Penyunting Buku ‘Awakening: The Abdullah Years In Malaysia’
James UH Chin
- Professor of Political Science and Head of School
Ph.D. (Victoria University of Wellington, NZ)
BA Hons. (University of Sydney, Australia)
B.A. (University of Adelaide, Australia)
Professor Chin’s current research interests include minority rights, elections, democratisation and good governance issues. He deals mainly with ASEAN countries (especially Malaysia, Brunei and Singapore) and the South Pacific Rim (especially Papua New Guinea, Fiji and Solomon Islands). He used to be a financial journalist in Singapore. Prior to his appointment at Monash, he was head of a business school and director of a research institute.
Prof. Bridget Welsh
Prof. Bridget Welsh (Singapore Management University), leading participants through "Communities, societies and governments across Asia", as the first of the three courses of the USI-SMU joint session.
Perlancaran buku paklah ditangguh sebab ada orang panas telinga...
Pelancaran buku Awakening ditangguh
Oleh: Wartawan Sinar Harian Tarikh: August 11, 2013
PETALING JAYA - Pelancaran buku ‘Awakening: The Abdullah Years In Malaysia’ ditangguh sehingga diberitahu kelak kerana 'pempolitikan' dalam laporan media.
Prof James UH Chin yang menyunting buku itu bersama Prof Bridget Welsh berkata, kelewatan pelancaran itu yang pada mulanya ditetapkan 16 Ogos ini, bagi mengelakkan salah faham berterusan.
“Media telah tersilap dengan melabelkan buku tersebut sebagai “Buku Pak Lah”. Ini tidak betul. Ia merupakan koleksi pelbagai pandangan yang kebanyakannya agak kritikal dalam tempoh perkhidmatan beliau,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama, semalam.
James dan Welsh berkata, sambutan media untuk buku itu tidak dijangka, dengan tumpuan diberikan pada bahagian sensasi terutama temubual bersama Abdullah.
Mereka juga menegaskan bahawa mereka tidak pernah diminta untuk melambatkan penyiaran buku, sebelum atau selepas mana-mana pilihan raya.
“Tanggungjawab kelewatan ini terletak kepada editor, kerana kita berurusan dengan banyak penerbit, percetakan dan percanggahan permintaan profesional,” katanya.
James dan Welsh menggesa media dan komuniti blog supaya bertindak secara bertanggungjawab dan membaca buku itu sebelum membuat penilaian.
Mereka berkata buku itu terkandung perspektif daripada penyumbang daripada semua pihak dan jurang politik serta daripada pemerhati akademik.
“Kami berusaha untuk mempunyai koleksi seimbang dan sebahagian daripada keseimbangan adalah memberi ruang kepada Pak Lah sendiri untuk bercakap tentang dirinya dalam tempoh perkhidmatan beliau,” kata mereka.
Posted by Kedah Lanie at 11:22 AM
PANAS - Nurul Izzah Akan Panaskan Lagi Perbalahan Pak Lah Dan Mahathir..?
Keghairahan orangramai bercakap mengenai buku Pak Lah, Awekening, The Abdullah Badawi Years In Malaysia dijangka bertambah hangat apabila tersebar berita bahawa pelancaran buku itu di Singapura akan dilakukan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada 30 Ogos depan.
Nurul Izzah sendiri hari ini dllaporkan telah mengesahkan persetujuan untuk menerima jemputan bagi melancarkan buku itu.Di Malaysia pula, buku ini akan dilancarkan oleh Pak Lah sendiri.
Pada mulanya majlis pelancarannya dijadualkan akan diadakan seminggu selepas Hari Raya Aidil Fitri tetapi memandangkan kesihatan Pak Lah yang tidak begitu mengizinkan, majlis itu dikatakan telah ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.
Pak Lah sebelum ini disahkan mengidap radang pada kakinya dan telah menerima rawatan di IJN. Beliau juga didapati hadir dalam beberapa majlis dengan berkerusi roda. Dipercayai keadaan kakinya yang belum pulih sepenuhnya menjadikan majlis pelancaran itu ditangguhkan.
Dalam bukunya ini, Pak Lah antaranya menjawab beberapa persoalan mengenainya dirinya, terutamanya yang dilemparkan oleh Mahathir selama bertahun-tahun ini, pandangannya mengenai Mahathir yang disifatkannya manusia penuh kontradiksi, mengenai perubahan dalam UMNO, kehilangan majoriti dua pertiga BN dalam pilihanraya 2008, juga mengenai menantunya, KJ yang dipertahankannya sebagai tidak pernah canpurtangan dan mempengaruhinya dalam urusan kerajaan serta berbagai lagi.
