Pages

Saturday, 16 March 2013

*Ekslusif LAHAD DATU: Shafie Apdal Diludah! - APA PERANAN SHAFIE APDAL DALAM OPS DAULAT?

Ahad, 16 Mac 2013

GELOMBANG 13 bakal berlaku di Sabah - INI KALILAH!!!!
Oleh : LO_PHUNK
BAHANG pilihanraya kian terasa. Sama ada parti yang mewakili kerajaan atau pembangkang; masing-masing mengatur strategi untuk meraih undi. Pendekatan yang telah dilakukan oleh kerajaan dilihat sudah terlewat oleh pengundi-pengundi atas pagar.

BR1M, projek kecil pada saat-saat akhir seperti pemberian tangki dan zink serta ceramah dan ucapan yang menyuruh rakyat untuk terus menyokong kerajaan; dilihat hanya 40% mampu meningkatkan sokongan rakyat Sabah.

Kebangkitan rakyat kini sukar dibendung. Rakyat Sabah sudah sedar bahawa selama mereka telah ditipu oleh UMNO yang dikatakan membelakangi perjanjian penubuhan Malaysia dan perkara 20.

STAR Sabah telah banyak membongkar rahsia ini agar rakyat seluruh pelusuk negeri Sabah sedar akan hak-hak mereka yang telah lama dinodai.

Program BTP yang dianjurkan dari kampung ke kampung kian mendapat sokongan rakyat yang inginkan perubahan terutama golongan belia.

STAR dilihat memperjuangkan Agenda Borneo yang selama ini diperjuangkan oleh Parti Bersatu Sabah, namun bezanya adalah, PBS sudah tidak mampu bersuara lagi untuk rakyat Sabah dan sukar untuk menuntut hak rakyat Sabah.

Kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang tidak mampu dibendung lagi, membuatkan rakyat muak dengan perjuangan PBS. Tidak terkecuali dengan isu royalti minyak yang tidak diterima oleh pemimpin UMNO di Semenanjung dengan menyatakan bahawa Petronas akan lingkup jika memberikan royalti 20% kepada negeri pengeluar.

Selain dari itu, banyak kemudahan yang terlalu lama untuk diluluskan terutama di kawasan PBS; namun apa yang berlaku, kawasan UMNO sangat mudah untuk mendapat peruntukan.

Sebagai contoh, penduduk setinggan di kawasan tawau yang mencuri elektrik dan diserbu oleh SESB Tawau. Mereka telah diberikan bekalan elektrik tidak sampai 2 bulan. Kawasan berkenaan adalah kawasan UMNO

Isu kalimah 'ALLAH' yang mengguris hati penganut Kristian langsung tiada komen daripada PBS yang seolah-olah mengiyakan perkara ini. Inilah dia yang sering membelengu perasaan rakyat Sabah tulen. Mereka seolah-olah dianak tirikan.

PKR, PPS dan APS serta SAPP juga melancarkan serangan bagi menggamit sokongan rakyat Sabah dengan siri jelajah mereka dan diikuti penyertaan Ketua Pemuda PBS Sekong ke PKR.

Di samping itu, rakyat kini keliru untuk mengundi siapa? Semua parti terutama pembangkang menunjukkan manifesto masing-masing. Seandainya penyokong pembangkang terbahagi kepada 3 bahagian, maka ini menjadikan satu kelebihan bagi parti pemerintah.

Namun seandainya rakyat bersatu hati untuk memilih parti yang benar-benar memperjuangkan hak negeri Sabah, maka Semangat 1985 bakal berlaku kembali di mana Parti Bersatu Sabah pada ketika itu, menang sungguhpun mereka baru berusia 40 hari.

SAPP dilihat telah melaksanakan banyak program kemasyarakatan tidak seperti parti pembangkang lain. Namun apa yang harus dilakukan oleh para pengundi kelak?

