Pages

Tuesday, 17 September 2013

Aziz Bari: Penuhi perjanjian dengan Chin Peng - "Berhentilah dari memanipulasi emosi veteran tentera dan polis...

Selasa, 17 September 2013
Perjanjian damai 1989 boleh ditafsir iktiraf komunis- Aziz Bari

Terima kenyataan atau diam sahajalah...
Pakar perlembagaan Aziz Bari berkata kerajaan sepatutnya memenuhi janji yang telah dimeterai dengan Parti Komunis Malaya dan tidak menangguk di air yang keruh dalam isu kematian bekas pemimpin parti tersebut, Chin Peng, untuk manfaat politik.

Menurutnya, kerajaan akan kehilangan kewibawaan jika mereka terus mungkir janji dengan PKM.

Beliau mengingatkan kerajaan bahawa gencatan senjata pada tahun 1989 di antara kerajaan dan Parti Komunis Malaya (CPM) ditandatangani di antara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri dalam negeri serta IGP pada masa itu.
"Berhentilah dari memanipulasi emosi veteran tentera dan polis. Terima kenyataan atau diam sahajalah," kata bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkeras agar mayat Chin Peng tidak disemadikan di Malaysia.
Khalid semalam turut mengumumkan bahawa semua sempadan sedang dikawal bagi memastikan mayat Chin Peng tidak diseludup ke ke dalam negara.

Katanya, Chin Peng bertanggungjawab terhadap kematian banyak anggota polis dan tentera sewaktu darurat.
Mk.

No comments:

Post a Comment