Pages

Friday, 17 May 2013

Hijrah Ke Negara Lain - Prof Agus Bantai Kenyataan Kampung Zahid Hamidi & Zahid Hamidi Yang Sombong Dan Angkuh

Jumaat, 17 Mei 2013
gambar Zahid Hamidi
Hijrah Ke Negara Lain - Prof Agus Bantai Kenyataan Kampung Zaid Hamidi
Posted by jeebond at 2:43 pm

Zahid Hamidi : Kalau Tak Mahu Terima Sistem Pilihanraya, Boleh Hijrah Keluar Dari Malaysia!
by STAFF AGENDA SEMASA on MAY 17, 2013 · 0 COMMENTS
gambar Zahid Hamidi

Zahid Hamidi : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang baru-baru ini bertukar portfolio dalam Kabinet Malaysia sebagai Menteri Dalam Negeri, telah disebut mengeluarkan kenyataan yang membangkitkan kemarahan ramai pihak.Kenyataan apa?
Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.
“Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular,” katanya.
“Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka,” katanya dalam tulisan di akhbar Utusan Malaysia.
Tambahnya, Malaysia tidak mengiktiraf undi popular tetapi majoriti mudah seperti yang diamalkan dalam sistem Westminster.
Pakatan Rakyat berjaya meraih undi popular sebanyak 51.78 peratus berbanding dengan pencapaian BN sebanyak 48.22 peratus.
Ahmad Zahid berkata golongan penyokong tersebut sepatutnya menerima sistem  politik dan pembentukan kerajaan seperti diperuntukkan dalam perlembagaan, sekiranya mereka benar-benar setia kepada negara ini.
“Mereka juga hendaklah mengakui hakikat kekalahan dan penolakan rakyat se bagaimana yang terdapat dalam sistem first past the post yang terpakai buat sekian lama di negara ini.
“Perhimpunan haram yang dianjurkan secara road show hanya merupakan escapism untuk lari daripada menerima hakikat kegagalan pembangkang untuk menguasai Putrajaya,” katanya.

Beliau yang baru dilantik mengetuai kementerian dalam negeri mensasarkan perkara itu kepada golongan pengikut parti politik yang berpakaian serba hitam dalam kempen bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.Sekarang kan sibuk sana sini, Anwar Ibrahim bersama rakan-rakan lain membuat road show untuk menarik sokongan bagi membantah keputusan PRU 13 yang dikatakan dimanipulasi oleh SPR.
Perlu diketahui, bantahan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat terhadap keputusan PRU 13 adalah bukan kerana sistem undi, tetapi lebih kepada tidak puas hati dengan cara Pilihanraya di adakan, yang didakwa oleh Pakatan Rakyat, terlalu banyak penipuan dan manipulasi.Kenyataan Zahid Hamidi di atas, bagi kami tak perlu diungkapkan.Sepatutnya lebih professional.
Tapi kami juga berpendapat, bahawa Pakatan Rakyat tidak perlu untuk mengasak rakyat dan mengajak mereka melakukan perhimpunan.Bagi kami, sudah-sudahlah.Salurkan ke tempat yang sebetulnya.Sekiranya ada penipuan, buka kes ke Mahkamah.Itu yang lebih baik.Apa pendapat anda pula?
Read more: http://agendasemasa.com/zahid-hamidi-pilihanraya-malaysiakini-bm#ixzz2TTVO0YY0
Zahid Hamidi Yang Sombong Dan Angkuh
mso Mei 17/2013
Luahan kemarahan Menteri Dalam Negeri Negeri yang baru Ahmad Zahid Hamidi kepada tindakan anak-anak muda yang memprotes keputusan pilihan raya lalu agar keluar dari negara ini dan mencari negara yang sesuai yang mengamalkan sisitem pilihan raya seperti mereka gemari adalah satu tindakan yang tidak bijak, bersifat sombong dan angkuh.

Sebagai seorang menteri Zahid seharusnya memahami jiwa anak muda yang memberontak kerana sebab-sebab yang mereka yakini benar. Anak muda walaupun emosi tetapi tindakan mereka berdasarkan fata yang rasional. Zahid sebagai orang separuh tua (kerana belum bongkok tiga) sepatut melayani anak muda dengan berhemah dan sopan bukannya dengan mengherdik penuh emosi.

