KUALA LUMPUR 17 SEPTEMBER: Tribunal Rakyat, sebuah inisiatif Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih 2.0) akan bermula dari 18 hingga 22 September 2013 bertempat di Throne Room, Hotel Empire, Subang Jaya.
Menurut kakitangan Bersih 2.0, Mandeep Karpall, orang ramai dialu-alukan untuk hadir mengikuti prosiding yang tidak mengenakan sebarang bayaran.
Tambahnya, Tribunal Rakyat turut disiarkan secara langsung melalui radio rasmi Tribunal Rakyat di pautanwww.radiobangsarutama.com.
“Prosiding Tribunal Rakyat akan bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang dari 18 hingga 22 September,” kata Mandeep kepada Keadilandaily.
Tribunal Rakyat akan membuktikan secara muktamad sama ada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) dijalankan dengan bebas dan adil.
Tribunal ini berperanan mengkaji, menyiasat, menilai laporan tentang aduan yang diterima atau diajukan tentang perkara yang berlaku menjelang dan semasa PRU-13 diadakan.
Enam anggota tribunal, masing-masing terdiri daripada tiga wakil luar negara dan tempatan akan mengendalikan prosiding
Tiga individu dari luar negara ialah bekas Wakil Khas Setiausaha Agung PBB di Kemboja, Yash Pal Gai, bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia, Ramlan Surbakti dan Kraisak Choonhavan, bekas Presiden ASEAN Inter-Parliamentary Myanmar Caucus (AIPMC).
Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan, boleh menghubungi sekretariat penganjur di talian 03-77844977 atau melalui emel di alamat bersih.tribunal@gmail.com
NOTA
layari radio bangsar utama
untuk mengikuti siaran terus menerus
mahkamah rakyat tentang penipuan pru13
www.radiobangsarutama.com
DICATAT OLEH TUKAR TIUB PADA 8:30:00 PTG
No comments:
Post a Comment