Pages

Wednesday, 4 December 2013

PAU di PWTC...Jamal Ali, AJK Umno bahagian Pekan dan anak lelakinya hilang dihanyut arus...

Khamis, 5 Disember 2013
AJK UMNO Pekan Lemas, Najib Wajar Tangguh PAU !!

PEKAN, 5 Dis - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak wajar menangguhkan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang dijadualkan berakhir pada 7 Disember 2013 ini. Demikian ditegaskan oleh seorang penduduk Kg.Ubai dekat sini kepada PDO. Ini memangdangkan, banjir besar yang melanda negeri Pahang bertambah kritikal terutamanya di kawasan Kuantan. Semalam seorang Ahli Jawatakuasa UMNO Bahagian Pekan yang baru memenangi jawatan itu pada pemilihan baru-baru ini iaitu Jama Ali (foto), dikhuatiri mari lemas di Perkampungan Sungai Isap. Kejadian yang berlaku sekitar jam 8.30 malam itu turut meragut nyawa anaknya yang dikenali sebagai "Megat" dalam usaha mereka memindahkan barangan dari rumah ke tempat selamat menggunakan bot jenis fiber. Kejadian dipercayai terjadi apabila sebuah bot besar melalui kawasan itu menyebabkan bot mereka hanyut dipukul gelombang dan terperangkat di kawasan air deras. Akibatnya, bot mereka telah terbalik dan kedua-dua mangsa dipercayai hilang dan masih belum ditemui sehingga ke hari ini. "Saya rasa elok Datuk Najib tangguhkan PAU dan balik sini... Rakyat memerlukan Najib sekarang", katanya lagi.

Photo: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya
Photo: Sudah menjadi kebiasaan atau kemestian di mana kalimah Allah diletakkan pada sebelah kanan, manakalah kalimah Muhammad diletak di sebelah kiri.

Najib Rasmi Perhimpunan Agung Umno 2013

pau 2012a
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2013 bermula Khamis dengan acara perasmian oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak di Dataran Putra, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Najib yang tiba pada pukul 9 pagi bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambut timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin Umno lain....

Banjir di Pahang ragut mangsa pertama, dua hilang dihanyut arus

Banjir teruk yang melanda memaksa penduduk meninggalkan rumah masing-masing dan mendapatkan perlindungan di pusat pemindahan.
Banjir di Pahangmeragut satu nyawa, Mohamed Alif Khalid, 21, yang dijumpai lemas petang semalam di SungaiKampung Sepial, Kuala Tembeling, Jerantut.
Dua beranak,Jamal Ali, 40-an, Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Pekan dan anak lelakinya yang dikenali sebagai Megat, berusia belasan tahun, hilang apabila terjatuh ke dalam air semasa memindahkan barang di Perkampungan Sungai Isap kira-kira jam 8.30 malam tadi.
Kejadian berlaku dalam keadaan banjir semakin buruk di Pahang dan negeri-negeri pantai timur dengan jumlah yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir semakin meningkat.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir kini mencecah 38,323 orang daripada 9,153 keluarga.
Mereka ditempatkan di 122 pusat pemindahan dalam tujuh daerah sehingga jam 8 pagi tadi.
Daerah Kuantan masih mencatat jumlah pemindahan mangsa tertinggi iaitu seramai 30,307 orang daripada 1,561 keluarga yang ditempatkan di 85 pusat pemindahan.
Di Rompin, 4,289 mangsa ditempatkan di 15 pusat pemindahan dan di Pekan, 3,037 mangsa banjir ditempatkan di 11 pusat pemindahan.
Di Maran, 637 mangsa ditempat di enam pusat pemindahan dan Jerantut, 25 mangsa ditempatkan dua pusat pemindahan.
Di Lipis seramai 21 mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan dan di Temerloh, tujuh mangsa ditempatkan di satu pusat pemindahan. - Bernama,
Photo: KP DPPM, Sdr Suhaizan Kayat turun padang sendiri dlm ops banjir... Tahniah KP!

No comments:

Post a Comment