Pages

Tuesday, 1 July 2014

Kakitangan MINDEF - Media New Zealand dedah nama Diplomat Malaysia yang dituduh 'sex attack' warganya...

Selasa, 1 Julai 2014

Media New Zealand Dedah Nama Diplomat Malaysia Yang Dituduh Merogol Warganya


Media New Zealand telah menamakan diplomat Malaysia yang dituduh terbabit dalam satu kes kesalahan seksual selepas mahkamah tinggi di sana menarik balik perintah melarang identitinya didedahkan.

Portal berita stuff.com.nz menamakan diplomat tersebut sebagai Muhammad Rizalman Ismail, yang memegang pangkat tentera sebagai pegawai waran.


Menurut laporan itu, dia adalah seorang kakitangan pembantu dengan portfolio pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

Portal berita itu berkata Robert Stewart, peguam bagi Fairfax Media, yang merayu perintah larangan itu ditarik balik, berkata Kementerian Luar Malaysia dijadual membuat kenyataan mengenai perkara itu hari ini.

Oleh itu, katanya, media New Zealand akan berada dalam kedudukan tidak adil jika ia tidak dapat mendedahkan nama seorang lelaki yang mungkin didedahkan di luar negara.

Muhammmad Rizalman, yang berusia dalam lingkungan 30-an, tidak diwakili peguam di pendengaran itu tetapi peguam Barbara Hunt telah dilantik oleh mahkamah untuk membantu jika perlu.

Muhammad Rizalman pertama kali muncul di mahkamah daerah pada 10 Mei di mana dua Hakim membenarkan perintah larangan tersebut. Seorang pendaftar mahkamah meneruskan perintah tersebut pada 15 Mei apabila polis berkata isu imuniti diplomatik sedang diteliti.

Kes itu didengar Hakim Mahkamah Daerah Bruce Davidson pada 30 Mei apabila perintah larangan itu diteruskan.

Sementara itu, polis New Zealand tidak menentang rayuan itu kerana tidak ada hubungan antara defendan dan mangsa yang dikatakan itu, jadi tiada risiko jika dia dikenal pasti jika defendan dinamakan. - mkini

BLM


Diplomat Yang Rogol Wanita Di New Zealand Akan Juga Didakwa Di Malaysia



PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini mengesahkan seorang diplomat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand sedang disiasat berkaitan dakwaan membuat serangan seksual dan rompakan keatas seorang wanita warga New Zealand pada 9 Mei lalu.

Anifah menamakan suspek sebagai Pegawai Waran II MINDEF di New Zealand, Muhammad Rizalman Ismail, 38 yang telah dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Mei 2014.


Katanya, sehingga kini kekebalan diplomatik suspek kekal.

“Malaysia tidak akan menarik balik kekebalan imuniti terhadap seorang diplomatnya yang menjadi suspek kes serangan seksual di New Zealand, kecuali ia diperlukan,” kata Anifah dalam satu sidang akhbar di Wisma Putra, Putrajaya hari ini.

Sebaliknya siasatan akan dijalankan keatas suspek di negara ini.

Katanya lagi, siasatan akan dijalankan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) yang telah pun menubuhkan satu lembaga siasatan untuk menyiasat perkara itu.

“Hanya sekiranya perlu, pada pendapat kita untuk melakukannya (mengenepikan kekebalan) kita akan lakukan, tanpa ragu-ragu,” kata Anifah.

“Kita amat yakin dengan lembaga siasatan MINDEF dan pihak MINDEF akan berkomunikasi dengan pihak berkuasa New Zealand.”

Rizalman menurutnya turut menjalani ujian kesihatan di Pusat Perubatan MINDEF pada 29 Mei untuk  menjalani ujian mental dan fizikal. Ujian air kencing dan darah turut dijalankan ke atas suspek. Keputusan ujian kesihatan itu adalah memuaskan.

Rizalman kini masih berada di Hospital Tentera Tuanku Mizan untuk penilaian tahap kesihatan mental dan emosinya.

Pihak berkuasa New Zealand juga bekerjasama dalam mendapatkan bukti yang diperlukan, tambah Anifah.

Menurutnya dalam satu perbincangan pada 12 Mei, pihak New Zealand telah menawarkan alternatif untuk suspek dibawa pulang ke Malaysia dimana suspek  bersama keluarganya telah pun dibawa pulang 22 Mei lalu.

Menurut Anifah, PesuruhjayaTinggi Malaysia di New Zealand telah mengadakan perbincangan bersama Timbalan Ketua Protokol dari Kementerian Luar dan Perdagangan New Zeland selain pegawai polis New Zealand mengenai perkara ini.

"MINDEF juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas suspek di bawah Akta Angkatan Tentera 1972, jika ia terbukti tanpa sebarang keraguan bahawa tertuduh bertanggungjawab serta telah melakukan kesalahan seperti yang didakwa," katanya.

Tertuduh di tahan oleh polis New Zealand pada 9 Mei 2014 dan dibawa ke mahkamah pada 10 Mei atas tuduhan cubaan merompak serta gangguan seksual ke atas seorang wanita dengan niat merogol.

Identiti suspek sebelum ini dirahsiakan tetapimahkamah New Zealand hari ini telah menarik balik larangan terbabitselepas menerima desakan dari pihak media.

BLM

No comments:

Post a Comment