Thursday, 30 August 2018

[Video Razlan (UmnoBN?) beri amaran pada Amar Singh, SPRM! Woi, Sapa engko ni? Engko dengo apa Guan Eng kata!] PAC patut selongkar dokumen DOJ dalam siasatan semula 1MDB.

Jumaat, 31 Ogos 2018

Lim Guan Eng BONGKAR Harta Najib & Jho Low Hasil 1MDB


Bongkar Habis! Tony Pua Dedah Rahsia PAC Halang Najib dan Jho Low Disiasat


Foto Suara Rakyat.

Foto Suara Rakyat.

PATUT LER BN BERMATI-MATIAN TAK MAHU KALAH DALAM PRU14...
Rupa-rupanya satu persatu kebobrokan mereka dibongkarkan..
DAN Najib juga berterusan dipanggil berkali2 dipanggil polis & SPRM termasuk hari ini..
NAMPAK TAK, kenapa..

PAC patut selongkar dokumen DOJ dalam siasatan semula 1MDB

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Wong Kah Woh mencadangkan saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berkaitan 1MDB digunakan dalam siasatan semula PAC terhadap syarikat itu.
Anggota Parlimen Ipoh Timur itu berkata, dokumen mahkamah Amerika Syarikat pada 2016 dan 2017 berkaitan sakndal itu mengandungi banyak bukti yang dapat membantu PAC dalam siasatan mereka.
"Saya merasakan dua dokumen DOJ itu mengandungi paling banyak bukti. Jika PAC terdahulu tidak menggunakannya, saya percaya kita ada tanggungjawab untuk berbuat demikian.
"Saya akan cadangkan kepada PAC untuk menjadikan dokumen yang difailkan dalam saman sivil DOJ sebagai salah satu hala tuju siasatan kita," katanya kepada Malaysiakini.
Pada 16 Ogos lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul agar PAC membuka semula siasatannya terhadap skandal 1MDB. Dalam mesyuarat semalam, PA telah mula menerima taklimat daripada ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad berhubung perkara itu.
PAC ketika pentadbiran BN, katanya lagi, tidak memanggil ramai saksi utama dan maka tidak memasukkan bukti penting dalam laporan akhirnya.
"Laporan yang dihantar PAC kepada Parlimen pada April 2016 juga tidak menggunakan dua saman sivil DOJ yang merupakan bukti penting," katanya lagi.
Beliau berkata lagi, sebaik saja taklimat Madinah selesai, PAC akan mementukan terma rujukan bagi siasat semula itu.
Wong bagaimanapun enggan mendedahkan saksi yang akan dipanggil jawatankuasa.
Selain 1MDB, katanya lagi, PAC juga akan meneliti dakwaaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa kerajaan BN telah "merompak" wang bayaran balik GST berjumlah RM19.2 bilion.
Selepas menghantar laporan akhir pada April 2016, bekas pengerusi PAC sebelum ini Datuk Hasan Ariffin enggan membuka semula siasatan walaupun selepas saman sivil DOJ dibuka kepada umum.
Mk.

Read More

[Video ''Akhirnya Rakyat Rasa Merdeka Kali Kedua'' - PEDAS Tun Mahathir Sindir Umno Dalam Ucapan Sempena Merdeka 2018] KITA PUNYA MALAYSIA, Kerajaan HARAPAN jamin keadilan untuk semua.