Tidak perlu Zahid menunjuk bengkeng mentang-mentang dia baru dilantik menjadi menteri yang menjaga polis dan FRU. Sebengkeng Zahid pun mustahil taring akan tumbuh di mulutnya seperti kera atau singa.


Kita sebagai menteri adalah pemimpin untuk semua rakyat tidak kira lapisan masyarakat. Seorang menteri walaupun dia dari Umno tidak perlu bersifat seperti orang Umno semasa berdepan dengan pembangkang yang hilang kewarasan dan kesopanan adat. Zahid harus membezakan dia sebagai seorang menteri yang dibayar gaji oleh rakyat dengan dia sebagai seorang Naib Presiden Umno.

Kalau seorang pemimpin tidak dapat menguruskan suasana kebangkitan anak muda, macam mana kita dapat menangani isu-isu jenayah yang besar dan bergerak secara tersusun. Cabaran lebih besar kepada Zahid bukan menangani pesta demokrasi anak-anak muda di jalanan tetapi jenayah global. Zahid perlu memperbetulkan indeks jenayah di negara ini dengan angka yang realistik.

Kejadian tembak curi yang kerap berlaku ke belakangan ini adalah urusan utama Zahid. Zahid perlu mengherdik para penjenayah berkenaan bukannya menghalau anak muda mencari negeri baru.

Anak muda sedikit pun tidak peduli dengan herdikan Zahid itu tetapi mereka akan ketawa dan akan mengatakan; inikah kualiti menteri di bawah kabinet Najib Razak. Selepas itu mereka akan ketawa beramai-ramai hahahaha....

Zahid semalam dalam artikelnya disiarkan dalam media PB Utusan Malaysia telah melepas geram kepada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya 5 Mei lalu. Katanya ada yang cuba mengelirukan anak-anak muda dengan keputusan itu bagi menunjukkan pilihan raya di negara ini tidak telus.

Lantas itu beliau menghalau anak-anak muda dan mereka yang tidak dapat menerima sisitem pilihan raya negara ini dengan berkata; “Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka.” 

Sebagai menteri dan pemimpin Zahid tidak sepatut membuat halauan demikian sebaliknya beliau kena berdepan dengan anak-anak muda atau mereka yang enggan menerima keputusan pilihan raya dengan mengemukakan bukti-bukti bahawa sistem pilihan raya di negara ini adalah terbaik.

Beliau juga kena berhujah mempengaruhi anak-anak muda sisitem diguna pakai hari ini adalah adil dan saksama, bukannya dengan mengambil tindak menghalau mereka ke negara lain. Beliau juga perlu membantu SPR untuk mempertahankan tuduhan dan dakwaan kononnya SPR gagal mewujudkan sebuah pemilihan yang bersih. Cara Zahid itu tidak ubah sebagai seorang bapak yang tidak berilmu tetapi berperangai pongoh.

Sudah tentu sikap Zahid yang bereng itu tidakakan dihormati oleh generasi muda dan kesannya orang akan mengatakan bahawa semua pemimpin Umno khas yang berada dalam kabinet semua sama, pemarah, tidak dapat menerima kritikan dan sombong serta angkuh. Pemimpin Umno jadi panas kepala apabila mereka kalah dan tidak mendapat sokongan anak muda dan orang Cina.

Saya bimbang kalau Zahid tidak menyejutkan dirinya dan cuba menunjuk perangai seperti sesetengah ketua polis, beliau akan hilang sokongan dan boleh menyebabkan kedudukannya sebagai Naib Presiden Umno akan terlepas. Seperkara yang Zahid harus sedar generasi muda di dalam Umno juga tidak senang kalau ada veteran Umno seperti Zahid memandang enteng kepada anak-anak muda dan bersikap yang tua itu serba tahu. 

