Kos Hari Belia yang ada "ARE U READY FOR PSY..!!" ialah RM55juta..
PULAU PINANG: Kenapa Kementerian Belia dan Sukan sanggup membelanjakan RM55 juta untuk penganjuran Hari Belia 2012 walhal banyak lagi keperluan yang perlu diberikan keutamaan untuk membaiki kehidupan rakyat, soal Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong.
Menurut Steven, dari jumlah tersebut kontraktor terlibat telah menuntut RM10.6 juta untuk kos perkhidmatan, bekalan dan RM2.04 juta lagi untuk bayaran memjemput artis K-Pop dari Korea.
"Menteri Belia dan Sukan yang baru, Khairy Jamaludin kena perjelaskan keadaan sebenar kenapa ianya begitu tinggi walhal untuk tajaan awalan hanyalah RM15 juta. Macamana boleh terjadi begitu sehingga boleh mencapai RM12 juta lagi peningkatan," ujarnya dalam kenyataan yang diemailkan ke Harakahdaily.
Jika benar peruntukan sebanyak itu dilaksanakan selama lima hari, bermakna Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membelanjakan purata RM11 juta sehari, kata Steven Sim.
Kemungkinan tegasnya, wang sebanyak itu disalah gunakan untuk Pilihanraya Umum Ke 13 selari dengan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu pelancaran Hari Belia 2012 mengiyakan BN mengambil kesempatan menabur propaganda bagi meraih undi anak muda.
Baru- baru ini tambah Steven Sim, beliau didatangi seramai 43 orang cacat penglihatan dari Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Minyak yang tidak lagi dapat menikmati pemberian Brailler seperti dahulu. Ianya menyulitkan mereka untuk belajar selepas waktu persekolahan.
"Bukan itu sahaja malahan perbelanjaan Hari Belia 2012 boleh menampung wang RM50 ribu kemasukan 1000 pelajar ke kolej swasta dalam jurusan undang-undang," kata beliau lagi.KLN
No comments:
Post a Comment