MH370; Ini kisah sebenarnya...telah lama mendarat dan bukannya terhempas?
Isnin, 2 Jun 2014
Perkembangan Terkini MH370 yg penuh kontroversi: Penumpang semua masih hidup ?
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini mendedahkan data satelit yang belum diproses daripada firma United Kingdom Inmarsat. Data berkenaan digunakan untuk mengesan pola penerbangan MH370.
" Inmarsat dan DCA bekerjasama untuk mendedahkan data log komunikasi dan keterangan teknikal analisis " diatas permintaan keluarga penumpang MH370 .
Dalam satu laporan yg lain penyiasat menjangkakan akan ada lagi tangan ghaib yg akan mengubah kandungan asal tersebut seperti yg berlaku sebelum in perbualan suntingan kapten zaharie di dlm kokpit. Para penyiasat mengatakan pesawat MH370 bukannya hilang sebaliknya telah " dirampas " menggunakan alat kawalan jauh sebelum 2 jet tercanggih Amerika mengiringi pesawat MH370 dari dikesan oleh mana-mana radar di dunia dan telah selamat mendarat di Diego Garcia sebuah landasan ketenteraan Amerika.
Baru tadi penyiasat pengesahkan bahawa tiada satu petanda pun yg menunjukkan pesawat MH370 terhempas di lautan hindi atau mana-mana tempat di dunia ini. Berita ini pun telah pun disahkan oleh pasukan yg menyertai SAR dan media-media rasmi telah diarahkan untuk tidak menyiarkan berita ini. Walaubagaimanapun terdapat media-media alternatif yg menyiarkan berita ini. Manakala gambar di bawah diambil sempena solat hajat khas MH370 agar Allah s.w.t selamatkan kesemua yg berada di dlm pesawat tersebut.
Sharifah Sofia Syed Rashid dan anak-anak kapal ingin mengucapkan selamat pulang bercuti ke Malaysia kepada semua pelajar-pelajar Malaysia di luar negeri dan selamat mengikuti perjalanan cerita MH370 di wall fb ini. Sokongan anda semua dialu-alukan dan diucapkan jutaan terima kasih agar berita MH370 ini terus berada di hati setiap rakyat Malaysia sehinggalah berita penemuan kesemua penumpang MH370 diumumkan.
No comments:
Post a Comment