Tanpa ada kelunakan kepada anak-anak muda yang boleh menyebabkan anak-anak muda bangkit menjalankan kempen untuk mengalahkan Zahid dalam perhimpunan agung Umno akhir tahun ini. [wm.kl.11:01 am 17/05/13]
Posted by mso.im at 11:08:00 AM  
KENYATAAN PERTAMA DARI MENTERI DALAM NEGERI YANG BEBAL MELANTUN-LANTUN... KAH KAH KAH !
Mat Indera Sipejuang di 8:36:00 PG /17 Mei 2013


Nanti bila dikatakan BODOH dan BEBAL MELANTUN-LANTUN pandai pulak MARAH beb... tapi bila bercakap selalu yang DIGUNAKAN ialah KELAPA LUTUT bukan nya KEPALA OTAK... patut lah Tuanku Sultan Johor Darul Ta'zim MENEGUR Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) yang Datuk Seri Zahid Hamidi semasa itu menjadi MENTERI nya... ianya berkenaan PEMBELIAN yang boleh Baginda BELI dengan harga RM150 Ribu tapi telah DIBELI oleh KEMENTAH dengan harga RM690 Ribu... rupa-rupanya Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) ni memang jenis BEBAL MELANTUN-LANTUN dan TAK FAHAM BAHASA MALAYSIA... sebab itu beliau BUAT BODOH aje dengan TEGURAN yang dibuat oleh BAGINDA Sultan Johor beb... bak kata orang sekarang MUKA TAMPAL KULIT BABI 14 INCI... kah kah kah !.

Sesedap MULUT MAK BAPAK UMNO dia aje MENYURUH Pemimpin dan Penyokong Pakatan Rakyat (PR) supaya MENINGGALKAN MALAYSIA dan BERHIJRAH ke NEGARA lain kalau TIDAK SETUJU dengan SISTEM Pilihan Raya Malaysia... Wahhhhhh banyak CANTIK beliau punya MUKA beb... APA HAL pulak Pemimpin dan Penyokong PR kena MENINGGALKAN dan BERHIJRAH ke Negara lain... hanya kerana MEMBANTAH PENIPUAN yang dilakukan oleh Sruhanjaya Penipu Rakyat (SPR)... itu pasal gua cakap beliau ni BETUL-BETUL BODOH dan TAK FAHAM BAHASA MALAYSIA... kenapa beliau TAK SURUH orang MEMPERTIKAIKAN POLA PENGUNDIAN ORANG CINA dalam Pilihan Umum Ke-13 (PRU13) supaya MENINGGALKAN dan BERHIJRAH ke Negara lain beb... kah kah kah !.
Pada hal nya Kenyataan yang MEMPERTIKAIKAN POLA PENGUNDIAN ORANG CINA pada PRU13 lagi sepatutnya DISURUH MENINGGALKAN Negera Malaysia dan BERHIJRAH ke Negera lain... yang mana di dalam Negara tersebut hanya ada ORANG MELAYU BERBANGSA UMNO saja... kerana JENIS MANUSIA INI lagi BAHAYA dan boleh membawa PERMUSUHAN antara KAUM di dalam Malaysia... jadi sebelum nak bercakap lain kali kata ORANG MELAYU baik UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI beb... kata ORANG MELAYU tapi PERPATAH yang boleh dijadikan PANDUAN HIDUP langsung ENGGAN DIGUNA PAKAI... kalau ada pun yang DIGUNA PAKAI semua nya jenis BUNUH DIRI atau KAMIKAZE seperti BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT... kah kah kah !.

Gua ingatkan bila DIGANTIKAN dari Menteri KDN yang selama ini Auw Auw Auw kepada yang BARU adalah PERUBAHAN beb... kalau yang Menteri KDN yang LAMA tu dah tentu lah KEPALA LUTUT banyak DIGUNAKAN dari KEPALA OTAK... dah lah tu campor pulak dengan Auw Auw Auw... rupa-rupanya yang BARU pun LEBIH KURANG KURANG jugak dengan Menteri KDN yang LAMA tu... tak FAHAM betul gua beb... hari PERTAMA BERTUGAS sudah buat kenyataan BODOH BIN BAHLUL... kalau ya pun nak tunjukan KEBODOHAN biarlah dihari lain... jangan lah di PERTAMA mula BERKERJA... betul-betul POTONG STIM la lu Zahid Hamidi... Adoiii haiii beb... gua rasa lah kan PERTUKARAN beliau ke Kementerian KDN hanya MAINAN POLITIK aje beb... kah kah kah !.

