Pages

Saturday, 13 July 2013

Tentera Israel tahan kanak-kanak 5 tahun kerana baling batu...

Ahad, 14 Julai 2013
TENTERA Israel dituduh menahan seorang kanak-kanak Palestin berusia lima tahun secara tidak sah...
Tentera Israel tahan kanak-kanak 5 tahun kerana baling batu - Terbakor
TENTERA Israel telah dituduh menahan seorang kanak-kanak Palestin berusia lima tahun secara tidak sah kerana membaling batu di bandar West Bank, Hebron.
Kumpulan hak asasi manusia Israel, B’Tselem berkata, kanak-kanak tidak boleh ditahan kerana umur penjenayah yang layak untuk bertanggungjawab di Israel adalah 12 tahun.

Rakaman video menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki dibawa menaiki kenderaan tentera diiringi seorang lelaki Palestin.

Menurut tentera, kanak-kanak lelaki itu telah mengancam orang yang lalu lalang dan tentera tersebut hanya mengiringi kanak-kanak itu kepada ibu bapanya.
B’Tselem berkata askar Israel menahan Wadi Maswadeh selepas dia membaling batu, Selasa lalu.
Kumpulan berkenaan juga berkata, pihak tentera turut menjemput ayah Maswadeh dan membawa mereka ke pangakalan tentera dan menahan mereka selama 30 minit.
Ayahnya telah ditutup mata dan digari. Menurut pegawai rasmi tentera yang dipetik dari Associated Press, tindakan itu kerana ayah Maswadeh berada di pangkalan tentera.
Kedua-duanya diserahkan kepada polis Palestin dan dibebaskan kemudian.
Mengulas mengenai kejadian itu, tentera Israel berkata, “…kanak-kanak itu tidak ditahan dan tiada dakwaan difailkan.”
Katanya, lebih 150 penduduk Israel cedera dalam kejadian baling batu antara Januari hingga Mei tahun ini.
Informasi Busuk.

No comments:

Post a Comment