Pages

Friday, 17 May 2013

Tak malu dan tiada maruah ke mereka berdua menipu rakyat dalam PRU 13 - Ke sana ke sini canang tentang dakwat kekal.

Jumaat, 17 Mei 2013
Tak malu ke mereka berdua ni?
tokpepijat
Tak malu dan tiada maruah ke mereka berdua menipu rakyat dalam PRU 13. Sebelum PRU 13, ke sana ke sani canang tentang dakwat kekal.

Beli dakwat pakai duit rakyat
kemudian menipu.
Dakwat tidak kekal,
duit rakyat dibuang begitu sahaja,
hak rakyat dirampas,
kemudian bagi 1001 alasan bodoh
untuk menjawab penipuan dakwat
mereka berdua ingin memperbodohkan rakyat
tanpa menyedari diri sendiri bodoh jadi barua UMNO.
-tranungkite-
Kerengga at 5/17/2013 05:51:00 PTG
Dakwat Tidak Kekal: Haron Din buat aduan rasmi kepada SPR, polis
(Dr Haron menunjukkan kesan dakwat pada jarinya...dari ada dakwat kepada bersih sebersihnya)

KANGAR: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menuntut supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan memberikan penjelasan bagaimana dakwat yang dikatakan kekal sebenarnya tidak kekal.

Beliau yang merupakan calon PAS di Arau, Perlis membuat laporan rasmi kepada Pengarah SPR Perlis, Ahmad Ibrahim Mohd Taib di Pejabat SPR Perlis jam 2.30 petang ini.

Sebelum itu beliau membuat laporan polis di Balai Polis Kangar kira-kira jam 12. 15 tengahari tadi.

"Pegawai SPR itu gagal menjawab segala persoalan yang saya kemukakan walaupun dia berjanji untuk mendapatkan penjelasan dari pegawai atasannya.

"Sehingga sekarang saya tidak mendapat jawapan itu," kata Dr Haron kepada Harakahdaily.
Datuk Dr Haron Din yang mengundi pada jam 8.25 pagi tadi di saluran 1 SJK (C) Simpang Empat mendapati dakwat kekal yang dicalit pada jarinya tidak kekal.

Sekitar jam 9.00 pagi beliau pulang ke rumah dan membersihkan jarinya dengan sabun biasa (bukan sebarang “solvent chemical) dan mendapati jarinya bersi-sebersihnya.
"Kalau begini saya ingin satu, siapa yang menipu siapa," kata Dr Haron ketika menghubungi Harakahdaily.
"Ada dua kemungkinan yang boleh berlaku," kata Dr Haron.

Pertama, pembekal menipu SPR dengan membekalkan dakwat yang tidak kekal.
Kedua, BN melalui SPR menipu rakyat dengan menyediakan dakwat yang tidak kekal untuk membolehkan penipuan berlaku dalam pilihan raya ini.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak bersedia untuk menghadapi akibat dari penipuan ini.
Posted & copy by Rakyat Marhaen at 5/05/2013 04:00:00 PTG
SPR jamin ketahanan dakwat kekal
SPR: Jangan pertikai dakwat kekal
Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria menunjukkan dakwat kekal ketika sidang media di Putrajaya hari ini. 
Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
2 Mei 2013


PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan bahawa kesan dakwat kekal yang dicalit di jari pengundi tidak akan hilang sehingga tempoh lima hingga tujuh hari.
    
Setiausahanya Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata dakwat itu sudah diuji, diluluskan penggunaannya oleh Kementerian Kesihatan, Jabatan Kimia dan Majlis Fatwa Kebangsaan.


Dalam kes pengundi awal yang membuat laporan polis dan menyebar gambar kesan dakwat itu hilang dari jarinya, beliau berkata ia disebabkan petugas SPR tidak mengikuti peraturan yang dinyatakan di botol dakwat itu yang memerlukan ia digoncang 30 minit sebelum digunakan.
    
Menurutnya, jika digunakan mengikut peraturan yang ditetapkan di botol dakwat itu, kesannya pasti tidak akan hilang sepenuhnya walaupun ia cuba ditanggalkan dengan pelbagai cara seperti menggunakan cuka, pencuci, minyak atau apa jua.
    
"...jika dilihat betul-betul kepada kes yang disebar di laman sosial itu, kesan dakwat memang tidak tanggal sepenuhnya, masih kelihatan di celah-celah kuku, tak boleh tanggal sepenuhnya," katanya dalam sidang media di Pusat Media SPR di sini hari ini.
   
