Ahad, 24 Februari, 2013
OPTIMUS PRIME
(Gambar: Nazri ketika ditemui Harakahdaily, menceritakan idea asal treler Jelajah Berkebajikan PAS)
SUNGAI PETANI: Ramai yang tidak mengetahui bahawa idea menggunakan treler lengkap dengan sistem pentas dan siarraya untuk Jelajah Negara Berkebajikan PAS ini adalah cetusan seorang anak muda dari Kedah.
Nazri Ismail, mungkin tidak sepopular artis, mahupun ahli politik, namun beliaulah yang menggarap idea memperkenalkan PAS dengan kaedah lebih unik iaitu dengan jelajah menggunakan treler ini.
Menurut Nazri, idea untuk membangunkan treler ini tercetus setelah melihat kesukaran jentera PAS setiap kali ingin mengadakan program khususnya ceramah di kawasan pedalaman.
"Saya mendapat idea ini apabila melihat terdapat kesukaran ataupun kesulitan apabila kita melakukan sesuatu program dikawasan-kawasan kampung.
"Idea ini timbul dengan cadangan menyediakan satu jentera yang lengkap dengan segala-galanya terutamanya pentas dan juga peralatan ceramah," kata beliau kepada Harakahdaily.
Katanya, idea awal diperolehi pada Disember 2012 setelah mengadakan perbincangan dengan beberapa lagi rakan termasuk penasihat undang-undang Kase, Zulhazmi Shariff.
Bermula dari itu, mereka bertemu dengan juru rekabentuk bagi mendapatkan nasihat serta pandangan untuk pembinaan jentera tersebut.
"Bagi saya jika kita mempunyai jentera tetapi perlu mengambil masa yang agak lama untuk penyediaan, itu bukan suatu yang boleh kita banggakan.
"Atas alasan itu, satu perbincangan lanjut dilakukan bersama dengan pereka untuk mencari jalan terbaik untuk mendapatkan keperluan masa yang singkat dalam kita menyediakan segala kelengkapan," sambungnya.
Usaha gigih beliau bersama rakan-rakannya telah menghasilkan satu jentera yang dapat disiapkan dalam masa kurang dari 15 minit untuk digunakan.
"Suatu yang amat menbanggakan bila kita dapat menyiapkan segala-galanya dalam tempoh yang pantas dan ini memberi kemudahan kepada semua pihak mahupun kumpulan teknikal yang mengikuti konvoi jelajah," katanya.
Traler yang memulakan kerja pada awal Januari 2013 itu akhirnya siap sepenuhnya pada 17 Februari dan dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di hadapan Pejabat Agung PAS pada 21 Februari lepas sebelum memulakan jelajahnya ke Kedah.
Sementara itu, hari ini masuk hari keempat treler ini membuat penjelajahan siri sulungnya ke bahagian utara tanah air.
Treler yang dibina dengan kos melebihi RM100,000 itu juga kini dikenali sebagai "Optimus Prime" mengambil nama slah satu watak hero dalam cerita Transfomers.
Ianya kini menjadi tarikan orang ramai setiap kali treler ini berhenti di destinasi tertentu untuk program.
Malah bagi jentera dan penyokong PAS, ianya adalah satu kebanggaan apabila tereler tertulis "Jelajah Negara Berkebajikan PAS", "Undilah PAS" dan gambar-gambar pemimpin utama PAS yang dicetak pada badan treler, diarak ke segenap kawasan.
Harakahdaily.
SELAMATKAN MALAYSIA
No comments:
Post a Comment