Siapakah parti yang boleh dipercayai untuk membela mereka selama 5 tahun dari sekarang dan mengembalikan autonomi Sabah? INI KALI LAH kita TUKARRRRR!. LAWAN TETAP LAWAN!.

Menurut analisa secara rambang, adakah angka 13 ini adalah angka keramat kerana ; Parti USNO ditumbangkan oleh Parti BERJAYA pada tahun 1976 di mana 7+6 = 13; Parti Berjaya ditumbangkan oleh PBS pada tahun 1985 di mana 8+5 =13; PBS ditumbangkan oleh UMNO pada tahun 1994 di mana 9+4 =13 dan kali tahun 2013 di mana hujungnya 13.

Maka pada tahun ini GELOMBANG 13 bakal berlaku di Sabah
- sabahkini.net.

Shafie Afdal Diludah!
APA PERANAN SHAFIE APDAL DALAM OPS DAULAT?
Saturday, 16 March 2013 09:24

TANGKAP.......Salah seorang yang disyaki ada  hubungan dengan pengganas diheret ke Balai Polis di Semporna. Anehnya kenapa memakai baju Shafie Apdal?.

Saudara Pengarang,
USNO amat kesal dengan sebilangan besar Pemimpin Bajausuluk yang berada dalam kerajaan UMNO Sabah yang terus berdiam diri seolah-olahsudah kehilangan akal dan trauma menghadapi dilema kedaulatan Sabah yang sedang dicabar pada hari ini.

Operasi yang diberi nama 'Ops Daulat' yang sebelum ini diberi nama 'Ops Sulu' telah membedal habis-habisan penceroboh atau lebih dikenali Penganas Sulu di Lahad Datu, Semporna, Tawau, Sandakan dan Kudat menampakkan telah mencapai kejayaan untuk menghalau kumpulan 'Syaitan Kiram III' dari Negara ini.
Sekarang operasi ini terus berjalan dan membedal penduduk Sabah tidak kira dari kumpulan Tausug Philippines atau kumpulan Suluk tempatan bagi memastikan keselamatan Negara berada di tahap yang maksima.

Namun saya tidak ingin menyentuh panjang lebar mengenai tanggujawab pihak keselamatan kerana perkara ini di bawah bidang kuasa keselamatan yang telah digariskan dibawa Esscom atau SSA.

Tetapi Kita tidak ingin melihat tanggungjawab pemimpin Suluk dan Bajau dalam Kerajaan BN, khasnya UMNO yang terus trauma dan kehilangan akal dalam persoalan pokok iaitu isu masyarakat Suluk yang dilihat menghadapi dilemma tanpa pembelaan yang wajar.

Kawasan Esscom atau SSA dari Kudat hingga ke Tawau adalah kawasan Majoriti Bajausuluk di mana kawasan ini juga dilihat sebagai kawasan kubu kuat UMNO di Negeri Sabah.

Namun amat dikesali apabila dilemma ini berterusan tanpa pembelaan wajar pemimpin Bajausuluk dalam UMNO, mereka hanya datang dengan tiba-tiba dan menyerang pemimpin pembangkang; mengaitkan pembangkang dengan pengganas seperti pemimpin MNLF Nur Misuari dan menuntut siasatan terhadap pemimpin berkenaan.

Anwar Ibrahim nampaknya dijadikan sasaran oleh Shafie Afdal yang meminta supaya siasatan hendaklah dilakukan terhadap pemimpin ini yang beliau lihat ada kaitan dengan Nur Misuari.

Pada masa yang sama beratus-ratus ribu masyarakat Pantai Timur yang menghadapi dilemma dan trauma serta ketakutan angkara keselamatan mereka terus terancam; baik ancaman pengganas atau takut kepada pihak keselamatan, kerana pada bila-bila masa mereka boleh diheret dan disoal siasat jika ada laporan mengaitkan mereka dengan pengganas; terutama musuh politik mereka.

