Pages

Sunday, 18 May 2014

Buku Flight MH370: Teori Terbaharu... Sekarang rakyat dah tahu siapa yang menipu!

Ahad, 18 Mei 2014

MH370 - Teori terbaru dikatakan ianya ditembak dalam latihan tentera

Buku dakwa MH370 ditembak dalam latihan tentera
Flight MH370  
Buku Flight MH370. 

SYDNEY - AUSTRALIA. Buku pertama yang diterbitkan tentang kehilangan pesawat MH370 mendakwa ia mungkin telah ditembak dalam latihan ketenteraan dan kejadian itu ditutupi, lapor portal The Sydney Morning Herald.

Kandungan buku Flight MH370: The Mystery tulisan Nigel Cawthorne yang juga seorang wartawan itu tidak mempunyai jawapan namun terdapat beberapa perkara yang menyokong teori kehilangan MH370 itu.

“...pesawat itu mungkin ditembak secara tidak sengaja ketika latihan ketenteraan antara Thailand dengan Amerika Syarikat (AS) di Laut China Selatan.

“Misi pencarian pula berkemungkinan diarah ke arah yang salah untuk menutup kesilapan itu,” lapor portal itu.
Sementara itu, portal berita Daily Mirror yang juga memetik buku tersebut melaporkan pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) itu akan ditemui sekiranya MAS membelanjakan RM32.62 untuk menaik taraf perisian.

“Pesawat itu hanya menggunakan pakej data murah yang hanya menghantar maklumat asas pesawat.

“Pesawat itu akan ditemui sekarang kalau MAS membelanjakan RM32.62 dalam menaik taraf perisian pesawat,” dakwa buku tersebut lagi.

Kehilangan MH370 sudah masuk hari ke-72, hari ini.
Posted by Kedah Lanie


MH370: Sekarang siapa yang menipu?

Sekarang siapa yang menipu? Inmarsat atau kerajaan Malaysia?


SEKILAS PANDANG: Pesawat MH370 dengan 239 orang di dalamnya telah hilang tanpa apa-apa kesan selama lebih daripada dua bulan.
Sepanjang usaha mencari dan menyelamat (SAR) yang diterajui Malaysia, dunia telah menyaksikan Malaysia membuat pelbagai kenyataan yang bercanggah.
Ini telah menyebabkan dunia meragui dan tidak mempercayai apa yang dinyatakan kerajaan Malaysia mengenai SAR ini.
Sekurang-kurangnya sesuatu yang baik telah muncul dari misteri kehilangan ini – sampah yang rakyat Malaysia perlu hadapi daripada kerajaan mereka setiap hari.
CNN melaporkan bahawa firma satelit British yang bertanggungjawab mengesan laluan penerbangan MH370, telah menafikan kenyataan Putrajaya pada 15 Mei bahawa ia belum memberikan semua data kasar.
Firma itu berkata ia telah mengemukakan semua maklumat kepada penyiasat yang memimpin usaha pencarian.
"Data kasar Inmarsat telah diberikan kepada pasukan penyiasatan pada peringkat awal pencarian MH370," jelas Chris McLaughlin, naib presiden hubungan luar syarikat kepada CNN pada 16 Mei.
Beliau menjawab kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa data kasar berada dengan Inmarsat dan bukan dengan pihak pencari atau Malaysia Airlines (MAS).
"Data kasar berada dengan Inmarsat, bukan dengan Malaysia, dengan Australia, dengan MAS. Jadi, jika ada apa-apa permintaan supaya data ini didedahkan kepada orang awam, ia mesti dibuat kepada Inmarsat," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur.
McLaughlin berkata syarikat itu mempunyai keyakinan yang paling tinggi dalam analisis data, sambil menambah bahawa isu pendedahan maklumat itu berada di tangan penyiasat.
CNN juga melaporkan Inmarsat sebagai berkata bahawa Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa menghalang pendedahan penemuan siasatan dilakukan tanpa kebenaran dari negara yang menjalankan siasatan.
Mengulas mengenai kenyataan bercanggah oleh Inmarsat dan Putrajaya, penganalisis penerbangan CNN Miles O'Brien berkata beliau tidak tahu siapa yang boleh dipercayai dan pihak mana yang tidak bercakap benar.
"Saya tidak tahu siapa yang boleh dipercayai. Tetapi bukankah buruk bahawa ia agak jelas bahawa seseorang sedang menipu?
"Kita bercakap tentang kehilangan sebuah pesawat, kini 70 hari. Kehilangan nyawa, keluarga yang porak peranda. Dan ada orang yang sedang berbohong tentang perkara ini. Ini benar-benar tercela. Saya tidak boleh percaya..." katanya.
Peguam penerbangan, Arthur Rosenberg memberitahu CNN beliau percaya syarikat satelit itu mempunyai kewajipan untuk melepaskan data, sama ada pihak berkuasa Malaysia memilikinya ataupun tidak.
"Malangnya, kita merasakan yang mereka sedang membuang masa, bahawa ada sesuatu yang mereka tidak mahu dunia ketahui. Dan itulah masalahnya, "kata O'Brien." Itulah sebabnya terdapat begitu sedikit kredibiliti sekarang tentang mengapa zon carian ini telah dikenal pasti."
Awal bulan ini, keluarga penumpang kapal MH370 telah merayu Putrajaya untuk melepaskan data kasar supaya ketepatannya dapat disahkan.
"Kami merayu kerajaan Malaysia untuk mengongsi dan melepaskan data ping enjin satelit Inmarsat untuk 9MMRO sehingga isyarat akhirnya telah diterima di peringkat global, agar ia boleh dianalisa dengan lebih luas oleh pakar-pakar yang berkenaan," kata Voice370 , yang terdiri daripada ahli-ahli keluarga penumpang dan anak kapal di atas kapal pesawat.
Kini, rakyat Malaysia...siapa yang anda percaya? Inmarsat atau kerajaan Malaysia?
Posted by 

No comments:

Post a Comment