Pages

Thursday, 8 May 2014

Apa beza UiTM dengan universiti negara komunis?

Khamis, 8 Mei 2014
UiTM tidak sepatutnya menganjurkan program yang ‘tidak waras’ dan berbentuk membancuh otak seperti di negara komunis

lks.syed shahir.lge.dr ariffin
KUALA LUMPUR, 8 MEI: Universiti wajib menjaga kemuliaannya sebagai pusat penyebaran ilmu pengetahuan, bukannya menjadi tempat mencetuskan perbalahan dan perpecahan antara masyarakat.
Senator DAP Professor Dr Ariffin Omar berkata, Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak sepatutnya menyalahgunakan kebebasan bersuara dengan menganjurkan program yang ‘tidak waras’ dan berbentuk membancuh otak seperti di negara komunis.
Mengulas tentang Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara di UiTM Shah Alam semalam yang dikecam oleh pelbagai pihak, dihentam pelbagai pihak kerana membuat pelbagai dakwaan dan tohmahan kepada agama Kristian di negara ini.
“Kita tidak halang penganjuran seminar itu di atas prinsip kebebasan bersuara. Namun, ia mestilah dibuat secara waras, lebih-lebih lagi UiTM perlu menjaga kewibawaannya selaku pusat menuntut ilmu.
“Kenapa seminar dibuat secara sehala, penyampainya daripada satu kelompok sahaja. Sepatutnya jemput juga panel yang berbeza pandangan, supaya pendengar yang kebanyakannya pelajar boleh nilai sendiri dan buat keputusan.
“Apa beza seminar semalam dengan program di universiti di negara komunis? Cuma nak brainwash sahaja,” kata ahli akademik yang pernah menjadi Pensyarah Tamu di Universiti Utah, Amerika Syarikat itu.
Dalam seminar semalam, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) Abdul Karim Omar membuat beberapa dakwaan mengarut, antaranya ada paderi yang menyamar sebagai jurulatih bola sepak dengan tujuan ‘menyesatkan’ umat Islam.
Selain itu, Abdul Karim juga mendakwa jumlah penganut Kristian di Malaysia akan melebihi penganut Islam dalam masa kurang seratus tahun. Buku bertajuk ‘Pendedahan Agenda Kristian’ terbitan Majlis Agama Islam Selangor turut diedarkan kepada hadirin.
Kenyataan Presiden ISMA bukan fakta sejarah, tapi fitnah dahsyat
Dalam pada itu, Ariffin turut menyangkal kenyataan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abd Rahman, kononnya masyarakat Cina bersekongkol dengan penjajah British untuk membuli Melayu ketika zaman sebelum merdeka.
Selepas dihentam hebat berhubung kenyataan itu, Abdullah berkata beliau tidak akan memohon maaf dengan alasan hanya menyatakan ‘fakta sejarah’.
“(Kenyataan itu) bukanlah fakta sejarah, tetapi fitnah dahsyat,” kata Ariffin yang pernah terlibat dalam penulisan ‘Eksiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu’ terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Katanya, penghijrahan terawal orang Cina ke negara ini sebenarnya dimulakan oleh Sultan dan pembesar Melayu sendiri bagi memajukan ekonomi.
“Di Johor, Sultan Abu Bakar sendiri yang membawa masuk pekerja dari Cina untuk memajukan ekonomi. Di Larut, Perak, pemilik lombong bijih timah Long Jaafar membawa masuk orang Cina untuk bekerja di lombongnya.
“Kemudian barulah British melakukan hal yang sama. Tiada isu perkauman pada ketika itu kerana tujuannya adalah untuk memajukan ekonomi,” katanya lagi kepada Roketkini. – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment