Hati-hati jika anda anti kepada parti politik “utama” di Malaysia. Apatah lagi anda memegang gelaran sebagai seorang kakitangan kerajaan. Acapkali tindakan anda akan terus diperhatikan. Andaikata….
Andaikata tersilap kata & langkah, anda akan menghadapi amaran keras daripada “pihak atas” yang berkepentingan. Malah lebih teruk lagi, perjalanan anda dalam perkhidmatan awam akan menghadapi kesusahaan. Contohnya, anda akan dihantar jauh tercampak ke pedalaman atau ke ceruk kampung seperti yang pernah dialami sendiri (INDIVIDU INI)
420,000 Guru di Malaysia : Barisan Nasional (BN) @ Pakatan Rakyat (PR)?
- Baru-baru terdapat kalangan guru yang memuat-naik poster calon DAP di Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud ke dalam Facebook
- Akhirnya guru tersebut diberikan amaran keras daripada pegawai kanan Kementerian Pendidikan supaya membuang posting tersebut kerana ia dianggap “anti- kerajaan“
Tetapi Berita Semasa merasakan andaikata guru tersebut terus berkongsi “posting” yang menyangjung kerajaan, Insyaallah hayatnya dalam perkhidimatan awam akan terus bergerak dengan lancar tanpa diganggu -gugat. Mungkin?
Bagi Berita Semasa dengan jumlah guru yang seramai 420,000 adalah satu kumpulan yang cukup besar dalam perkhdimatan awam, yang mana acapkali kalangan guru bersuara besar pengaruh dan impaknya. Kalangan guru juga antara watak penting dalam politik semasa di era menuntut kemerdekaan daripada penjajah dan juga pasca kemerdekaan yang mana setiap kali guru bersuara pasti mampu untuk “menggoncang dunia politik tanah air“.
Terbaru, Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor merayu dan anda semua yang bergelar penjawat awam termasuk kalangan guru supaya kembalilah ke pangkuan BN selepas guru-guru dibenarkan aktif semula berpolitik sejak tahun 2010. Bagaimana berminat?
P/S : Kalangan penjawat awam dan guru-guru di Malaysia, pandangan, ideologi dan visi anda lebih berminat ke arah corak politik Barisan nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) atau masih lagi non partisan ketika ini? Mengapa?
Mohd Nordin Mohd Abdullah · Works at Universiti Malaysia Terengganu
Penjawat Awam terutama guru perlu bertanya kepada Menteri Wilaya
h itu soalan 'Mengapa kami perlu kembali ke pangkuan BN?...sudah sampai masa penjawat awam membebaskan diri drpd mentaliti 'terhutan.g budi ' dgn BN...Allah pemberi rezeki, bukan BN....
h itu soalan 'Mengapa kami perlu kembali ke pangkuan BN?...sudah sampai masa penjawat awam membebaskan diri drpd mentaliti 'terhutan.g budi ' dgn BN...Allah pemberi rezeki, bukan BN....
17 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
- June 4, 2014, 2:22 pmGuru patut taat kepada negara dan kepada kerajaan yang memerintah sekarang, guru yang menyertai parti pembangkang adalah dianggap sebagai pengkhianat dan boleh dipecat…mereka seharusnya menyokong 100% kerajaan yang memerintah sekarang ini….guru atau mana-mana kakitangan awam hendaklah menyokong penuh kerajaan Barisan Nasional sekarang..janganlah kalian menjadi barua pembangkang yang bodoh dan keji tersebut
- June 4, 2014, 2:40 pmBodoh punya komen… Kalau macam tu jangan istihar negara Malaysia ni negara demokrasi. Kita boleh declare negara ini adalah negara autokrasi(kuku besi). Kalau dah macai tu memang BODOH tak boleh nak diajar….
- June 4, 2014, 2:51 pmMana ada kerajaan barisan nasional..kerajaan malaysia adalah..barisan nasional tu sebuah parti..kalau yang ni pun tak faham, tak usah lah komen yang karut..
- June 4, 2014, 4:07 pmBangang la ko ni petai, patut makan kau kencing bau hancing gila, pemikiran pun hancing…
- June 4, 2014, 8:49 pmBOLEH KALAU NAK KAMI SOKONG BN(MEWAKILI GURU)….KAMI NAKS EMUA GURU DI MALAYSIA DI SAMARATAKAN…TAKKAN YANG ADA GURU GANTI,GSTT DAN SEBAGAINYA..SEMUA JADI GURU TETAP..BOLEH KAU BUAT CAMTUH..KALAU BOLEH MEMANG KAMI VOTE BN LA….
