Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi) bertukar kepada menikmati ketupat, rendang dan karipap.
Nampaknya Bak Kut Teh tidak mendapat sambutan yang baik di kalangan umat Islam di Malaysia kerana statusnya yang tidak Halal. Oleh sebab itu, kami telah mengubahsuai poster berbuka puasa kami untuk memaparkan elemen-elemen juadah yang lebih tradisional dan digemari ramai. Kami meminta maaf kerana menyinggung perasaan umat Islam di Malaysia dengan perbuatan kami yang kurang sensitif.
Salam 1Malaysia!
-Sahabatmu, Alvin dan Vivian
Penulis blog berunsur seks, Alvin Tan dan Vivian Lee, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Alivi' tiba di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada pukul 10.45 pagi Isnin untuk memberi keterangan mengenai tindakan mereka memuat naik gambar yang mempersenda bulan Ramadan dan umat Islam di negara ini.
Pasangan Persenda Ramadan Tiba Di SKMM Beri Keterangan
KUALA LUMPUR: Pasangan yang mempersendakan Ramadan, Alvin Tan dan Vivian Lee tiba di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Bangunan Sultan Abdul Samad pada pagi Isnin bagi memberi keterangan.
Mereka yang dikenali sebagai 'Alvivi' sepatutnya memberi keterangan di pejabat SKMM pada pukul 10 pagi tetapi tiba lebih lewat iaitu kira-kira pukul 10.45 pagi.
Pasangan itu tidak memberi sebarang komen kepada media apabila memasuki pejabat tersebut dan dibawa ke bilik siasatan oleh beberapa pegawai.
Pada Khamis, mereka memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)... wangi, enak dan menyelerakan' di laman Facebook mereka.
Tidak cukup dengan itu, mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.
Tindakan itu menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia kerana sikap mereka yang tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat Islam dan diberi amaran oleh SKMM.
Mereka turut memadamkan posting tersebut selepas dikecam hebat dan memuat naik gambar terbaharu mereka sedang menikmati ketupat, rendang dan karipap.
Posted by Shalehudin at 2:27 PM
Remaja di cekup di pesta buih
Keruntuhan akhlak muda-mudi masa kini.Siapa yang hendak kita salahkan? Bincangkan
No comments:
Post a Comment