Kamaruddin turut menunjukkan demonstrasi penggunaan dakwat itu di samping mengedar senarai peraturan yang perlu diikuti kerani atau petugas SPR di pusat mengundi nanti.
    
Antaranya ialah botol dakwat perlu digoncang setiap dua jam, selama 30 saat sebelum dibuka penutupnya, dan jari pengundi yang hendak dicalit perlu bersih serta kering dan ia perlu dicalit di keseluruhan ruas pertama hingga ke kuku dan bahagian bawah jari.
    
Dalam demonstrasi itu, usaha seorang petugas media yang cuba menghilangkan kesan dakwat yang digunakan pada hari pengundian awal, tidak berhasil meskipun beliau telah menggunakan beberapa bahan pencuci.
    
Kamaruddin berkata cubaan sesetengah pihak untuk menanggalkan sepenuhnya kesan dakwat itu secepat mungkin dengan menggunakan pelbagai cara, mungkin mempunyai motif tertentu atau mungkin juga mereka menyimpan niat tidak baik terhadap SPR.
    
Mengenai pengundi awal, beliau berkata pada Selasa lepas ia sebanyak 83.3 peratus iaitu 200,979 orang daripada 272,387 pengundi. - Bernama



Dakwat Kekal Tak Perlu Goncang?
Friday, May 3,2013 
  Pakar Kimia Dakwa Dakwat Kekal Tidak Perlu Digoncang, SPR Kantoi lagi ???
Selepas beberapa siri pendedahan pengundi awal yang membuktikan bahawa dakwat kekal yang digunakan dalam PRU kali ini mudah dipadamkan, SPR dalam satu kenyataannya mendakwa tatacara penggunaan dakwat itu tidak betul. Kononnya, dakwat itu perlu digoncang dalam tempoh tertentu sebelum boleh digunakan. Jika begitu mengapa petugas SPR tidak mengetahui hal itu?

Persoalan lain, adakah dakwat kekal yang digunakan oleh SPR ada dua jenis. Satu yang boleh dipadamkan, satu lagi yang tidak boleh dipadamkan dalam tempoh tertentu? Atau sememangnya dakwat kekal SPR memang mudah dipadamkan?

Namun, pendedahan pakar kimia di bawah ini dapat membidas alasan yang tidak masuk akal SPR:

[HD] Dakwat yang digunakan dalam pilihan raya lazimnya mengandungi 10 peratus, 14 peratus atau 18 peratus argentum nitrat AgNO3 (silver nitrate) yang larut. AgNO3 adalah hablur putih yang sangat larut dalam air, tanpa warna. Apabila terkena pada kulit manusia (misalnya), kita tidak akan sedar pada awalnya, tetapi apabila kering, tempat kena AgNO3 itu akan bertanda kehitaman. Hal ini kerana AgNO3 bertindakbalas dengan garam yang ada pada kulit membentuk AgCl yang tidak larut dan berwarna (juga denga cahaya ultraviolet). Warna kehitaman ini akan bertahan beberapa hari (bergantung kepada kandungan AgNO3 yg digunakan) dan akan hilang apabila sel-sel baru tumbuh (tisu kulit atau kuku) dan tisu lama (berwarna) hilang (gugur atau terhakis). Ia tak boleh di basuh dengan sabun, alkohol, nail polish remover atau bleach.


Dakwat kekal: Rakyat Malaysia sudah dua kali ditipu? — Nahar Md Nor



4 MEI — Kontroversi “dakwat kekal yang tidak kekal” yang berlaku semasa pengundian awal baru-baru ini telah menimbulkan sekali lagi persoalan tentang kredibiliti SPR serta ketelusan perjalanan pilihanraya di Malaysia. 

Ini merupakan kali kedua kontroversi dakwat kekal melanda PRU di Malaysia. Kali pertama adalah semasa PRU12, tahun 2008, di mana SPR telah mengumumkan pembatalan penggunaan dakwat kekal 3 hari sebelum berlangsungnya pengundian pada 8 Mac 2013 setelah berbelanja sebanyak kira-kira RM2.9 juta untuk membeli 48,000 botol dakwat.

