Najib mulakan Adat Miring Hari Gawai
Khamis, 5 Jun 2014 | 7 Syaaban 1435 H
Miring
Tarikh Keputusan:
9 Dec, 1995
Huraian Tajuk/Isu:
Kertas ini membincang tentang amalan upacara Miring yang dijalankan oleh masyarakat Iban. Hukum tentang Miring ini diperlukan kerana ianya telah menjadi acara sambutan oleh masyarakat tersebut bila tetamu melawat ke tempat mereka. Ini kadang-kadang melibat tetamu Islam sama ada mereka dijemput melakukan Miring atau berada dalam majlis tersebut. Setelah mengkaji secara mendalam dan membincangkan secara terperinci kertas tersebut, maka ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sarawak dengan sebulat suara berpendapat seperti berikut :-
Keputusan:
Bahawa amalan Miring yang diamalkan oleh Masyarakat Iban dalam pandangan Islam adalah haram kerana ianya amalan keagamaan dan berunsur syirik.
Orang Islam adalah dinasihatkan jangan mengambil bahagian dalam upacara Miring
Negeri/Group:
- Sarawak
- 4 June 2014 - 12:44pm
Najib Kantoi Jalankan Upacara Syirik
Aku rasa Najib tatau. Actually, aku pun tatau. Tapi bila baca apa yang orang sebarkan baru aku tahu. Sangka baik la juga pada PM korang neh. Dia pun manusia yang kadang2 terkhilaf. Kalau benda2 macam neh aku percaya dia mungkin tatau dan tak pernah terfikir yang ianya syirik. Tapi kan. Dalam benda2 yang babitkan hak2 rakyat aku tak percaya sangat dia akan terkhilaf dalam membuat dasar. Lebih kepada nak untungkan poket sendiri dan kroni je pun. Mengaku sudah Najib. Tak baik tipu2 tau.Gambar neh dari blog member. Apa2 yang tertulis atas gambar tue tak mewakili pendirian aku okay. Harap maklum.
Aku sejujurnya bukan nak tegur pasal Najib pun. Pasal aku sangka baik kat dia. Tapi aku rasa ada sesuatu yang tak kena kat sini. Cerita dia macam neh.
Tengok kat bawah neh jap ;
Kat atas neh paparan screenshot yang dipetik dari e-warta dalam bahagian akidah untuk memeriksa mengenai amalan upacara Miring. Majlis fatwa pernah bersidang dan pada tarikh 9 Dec 1995 mereka sebulat suara setuju upacara Miring tue mendatangkan perbuatan syirik kepada pengamal2nya. Yakni, umat Islam dilarang untuk melibatkan diri.
And then, tadi aku buka la portal e-fatwa tue. Aku check pasal fatwa amalan Miring.
Lihat ;
Dalam gambar pertama perkataan TIDAK DIWARTAKAN tiada.
Dalam gambar kedua perkataan TIDAK DIWARTAKAN, ada.
Apa sudah berlaku?
Aku baru screenshot. Kawan2 blogger dah screenshot beberapa jam sebelum aku. Aku taknak tuduh2 sebab mungkin ada sesuatu yang berlaku ke atas website tersebut. Kot2 sistem dia pun macam chipsmore ke. Kejap ada, kejap takde. Boleh hilang2 perkataan pula. Mana la nak tahu kan.
Hehehe..
Yang aku nak sentuh. Benda ko dah kata haram. Tapi ko tak wartakan. Maksudnya adakah ko nak cakap ooooooooo benda tue haram tapi tak payah la kita nak wartakan benda tue. Hanya sekadar cakap haram aje tanpa buat apa2 tindakan susulan untuk mencegah, memantau dan menghalang? Macam tue ke?
Hahaah..
Memang pelik doe. Tapi bila fikir aku tinggal kat Malaysia kot. Nak pelik hapanya. Terima je la.
KAH KAH KAH
Updated.
Aku screenshot dari website e-fatwa.
Lihat ==> http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/miring-0
Memang dalam gambar takde logo JAKIM sebab aku screenshot kat bawah. Boleh tengok kat link yang aku bagi tue k.
Tenkiu.Ameno World
No comments:
Post a Comment