Pages

Wednesday, 4 December 2013

KAZIM dihina! - TOLAK JAWATAN MT UMNO kerana sayang keluarga...'Ahkak tak kisah!'

Khamis, 5 Disember 2013
Photo: Ahkak tak kisah alakazim nak dakwah bebas ke.nak dakwah umporno ke.lantak pi dia lah.tapi sebab apa statement keluar mesti asyik nak mengutuk pas shj? Ko takde keje lain ke kazim weh?
Ahkak tak kisah alakazim nak dakwah bebas ke.nak dakwah umporno ke.lantak pi dia lah.tapi sebab apa statement keluar mesti asyik nak mengutuk pas shj? Ko takde keje lain ke kazim weh?
Buletin Pakatan Rakyat shared Muhd Jack's photo.

KAZIM DIHINA


Petikan kenyataan  Kazim dari Sinar Harian
Siapakah mereka? Semua yang terlibat adalah yang mengenali  Kazim. Baik penyokong PR mahupun BN.

Di pihak penyokong PR, mereka menganggap  Kazim akan bersekongkol dengan pihak yang tidak mengamalkan Islam malah pernah beberapa kali dianggap menghina Islam.

Bagi pihak penyokong BN pula pastinya mereka tidak berpuas hati kerana seorang yang tiada kena-mengena dengan UMNO tiba-tiba ditawarkan ke jawatan setinggi itu. Tawaran tersebut menidakkan peluang orang-orang yang sekian lama bersama UMNO



 KAZIM TOLAK JAWATAN MT UMNO KERANA SAYANG KELUARGA...


Kazim Elias dilaporkan Sinar Harian sebagai menolak tawaran PM untuk menjadi ahli MT umno

Banyak faktor yang boleh dikaitkan sebagai punca penolakan Ustaz Kazim.

Abang beliau sebelum ini membantah cadangan  Kazim untuk mempertimbang pelawaan tersebut.

Keluarganya juga terpaksa meninggalkan rumah untuk ke kampung buat sementara waktu kerana tidak tahan dengan kritikan melampau yang ditujukan kepada  Kazim di media-media sosial oleh para peminat beliau sendiri.

Selain itu  Kazim juga perlu menimbang setara mana tanggungjawabnya sebagai MT umno. Jika beliau tidak diberi ruang untuk menegur sesuatu perlakuan, tindakan dan prinsip dalam umno maka lebih beliau tidak menyertai parti itu.

Penyertaan beliau ke dalam umno hanya akan membawa imej buruk jika tidak berjaya mengubah umno walaupun sedikit.

Sebagai penceramah bebas yang ada nama, beliau setidak-tidaknya berasa malu jika tidak membawa sebarang perubahan dalam umno. Walaupun tidak lagi menjadi ahli PAS,  Kazim terpaksa menolak jawatan tersebut atas alasan yang disimpannya sendiri.

Dari sudut politik, sama ada beliau terima atau tidak jawatan tersebut; tidak memberi sebarang impak kepada PAS.



No comments:

Post a Comment