Alasan yang diberikan pada masa itu adalah kerana terdapat parti-parti politik yang telah membeli dakwat kekal dari luar negara dan dijangka akan menyalahgunakannya untuk PRU12. Pada masa itu ramai yang tidak dapat menerima alasan tersebut namun terus memberi peluang kepada SPR.
Salah satu tuntutannya Bersih 2.0 adalah berkaitan penggunaan dakwat kekal. Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya) yang telah ditubuhkan oleh Parlimen juga telah mengesyorkan agar dakwat kekal digunakan dalam PRU13. SPR telah bersetuju untuk melaksanakan syor tersebut.

Namun semasa pengundian awal diadakan baru-baru ini, ternyata dakwat yang digunakan itu tidak kekal. Malah dengan mudah dihilangkan dengan menggunakan sabun biasa. SPR memberi alasan bahawa botol dakwat kekal tersebut telah tidak digoncang sebelum menggunakannya, maka ia tidak dapat berfungsi dengan baik. Keesokan harinya SPR mengadakan demonstrasi kepada wartawan bagi membuktikan dakwat itu kekal dan kali ini terbukti ia memang kekal.

Pelbagai persoalan timbul dengan episode terkini berkaitan dakwat kekal ini. Antaranya adalah:

Benarkah dakwat kekal tersebut perlu digoncang terlebih dahulu sebelum ia dapat berfungsi dengan baik?

Adakah dakwat yang digunakan semasa pengundian awal sama dengan dakwat yang digunakan semasa sesi demonstrasi kepada pemberita?

Seorang pakar kimia dalam penjelasan beliau menghuraikan bahawa dakwat kekal teersebut, dengan kandungan kimianya, sebenarnya tidak perlu digoncang untuk ia berfungsi dengan baik. Penjelasan beliau itu kini tersebar luas di laman social. Sekali lagi kredibiliti SPR dipersoalkan.

Tujuan utama kenapa Bersih 2.0 dan orang ramai mendesak agar dakwat kekal digunakan adalah kerana mereka ingin membenteras kejadian di mana seorang pengundi boleh mengundi lebih daripada sekali. Ini adalah sebahagiannya berpunca daripada keraguan orang ramai terhadap kebersihan senarai pemilih serta maklumat tentang usaha mengeluarkan kad pengenalan palsu bagi membolehkan sesorang itu mengundi lebih daripada sekali.

Kejadian semasa pengundian awal tersebut telah menjadikan penggunaan dakwat kekal pada PRU 13 ini sudah kurang bermakna. Ini adalah kerana tujuan utama penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan pengundian melebihi satu kali sudah tidak dapat dicapai sepenuhnya. Mereka yang mengundi awal masih berpeluang mengundi sekali lagi kerana dakwat yang dicalit ke tangan mereka tidak kekal. Meskipun SPR mengatakan bahawa kanta pembesar akan disediakan di pusat mengundi namun ia amat diragui samada pegawai bertugas dapat mengesan dakwat di jari tersebut. Malah amat tidak praktikal bagi pegawai tersebut untuk memeriksa setiap jari pengundi menggunakan kanta pembesar bagi mengesahkan samada ia telah mengundi atau belum.

Semua peristiwa ini menimbulkan pertanyaan: adakah memang SPR serta Umno dan BN amat tidak senang dengan penggunaan dakwat kekal ini kerana memang telah dirancang agar sebahagian pengundi awal akan mengundi semula pada 5 Mei 2013 nanti?

Jumlah pengundi awal adalah hampir tiga ratus ribu orang. Jumlah ini adalah signifikan dan kritikal memandangkan banyak kawasan parlimen dan DUN dijangka akan dimenangi dengan majoriti yang tipis. Sekiranya sebahagian pengundi awal ini dapat mengundi semula pada 5 Mei nanti maka mereka dapat memberi kesan yang agak signifikan kepada PRU13.

Dalam sidang media Bersih 2.0 semalam juga dibangkitkan tentang peristiwa membawa pengundi dengan pesawat dari Sabah dan Sarawak yang sangat meragukan. Juga dipersoalkan samada peristiwa ini, bersama peristiwa penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal semasa pengundian awal tersebut akan menjadikan PRU13 satu PRU yang tidak akan menzahirkan keputusan rakyat yang sebenarnya.

Tentang dakwat kekal ini, rakyat akan bertanya, apakah mereka telah ditipu dua kali berturut-turut? Dalam PRU12 dan PRU13. 

Takut juga pemerintah dengan dakwat kekal ini!
* Nahar Md Nor adalah Ahli Jawatankuasa Pusat, Pertubuhan IKRAM Malaysia.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

No comments:

Post a Comment