Pakatan Rakyat sokong Bersih 4.0: Mimpi NGERI Najib sedang menanti...
KUALA LUMPUR 14 Julai: Pakatan Rakyat amnya menyokong penuh kenyataan Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga untuk menganjurkan Himpunan Bersih 4.0 sekiranya persempadanan semula dilakukan tanpa pembersihan daftar pemilih.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, selain isu daftar pemilih, sehingga hari ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan mengakui penipuan dilakukan pada pilihan raya umum lalu, termasuk isu penggunaan dakwat kekal.
Menyokong tindakan sama, Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berpendapat himpunan Bersih 4.0 wajar bagi memastikan SPR terus ditekan sehingga daftar pemilih yang kotor dibersihkan.
“Kalau tidak, selepas sepuluh kali pilihan raya pun SPR tetap memberi alasan yang sama apabila ditanya mengenai senarai daftar pemilih yang bercelaru dan meragukan.
Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Dato’ Ngeh Koo Ham yakin DAP akan menyokong himpunan itu bagi menuntut hanya pengundi yang sah didaftar sebagai pengundi.
“SPR tidak boleh memberi alasan proses ini sukar dilaksanakan kerana kerajaan mempunyai banyak agensi dan jabatan yang boleh membantu,” ujar Pengerusi DAP Perak itu.Posted by Shalehudin at 12:01 AM
No comments:
Post a Comment