Pages

Sunday, 18 May 2014

[Video] DAP serah kawasan cina kepada melayu... Dalam Umno RAMAI MELAYU KHIANATI MELAYU!

Ahad, 18 Mei 2014

Dengar pengakuan mak calon DAP yang bertanding.. pa dia kata.. zazzz!!!!

12 hrs 
Terbaik drp Ibu Dyana Sofya..Bila Dap serah kawasan milik cina kpd melayu maknanya DAP TELAH KORBANKAN SATU KERUSI MILIK CINA UTK MELAYU..tapi phk SEBELAH SANA,BYK KERUSI MELAYU DIBERI KPD CINA..Dlm umno RAMAI MELAYU YG KHIANATI MELAYU..saya tahu sbb sy adalah SETIAUSAHA WANITA PERTAMA UMNO TELUK INTAN...skrg pun masih lagi dlm umno.. — with Azmi Mohd AliEdanklasik ShazriAidil Khayat Idris and 47 others.

23 hrs 
Surat Khabar Utusan Malaysia
Diedarkan secara percuma pun langsung tak laku
Lokasi - Festival Belia Negeri Sembilan,Batu 1 Port Dickson

Stay tuned n #ragut rumput

MOHON JANGAN KETAWA DAN MUNTAH .. UTUSAN BERI NASIHAT KEPADA MALAYSIAKINI AGAR BERTANGGUNG JAWAB DENGAN LAPORANNYA.


Akhbar Umno Utusan Malaysia, yang sebelum ini beberapa kali membayar saman dan menarik balik laporannya, hari ini cuba mengajar Malaysiakini mengenai kewartawanan yang bertanggungjawab, berikutan ancaman perdana menteri semalam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laman berita dalam talian yang dianggap sebagai fitnah. 

Awang Selamat, suara editorial harian bahasa Melayu itu menulis dalam ruangan editorialnya bahawa tidak ada kebebasan mutlak di dunia.


"Kita mesti bertanggungjawab dalam kandungan berita yang disiarkan. Ia perlu mengambil kira kepentingan negara, perpaduan kaum dan moral," katanya.


Awang Selamat berkata Malaysiakini mempunyai sejarah menerbitkan artikel berunsur fitnah tentang tokoh-tokoh Barisan Nasional (BN) yang terkenal, merujuk kepada bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang menyaman Malaysiakini pada 2007 dan permohonan maaf pada 2008 kepada Khairy Jamaluddin yang ketika itu memegang jawatan naib ketua Pemuda Umno kerana salah lapor.


Bagaimanapun, Utusan Malaysia juga mengalami nasib yang sama dalam kes memohon maaf dan denda.

Pada bulan Oktober 2012, akhbar dan kolumnisnya, Datuk Chamil Wariya secara terbuka memohon maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok di Mahkamah Tinggi.

Permohonan maaf itu adalah sebahagian daripada penyelesaian dalam saman fitnah RM30 juta yang difailkan pada 2008.


Mahkamah juga mengarahkan Utusan membayar kos sebanyak RM50, 000 dan menyiarkan permohonan maaf dalam akhbar itu.


Pada bulan Januari tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan dua artikel yang disiarkan Utusan pada Januari 2012 berkaitan dengan wawancara ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan BBC sebagai fitnah.


Sambil menyatakan kedua-dua artikel melebihi sempadan komen yang adil, berkelayakan istimewa, dan merupakan laporan, mahkamah membenarkan tuntutan Anwar terhadap defendan, dengan mengenakan RM45, 000 untuk kos.


Mahkamah juga mendapati artikel itu kurang tanggungjawab kewartawanan dan mengambil risiko yang  tinggi ketika menyiarkannya di muka depan akhbar tanpa mengesahkan kebenaran.


Pada bulan Februari 2013, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan mengarahkan Utusan membayar RM200,000 sebagai ganti rugi am dan teruk kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung artikel memfitnah, bertajuk "Kebiadaban Guan Eng", yang diterbitkan pada 20 Disember 2011.


Pada bulan Julai 2013, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menganugerahkan bekas Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin RM250,000 sebagai ganti rugi dalam saman terhadap Utusan ekoran isu nombor pendaftaran kereta WWW1. Dalam pernyataan tuntutannya, Nizar berkata defendan secara tersirat mendakwa beliau cuba menghasut rakyat membenci Sultan Johor.


Pada September 2013, Utusan Malaysia menerbitkan permohonan maaf kepada penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung Lim Guan Eng berikutan laporan 9 September berkaitan filem kontroversi, Tanda Putera.


Dalam permohonan maaf tiga perenggan yang dicetak pada panel atas halaman 14 itu, akhbar itu memohon maaf kepada Kit Siang dan anaknya Guan Eng ke atas "kesilapan tidak disengajakan".


"Utusan Malaysia menarik balik sepenuhnya laporan salah dan dengan ikhlas meminta maaf kepada Guan Eng dan Kit Siang untuk kesilapan yang tidak disengajakan dan bagi apa-apa kesusahan atau malu yang mungkin dialami mereka akibat kesilapan ini," tulis akhbar itu.


Semalam, Malaysiakini melaporkan Datuk Seri Najib Razak mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap portal itu atas penerbitan komen pembacanya berkenaan pengendalian terhadap kebuntuan politik di Terengganu.


Malaysiakini berkata, tindakan undang-undang perdana menteri telah dimulakan atas kapasiti peribadi dan bersama Umno melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.


Surat tuntutan dihantar dengan tangan ke portal dalam talian pada Rabu, yang menyatakan: "Kompilasi dua artikel komen dalam ruangan pembaca 'Yoursay' yang disiarkan pada 14 Mei, iaitu 'Satu kes yang PM mengaut apa yang dituai' dan 'Bagaimana? Banyak mana Najib habiskan duit untuk kekalkan Terengganu', adalah fitnah
.
Posted by 

No comments:

Post a Comment