18 individu ditahan khalwat....ini kira kes main guling-guling......
SEREMBAN – Seramai 18 individu ditahan dalam Operasi Tahun Baharu 2014 yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di sekitar Seremban dan Port Dikson, di sini, semalam.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Ahmad Husaini Mustafa berkata, operasi bermula jam 9 malam hingga 7 pagi itu dianggotai kira-kira 12 penguatkuasa.
Menurutnya, kebanyakan pesalah syariah yang ditahan terdiri daripada pelajar universiti dan beberapa pekerja swasta yang datang luar dari negeri ini.
“Dalam operasi yang dilakukan semalam, kita berjaya menahan dua individu atas kesalahan meminum arak di khalayak ramai, manakala selebihnya melakukan kesalahan berkhalwat.
“Kebanyakan pasangan yang ditangkap khalwat ini menginap di hotel bajet sekitar Seremban dan juga Port Dickson, setelah penat berhibur menyambut tahun baharu di sekitar daerah ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Ahmad Husaini berkata, kesemua pasangan yang ditangkap itu berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun dan ketika serbuan dilakukan mereka sedang nyenyak tidur.
Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS di Rahang Seremban, untuk disoal siasat.
“Mereka yang ditahan atas kesalahan berkhalwat akan disiasat di bawah Seksyen 61 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992.
"Manakala dua remaja yang ditahan kerana minum minuman keras akan disiasat di bawah Seksyen 78 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992,” katanya.
Dalam pada itu, tambahnya, terdapat dua individu yang cuba meloloskan diri dengan melarikan diri melalui tingkap, namun berjaya ditahan.

Kedahkini.
Datuk Dan Nenek diTangkap Khalwat Malam Tahun Baru
Pasangan berstatus datuk dan nenek yang masih beristeri dan bersuami serta mempunyai cucu antara empat pasangan yang dicekup Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JAIK) di Alor Setar awal pagi Rabu.
Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang dan Syariah Negeri Kedah, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud yang mengetuai operasi itu berkata, kedua-dua pasangan itu ditahan di sebuah hotel murah, di Simpang Kuala pada pukul 2.03 pagi.
Turut ditahan dalam operasi itu ialah sepasang pelajar dari sebuah institusi pengajian tinggi awam di Kulim serta dua pasangan berusia sekitar 20-an.
Selain pasangan berkhalwat itu, turut ditahan ialah enam pasangan yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam. - Lapor Astro Awani
No comments:
Post a Comment