Pages

Wednesday, 18 December 2013

Terkini keluar cerita guling kerajaan pulak...citer syiah dah habis ke?

Rabu. 18 Disember 2013
Angin takde...ribut takde...

Angin takde...ribut takde...tiba2 keluar cerita guling kerajaan? huhuhuuu ....citer syiah dah habis ke boh?
~TjK


TURUN tidak akan menyertai apa-apa usaha         untuk menggulingkan kerajaan...

Pengerusi TURUN, Azan Safar berkata keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat bersama NGO terlibat - Solidariti Anak Muda Malaysia dan Solidariti Mahasiswa Malaysia.

Aktivis berkenaan bagaimanapun menjelaskan, acara tersebut tiada kena mengena dengan satu lagi perhimpunan yang dipromosi sebagai Himpunan Guling Kerajaan, juga di Dataran Merdeka.

Tegasnya, TURUN tidak akan menyertai apa-apa usaha untuk menggulingkan kerajaan seperti yang dipromosikan oleh Himpunan Guling Kerajaan itu. Malaysiakini

Polis siasat himpunan guling kerajaan

KUALA LUMPUR - Polis meminta seorang individu yang gambarnya tertera dalam satu poster menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyertai Himpunan Guling Kerajaan di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini, untuk tampil segera membantu siasatan.

Poster terbabit yang menampilkan wajah seorang lelaki berkaca mata hitam dan mengikat kain berwarna kuning di kepala, dikesan tersebar di internet sejak semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya berharap individu yang wajahnya tertera pada poster berkenaan dapat menyerah diri secepat mungkin.

"Kita perlukan dia untuk membantu siasatan bagi memastikan, adakah dia yang membuat hebahan tersebut atau gambarnya disalah guna oleh individu lain.

"Kita perlu memastikan perkara ini terlebih dahulu kerana sejauh mana kesahihan seruan memanggil anak-anak muda menyertai himpunan tersebut belum diketahui," katanya selepas Majlis Penyerahan Cek Derma Pengajian
Anak-anak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak RM30,000 daripada Persatuan Komuniti Korea di negara ini yang disampaikan melalui Duta Korea ke Malaysia, Cho Byung Jae, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun memandang serius perkara tersebut kerana jika ia benar (himpunan), mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 124 C Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Menurutnya, siasatan juga akan dibuat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 Sosma kerana ia melibatkan kesalahan keselamatan.

Menurutnya, satu laporan polis juga dibuat semalam dan pihaknya sudah mengambil langkah-langkah proaktif berhubung perkara tersebut.

"Orang awam dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan kenyataan atau perkara yang cuba dilakukan pihak penganjur.

"Kita melihat perkara ini sebagai satu ancaman serius kepada negara. Kita akan pantau dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat," katanya.

Khalid berkata, sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung perkara tersebut diminta menghubungi Asisten Superintendan N Krishnamoorthy di talian 03-22666178 atau 019-29992694 bagi membantu siasatan.

GILA KE APA? Himpunan Guling Kerajaan!!

Sekali lagi Pembangkang akan menganjurkan himpunan haram untuk menggulingkan kerajaan. Mereka tidak lagi memikirkan akan keselamatan orang awam, peniaga sekitar, pelancong, dan sebagainya yang penting mereka mahu mencapai matlamat mereka teruatamanya Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.

Pihak Polis perlu membuat siasatan secara menyeluruh rancangan untuk mengadakan perhimpunan haram dan mengenal pasti dalang yang didakwa cuba untuk menggulingkan kerajaan melalui perhimpunan haram pada 31 Disember 2013. Jika perhimpunan haram ini berlaku ia akan menjadi ancaman kepada keselamatan negara, dan orang awam polis perlu mengambil tindakan bagi memastikan perhimpunan berkenaan tidak akan dijalankan.

SUMBER: Fb Pak Dogol

No comments:

Post a Comment