- June 4, 2014, 10:13 pmbuduh punya manusia. kerajaan x bertanding lah mangkuk. parti politik yg bertanding. agaknya duit yang kerajaan malaysia guna duit hasil org umnok.. kui kui.. org umnok miskin miskin tak mampu nak bayar cukai.. hahaha
- June 4, 2014, 2:24 pmTidak setuju jika Guru giat dalam POLITIK kerana nanti Guru banyak cuti tanpa rekod kerna mesyuarat sana sini seperti dulu dulu akhir nya murid terbengkalai…lihat guru2 bangsa lain mereka tidak giat sangat dalam POLITIK..mngapa mereka mampu hidupkan POLITIK mereka? MELAYU kalau merosakan MELAYU siapa lagi
- June 4, 2014, 3:38 pmYa.. saya setuju. Esok² anak murid jd mangsa…
- June 4, 2014, 4:10 pmYang dia cerita kat atas pasal Guru sokong pembangkang, bukan giat politik la…sukati cikgu2 tu la nak sokong sapa pun…abis cikgu yang sokong BN tu takpe plak…kata demokrasi…kalau cikgu berpolitik jadi calon tu bukan cikgu lagi dah…tu la nama nye ahli politik
- June 4, 2014, 2:44 pmNi bkn isu sb di us kakitangan kerajaan semua menyokong parti pemerintah..jika mereka berhaluan kiri, mereka aendiri akn meletak jawatan sebelum dihentikn oleh perkhidmatan kerajaan
- June 4, 2014, 3:00 pmko ingat semua government staff sokong bn ke?? hehehe pirah..
- June 4, 2014, 3:15 pmDAP Berhasrat mengurangkan bilangan kakitangan awam pelik la kalu nak undi orang yg akan buang kita..
- June 4, 2014, 4:16 pmKo baca utusan ke? kalau baca utusan memang mcm tu la bunyik dia, yang DAP cakap nak buang kakitangan awam YANG TAK EFISYEN, contoh-masuk keje kul 8.30, tapi pukul 10 baru nampak muka kat opis, pukul 11 dah g lunch drag la sampai pukul 3, pastu 5.30 balik yeayyyy senang iduppp…tu tak campur isap rokok lagi setengah jam ngan ngular time semayang jumaat tapi tak g semayang…aku tak cakap semua tapi RAMAI government servant macam tu, kalau ko jadi Bos jabatan staff ko buat macam tu? amacam? ko nak simpan ke nak buang? kalau aku buang je kalau tanak berubah..paham?
- June 4, 2014, 4:27 pmPada Hari Guru di Malaysia, guru-guru disambut dan dipuja macam dewa, banyak ganjaran, elaun, kemudahan,gaji dinaikkan berbanding penjawat awam yg lain, pekerja swasta, pekerja bank, nelayan, petani, buruh dan lain-lain tapi guru-guru adalah yg paling banyak menentang kerajaan BN tapi dimanjakan oleh pemimpin BN melebihi rakyat yg lain…
- June 4, 2014, 5:01 pmthe teachers are the king of terrors
- June 4, 2014, 5:18 pmGuru pun rakyat Malaysia yang biasa, ada kecenderungan ke arah mna sahaja yang mereka sukai. Namun, sebagai kakitangan kerajaan adalah wajar bagi mereka ini untuk bersikap neutral, tidak terlalu menonjolkan diri, sebagai penyokong pembangkang mahupun kerajaan.Diam2 sudey….. nak promote lebih2, berenti je la, jadi penyokong tegar sepenuh masa atau tros jadi calon.. senang, xde sapa nak marah.
- June 5, 2014, 2:14 amKata2 mcm tu spt amaran kpd guru, tp sebaiknya menteri kaji mengapa guru tak sokong bn, tengok balik kemudahan sekolah Dan peruntukan sekolah dn utk murid belajar adakah sempurna terutamanya diluarbandar, mcm mana guru nak mengajar..suara guru kadang2 tidak didengar dan dinilai dr sudut positif.. Lagi pun beri netbook pada guru nak but apa sedangkan kemudhan yg lbh utama utk murid blajar disekolah msih tidak sempurna. Sy sendiri msih mampu bli notebook, bagi je kemudahan peruntukan kpd sekolah terutama skali bangunan, buku teks,dn sbgnya. Utamakan yg lbh utama, jgn membazir utk politik. Bila kemudahan skolah tak sempurna dn suara tak didengar, jalannya adalah dikertas undi. Lagi pun guru tak ada masa nak kempen politik..kalau memaksa org sokong kita adakah ITU betul apabila guru mendidik murid tentang demokrasi..takkan nak ajar lain dn amalannya Lain, nanti jd ajaran sesat. Sediakan kemudahan Dan peruntukan pendidikan yg sempurna kpd skolh dah cukup klu nk guru sokong bn, jgn asyik skolh harapkn derma, sepatutnya semuanya lengkap utk pendidikan. Klu nak buat sistem pun dgr suara guru yg ada disekolh. Jgn kita canggih atas nama sahaja.