Terbitanya buku ini menjelang pemilihan UMNO pada 5 Oktober depan di mana KJ sudah dilantik menganggotai kabinet Najib sebagai Menteri Belia dan Sukan, sementara Mahathir pula masih kekal mahu menunjukkan pengaruhnya dalam UMNO, tentunya akan menimbulkan pelbagai tafsiran mengenai tujuan dan masa buku ini dikeluarkan.
Mahathir pula ketika ditanya wartawan mengenainya komennya mengenai buku Pak Lah ini, mengambil sikap tidak mahu mengulasnya lagi kerana belum membacanya serta ingin mengkaji kanduangannya terlebih dahulu.Ini merupakan sesuatu yang jarang dilakukan oleh Mahathir.
Biasanya beliau tidak melengah-lengahkan untuk memberi ulasan sesuatu perkara yang dikaitkan secara langsung mengenainya.Tetapi berbeza dengan serangan Pak Lah melalui bukunya ini.
Ia seperti membuatkan Mahathir perlu berhati-hati sebelum memberikan sebarang komennya atau barangkali Mahathir dapat merasakan ada sesuatu disebalik terbitnya buku ini.KJ pula, walaupun dipertahankan oleh Pak Lah, turut keberatan untuk memberi komennya atas alasan juga belum membacanya.
Sementara orangramai merasakan buku ini akan menghangatkan kembali perbalahan antara Mahathir dan Pak Lah yang pernah tercetus sebelum ini, nampaknya ia kini memasuki episod yang lebih menarik apabila Nurul Izzah, anak kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan melancarkan pula buku itu di Singapura.
Biasanya buku mengenai mana-mana individu ternama akan dilancarkan oleh individu itu sendiri atau tokoh lain yang setaraf atau lebih tinggi daripadanya. Barangkali juga ini merupakan kali pertama buku mengenai seorang Perdana Menteri dilancarkan oleh individu daripada parti yang berbeza dengan tokoh tersebut.
Ternampak Nurul Izzah sangat istimewa dalam hal ini?Sebagaimana Pak Lah yang berbalah dengan Mahathir, Anwar juga turut berbalah dengan Mahathir sejak dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998 dan ia berterusan sehingga ini.
Pak Lah pula, walaupun dipilih untuk menggantikan Mahathir tetapi telah mengambil keputusan membebaskan Anwar dari penjara yang dilihat sebagai antara punca bermulanya kemarahan Mahathir kepada Pak Lah.
Beberapa isu lain yang turut disebut sebagai punca kemarahan Mahathir seperti pembatalan projek landasan berkembar dan Jambatan Bengkok serta pengaruh KJ dalam pentadbiran Pak Lah sebenarnya dilihat oleh banyak pihak hanyalah isu sampingan semata-mata kerana punca utamanya ialah pembebasan Anwar dari penjara kerana Mahathir menjangkakan apabila Anwar terus dipenjarakan, karier politiknya juga akan turut terpenjara untuk selama-lamanya.
Jika dulu Pak Lah membebaskan Anwar dari penjara, kini anak Anwar pula melancarkan buku Pak Lah. Walaupun Anwar dan Pak Lah berada dalam parti yang berbeza, begitu juga dengan Nurul Izzah, kebersamaan mereka ialah mempunyai musuh politik yang sama iaitu Mahathir.
Apakah di majlis pelancaran di Singapura itu nanti, Pak Lah akan turut hadir dan duduk sebelah-menyebelah dengan Nurul Izzah?Sebagaimana biasanya orang yang melancarkan buku, ia tentunya akan memuji kandungan buku tersebut, apakah kali ini Pak Lah akan menerima pujian yang sama daripada Nurul Izzah atau sengaja ingin menunjukkan kepada dunia bagaimana anak seorang Ketua Pembangkang Malaysia yang juga musuh politik Mahathir akan melontarkan pujian kepadanya pula?
Memandangkan kandungan buku itu turut mengkritik Mahathir, apakah Nurul Izzah juga akan turut mengkritik Mahathir dalam ucapan pelancarannya nanti?Oleh kerana majlis itu diadakan di Singapura, biasanya liputannya akan tersebar luas seantero dunia dan impaknya kepada Mahathir, Pak Lah serta Anwar tentunya akan menghasilkan kesan yang berganda.
Berbagai persoalan boleh timbul apabila Nurul Izzah disahkan akan melancarkan buku Pak Lah ini. Mungkinkah ia merupakan titik awal percantuman dua entiti sahabat untuk menyerang musuh yang sama?
Sebagaimana Mahathir masih berdiam diri dan enggan memberi ulasan mengenai buku Pak Lah ini, pengesahan bahawa Nurul Izzah pula akan melakukan majlis pelancarannya, ia tentunya akan menyebabkan suhu badan bekas Perdana Menteri paling lama itu turut naik dengan mendadak selepas ini.Mungkin nanti ulasan Mahathir mengenai buku ini turut berjela-jela jadinya.