Apabila Tun Mahathir melabel kaum Suluk sebagai ‘Kaum ganas’ dan ‘Pengganas’, tiada seorang pun pemimpin Bajau atau Suluk dari UMNO Sabah yang bangkit membetulkan persepsi itu.
Ahirnya masyarakat Suluk terpalit oleh panggilan itu yang melebelkannya sebagai operasi menghapuskan 'PENGGANAS SULU'.

Sekali lagi Mahathir mencabar dan ingin menghapuskan budaya masyarakat Bajausuluk apabila mencadangan supaya Perumahan Kampung Air atau rumah atas air dihapuskan pada masa akan datang kerana dianggap sebagai sarang pengganas.

Sekali lagi pemimpin suluk Sabah terus kehilangan 'telur' atau mati akal kerana 'pucuk' mereka dimatikan oleh Mahathir yang akhirnya akan mati secara kekal dalam UMNO Sabah.

Asakan demi asakan yang dibuat terhadap masyarakat Bajau dan Suluk pada hari ini gagal difahami oleh pemimpin UMNO suku Bajausuluk atau mereka sengaja tidak mahu faham kerana takut dan trauma melihat serangan Bom F18 di Kampung Tanduo pada 1 Mac 2013 lalu.

Penaja USNO kesal dengan kegagalan rumpun-rumpun Melayu Bajau dan Suluk ini yang dilihat sedang 'DISELLEH BUYUNG MEREKA' oleh Mahathir tetapi terpaksa mengecutkannya kerana ketakutan yang amat sangat; di mana akhirnya mengambil jalan menjadi 'barua' UMNO hatta menderhakai bangsa sendiri.

Seluruh dunia melihat pertemuan Shafie Afdal dengan Sultan Esmail Kiram. Seluruh dunia tahu bahawa Shafie Afdal mengatur pertemuan keluarga Kiram dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, namun tiada pula tuduhan terhadap beliau yang mempunyai kaitan rapat dengan Sultan 'Syaitan' Sulu itu walaupun dengan terang dan jelas beberapa pengganas yang ditangkap tempoh hari di Semporna memakai baju BN berlambangkan gambar Shafie Afdal.

Apakah Adun, MP, Menteri Suluk Bajau dalam UMNO ini masih relevan untuk mewakili mereka pada masa akan datang?

Di manakah mereka pada hari ini? Di saat bangsa mereka trauma dan ketakutan, ketakutan kerana dianggap bangsa yang ganas dan perlu dihapuskan dari muka bumi Sabah sama ada masa depan mereka, budaya mereka dan martabat mereka.

Tidakkah mereka berasa malu dan rasa bersalah apabila seorang mantan Ketua Menteri Sabah yang bukan dari keturunan Suluk keluar bersuara mengenai penganaiyaan bangsa suluk pada hari ini disuarakan oleh Tan Sri Harris bin Salleh?

Jesteru itu USNO ingin membawa rakyat Sabah khasnya mesyarakat Bajausuluk atau keturunan Suluk supaya bersatu dan ‘Magbogbog’. Jika rakyat dan kerajaan BN ingin membedal 'Penganas Suluk', kita juga mesti membedal Pemimpin Bajau Suluk yang gagal mewakili kita hari ini.

Bukankah mereka gagal melindungi masa hadapan kita, bangsa kita dan masyarakat kita yang sedang dalam ketakutan dan trauma oleh serangan bertubi-tubi; baik dari dalam Negara oleh Pemimpin UMNO sendiri atau luar Negara oleh 'Pengganas Luar' yang mengaku keluarga Kiram.
Salam Hormat,
ABDULLAH SANI HAJI ABDUL SALLEH
Timbalan Pengerusi Penaja USNO

Jln Bakuku Pintu Masuk ke 'NERAKA' FELCRA.....
Shafie Afdal.. Jangan Mimpi Jadi Ketua Menteri...!!!!!!

No comments:

Post a Comment