dua atau tiga usul yang sedang menunggu unuk dibentangkan," katanya seperti kepada Sin Chew Daily.
Ia termasuk usul bagi menggantung ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng selama enam bulan.
"Kita cuma ada dua hari untuk selesaikan semuanya, saya tak tahu ada masa atau tidak kecuali kalau semua ahli parlimen bermalam di parlimen," katanya.
Pada Mei lalu Abdul Hadi membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.
Pindaan akta ini hanya memerlukan majoriti mudah dan tidak perlu mendapatkan sokongan dua pertiga dewan.
Abdul Hadi membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat pada Mei lalu
Pada hari pertama persidangan iaitu 17 Oktober lalu, usul yang sepatutnya dibentangkan Abdul Hadi itu tidak sempat dibahaskan ekoran tersenarai di kedudukan keempat aturan mesyuarat dan keesokannya pula jatuh ke nombor tujuh.
Untuk rekod, pihak kerajaan mempunyai kuasa melalui eksekutif untuk menentukan tarikh sebenar bagi pembentangan usul RUU berkenaan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 14 (2).
Read More

[Video Penalty Shootout] Akhir Piala M'sia 2016, reaksi rakyat terhadap PM Malaysia. Undur Najib! & Kematian Sukri Saad bawa mesej agar rakyat selamatkan negara.

Isnin, 31 Oktober 2016
Undur .. undur .. undur Najib
Undur .. undur .. undur Najib

Tidak pernah ada dalam sejarah bola sepak kita lihat reaksi rakyat sedemikian rupa terhadap PM Malaysia..

Sesungguhnya Najib Razak pasti akan dikenang seluruh rakyat Malaysia SEBAGAI MENTERI PALING BURUK DAN BANG***.

BANG*** = ??????

Pakat tengok bola sambil tengok jam... dalam sejarah kot... tengok bola sampai lebih jam 12 ni... dekat 3 jam lawan... memang sengit... masa tu dok kata dah.. kalau sapa-sapa kalah pun tak rasa sangat dah... sebab memang pakat lawan sungguh...

Kematian Sukri Saad bawa mesej agar rakyat selamatkan negara

Dr Mujahid mengingatkan rakyat agar menjadikan kematian Sukri Saad sebagai pengajaran agar menyelamatkan negara
Dr Mujahid mengingatkan rakyat agar menjadikan kematian Sukri Saad sebagai pengajaran agar menyelamatkan negara
Allahyarham Sukri Saad, pemuda yang terjun dari Jambatan Pulau Pinang akibat tekanan hidup yang ditanggungnya merupakan sebahagian daripada mangsa kebinasaan politik dan urus tadbir negara.
Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid berkata, kematian Sukri mengingatkan rakyat agar menyelamatkan negara daripada pemerintahan yang korup.
"Pemimpin kerajaan hari ini belum menjawab skandal 1MDB, 2.6 bilion dan skandal angkara kelompok elitis politik. Rakyat di bawah hidup susah, jurang ketaksamaan semakin meluas.
"Allahyarhan Sukri Saad hanya sebahagian mangsa kefasadan politik dan rasuah yang membengkak. Jangan ada lagi Sukri Saad kedua, cukuplah kita bangun dari mimpi kita yang panjang, biarlah mesej Sukri Saad mengingatkan kita satu perkara, selamatkan negara," katanya.
Mujahid yang juga ahli parlimen Parit Buntar berkata, walaupun kematian Sukri tidak banyak mendapat liputan namun tujuan perbuatannya melalui nota panjang di Facebook merumuskan bahawa dia bahawa dia kecewa dengan sistem yang menindas si miskin dan membiarkan yang kaya terus bermewah-mewah mengunakan harta awam.
"Sukri Saad adalah mangsa sistem, ia bukan cara terbaik untuk melahirkan kekecewaan tetapi ia adalah cara melambangkan sistem yang menghukum rakyat marhaen demi sesuap nasi dan membiarkan yang berkuasa dan kroninya terus merompak.
"Nabi s.a.w pernah bersabda:
" ....sesungguhnya hancur mereka sebelum kamu apabila si bangsawan merompak dilepaskan dari hukuman dan apabila yang miskin mencuri dikenakan ke atasnya hukuman.." katanya.
Beliau juga merujuk kisah Tariq Mohamed Bouazizi yang membakar dirinya di pekan Buaizi Tunisia kerana membantah tindakan penguatkuasa mendenda dan merampas buahan jajaannya di tepi jalan.
"Bouazizi menjadi ikon kepada kebangkitan Arab Spring bermula di Tunisia. Perbuatan bakar diri Bouazizi tenggelam, yang menjadi perbualan ialah kezaliman regim menindas usaha rakyat mencari sesuap nasi dan membiarkan pemimpin menyamun duit rakyat berleluasa. Revolusi rakyat bermula, Bouazizi menjadi wiranya," katanya.
Menurutnya juga, Sami Mahayana Buddhist, Thích Quang Duck membakar dirinya di simpang Saigon, Vietnam kerana menentang kezaliman dan penindasan regim.
"Para pengkaji menamakan bunuh diri ini sebagai self immulation atau korban diri untuk tujuan lebih besar," katanya.
Jasad Sukri, 38, ditemui pada jam 9 pagi tadi, kira-kira satu batu nautika dari tempat dia dipercayai jatuh dan dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.
Motosikal, selipar dan telefon bimbit Mohd Shukri dijumpai pada pagi Rabu lalu di tepi jambatan dan ini mencetuskan operasi mencari oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Dalam status terakhirnya di laman facebook yang menjadi viral di media sosial, Allahyarham sempat memberi peringatan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya tidak tertipu dengan Umno.
“Yang terakhir buat Presiden Pas, janganlah tertipu dengan pimpinan Umno. Depa wayang jer kata dok sokong Rang Undang-undang (355) yang nak dibawa tu agar pembangkang berpecah.
“Bersatulah kembali menjadi pembangkang yang kuat agar nasib macam aku terbela. Nanti dah jadi kerajaan, media dah di'control' senang nak yakinkan rakyat tentang rang yang nk dibawa tu,” ujar Sukri dalam status Facebooknya.
Bapa kepada dua cahaya mata ini enggan berdepan hukuman penjara empat bulan sekiranya didapati bersalah menjual rokok seludup.
Beliau menyatakan tertekan dengan kerajaan yang zalim dan menganggap hukuman berkenaan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya berbanding kes jenayah berskala besar lain.
“Yang pengarah tibai berjuta (ringgit) boleh lepas pulak dengan duit jaminan. Celaka punya pimpinan kerajaan sekarang. Berniaga kedai runcit kampung je bukan untung besar pun, margin cukup nipis dibebani dengan cukai GST lagi.
“Ku tak sanggup lagi menyusahkan orang dengan meminjam duit. Mulaku pilih untuk dipenjara tapi terkenangkan anak nanti digelar anak banduan.
“Ya Allah ampuni dosaku Ya Allah. Ku tahu Kau memahami dan Maha Mengampun. Ku benarkan status terakhirku ini jadi viral untuk beritahu kita dipimpin pemimpin yang zalim,” kata peniaga itu lagi.
Read More

