Pages

Tuesday, 1 July 2014

Memalukan Malaysia!...Anifah ingat rakyat New Zealand belum bertamadun lagi?

Selasa, 1 Julai 2014

Gangguan Seksual Diplomat : Reaksi Anifah memalukan negara


Perdana Menteri New Zealand kesal bahawa kakitangan diplomatik di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington itu telah dibenarkan meninggalkan negara itu. 

Beliau mendesak dia dikembalikan bagi menghadapi tuduhan di sana.

The Herald pada hari Ahad lepas melaporkan bahawa mereka mempunyai bukti yang mencukupi untuk mengaitkan diplomat itu dengan serangan dengan niat untuk rogol.

Tetapi reaksi Anifah terhadap desakan tersebut sangat memalukan negara.

Apakah Anifah ingat rakyat New Zealand belum bertamadun lagi? Anifah ingat perangai mereka macam sesetengah orang Malaysia yang gila mahu pancung kepala orang atau kepala lembu?

Kenyataan Anifah yang memalukan, sila klik di sini
Anifah, yang dijadual mengadakan sidang akhbar mengenai isu itu hari ini, berkata diplomat itu akan kembali ke Wellington hanya jika dia telah diberi jaminan perbicaraan yang adil dan yang nyawanya tidak berada dalam bahaya di sana.
Catatan Oleh 

No comments:

Post a Comment