Pages

Wednesday, 4 June 2014

Minyak Naik Lagi? Pembelian Petrol Dan Diesel Mungkin Dikenakan GST...Jangan buat giler!

Khamis, 5 Jun 2014

Pembelian Petrol Dan Diesel Mungkin Dikenakan GST - Jadual Pengiraan Minyak Dengan GST!



Dalam sidang media siang tadi Rafizi bagitau beberapa point penting.

1. Kerajaan sampai sekarang tak bagitau petrol dan diesel akan dikenakan GST ataupun tidak memandangkan petrol dan diesel tidak dimasukkan dalam senarai barang yang tidak akan dikenakan GST.

2. Jika kerajaan kenakan GST ke atas setiap pembelian diesel dan petrol maka pengiraan adalah seperti di atas.

3. Jika GST dikenakan ke atas setiap pembelian minyak ini bermaksud dengan nilai yang sama = jumlah isipadu minyak yang dapat kita beli akan susut. 

4. Secara tak langsung maksudnya minyak naik harga la juga.

5. Kalau dulu dengan 50.00 dapat beli 1 liter. Sekarang dengan nilai yang sama dapat 0.94 liter.

Sebab tue kena tanya kerajaan betul2. Minyak ada GST ke takde? Kalau takde kenapa tak masukkan minyak ke dalam senarai barang2an yang tidak akan dikenakan GST. Minyak kalau kena GST kerja gila ko tahu. Gila. Semua benda yang bergerak guna minyak. Yang atas darat. Atas laut. Atas udara. Atas sungai. Semua guna minyak.  Bayangkan. Kalau minyak dikenakan GST tak ke mampos kita jadinya. Yang neh pun dah separuh mampos memikirkan pelaksanaan GST.. inikan pula minyak diGSTkan. Gila. Sebab semua bisnes gunakan kenderaan sekarang. Mana ada orang berbisnes jalan kaki ke naik basikal ke apa ke. Dan lebih gila sebab GST neh pengguna akhir la kena tanggung lebih teruk. Tak pasal2 kena tambahkan duit untuk dapatkan satu2 barangan ataupun perkhidmatan disebabkan pelaksanaan GST tadinya tue. Contoh. Kerajaan cakap pengangkutan awam tak dikenakan GST. Tapi bila minyak diGSTkan maka pengusaha2 bas akan terpaksa bayar lebih sebab pelaksanaan GST tadinya tue. Jadi bayaran lebih inila yang mana akhirnya dicampakkan kepada pengguna akhir disebabkan pengusaha2 bas taknak serap pertambahan kos. Nampak tak disitu?

Sebab tue kerajaan tak boleh buat gila dengan kenakan GST ke atas setiap penggunaan petrol dan diesel. Mohon kerajaan jawab segera pertanyaan Rafizi. Petrol dan diesel akan dikenakan GST ataupun tidak.


Ameno World

No comments:

Post a Comment