Fb Turunkan Harga Kereta
Fb Kami Benci Najib Tun Razak
Fb Kami Benci Najib Tun Razak
Mansuh kereta berusia 12 tahun: Taktik lapuk dan lama
Taktik dan strategi terbaru kerajaan Bn. Adalah mahu memansuhkan penggunaan kenderaan persendirian melebihi 12 tahun. Tindakan ini telah mengundang pelbagai reaksi negatif rakyat. Tujuan mudah waktu ini adalah maahu 'mengundang' sebanyak mungkin kemarahan rakyat terhadapnya dan kemudian 'menyelesaikannya' dengan solusi yang menampakkan kerajaan perihatin dan cakna rakyat.Sebenarnya, semua tindakan ini adalah dilakukan bertujuan bagi menaikkan yuran insuran, menaikkan caj kereta terpakai dan yang berkaitan dengannya yang sudah lama duduk ditakuk yang kurang memberangsangkan.
Di mata rakyat miskin, hujah ilmiah agensi yang berotoriti memberi pandangan dan berhujah demi keselamatan rakyat dijadikan sandaran. Walhal apakah bentuk pengorbanan kerajaan terhadap rakyat yang mampu dilakukan , Sebalik menekan dan terus menekan di bawah dasar kapitalis. Yang mana puak pengusaha dan niagawan yang kuasai ekonomi negara yang diutamakan.
Alihkan beban kerajaan kepada rakyat. inilah sifir ekonomi kapitais agar rakyat duduk dan bergelut sepanjang hidup daripada dapat meluangkan masa mereka memikirkan hal=hal mereka. Melenggah-lenggah rakyat, dan biar rakyat hidup dalam kedunguan akan memanjangkan penguasaan kuasa dan pemilikian kuasa dapat dipanjangkan hayat nya.
Inilah taktik dan strategi mereka ...
Setelah gagal tunai janji turun harga, hadkan pula jangka hayat kereta, dakwa Rafizi
"Ini akan menindas keluarga berpendapatan sederhana dan rendah serta menutup banyak perniagaan kereta terpakai," dakwa Rafizi Ramli (gambar), ahli Parlimen Pandan.
Beliau terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi bahawa kerajaan akan menimbangkan untuk melaksanakan had jangka hayat kenderaan berikutan saranan oleh Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bahawa kereta berusia 12 tahun ke atas adalah tidak selamat.
Lebih membimbangkan, kata Rafizi, apabila Abdul Aziz turut dilaporkan sebagai berkata bahawa keputusan menetapkan had jangka hayat kenderaan “perlu dibuat segera demi keselamatan rakyat”.
Bagi beliau, pelaksanaan had jangka hayat kenderaan kepada 12 tahun akan memangsakan beratus ribu rakyat Malaysia.
Ini kerana, kebanyakan pembeli kereta daripada keluarga berpendapatan sederhana dan rendah membuat pinjaman selama sembilan tahun untuk melangsaikan hutang.
"Dengan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan ini, selepas tiga tahun keluarga-keluarga di Malaysia terpaksa membuat hutang baru untuk membeli kereta.
"Keadaannya lebih parah bagi pembeli daripada keluarga berpendapatan rendah. Kebanyakan mereka hanya mampu membeli kereta terpakai yang sudah pun berusia," kata Rafizi, Pengarah Strategi PKR dalam kenyataannya.
Bagi mereka yang meminjam untuk membeli kereta katanya, pelaksanaan had jangka hayat kenderaan bermakna kereta mereka dikira haram di sisi undang-undang dan tidak boleh digunakan sedangkan hutang masih belum dilangsaikan.
Bagi beliau, cadangan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan adalah rentetan daripada tindakan-tindakan yang menekan rakyat sejak BN menang (dengan tipu helah) dalam PRU13.
Menurut Rafizi, pakar strategi daripada PKR itu, masalah utama bersabit pemilikan kereta di Malaysia pernah dilaporkan sebagai kedua termahal di dunia ialah struktur cukai dan pasaran domestik yang menyebabkan harga naik melambung.
"Wujudnya cukai eksais yang melebihi 100% ke atas kereta-kereta yang digunakan oleh keluarga berpendapatan sederhana dan rendah menyebabkan harga kereta terlalu mahal dan menenggelamkan keluarga dengan hutang kereta yang terlalu tinggi.
"Cukai eksais yang terlalu tinggi ini juga memberi ruang kepada syarikat-syarikat pengeluar dan pengedar kereta untuk bersembunyi di sebalik struktur cukai ini untuk mengambil keuntungan yang lebih tinggi berbanding di negara lain.
"Oleh kerana pelaksanaan cukai eksais dan pemberian rebat cukai eksais adalah tidak telus, maka struktur margin keuntungan di atas setiap kereta yang dibeli juga tidak telus,"katanya.
Akibatnya, dakwa beliau, harga kereta di Malaysia terus kekal menjadi antara yang tertinggi di dunia.
Oleh itu kata beliau lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menggariskan dasar-dasar automotif PKR telah menegaskan bahawa langkah pertama merombak struktur harga kereta yang mahal di Malaysia perlulah bermula dengan menghapuskan cukai eksais yang melampaui batas itu.
Apabila cukai eksais sudah tiada, barulah rakyat tahu bahawa jika harga tetap kekal tinggi bila dibandingkan dengan model yang sama di negara-negara lain, perbezaan harga itu berpunca daripada tindakan mengambil untung yang berlebihan oleh pengeluar dan pengedar kereta.
Hanya dalam keadaan pasaran kereta seperti ini barulah wujud persaingan sihat di antara pengeluar dan pengedar kereta yang boleh menurunkan harga kereta supaya setanding dengan negara lain bagi model yang sama, katanya.
"Maka, sebarang usaha untuk memperkenalkan had jangka hayat kereta sebelum cukai eksais dihapuskan akan ditentang habis-habisan.
"Dasar had jangka hayat kereta hanya boleh dilaksanakan setelah harga kereta di Malaysia turun setanding dengan model yang sama di negara lain," tegas beliau. – 18 November, 2013.
Posted by zbh2663 Muhajirin at 6:26 PM
No comments:
Post a Comment