Tidak ada individu yang boleh dikasari, dipukul atau dicederakan hanya semata-mata individu tersebut hanya suspek menghina Islam.
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius kes seorang pemuda bukan Islam yang yang diculik, dikasari dan diconteng dengan kata-kata ‘saya hina Islam’ baru-baru ini.
Beliau tampil dengan menafikan telah menghina Islam, sebaliknya beliau menjadi mangsa oleh yang telah menangkap dan menconteng kata-kata tersebut di badannya untuk mengelirukan individu yang mahu membantunya.
“DPPM menganggap kejadian ini sebagai suatu jenayah yang tidak boleh diterima dalam masyarakat,” ujar Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil.
Katanya, apa yang lebih dikesali adalah penjenayah menjadikan isu agama sebagai bahan untuk menghalalkan tindakan mereka dengan menjadikan bukan Islam sebagai sasaran mereka.
Beliau berkata, sekumpulan pemuda yang memukul dan mencederakan Ng Mun Tatt sebenarnya telah menjatuhkan maruah agama Islam serta menghina agama yang suci ini.
Menurutnya lagi, sama ada mereka beragama Islam atau tidak, mereka telah menjadikan masyarakat memandang serong dan menaikkan kemarahan masyarakat terhadap agama Islam.
“Mereka ini sebenarnya wajar ditangkap dan diadili dengan hukuman setimpal kerana merosakkan kemuliaan agama Islam serta perpaduan masyarakat di negara ini,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau berkata, setiap warga negara sama ada beragama Islam mahupun tidak perlu dibela selama mana mereka menghormati nilai keamanan dalam negara ini.
Tambahnya, tidak ada individu yang boleh dikasari, dipukul atau dicederakan hanya semata-mata individu tersebut hanya suspek menghina Islam.
“Islam menghormati amalan agama lain sebagaimana itu juga yang dituntut oleh penganut agama lain terhadap Islam,” ujarnya lagi.
“Pasangan ini dengan jelas menyatakan kebencian dan penghinaan terhadap agama Islam serta kemuliaan bulan Ramadhan melalui laman sosial dan mereka wajar dihadapkan ke mahkamah atas tindakan mereka,” katanya.
Justeru, tambah beliau DPPM mengharapkan mangsa agar bersabar dan menganggap kejadian itu sebagai suatu jenayah kejam oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan.
DPPM juga, ujarnya mengingatkan agar tidak ada pihak yang mengambil kesempatan di atas isu yang berlaku sehingga mengheret isu agama dalam perbuatan jenayah mereka.Harakahdaily.
Gambar Ng Mun Tatt Lelaki Hina Islam Dibogelkan Dan Dipukul
Punca Sebenar Kejadian
Gagal bertindak ke atas Ibrahim bukti hina agama lain dibenar
KUALA LUMPUR, 19 JULAI: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengecam kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Abdul Rahman Dahlan yang rasis dan melampau terhadap ‘hak’ Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang mengancam untuk membakar kitab Bible.
“Saya tidak boleh terima kenyataan seorang yang rasis dan pelampau seperti Ibrahim mahu membakar Bible sebagai usaha untuk membetulkan kitab itu sebagaimana orang bukan Islam tidak sepatutnya dibenarkan membakar kitab suci agama lain.
“Tidak ada sesiapa menerima logik dan rasionalnya kenyataan Abdul Rahman itu apabila Ibrahim menyuruh bakar kitab Bible yang mengandungi kalimah ‘Allah’ berbanding kes pasangan blogger lucah Alvin Tan dan Vivian Lee kerana menyinggung perasaan umat Islam,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, DAP menyokong tindakan terhadap pasangan blogger terbabit kerana mereka menghina agama lain, namun mengapa ancaman seseorang yang anti-bukan Islam dan anti-bukan Melayu seperti Ibrahim tidak boleh dihukum dengan cara serupa kerana menggugat keharmonian antara agama.
Ahli Parlimen Bagan itu juga anggapan Abdul Rahman bahawa ancaman Ibrahim untuk membakar Bible sebagai normal jelas memperlihatkan kedua-duanya berkongsi pemikiran yang anti-bukan Islam dan jelas mengkuburkan konsep 1Malaysia Perdana Menteri.
“Jelas sekali BN mengamalkan ‘double standard’ serta pendakwaan terpilih dengan hanya menghukum kenyataan anti-Islam tetapi bukan kenyataan anti-bukan Islam.
“Bolehkah ahli Kabinet, terutamanya menteri yang bukan beragama Islam, menerima pandangan Abdul Rahman yang rasis dan melampau bahawa penghinaan terhadap agama lain adalah sesuatu yang normal,” katanya.-Roketkini.com
No comments:
Post a Comment