Khamis, 30 Ogos 2018

KITA PUNYA MALAYSIA


Lagu Tema Hari Kemerdekaan Malaysia ke 61

Logo Merdeka
Maksud Logo

Sempena hari merdeka, HARAPAN jamin keadilan untuk semua

Kerajaan Pakatan Harapan akan menjamin keadilan bagi semua rakyat setelah mereka mencapai kemerdekaan kedua dengan menolak pemerintahan kejam kerajaan sebelum ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sekali gus, perdana menteri mengajak rakyat berganding bahu bersama kerajaan untuk memulihkan negara susulan kerosakan yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.
Dalam perutusan sempena Hari Kebangsaan 2018, perdana menteri berkata rakyat merayakan sambutan kali ini dengan perasaan lega setelah berasa tertekan di bawah pentadbiran lama.
"Sesungguhnya ini adalah kemerdekaan kedua bagi kita. Kita sudah bebas daripada belenggu pemerintahan kejam. Hidup kita lebih selesa.
"Kerajaan PH ini akan jamin keadilan bagi semua rakyat, tanpa mengira kaum atau bangsa atau agama," katanya dalam perutusan yang disiarkan oleh televisyen tempatan.
Mengimbas kejayaan negara, Dr Mahathir berkata Malaysia pernah membangun dengan pesat sehingga dikenali sebagai Harimau Asia dan sesungguhnya kemampuan Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 tetap ada.
Beliau berkata malangnya pertukaran pemerintahan membawa perubahan dasar dan pendekatan dengan sistem demokrasi dan pentadibran mengikut undang-undang digugur dan diganti dengan cara-cara lain.
"Demikianlah kerosakan dan tekanan yang dirasai oleh rakyat sehingga mereka berasa seolah-olah mencapai kemerdekaan sekali lagi apabila PRU 14 (Pilihan Raya Umum ke 14) menghasilkan perubahan pemerintahan," katanya.
Dalam mengajak rakyat berganding bahu dengan kerajaan untuk memulihkan negara, Perdana menteri membayangkan cabaran besar yang bakal dihadapi mereka tetapi yakin dengan gandingan kerajaan-rakyat.
"Tugas kita memang berat. Tetapi tidak ada kuasa yang boleh menghalang gandingan rakyat dengan pemerintah.
"Kita sudah lihat bagaimana negara yang telah kalah dan hancur dalam peperangan dapat memulihkan negara sehingga dalam masa yang singkat dapat kembali maju kerana semangat dan usaha oleh rakyat dan pemerintah," katanya.
Kerajaan, kata Dr Mahathir, sedang menjalankan tadbir urus dengan baik,berjimat cermat, berdisiplin dan mengawal nafsu.
Beliau berkata pencapaian dalam mengurangkan hutang sudah kelihatan dankerosakan jentera pentadbiran telah dapat dipulih semula.
"Insya-Allah dengan tindakan yang sedang dan akan diambil, negara akan sihat semula.
"Tetapi rakyat juga perlu memain peranan. Jikalau kerajaan tidak mampuhulur wang seperti dahulu, sebabnya ialah pembaziran seperti dahulu akan jejaskan proses pemulihan.
"Lagipun kerajaan ini tidak mencuri wang rakyat untuk diberi kepada rakyatsebahagian dari hasil pencurian," tambahnya.
Perdana Menteri berkata kerajaan Pakatan Harapan akan menggunakan pendekatan lebih baik dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan dengan pendapatan diperolehi lebih memuaskan melalui hasil titik peluh sendiri serta halal.
Beliau berkata bagi tujuan itu, kerajaan akan memberikan pelajaran dan latihan serta biasiswa selain kepakaran pekerja ditingkatkan supaya pendapatan akan bertambah.
"Kita akan naikkan upah mengikut kemampuan. Tetapi yang perlu diingati ialahkenaikan upah tidak bermakna jika kos sara hidup naik bersama," katanya.
Dr Mahathir berkongsi formula untuk meningkatkan kuasa beli rakyat.
Beliau berkata untuk menentukan kenaikan upah menambah daya beli,produktiviti perlu ditingkatkan melalui cara pengurusan yang lebih cekap,peningkatan kecekapan pekerja, penggunaan mesin, robotik dan otomasi dan tambahan pelaburan oleh majikan.
"Kerajaan akan memberikan insentif dan hadiah kepada mereka yang berjayameningkatkan produktiviti dengan kos yang terendah. Kenaikan harga hasil perusahaan hendaklah dikawal," jelasnya.
Dr Mahathir juga menegaskan kerajaan akan membantu rakyat yang benar-benar miskin atau kurang upaya dengan bantuan yang lebih baik dari BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia).
Katanya, BRIM akan dikurangkan beransur-ansur tetapi mereka yang daif, tidak bekerja atau tidak dapat bekerja akan dibantu secara lebih bermakna.
Sesuai dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu 'Sayangi Malaysiaku', Dr Mahathir berkata perasaan sayangkan negara mampu mengatasi segala perbezaan, percanggahan dan rasa sangsi yang timbul.
Harapan Dr Mahathir serta rakyat, Malaysia yang mencapai kemerdekaan daripada British sejak 31 Ogos, 1957, terus maju, aman dan saksama akan kekal selamanya.
- Bernama
Mk.
Read More

[Video Isu LGBT-Jangan Spin Kenyataan Saya, Terdiam Senator Pembangkang Kena Sound Menteri Mujahid] Dua acara rasmi sempena ulangtahun Agong dibatalkan untuk disalurkan kepada Tabung Harapan.