- shahbudin
Aspan Alias Menulis...
'The awakening': Peluang mentelaah sejarah pimpinan UMNO (preamble)
Perihal ‘The awakening: Abdullah Badawi years in Malaysia’ yang diterbitkan oleh professor James UH Chin dan Bridget Welsh itu sudah mula membawa bahangnya dengan begitu ramai yang memberikan komen negatif terhadap Abdullah. Ia menjadi panas kerana buku itu dikeluarkan serta diterbitkan semasa perhimpunan agung UMNO yang sangat besar akan berlangsung tidak berapa lama lagi. Ramai berpendapat penerbitan buku ini merupakan satu sau isu politik dalaman UMNO kerana ia dilancarkan semasa perhimpunan agung UMNO semakin hampir.Tetapi isunya bukan siapa yang menulis dan hal siapa yang ditulis dalam buku itu. Isunya sekarang apa yang disebut oleh Abdullah dalam temubual yang di selitkan didalam buku tersebut. Dalam temubual itu Abdullah telah memberikan pandangan peribadi beliau tentang apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir terhadap beliau (Abdullah). Abdullah hanya menjawab bagaimana beliau dibenci dan tidak disukai oleh Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri, sebagai pengganti kepada Dr Mahathir yang telah ‘meraja’ selama 22 tahun di negara kita ini.
Yang lebih menarik lagi bagaimana setelah berjaya menurunkan Hussein Onn, Dr Mahathir telah berjaya menurunkan pengganti beliau sendiri, iaitu Abdullah Badawi setelah beliau meletakkan Abdullah sebagai penggantinya. Pendeknya Dr Mahathir dalam sejarah politik beliau hanya pandai menjatuhkan pemimpin termasuk yang telah memilih beliau dan yang menjadikan beliau sebagai pemimpin besar negara.
Dalam masa beliau berkuasa beliau tidak mempunyai selera dan kemahuan untuk membina kepimpinan negara kerana beliau lebih tertumpu kepada memelihara kedudukan dan kemudahan beliau sendiri diatas ‘penyeksaan’ pihak yang lain. Beliau berbeza dengan Tun Abdul Razak yang telah membina dan mendidik ramai pemimpin yang berkualiti untuk negara bagi menerajui negara dalam jangka masa yang panjang.
Tetapi Dr Mahathir ingin menggunakan masa yang panjang itu untuk kegunaan dan kepentingan beliau sendiri. Justeru negara telah menghadapi ketandusan kepimpinan yang tidak mungkin dapat diselesaikan jika tidak ada kemahuan dari ahli-ahli UMNO untuk melakukannya. Jika ramai pun dikalangan ahli-ahli UMNO mahukan perubahan mereka tidak pun memahami apa yang hendak diubah. Budaya yang terbentuk dari zaman Dr Mahathir sehingga sekarang ini tidak memungkinkan UMNO itu mampu diubah dan di lakukan transformasi terhadapnya.
Kalau diteliti dengan halus lagi kita akan mendapat jawapan bagaimana tanggungjawab diberikan kepada mereka yang tidak mahir ahlinya. Saya pernah menulis beberapa minggu lalu yang UMNO itu sudah hilang punca kepimpinannya sehinggakan mereka yang diberikan tanggungjawab besar itu adalah orang yang tidak berkemampuan. Saya memberikan anologi sebagai menempah songkok dari tukang kasut atau menempah kasut dari tukang songkok.
Apa yang berlaku terhadap Abdulah itu sebenarnya hanya lah sekelumit dari masalah yang Abdullah dan ramai yang lain menghadapinya. Untuk memahami dengan lebih terang elok kita mulakan mengikuti sedikit rentetan sejarah yang menyebabkan Dr Mahathir menjadi PM dan apa-apa yang terhasil dari beliau menjadi PM Yang paling lama dalam rantau ini.
Tidak salah jika saya katakan jika kita mengkritik Abdullah dan Najib, ia bermakna kita mengkritik Mahathir sendiri kerana kedua-duanya ini adalah pemimpin ciptaan Dr Mahathir. Tentunya apa-apa yang di cipta oleh penciptanya itu adalah taggungjawab penciptanya jika ada kesalahan dan kesilapan yang terhasil dari yang diciptanya itu.
Kita elok membuat sedikit rentetan dari waktu sebelum Dr Mahathir menjadi PM dahulu agar lebih mudah kita memahami kenapa perkara-perkara seperti yang di sebut oleh Abdullah itu berlaku dan kenapa ia berlaku kepada Abdullah.
DAN kita akan lebih memahami kenapa Najib sekarang seolah-olah akan menghadapi masalah seperti yang dihadapi oleh Abdullah dahulu.
(bersambung)
Posted by Aspan Alias at 09:45
pewarismelayu.blogspot.com
No comments:
Post a Comment