Ustaz Abu Bakar Husein, DS Nizar, Ngeh Koo Ham hadir memberi sokongan moral...
Ustaz Abu Bakar Husein,DS Nizar, Ngeh Koo Ham memberi sokongan moral kepada 13 orang yang didakwa atas kes demo membantah rampasan kuasa PERAK 2009 ,sebelum Hakim Mahkamah Sesyen, Kuala Kangsar ,jatuh hukum.
SISI BUKIT
Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) hari ini melancarkan tabung bagi membantu keluarga 13 peserta demonstrasi
Mereka dibicarakan dan didapati bersalah kerana menyertai demonstrasi di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan semasa dalam Ops Bubar Perak pada 6 Februari 2009.
"DMPP sebagai tanda solidariti dan zahirkan keprihatinan melancarkan tabung segera ini bagi meringankan beban keluarga mereka yang pasti belum bersedia menerima keputusan ini.
"Rata-rata mereka isteri tidak bekerja dan anak-anak masih bersekolah. Sokongan dan kasih sayang semua sangat diharapkan," kata Ketua Penerangan DMPP, Aiman Athirah Al-Jundi.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank DMPP 564025400711.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui Whatsapp: 0192135353 atau email psu1.dmpp@pas.org.my
Menurut Aiman juga, DMPP terkejut dengan keputusan hakim yang tidak membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman malah terus digari dan dibawa ke Penjara Tapah.
Posted & copy by Rakyat Marhaen at 9/13/2013 07:05:00 PTG
No comments:
Post a Comment