Khamis, 30 Ogos 2018

Image result for Gambar tabung harapan malaysia
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Tabung Harapan merupakan simbolik untuk menunjukkan semangat patriotik rakyat Malaysia.
TMI.

Dua acara rasmi sempena ulangtahun Agong dibatalkan

Istana negara membatalkan dua acara rasmi bersempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yang dijadual pada 9 Sept depan iaitu istiadat hari keputeraan rasmi dan jamuan teh diraja.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan malam ini.
Menurutnya, Sultan Muhammad V juga menitahkan agar peruntukan perbelanjaan untuk kedua-dua acara berkenaan dikembalikan semula kepada kerajaan untuk disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia.
"Manakala acara-acara rasmi sempena sambutan ulang tahun keputeraan rasmi baginda yang lain tetap diteruskan seperti mana yang telah dirancang.
"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri yang telah merancang acara-acara rasmi sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi baginda bagi tahun 2018," katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri Tun Dr Maahthir Mohamad dilaporkan berkata kutipan Tabung Harapan akan dihentikan bulan depan.
Tabung berkenaan dilancarkan pada 30 Mei bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu kerajaan menyelesaikan hutang negara.
Sehingga kini tabung berkenaan berjaya mengumpulkan sebanyak RM179.9 juta setakat jam 3 petang hari ini.
Mk.
Read More

[Video Menteri Mujahid Hentam Pas Fitnah PH Iktiraf LGBT] Selagi Penyangak MO1 belum ditangkap, dibicara & dihumbankan ke PENJARA selagi tu mereka tabur FITNAH! Parti AMANAH paling kuat kena fitnah.

Khamis, 30 Ogos 2018

Foto Suara Rakyat.
Hebat bala tentera fitnah pembangkang yang tidak berputus asa tanpa jemu utk menghasilkan berita palsu bagi memperbodoh & perdayakan rakyat agar membenci kerajaan.

Percayalah... selagi Penyangak Besar No.1 Negara Belom Ditangkap, Dibicara & Dihumbankan Ke Dalam Penjara selagi tu mereka akan tabur fitnah selagi boleh.

AMANAH PARTI YANG PALING KUAT KENA FITNAH..


Nasib AMANAH lebih kurang BERSATU,  paling kuat kena fitnah,  diperleceh kerana ia sebuah parti kecil,  parti miskin.

Berbanding PKR,  ada nama besar seperti Anwar dan dari segi penajaan,  tidak ada masalah malah banyak mendapat sokongan dari dunia antarabangsa.

BERSATU pun bernasib baik,  Mahathir tahan badannya untuk segala fitnah dan tohmahan,  melantun lantun musuh makan kaki sendiri.

Parti  seperti umno,  memang yang paling banyak disebut, tetapi sukar untuk dikatakan fitnah kerana hari ini satu demi satu terlondeh.

Isu lgbt dan syiah antara isu yang dilibatkan kepada pemimpin AMANAH, isu hanya sekadar desperado keugamaan yang disalut missi politik. Isu yang sudah lama menapak,  isu yang gagal ditangani sebelum ini dan isu ini akan gagal juga ditangani akan datang kerana sikap kita sendiri.

Kalau AMANAH,  paling kuat kena firnah tentulah kerana keberadaannya,  keistimewaannya yang tidak dapat diukur pada asset dan nama tetapi pada keikhlasan perjuangan mereka.

Seperti DAP,  parti AMANAH akan muncul sebagai parti yang tersusun,  disiplin dan paling padu akar umbi dan gerakerja yang mantap. Setakat ini tidak ada yang gopoh,  tamak haloba dan tikam belakang sesama mereka.

Hari ini penat lelah mereka berbaloi,  semua ahli parlimennya ada jawatan,  melimpah hingga kepada Speaker Parlimen,  Senator seperti Husam Musa yang kesemunya berperanan utama dan penting dalam mencorakan negara.

Bagaimana pula nasib dan imej kaki kutuk AMANAH?  apakah mereka lebih baik,  lebih beriman,  lebih bertaqwa. Siapa kawan² mereka.

Posted by 
Read More

[Video Jangan sokong parti 'TAK TAHU'- LGE: Bayar sehari RM1 juta, 2640 tahun baru habis BAYAR HUTANG NEGARA...Cisss!] Najib patut berterima kasih UmnoBN kalah PRU14.

