Pages

Friday, 21 June 2013

Akibat Angin Langkisau: Jalan Macalister masih ditutup...Menara Umno menyusahkan rakyat!

Jumaat, 21 Jun 2013
"Kita tak faham mengapa Umno awal-awal tak nak buat dan sekarang mereka sekali lagi telah susahkan rakyat,"katanya.
Jalan Macalister masih ditutup
Jalan raya di sekitar bangunan Menara Umno yang sebelum ini rosak teruk akibat kejadian runtuhan rod penebat kilat kini telah siap diturap.

GEORGETOWN - Kerajaan negeri kecewa dengan sikap pengurusan bangunan Menara Umno di Jalan Macalister di sini yang gagal menyiapkan kerja-kerja memperbaiki kerosakan bangunan itu dengan segera.

Ia mengakibatkan laluan di sekitar bangunan itu tidak boleh dibuka untuk kegunaan orang ramai sehingga hari ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, sebolehnya laluan itu ingin dibuka kepada orang ramai hari ini namun kegagalan pihak pengurusan bangunan berkenaan menyiapkan kerja-kerja memperbaiki bangunan yang rosak akibat kejadian runtuhan rod penebat kilat Khamis lalu menyebabkan kerajaan negeri tidak berani mengambil risiko untuk membuka laluan berkenaan.
"Saya amat kesal dengan Umno kerana mereka buat kerja pada saat akhir sehingga menyusahkan kepada orang ramai.

"Walaupun kerja-kerja di bahagian bawah telah siap sepenuhnya namun laluan ini tidak boleh dibuka gara-gara disebabkan mereka.Kita tidak mahu tragedi itu berulang lagi dan laluan ini hanya akan dibuka selepas semuanya selesai"katanya kepada media ketika meninjau lokasi berkenaan disini pagi tadi.

Guan Eng berkata, beliau telah berbincang dengan yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Datuk Patahiyah Ismail dan pihak jurutera yang terlibat untuk mengeluarkan notis kepada pihak pengurusan bangunan berkenaan selain meminta penjelasan berkenaan kelewatan kerja-kerja memperbaiki bangunan itu.

Katanya, sekiranya pihak pengurusan bangunan berkenaan gagal memberi alasan yang munasabah, pihak kerjaan negeri tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Semua yang terlibat dengan kerja-kerja memperbaiki kerosakan termasuk Perbadanan Bekalan Air (PBA), Telekom dan agensi-agensi lain boleh menyiapkan segera kerja mereka tetapi mengapa Umno tidak boleh siap?

"Kita tak faham mengapa Umno awal-awal tak nak buat dan sekarang mereka sekali lagi telah susahkan rakyat,"katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian dilokasi berkenaan mendapati kerja-kerja memperbaiki jalan yang rosak akibat kejadian runtuhan Khamis lalu kini telah siap sepenuhnya dan laluan itu boleh digunakan oleh orang ramai pada bila-bila masa sahaja.

Bagaimanapun, laluan berhampiran bangunan berkenaan masih lagi ditutup dengan kon menandakan ia tidak boleh lagi digunakan oleh orang ramai.

Turut kelihatan, kerja-kerja memperbaiki bangunan Menara Umno giat dijalankan oleh beberapa pekerja.

Ketua Pegawai Eksekutif JKP Sdn Bhd, Datuk Adzmi Ariffin ketika dihubungi berkata, kerja-kerja pembersihan sisa konkrit di bangunan itu telahpun disiapkan namun hanya tinggal kerja-kerja mengalihkan gondola dan sekurangnya 1 peratus sisa ‘metal cladding” yang masih berada di atas bangunan dan ia akan disiapkan hari ini.

"Saya akan pastikan kerja-kerja berkenaan akan disiapkan pada petang ini juga dan pada jam 3 petang saya akan membuat pemeriksaan bagi memastikan semuanya dah selesai.

"Sebaik selesai saya akan hubungi Ketua Menteri dan laluan yang masih ditutup akan dapat dibuka semula," katanya.

Angin langkisau penyebab ribut

Beliung Hancurkan Rumah Warga
GEORGETOWN - Kejadian angin kencang yang melanda Pulau Pinang lewat petang semalam disebabkan angin langkisau dari pembentukan kelompok awan kumulonimbus yang bergerak masuk dengan pantas ke kawasan daratan terutamanya di negeri ini.
   
Jabatan Meterologi Malaysia (JMM) dalam kenyataan petang ini berkata kejadian ribut petir yang berlaku selalunya disertai dengan hujan lebat dan angin langkisau yang bertiup kencang dan tidak menentu haluannya.
   
"Semasa kejadian ini, angin langkisau yang direkodkan ialah antara 60 hingga 70km/jam. Pada masa yang sama, angin kencang 40 hingga 50km/jam sememangnya telah berlaku terutamanya di kawasan perairan," menurut kenyataan itu.
   
Semasa kejadian itu, amaran angin kencang 40 hingga 50km/jam telah dikeluarkan oleh JMM pada 5 Jun lepas dan masih berkuatkuasa untuk perairan Pulau Pinang dan kawasan sekitarnya, katanya.
   
Lewat petang semalam, sebuah penebat kilat setinggi 20 meter yang terletak di atas Menara Umno di Jalan Macalister di sini, runtuh akibat angin kencang mengakibatkan jalan rosak selain menghempap beberapa kenderaan.
   
Insiden yang berlaku pada pukul 6.45 petang itu turut menyebabkan Jahir Sulaiman, 46, maut selepas lori yang dinaikinya bersama rakan sekerja dihempap penebat kilat berkenaan.
   
Sebanyak 21 kawasan di Pulau Pinang terlibat dalam kejadian ribut kencang itu iaitu lapan kawasan di daerah Timur Laut, Seberang Perai Tengah (dua), Seberang Perai Utara (10) dan Barat Daya (satu). - Bernama

No comments:

Post a Comment