[Video] SEDAR, Sedarlah Najib Razak 1MDB Bertanggungjawab Merosakkan Negara! Jaringan Melayu M'sia (JMM) buatlah laporan polis salah laku pemimpin negara kalau betul patriotik. Ade berani ka?

Ahad, 30 Oktober 2016

PERNAH DENGAR..
..penyamun mengaku dirinya PENYAMUN.. ?
..kaki rasuah mengaku dirinya KAKI RASUAH.. ?

FAKTA !!!
Merasuah dari penyagak Umno dipanggil politik wang.. Manakala merasuah bukan di kalangan Umno dipanggil rasuah.


Parti Amanah Negara
9 jam
"Dengan segala kekasaran yang dilakukan kumpulan samseng Baju Merah, Pemuda Amanah berasa hairan bagaimana Khairy boleh membenarkan anggota Umno menyertai kumpulan baju merah," kata ketua pemuda Amanah Nasional, Sany Hamzan

Lapor polis salah laku pemimpin negara kalau betul patriotik

 | MALAYSIA DATELINE
Wan Anwar Wan Ibrahim menyelar jaringan Melayu Malaysia kerana tidak sensitif terhadap isu melibatkan 1MDB
Wan Anwar Wan Ibrahim menyelar jaringan Melayu Malaysia kerana tidak sensitif terhadap isu melibatkan 1MDB
Jaringan Melayu Malaysia (JMM) didakwa tidak sensitif terhadap perkembangan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila membuat laporan polis terhadap pemberi maklumat berkaitan skandal melibatkan wang negara.
Timbalan pengerusi Biro Undang-undang Parti Amanah Negara (Kanun) Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, JJM seharusnya menyatakan pendirian terhadap dakwaan dan bukti penyelewengan wang rakyat terlebih dahulu sebelum membuat laporan polis terhadap individu yang dikatakan mendedahkan rahsia kerajaan.
Sambil tidak menafikan bahawa semua orang berhak untuk membuat laporan polis atas pelbagai isu, beliau bagaimanapun berkata, JMM harus juga menggesa pihak polis menyiasat Malaysian Official One (MO1).
"Saya selar JMM kerana tidak sensitif dengan perkembangan-perkembangan yang melibatkan 1MDB termasuk laporan daripada The Sarawak Reports, tindakan yang diambil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dan juga negara-negara lain seperti di Singapura dan Switzerland dan juga titah Majlis Raja-Raja sebelum ini terhadap tragedi negara tersebut.
"Kalau betul JMM patriotik dan fikirkan masalah rakyat, JMM patut buat laporan polis dan desak PDRM untuk siasat dan dedahkan identiti MO1 dan juga Peguam Negara atau SPRM untuk dakwa MO1," katanya kepada Malaysia Dateline.
Jumaat lalu, JMM membuat laporan polis terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas dakwaan mendedahkan rahsia kerajaan berkaitan 1MDB dan melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Menurut Wan Anwar yang juga Naib Ketua Pemuda Amanah, orang-orang seperti Muhyiddin dan juga Datuk Seri Husni Hanadzlah seharusnya dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711).
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low juga dilaporkan menyebut bahawa pemberi maklumat yang mendedahkan rasuah atau penipuan yang melibatkan Akta Rahsia Rasmi perlu diberikan perlindungan.
"Maka OSA sendiri seharusnya ada pengecualian terhadap mereka yang memberikan maklumat berkenaan rasuah dan salah guna walaupun yang berkaitan dengan maklumat dan dokumen yang telah diklasifikasikan," jelasnya.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum ini berkata, Muhyiddin dan Husni mungkin melanggar sumpah kerahsiaan ketika membahaskan Bajet 2017 di Parlimen.
Wan Anwar juga berkata, sudah sampai masanya satu akta yang menjamin hak rakyat terhadap maklumat digubal dan diwujudkan Akta Hak Terhadap Maklumat (RTI) 2005 seperti di India supaya rakyat diberikan lebih akses untuk mengetahui bagaimana kerajaan yang dipilih mengurus dan mentadbir urusan negara.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis akan mengambil keterangan Muhyiddin, Husni dan Datuk Shafie Apdal.
Siasatan dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana mendedahkan rahsia kerajaan termasuk berkaitan 1MDB.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena