Pendidikan Bukan Untuk Dijual!
DAP gesa kerajaan hapus PTPTN, beri pendidikan percuma
Zairil Khir Johari
Zairil juga kecewa kerana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) digunakan untuk membolehkan pihak berkepentingan menjadikan pengajian tinggi sebagai suatu perniagaan mengaut keuntungan semata-mata...
KUALA LUMPUR, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari kecewa dengan statistik prestasi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan IPTS negara yang dianggap indah khabar daripada rupa sedangkan Malaysia berhasrat menjadi hab pendidikan serantau.
“Semakan QS University Rankings: Asia – 2012 pula menunjukkan hanya Universiti Malaya menduduki tangga ke-35 yang disenarai antara 50 universiti terbaik di Asia,” katanya ketika membahaskan usul junjung kasih titah Yang Dipertuan Agong, di Parlimen, semalam.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar warga akademik (termasuk mahasiswa) diberi suara yang lebih dominan dalam pemilihan Naib Canselor sebagaimana yang diamalkan kebanyakan universiti terkemuka di dunia bukannya pelantikan berdasarkan kecenderungan politik.
Gambar Najwa Latif Masuk UNITAR Sambung Belajar Di IPTS
“Mengenai IPTS, saya menyambut baik tindakan Kementerian Pengajian Tinggi sebelum ini melaksanakan moratorium atau pembekuan terhadap permohonan baru IPTS awal tahun ini, namun khuatir dengan kualiti serta pemantauan IPTS sedia ada. Berdasarkan statistik, sehingga 30 November 2012, terdapat 37 universiti swasta, 20 kolej universiti swasta, tujuh kampus cawangan universiti luar negara dan sebanyak 414 kolej swasta di negara ini dan Menteri bertanggungjawab ketika itu, Datuk Seri Khaled Nordin sendiri mengakui bahawa terdapat tanda-tanda menunjukkan bahawa jumlah graduan yang dikeluarkan IPT adalah melebihi kehendak pasaran.“Lambakan siswazah kolej swasta ini berlaku kerana orientasi pengajian tinggi swasta berteraskan keuntungan dan mengabaikan kualiti. Hal ini terbukti apabila kementerian sendiri terpaksa menarik balik beberapa kelulusan kolej swasta yang meragukan,” ujarnya.
Berdasarkan statistik Kementerian Pengajian Tinggi menunjukkan bilangan staf akademik IPTS pada 2010 yang berkelulusan PhD hanya 2,449 orang. Kebanyakan staf akademik IPTS terdiri daripada lulusan Sarjana (14,344 orang), Sarjana Muda (11,228), Diploma (1,271) dan kelulusan lain (3,700).
“Saya menggesa kerajaan mempertimbangkan cadangan menstrukturkan semula pembiayaan pengajian tinggi dengan menghapuskan skim PTPTN dan diganti dengan pendidikan percuma. Namun, tindakan ini mesti disusuli usaha membaiki prestasi dan kualiti IPT agar hanya mereka yang benar-benar layak berada dalam IPTA, manakala mereka yang berkemampuan boleh memilih untuk ke IPTS yang dijamin kualitinya.
Sebelum mengakhiri ucapan, Zairil sempat memetik kata-kata Rendra dalam puisinya:
V.S Rendra
Seseorang berhak diberi ijasah dokter,Dianggap sebagai orang terpelajar,
Tanpa diuji pengetahuannya akan keadilan.
Dan bila ada tirani merajalela,
Ia diam tidak bicara,
Kerjanya cuma menyuntik saja.
Bagaimana? Apakah kita akan terus diam saja?
Mahasiswa-mahasiswa ilmu hukum dianggap sebagai bendera-bendera upacara,
Sementar hukum dikhianati berulang kali.-Roketkini.com
No comments:
Post a Comment