Khamis, 30 Ogos 2018

NAJIB PATUT BERTERIMA KASIH BN KALAH PILIHANRAYA.....

Bagaimanakah ketua sebuah agensi perisikan kerajaan boleh terlibat dalam skandal wang pilihanraya berjumlah AS$12 juta atau kira-kira RM50 juta?

Lebih buruk, bagaimanakah wang tersebut yang sepatutnya digunakan untuk pilihanraya, tetapi lebih separuh daripadanya ditemui masih tidak digunakan, malah seolah-olah disembunyikan di sebuah kondo?
Bayangkan apa terjadi dan betapa meriahnya kehidupan mereka yang terbabit sekarang ini jika dalam PRU14 lalu BN masih lagi mampu mengekalkan kuasanya?

Hidup-hidup Najib Razak dan kerajaan diperbodohkan begitu saja!!

Jika tidak kerana Pakatan Harapan yang memenangi pilihanraya, pastinya Najib sendiri tidak tahu atau tidak sedar dana pilihanraya yang sepatutnya dibelanjakan rupa-rupanya telah disorokkan.

Adakah mereka tidak membelanjakannya kerana sudah menjangka BN akan kalah dan hilang kuasa?
Apa pun, dengan terdedahnya skandal melibatkan ketua agensi perisikan negara ini, Najib sekurang-kurangnya patut berterima kasih kerana BN dapat dikalahkan dan akhirnya Pakatan Harapan mentadbir negara.

Jika tidak, sampai sekarang skandal ini akan terus tersembunyi rapi dan seolah-olah mereka telah bekerja dengan cemerlangnya.

Cisss....(ShahbudinHusin 30/08/2018).
Read More

[Video ''Saya Bukan PM'' - PEDAS Senator Ini Perli Senator Umno Bila Disoal Isu Pencen] Nah sekarang...Tutup muka? Bila BN tumbang! MB Johor: Mungkin PM 'TAK FAHAM' dasar Johor...Aik!

Khamis, 30 Ogos 2018

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.


Tutup muka.. masa akhir2 BN memerintah.. lawyar jugak dia menjawab macam takde buat salah apa apa.
Bila BN tumbang.. Baru jelas kesalahan2 terperam lama. Sikit sikit terbongkar. Dulu bloggers bongkar kamu tangkap tukang bongkar. Nah sekarang...
TERKINI
BEKAS KETUA PENGARAH RISIKAN DI MAHKAMAH UNTUK PROSIDING REMAN
Bekas ketua pengarah agensi perisikan di bawah Jabatan Perdana Menteri, Malaysian External Intelligence Organisation (MEIO), Hasanah Abdul Hamid tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya diiringi dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau memakai baju lokap SPRM dan bertudung biru serta tangannya bergari.
Petang semalam SPRM menangkap beliau atas dakwaan penyelewengan dana pilihan raya selepas dipanggil ke ibu pejabat suruhanjaya itu jam 6 petang.
Sumber yang dekat dengan kes ini memberitahu, siasatan terhadap Hasanah dilakukan berhubung dakwaan kehilangan wang sehingga jutaan ringgit.
Penangkapan semalam disahkan oleh Timbalan Pengarah Operasi SPRM, Azam Baki yang berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.
Foto Otai BERSIH.
Walaun & walauntit dok pung pang pung pang pasal LGBT lagi.... Walaun & walauntit lupa di Jalan di Jalan Haji Taib bersepah LGBT...

