Pages

Wednesday, 25 December 2013

Tamban terdampar: JABATAN METEOROLOGI sahkan gempa bumi & Jutaan Kerang terdampar di Pantai Mesir...

Rabu, 25 Disember 2013

FENOMENA IKAN BUNUH DIRI


Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit.

Menurut sumber Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami.

Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini.

Semalam, jabatan terbabit mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum,Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah.


Rahsia Sebenar Jutaan Kerang terdampar di Pantai Mesir


Fenamena itu bukanlah seperti yang digembar-gemburkan berlaku di Sabah. Fenomena kerang timbul sebenarnya berlaku di pantai Mesir. Ia adalah fenomena biasa setiap kali tiba musim sejuk. Masyarakay Islam Mesir tidak makan kerang kerana menganggapnya haram berdasarkan sifat semulajadinya yang hidup dua alam.

Gambar-gambar ini dirakam oleh seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir.


No comments:

Post a Comment