Facebook Tanda Putera mohon maaf kepada Kit Siang berhubung gambar kencing
Permohonan maaf secara terbuka kepada Kit Siang yang dimuat naik di Laman Facebook Tanda Putera, Jumaat.
Laman Facebook rasmi filem kontroversi Tanda Putera hari ini memohon maaf secara terbuka berhubung gambar dikatakan Lim Kit Siang kencing di tiang bendera rumah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris, selepas setahun kesilapan itu berlaku.
Pihak pentadbiran laman sosial itu, salah seorang daripada pengendali laman rasmi filem itu menerima sekeping gambar yang dihantar daripada pengguna internet.
"Admin masa tu, kawan kita gak, terima link dari pengunjung yang hantar gambar Lim Kit Siang dan caption salah. Admin muda kita pun bukan sengaja, dia ingat benda tu betul, dia upload," katanya di laman Facebook berkenaan.
"Tapi didelete cepat bila penerbit sedar kesilapan itu. YB LKS ada menulis tentang kesilapan itu. Tapi semua cyber troopers marah dan serang Facebook kami. Gambar dan caption dah diturunkan," katanya merujuk kepada Penasihat DAP itu.
Pengendali akaun Facebook Tanda Putera itu juga menafikan mempunyai niat dengan sengaja untuk memuat naik dan menulis kapsyen gambar itu, tetapi ia sebenarnya dihantar oleh orang lain.
"Admin masa tu pun dah minta maaf. Penerbit pun dah minta maaf secara bertulis atas perkara tak sengaja itu. Tapi kami diminta buat ucapan mohon maaf itu dalam Facebook.
"Tak ada masalah, kami akan lakukan. Gambar serta caption tersebut bukan ciptaan kami tapi dihantar kepada kami. Ini antara episod dalam sejarah Tanda Putera yang sering menjadi bahan politik bukan atas kehendak kami. Terlalu banyak tuduhan palsu dan tanpa asas dibuat mengenai filem ini dan penerbitnya. Tetapi kami tak akan melatah dan ambil tindakan bagi setiap tohmahan – hanya yang dikira perlu sahaja," katanya.
Terdahulu bekas pegawai atasan polis, Tan Sri Yuen Yuet Leng tampil mengesahkan insiden kencing di hadapan kediaman Menteri Besar Selangor pada 13 Mei 1969 itu adalah rekaan semata-mata.
Menurut Lim Kit Siang, Yuen mengatakan kalau memang ada orang yang berani berbuat demikian, tidak mungkin dia dapat meninggalkan kediaman Menteri Besar Selangor itu dalam keadaan bernyawa. - 13 September, 2013.TMI.
TANDA PUTERA : Kit Siang Saman Utusan, 2 Bekas Menteri
Penasihat DAP Lim Kit Siang memulakan tindakan saman ke atas akhbar milik Umno Utusan Malaysia yang membangkitkan semula dakwaan bahawa beliau kencing di hadapan kediaman menteri besar Selangor sebaik sebelum rusuhan kaum 1969.
Lim juga mengemukakan saman ke atas bekas timbalan menteri Umno Mohd Puad Zarkashi atas kenyataan kepada akhbar berkenaan, serta bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang mendakwa dalam satu tulisan blog bahawa Lim menyebabkan rusuhan 13 Mei.
"Bagaimanapa seorang bekas timbalan menteri Umno berkata (demikian) dan Utusan Malaysia menerbitkan kenyataan palsu seperti ini sedangkan ini adalah penipuan paling tidak bertanggungjawab," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau merujuk kepada kenyataan Mohd Puad dalam Utusan Malaysia bertarikh 7 September bahawa kritikan ke atas filem Tanda Putera hanya untuk menutup tindakan Lilm yang didakwa kencing di hadapan kediaman menteri besar.
Kontroversi tersebut bermula pada tahun lalu apabila laman facebook Tanda Putera menerbitkan gambar Lim dengan keterangan bahawa pemimpin DAP itu ditahan selepas kencing di satu tiang bendera.
Gambar berkenaan seterusnya dipadamkan namun filem tersebut mengekalkan babak kencing melibatkan beberapa orang pemuda.
Lim bertegas bahawa insiden seperti itu tidak pernah berlaku dan beliau berada di Sabah ketika rusuhan meletus pada 1969.
Diterbitkan Belia Bangkit
No comments:
Post a Comment