Mungkin PM tak faham dasar Johor, kata MB

Kerajaan Johor menerusi jawatankuasa ditubuhkan kerajaan pusat berkaitan isu pemilikan hartanah warga asing akan menerangkan secara terperinci berhubung dasar negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Osman Sapian.
Katanya, beliau kelmarin menghadiri perbincangan dianggotai semua menteri dan dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, yang kemudian memutuskan penubuhan jawatankuasa khas diketuai menteri perumahan Zuraida Kamaruddin.
“Kita akan berbincang dengan jawatankuasa (isu pemilikan hartanah) dan buat masa ini adalah menjelaskan kenyataan dikeluarkan Yang Amat Berhormat (Dr Mahathir) (berkaitan larangan warga asing membeli hartanah Forest City) dengan menerangkan dasar dilaksanakan di Johor mengenai perkara itu.
“Mungkin Tun (Dr Mahathir) sendiri tidak faham sebab dalam kawasan IRDA (Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar) dibuat ketika itu Tun tiada, kerana pada masa itu Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi).
“Benda ini ada kaitan dan Tun mungkin tidak dapat maklum balas jelas dan kerajaan negeri akan melaporkan dasar sedia ada yang dilaksanakan,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Berita Harian.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan perasmian pecah tanah pembinaan laluan persimpangan jalan raya di Gerbang Nusajaya di Iskandar Puteri, hari ini.
Mahathir Isnin lalu berjanji menghalang warga asing membeli hartanah di Forest City dengan mendakwa ia “dibina untuk orang asing” kerana rakyat Malaysia tidak mampu membelinya.
Forest City dibina syarikat China, Country Garden Holdings Company dengan usaha sama Sultan Johor, bandar itu dirancang seluas 13.86 kilometer persegi di atas pulau buatan.
Pemaju menjangkakan penduduk seramai 700,000 orang menjelang 2035, tetapi hartanah itu kebanyakan dipasarkan untuk orang asing.
Menjelang pilihan raya umum 9 Mei lalu, Mahathir berulang kali mengkritik perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak kerana membenarkan pembinaan projek tersebut, dengan berkata ia akan mengubah demografi penduduk Johor.
Sementara itu, Osman berkata kerajaan Johor sentiasa mengalu-alukan kedatangan warga asing untuk melabur dengan membeli hartanah di negeri itu.
Bagaimanapun, katanya, pada masa sama kerajaan negeri tidak mengetepikan permintaan dan kehendak rakyat tempatan yang mahukan kediaman.
“Dasar yang dilaksanakan sebelum ini menetapkan harga kediaman bernilai RM1 juta kepada warga asing yang mahu membeli hartanah di sini, jika mata wang kita meningkat mungkin satu hari nanti kita naikkan nilai itu,” katanya.
Malaysiakini.
Read More

[Video Hasanah Direman Tetapi Bukan Sebab Surat CIA?] Bekas perisik mungkin dapat dana AS$12j melalui Timur Tengah.

Khamis, 30 Ogos 2018

Image result for gambar datuk hasanah abdul hamid
The Malaysian Anti Corruption Commission has arrested former director general Malaysian External Intelligence Organisation Datuk Hasanah Abdul Hamid to help ...
Related image

Bekas perisik mungkin dapat dana AS$12j melalui Timur Tengah

Bekas pegawai-pegawai kanan perisikan yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai menerima dana sebanyak AS$12 juta daripada sumber asing namun disalurkan melalui Timur Tengah.
Seorang penyiasat kanan yang enggan namanya didedahkan berkata, wang itu dibawa ke Malaysia menjelang pilihan raya umum yang dilangsungkan pada 9 Mei lalu.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut berkaitan sumber dana-dana itu.
“Apa yang kami ketahui setakat ini, suspek-suspek terbabit menggunakan kuasa mereka untuk mendapatkan akses khas di lapangan terbang (Malaysia),” katanya.
Beliau berkata SPRM sedang menyiasat sama ada wang tunai itu digunakan untuk tujuan pilihan raya.
“Persoalannya sekarang berkaitan pelanggaran keselamatan negara.
“Pertama, terdapat isu bagaimana wang itu dibawa masuk ke negara kita tanpa dikesan.
"Kami percaya mereka mengisytihar wang tunai itu sebagai benda lain untuk melepasi sistem keselamatan lapangan terbang.
“Ini melanggar prosedur keselamatan di pintu masuk negara kita.
“Kedua, apa urusan jabatan kerajaan untuk menerima dana daripada sumber asing, dan untuk tujuan apa? Jadi ada kebimbangan terhadap kemungkinan aspek keselamatan negara diceroboh,” katanya.
Pegawai itu bagaimanapun enggan menamakan lapangan terbang terbabit.
Undang-undang negara mensyaratkan wang bersamaan atau melebihi AS$10,000 yang dibawa masuk ke negara ini diisytiharkan.
Terdahulu, dalam sidang media khas SPRM hari ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata keseluruhan AS$6.3 juta telah dirampas dan AS$5 juta lagi masih dicari.
SPRM telah menangkap tujuh bekas pegawai risikan kerajaan dan mantan ketua mereka Datuk Hasanah Abdul Hamid.
Mk.

