Pages

Friday, 15 March 2013

Transformasi Najib gagal, dituduh PAS pula berdosa & Dosa Besar NAJIB Pada Rakyat!

Sabtu, 16 Mac, 2013
Altan...Tuyaaaa....

Transformasi Najib gagal, dituduh PAS pula berdosa

Mohd Sabri Said, 16 Mac 2013

TASEK GELUGOR: Akibat terlalu kecewa dengan kegagalan transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak segan silu menuduh kononnya PAS melakukan tujuh kesalahan besar di Kelantan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) ketika berceramah di Taman Pokok Sena, di sini malam tadi hairan tiba-tiba Najib bersuara begitu dalam keadaan PAS semakin melonjak ke persada politik tanah air dan antarabangsa.

Menurut Mujahid lagi, apa sudah jadi kepada transformasi yang dilancarkan oleh Najib sendiri dengan harapan ingin membawa Malaysia sebaris dengan negara maju.

"Hari ini tiba-tiba Najib menghalakan senjatanya pada PAS kononnya melakukan tujuh dosa besar kepada rakyat Kelantan. Sepatutnya beliau mengkaji kenapa transformasi yang diilhamkannya gagal, bukan bertindak sehingga menambah kemarahan rakyat lagi," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.

Baginya, Najib tidak perlu melabelkan tujuh dosa PAS untuk menyembunyikan kelemahan pentadbiran kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) sebaliknya menumpukan kepada pembubaran parlimen supaya rakyat boleh menghukum mana-mana pemimpin yang tidak amanah.

Menruutnya, semasa Najib menuduh tujuh dosa besar PAS, tiba-tiba negara dihimpit dengan hutang yang berlipat kali ganda.

"Melihatkan kedudukan kewangan negara yang makin parah, Najib begitu risau untuk bubar parlimen," kata beliau.

Selain itu, ujarnya negara juga mengalami ketirisan wang yang tinggi iaitu RM23 bilion manakala moral Najib sendiri jatuh merudum ekoran rakyat mempertikaikannya terutama membabitkan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu serta pembelian senjata ketenteraan Malaysia.

Bagi membolehkan rakyat menilai keberhasilan transformasi atau reformasi pentadbiran baru oleh Pakatan Rakyat, Njib seharusnya segera membubarkan parlimen bukannya terus menimbulkan teka teki yang berpanjangan.
Harakahdaily.
Dosa Besar NAJIB Pada Rakyat
Posted by Kuasa Rakyat®
Apakah DOSA DOSA Najib selama tempoh 35bulan dia memerintah negara? Gimik politik Najib yang memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas “kesalahan-kesalahan” lampau UMNO dan Barisan Nasional masih kabur kerana tidak pernah diakui secara khusus kesilapan-kesilapan kerajaan. JOM KITA KUPAS SATU PERSATU..
1. Rancangan Najib yang berjaya merampas kuasa secara HARAM Pemerintahan Pakatan Rakyat Negeri Perak yang dipimpin oleh MB Dato Seri Nizar Jamaluddin yang secara terang terangan SALAH dan BERTENTANGAN dengan PERLEMBAGAAN
2. Kegagalan Najib dalam konteks 1Mala2. Kegagalan Najib dalam konteks 1Malaysia dimana Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin menentang secara terang terangan dan mengumumkan beliau mendahulukan MELAYU kemudian baru RAKYATysia dimana Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin menentang secara terang terangan dan mengumumkan beliau mendahulukan MELAYU kemudian baru RAKYAT
3. Politik HIPOKRASI berbaur Rasis Perkauman yang diterajui oleh Pencacai UMNO, Blogger UMNO dan Utusan Malaysia hingga masalah polarisasi kaum dan agama semakin teruk sejak Najib memegang pemerintahan

4. Ucapan Najib di PAU 2010 yang dilihat rakyat sebagai terlalu gila kuasa

5. Keganasan terhadap pimpinan dan penceramah Pakatan Rakyat oleh gangster2 upahan UMNO menyebabkan orang awam cedera dan harta benda rosak. Polis buat tak tau, habis kuat pun ambil keterangan tanpa sebarang perintah reman.
6. Sarat dengan skandal RASUAH yang terburuk sepanjang tempoh 55 tahun pemerintahan 6 Perdana Menteri 
7. Beberapa kontroversi kematian yang meragukan melibatkan kes kes penting. Juga kes kes kematian yang melibatkan Polis seperti V. Kugan dan adik Aminul Rashid yang tidak dapat pembelaan sewajarnya
8. Keengganan Najib meluluskan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja tentang masalah PATI yang membanjiri Sabah hingga menjadi satu ancaman kepada rakyat Sabah sendiri

Ikutkan bersepah lagi, kalau nak senaraikan sampai tahun depan x habis! Terlalu banyak!
Masanya untuk TUKAR PEMERINTAHAN kepada PAKATAN RAKYAT...
MOHON TAJAAN / SUMBANGAN - SILA KLIK FOTO

N23 DUN MANJOI

No comments:

Post a Comment