Pages

Sunday, 1 June 2014

Kekalahan Dyana - Anak muda agak kecewa....'obor' politik baharu!

Isnin, 2 Jun 2014


Anak muda agak kecewa dengan kekalahan Dyana

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia terutama golongan muda agak kecewa dengan kekalahan Dyana Sofea pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan semalam, tulis Abu Hassan Adam.

Menurutnya, mereka telah menaruh sepenuh harapan agar Dyana akan membawa’obor’ perjuangan politik baru ke arena politik Malaysia bersama-sama dengan pemimpin muda lain.

“Mereka telah menaruh sepenuh harapan yang beliau akan termampu untuk menukar lanskap politik Malaysia ke suatu era yang sesuai dengan perkembangan politik abad ke-21,” tulis beliau di dalam blognya.

Sebenarnya, bagi beliau Dyana hanya kalah di PRK Teluk Intan tetapi telah memenangi hati ramai rakyat Malaysia yang tidak mengira bangsa dan kaum.

“Anak muda pastinya menaruh harapan menggunung kepada Dyana Sofea. Teruskan perjuangan murni itu,” tulisnya lagi.

Calon BN, Datuk Mah Siew Keong yang juga Presiden Gerakan mendapat 20,157 undi sementara calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud, memperoleh 19,919 undi dengan 550 undi rosak.

PRK Teluk Intan daiadakan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lalu.

Pada PRU13 lalu, Seah menang dengan majoriti 7,313 undi apabila memperoleh 27,399 undi sementara calon BN, Mah mendapat 20,086 undi dan calon Bebas, Moralingam Kannan 279 undi. - HARAKAHDAILY 1/6/2014

No comments:

Post a Comment