Read More

[Video SPRM rampas tunai AS$6.3 juta kes bekas perisik] Pembangkang & pembangang gagal spin isu PETRON! Pakat riuh pulak bab MAT SABU buat korban di Patalong ada unsur syiah!

Khamis, 30 Ogos 2018


Foto Suara Rakyat.
Krikk... Krikk... Krikk...

Siap sedialah mereka berjemaah nak komen nnti..
Foto Suara Rakyat.
Foto Otai BERSIH.

Pembangkang gagal spin isu ini.

Fakta : Pembekal atau syarikat lain juga boleh memohon.

Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia

Pakat riuh pulak bab MAT SABU buat korban di Patalong ada unsur syiah..!

Riuh Mat sabu bergambar berlatar belakang Kitab Syiah.. kalau takat nak bergambar Kitab yg nak dikaitkan dgn Syiah, tak payah pergi Jauh Sampai Thailand Tu nak bergambar.. kat bilik Kitab Aku pun ada.. Jgn kata Kitab dikait dgn Syiah, Kitab dikait dgn Wahhabi pun ada, Bible pun ada..

Hebat Lah Mat sabu, berani datang ke tempat Syiah dengan diiringi pegawai tertinggi,juruiring Tentera, sambil disambut Gabenor dan tentera Thailand.. takda satu pun program boleh dikaitkan dgn ritual Syiah..jelas lah itu majlis rasmi.. sampai ada Ustaz mana dok Doa supaya tentera kita tidak dipengaruhi dgn Syiah..


Yang aku tahu, semenjak 2 hari lepas, Laporan jelas yang berlaku rundingan pihak berkuasa Malaysia dan Thailand dalam rundingan damai Selatan Thailand dengan MARA( barisan Revolusi Nasional) yg dianggotai puak pemisah selatan Thailand termasuk PULO.. Tan Sri Rahim Noor disebut sebut dilantik fasilitator baru dalam rundingan damai wilayah selatan Thailand... mcm Tugas Ramasamy melibatkan rundingan damai LTTE dan Gerakan Acheh Merdeka.. jgn kait hal Pemerintahan, politilk dgn sentimen Agama..

Sensitif sangat, Aku sendiri masih merujuk Kitab perbandingan Fiqh 5 Mazhab ( الفقه على المذاهب الخمسة ) karangan Sheikh Muhammad Jawad Mughniyah.. termasuklah mazhab ke 5 ,mazhab Jaafari yg dinisbahkan kepada Syiah Itsna 'Asyari ( imam dua belas ).. tu kalau baca Kitab Nahjul Balaghah, Kifayatul Akhyar pun ada hat kata Syiah, Sampai Ketua menteri Melaka bacakan Selawat Nuril Anwar pun dikait dgn Syiah..

Kat Thailand ni terutama di Yala, Pattani ni tak pernah dengar lagi pondok Syiah, yg aku tahu.. yg dok berbalah kat Sana Univeristi Yala yg dikaitkankan dgn Dr Ismail Lutfi (Haji eie) hat dikatkan dgn anasir dan tajaan Wahhabi(saudi) ngan Baba Ismail Sepanjang Al fathani tok guru pondok kat sana.. tapi Tok Guru Hj Hadi pun pernah terima anugerah dari Universiti Yala hat dikaitkan dgn Wahhabi.. bagi aku ia takda kaitan pun dgn Wahhabi..

Sudah sudah lah memainkan sentimen Agama, jangan bawa kehancuran dibumi timur tengah seperti di Pakistan,Iraq dan Syria atas sebab sentimen perkauman Agama.. Itu kadang2 aku sokong Tun Mahathir yang ajak berpegang kepada Quran(Islam fundamentalis), Sebab banyak tafsiran Mazhab dan ahli Hadis dikalangan Ummat telah memecahkan kesatuan Ummat Islam dengan menyebarkan kebencian antara mazhab dan agama.. bukan nak bincang bagaimana nak bangunkan tamadun dan kemajuan Ummat Islam..

Sebagaimana kata Sheikh Said Ramadhan Bhuti, mereka ini merasakan merekalah kelompok yang benar(firqatun Najiyah)..yg lain sesat belaka.. :)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2033401510014962&id=100000353970691

Ahmad Muslim Badawi
KDL.

Foto Otai BERSIH.
Ketua Syiah Iran ke tu...?

Alaaaa... Melawak pun tak boleh... Mesti ada yang marah... Kalau tak percaya kejap lagi ada yang komen maki admin... Kahkahkahkah...
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena