Pages

Sunday, 24 February 2013

*Terkini Regu PI BALA & DEEPAK JAIKISHAN: Kita Tengok Sapa yang KETAQ LUTUT?

Ahad, 24 Februari, 2013
kualalumpur.blogspot

(PI Bala dalam sidang medianya di KLIA sambil memegang kitab suci agama Hindu)

SEPANG: P Balasubramanian (PI Bala) tiba di KLIA malam ini dari luar negara dan bersumpah bahawa Akuan Bersumpah beliau yang pertama adalah benar.

Sambil memegang kitab suci agama Hindu, Bhagawad Gita, PI Bala bersumpah, Akuan Bersumpah Kedua (SD2) yang beliau buat untuk memansuhkan SD1 adalah palsu.

"Saya bersumpah di atas buku suci ini bahawa SD1 adalah benar tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka. Saya memohon maaf kepada semua bahawa SD kedua adalah palsu," kata PI Bala dalam sidang medianya.

Dalam SD1, PI Bala menceritakan kaitan beliau dengan beberapa individu sehingga terbunuhnya wanita Monggolia Altantuya Shariibuu.

Sehari selepas itu dia menarik balik SD itu dengan menerbitkan SD2 yang dengan sendirinya memansuhkan SD yang pertama.

Beliau lari meninggalkan negara dan tinggal di India selepas membuat SD2 dan hari ini pulang untuk terus tinggal di negara ini semula.

Beliau pulang bersendirian dengan meninggalkan anak dan isterinya di luar negara. Turut berada di KLIA adalah beberapa pemimpin termasuk peguam Sivarasa Rasiah.

PI Bala sebelum ini pernah membuat pengakuan, dia menerima wang dari Deepak Jaikishan.

Deepak pula beberapa bulan kebelakangan ini mengaku beliau terlibat memujuk Bala untuk membuat SD2 atas permintaan rakannya, Datuk Seri Rosmah Mansor.

BONGKAR! Kes Berprofail Tinggi
Kelab Greenboc
Info Fail Kes Siri I : 6 Disember 2012 Kenyataan SAMM
Merujuk kepada laporan Harakah mengenai pengakuan Deepak Jaikishan yang membantu keluarga Datuk Seri Najib Razak untuk memujuk penyiasat bebas P Balasubramaniam (PI Bala) menukar akuan bersumpahnya, menjadi bukti bahawa akuan bersumpah kedua PI Bala jatuh tidak sah.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu dibuka semula dengan mengambil kira akuan bersumpah pertama PI Bala, setelah akuan bersumpah kedua PI Bala didapati telah dipengaruhi oleh keluarga Najib Razak.

Berikutan tindakan PI Bala mengubah pengakuan bersumpah, Deepak sendiri mengaku ia dilakukan demi menolong keluarga Najib.Ini bukti yang cukup untuk memanggil Najib ke kandang saksi. Pengakuan bersumpah PI Bala yang pertama yang menyebut keterlibatan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya wajib dirujuk.

SAMM melihat kes pembunuhan Altantuya menerbitkan sudut persoalan yang pelbagai, apatah lagi ia berkait rapat dengan skandal Scorpene yang disifatkan sebagai ‘bapak’ kepada semua kes jenayah di Malaysia. Skandal pembunuhan Altantuya dan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang terkait ini harus dirungkai dan rakyat harus tahu.

Demi memastikan rakyat celik dalam isu ini, pelbagai usaha dilakukan oleh SAMM termasuklah jelajah sesi taklimat penerangan di setiap negeri, ceramah pencerahan dan SAMM juga akan melancarkan buku bertajuk ‘Antara Dua Razak, Dua Scorpene dan Satu Mongolia’ pada bulan hadapan.

Akhir sekali, SAMM seru supaya rakyat menolak kepimpinan Najib Razak yang tercalit skandal Altantuya dan Scorpene, dan hanya selepas Bn ditumbangkan barulah kebenaran akan terungkai kerana ketika itu tiada lagi imuniti undang-undang terhadap VIP dan VVIP negara.

Badrul Hisham Shaharin
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia

Info Fail Kes Siri II: Pengakuan PI Bala
PI Bala gembira kebenaran akhirnya terserlah
Lelaki yang mendakwa telah dipaksa untuk mengubah akuan bersumpahnya yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu, berkata beliau gembira bahawa kebenaran akhirnya terserlah juga.

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam berkata ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan, yang terlibat untuk mendapatkannya mengubah akuan berkanun (SD) itu, telah melakukan "perkara yang betul".

Dalam responnya melalui emel kepada Malaysiakini, Balasubramaniam menggesa Deepak supaya mendedahkan segala-galanya yang diketahui mengenai perkara itu.

Katanya, beliau mahu Deepak mengesahkan siapa sebenarnya individu yang terlibat dari awal hingga akhir.

Balasubramaniam kini hidup dalam buangan bersama keluarganya di India selama tiga tahun sejak beliau melarikan diri negara selepas menandatangani SD kedua.

Deepak, dalam satu wawancara dengan Malaysiakini awal minggu ini, berkata pembabitannya dalam konspirasi itu adalah ekoran permintaan dari seorang "rakan wanita" yang dikaitkan dengan pihak-pihak yang akan terjejas oleh SD pertama Balasubramaniam.

Sementara itu, Balasubramania berkata beliau mahu tahu siapa peguam yang didakwa merangka SD kedua, yang menurutnya, telah disediakan tanpa "pengetahuan atau input" daripadanya.

"Persoalannya ialah siapa yang melakukannya? Tiada siapa yang interviu saya sebelum menyediakan SD kedua. Ia disediakan tanpa pengetahuan atau input saya. Saya ingin mengetahui siapa peguam ini". -mk

Selamatkan Malaysia

No comments:

Post a Comment