Bagi gua ini hanya STRATEGI bagi KEM NAJIB dalam menghadapi PEMILIHAN UMNO yang bakal diadakan pada Tahun ini... kalau tidak apahal nya SEPUPU SEPAPAT SEPEPET beliau yang dah GAGAL di Kementerian KDN berpindah ke KEMENTAH... kemudian yang dah GAGAL di KEMENTAH pergi pulak ke Kementerian KDN... sedangkan kedua-dua nya sudah punya REKOD yang GAGAL beb... yang satu nya jadi Menteri Pertahanan tapi SEMPADAN NEGARA telah DIBOLOSI sampai PENGGANAS SULU boleh BERKAMPONG di LAHAT DATU dan satu nya walaupun PENGGANAS SULU dah SAH dan SAHIH adalah PENGGANAS tapi masih mengatakan yang PENCEROBOH BUKAN PENGGANAS ATAU MILITAN... yang lagi LAWAK tu boleh siap BERUNDING lagi tu beb... kah kah kah !. sumber mk
hemmmmm..... kehancuran dan kemusnahan umno pasti datang beb... tak percaya lu orang tengok la nanti dimasa pemilihan jawatan tertinggi umno yang akan datang... kalau masa umno mampos tahun 1987 dulu tapi masih berjaya diawet menjadi mamia hingga sekarang... andai kali ini mampos lagi beb... usahkan untuk diawet menjadi mamia rasanya menjadi hantu raya tak bertuan pun sukar beb... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.
Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang di 8:36:00 PG /17 Mei 2013


MENTERI NI TAK SEDAQ GAJI DIA RAKYAT YANG BAYAQ

DEY MACHA!!!
SAPA-SAPA YANG TAK HEPI
BOLEH BLAH DARI MALAYSIA
NANTI SENANG NAK IMPORT BANGLA MASUK
KASI GANTI LU ORANG
KAH! KAH! KAH!

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mengecam kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai biadap, dan tidak seharusnya seorang Menteri yang dilantik bagi memberi khidmat untuk seluruh rakyat Malaysia bersikap angkuh, dan membuat kenyataan seperti seolah-olah dirinya dan parti yang diwakilinya adalah tuan besar dalam negara ini.

“Zahid Hamidi harus sedar elaun sebagai Ahli Dewan Rakyat dan Menteri, terhasil dari cukai yang dikutip ke atas rakyat dan wajarlah beliau tidak angkuh dan sombong,” ujar Ketuanya, Azmizam Zaman Huri dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya AMK Selangor menyifatkan kenyataan Zahid yang menggesa golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari sebagai angkuh, bodoh sombong dan menggambarkan ketakutan Barisan Nasional menghadapi gelombang rakyat.

AMK Selangor, tambahnya melihat kenyataan itu juga menggambarkan Zahid Hamidi sebagai tidak bersedia untuk memikul amanah selaku Menteri Dalam Negeri, dan Najib Razak meletakkan beliau di posisi itu sebagai kambing hitam untuk menghadapi kemarahan rakyat yang jelas bangkit bagi menolak keputusan PRU13 yang penuh mencurigakan.

Sepatutnya, kata beliau sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru dilantik, Zahid Hamidi harus segera mengambil langkah yang neutral dan memberikan kerjasama erat bagi memberi ruang kepada sebarang proses bantahan, selagi mana ianya tidak melanggar undang-undang dan tidak mendatangkan kekacauan.

Menruutnya lagi, rakyat bangkit untuk protes dan bersuara secara aman, mengikut prosedur perhimpunan yang betul serta saluran media yang betul.

“Rakyat juga, mendukung keputusan Pakatan Rakyat untuk memfailkan petisyen ke atas sekurang-kurangnya 27 Parlimen yang disyaki terlibat dengan kesalahan pilihanraya serta keputusan yang meragukan.

“Zahid Hamidi mesti berlapang dada dan membuka ruang bersuara untuk rakyat,” ujarnya yang juga Naib Ketua AMK Malaysia.
Harakahdaily
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2013/05/menteri-ni-tak-sedaq-gaji-dia-rakyat.html#ixzz2TTXwVB7d


No comments:

Post a Comment