Pages

Tuesday, 16 July 2013

TPPA jadikan Malaysia hamba AS - Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff

Rabu, 17 Julai 2013

TPPA: DEMO DAN PERARAKAN DARI MASJID WILAYAH KE PEJABAT MITI 19 JULAI 2013
Kenyataan Terbuka
16 Julai 2013

TPPA: DEMO DAN PERARAKAN DARI MASJID WILAYAH KE PEJABAT MITI 19 JULAI 2013

Demi memastikan tanahair tidak lagi dijajah dalam bentuk yang baru, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama pelbagai NGO dan kumpulan anak muda menyeru orang ramai khususnya warga kota bagi menyertai satu protes bantahan terhadap Perjanjian TPPA pada 19 Jun ini di Masjid Wilayah, Jalan Duta.

Protes demonstrasi turut merangkumi satu aksi perarakan dari Masjid Wilayah ke Ibu Pejabat Kementerian Perdagangan Luar Negeri (MITI) bagi menghantar sebuah memorandum bantahan.

Perjanjian TPPA yang telah dibincangkan secara rahsia selama ini, harus disekat kerana didapati bakal memberi kesan negetif yang besar terhadap rakyat dari pelbagai sudut termasuklah soal kedaulatan negara. Maka SAMM ambil tanggungjawab mobilisasi dan menggesa semua anak muda ayuh bersama dalam aksi kali ini, dengan maklumat berikut;

Tarikh: 19 Julai 2013 (Jumaat)
Masa: 2.00pm (lepas solat)
Lokasi: Masjid Wilayah, Jalan Duta
Perarakan: Masjid Wilayah - Ibu Pejabat MITI

SAMM mengalu-alukan penglibatan lebih banyak pihak dalam demonstrasi yang mencabar ini, semua pihak harus bersatu mempertahan kedaulatan negara dari penjajahan baru ini. Kita harus tunjukkan kepada dunia satu signal penolakkan yang besar terhadap perjanjian yang menjadi 'jerangkap samar' kepada negara yang menyertai TPPA.

The Trans-Pacific Partnership
 "Apakah kita ingat ekonomi negara kita sekukuh ekonomi Jepun, Singapura, Taiwan atau Korea untuk bersaing secara terbuka dengan kuasa besar ini?"
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dalam bentuknya sedia ada didakwa akan menjadikan Malaysia sebagai hamba Amerika Syarikat, melainkan Malaysia mampu bersaing dengan kekuatan kuasa besar itu. 

"Apakah kedudukan kita sekarang sudah mampu untuk kita bersaing dengan kuasa besar ini?
"Apakah kita ingat ekonomi negara kita sekukuh ekonomi Jepun, Singapura, Taiwan atau Korea untuk bersaing secara terbuka dengan kuasa besar ini?" soal pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff (kanan).
Menulis di laman Facebook beliau, Agus memetik pandangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan TPPA sebagai "perkongsian yang tidak sama rata" kerana "kaki dan tangan kita akan terikat".

Malah, Dr Mahathir (bawah) juga berkata, perjanjian itu akan mewujudkan keadaan tiada kawalan modal,sekali gus menyebabkan negara ini dijajah lagi, menurut Agus.
NONE
"Kita mungkin tidak bersetuju dengan Dr Mahathir dalam beberapa hal, tetapi dalam kes TPPA, kita perlu bersetuju dengan pandangan beliau bahawa TPPA adalah neokolonialisme, penjajahan bentuk baru yang perlu ditentang," katanya.

Sambil mengakui perjanjian itu boleh meningkatkan eksport negara, Agus membayangkan keadaan monopoli ubat yang mungkin berlaku sehingga rakyat Malaysia tidak mampu dan terpaksa kembali kepada perubatan tradisional dan jampi serapah.
Rundingan TPPA kini memasuki pusingan ke-16 di Sabah bermula semalam hingga 25 Julai ini sebelum dimuktamadkan pada Oktober nanti.

"Saya harap kerajaan akan mengambil keputusan yang tepat mengenai TPPA ini supaya negara kita tidak mengalami kerugian dan rakyat tidak terus terbeban dengan kenaikan kos hidup yang tidak perlu," katanya.Mk.

No comments:

Post a Comment