Pages

Tuesday, 24 December 2013

2019: Iran Hantar Angkasawan, Malaysia jadi Arang! & Yb Dr Rani di gereja....

Rabu, 25 Disember 2013
Islam itu indah

 Yb Dr Rani sanggup memijak kaki ke majlis di gereja  "The real picture of Islam" 
Yb Dr Rani memberi ucapan di dalam majlis bersama Pastor Moses Savari dan 100 orang penganut agama Kristian di Pekan Meru. 

Pastor Moses Savari berkata semenjak persatuannya ditubuhkan pada tahun 1993 inilah pertama kali dalam hidupnya seorang Muslim malah wakil rakyat yang sanggup memijak kaki ke majlis begini dan memahamkan kepadanya tentang "the real picture of Islam"

* Islam itu indah. Keharmonian kejiranan kemasyarakatan dan keadilan sangat diutamakan. Alhamdulillah. Ada orang yg berusaha memahamkan dan tidak mengapikan semangat permusuhan . Allahuakbar

https://www.facebook.com/harakahdaily/posts/10151964244613369

Gambar: Yb Dr Rani memberi ucapan di dalam majlis bersama Pastor Moses Savari dan 100 orang penganut agama Kristian di Pekan Meru. 

Pastor Moses Savari berkata semenjak persatuannya ditubuhkan pada tahun 1993 inilah pertama kali dalam hidupnya seorang Muslim malah wakil rakyat yang sanggup memijak kaki ke majlis begini dan memahamkan kepadanya tentang "the real picture of Islam"

* Islam itu indah. Keharmonian kejiranan kemasyarakatan dan keadilan sangat diutamakan. Alhamdulillah. Ada orang yg berusaha memahamkan dan tidak mengapikan semangat permusuhan . Allahuakbar

https://www.facebook.com/harakahdaily/posts/10151964244613369
Buletin Pakatan Rakyat


2019: Iran Hantar Angkasawan, Malaysia jadi Arang!

 0 comments
Iran hantar roket, angkasawan 2019
TEHERAN - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad kelmarin mengumumkan negara itu kini bersedia melancarkan misi pertama kapal angkasa ulang-alik sendiri yang lengkap dengan pasukan angkasawan menjelang 2019, lapor stesen Press TV.
Misi itu katanya, perlu disegerakan dalam tempoh lima tahun bagi tujuan pertahanan ekoran tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan baru bulan lalu susulan projek nuklear Iran yang dipertikaikan.
"Kita berharap boleh menghantar angkasawan ke bulan bagi menyaingi musuh-musuh kita dalam bidang pertahanan aeroangkasa," kata Mahmoud merujuk kejayaan Iran melancarkan sendiri roket Kavoshgar-3 yang membawa satelit negara itu.
Tahun lalu, Iran berjaya melancarkan satelit Omid buatan tempatan buat kali pertama ke orbit angkasa lepas bagi kegunaan telekomunikasi dan penyelidikan secara aman.

Apa terjadi pada tahun 2019 bagi Malaysia. Umno-BN yang memimpin berslogankan Malaysia Boleh dan menjadikan wawasan 2020 sebagai Negara maju tetapi dibuat pengumuman bahawa tahun 2019 sebagai tahun bangkrap. Dengan hutang Negara mencecah RM 378,302 juta mengikut angka Bank Negara Malaysia, meskipun Najib cuma mengatakan RM233.92 bilion sahaja. Hakikatnya, hutang Malaysia pada waktu ini berada di tahap 53% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP).

Ertinya, setiap ringgit yang dikumpul kerajaan, 52 sen harus dibelanjakan untuk membayar hutang. Hanya 48 sen sahaja yang boleh digunakan untuk membantu rakyat. Itu kalau kerajaan BN nak bayar hutang. Kalau duit tu diguna untuk mengkayakan kroni, bertambah lagi lah hutang kita tahun depan.

Defisit Malaysia kini mencecah 7.5 dan dijangka terus meningkat dan defisit bajet 2009 Greece ialah 13.6 peratus daripada KDNK yang menyaksikan greese menjadi bangkrap selepas daripada menganjurkan Sukan Olimpik yang menelan belanja RM55billion.

Kadar FDI Malaysia semakin teruk. Malaysia gagal bersaing walaupun di peringkat Asean. Kini orang kurang keyakinan terhadap ekonomi negara menyebabkan Malaysia, buat kali pertama ketinggalan di belakang beberapa negara utama rantau Asean dalam menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI).Laporan Pelaburan Asing Sedunia (WIR) 2010 yang dikeluarkan PBB menunjukkan Malaysia ketinggalan di belakang Filipina, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Singapura. Buat kali pertama dalam sejarah, Malaysia menarik FDI rendah berbanding Filipina.
Filipina menarik AS$1.95 bilion (RM6.24 bilion) FDI berbanding Malaysia AS$1.38 bilion manakala Singapura mencatatkan kadar tertinggi AS$16 bilion.
Malaysia kini hanya mampu bersaing dengan negara-negara Indochina seperti Kemboja, Myanmar, Brunei, Laos dan Timor-Leste.

Apa nak jadi dengan ekonomi Malaysia. Ingatkan dah Umno taknak amalkan Islam untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara maju rupanya khayalan semata-mata. Pemimpin Umno masih lagi bermain dengan silap-mata. Rakyat juga tertipu dengan fatamorgana. Hakikatnya hukuman Allah sudah semakin nyata. Benarlah firman allah Swt Surah Taha: 123

وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى
Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, Maka Sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta".

No comments:

Post a Comment