Pages

Monday 4 August 2014

Kisah Lelaki Brutal boikot McD... & Kisah seekor burung kecil comel...Allah akan menyoal aku nanti!

Isnin, 4 Ogos 2014

Bukan cakap kosong!! Lelaki ini boikot McD tahap brutal... 

Seorang lelaki mengambil langkah unik memboikot produk berkaitan Israel apabila muncul di restoran McDonald bersama dengan Nasi Kerabu bungkus dan teh ais.

Tindakan beliau mendapat pujian ramai pengguna media sosial. Namun, lokasi dan identiti lelaki tersebut tidak pula dinyatakan dalam foto itu.

Tranungkite/Kerengga.



Usaha memboikot beberapa produk Yahudi mungkin dipandang remeh sesetengah pihak namun kita boleh mengambil iktibar kisah di bawah :-

Semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, ada seekor burung kecil comel yang menonton peristiwa itu, lalu terus terbang berulang-alik mencari air. Burung kecil itu menyedut dan mengisi air di dalam paruhnya lalu dilepaskannya ke atas unggun api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Itulah yang dilakukannya berulang-ulang kali, sehinggalah Nabi Ibrahim a.s. dikeluarkan daripada api.

Perbuatan burung kecil itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain, lantas bertanya kepada burung kecil itu, "Mengapakah kamu bersusah-payah berulang-alik mengambil air, sedangkan kamu tahu api besar yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan sedikit air yang kamu siramkan itu?"

Lalu dijawab oleh burung kecil, "Walaupun aku tahu aku tidak berupaya memadam api tersebut, namun aku mesti berusaha untuk menegakkan kebenaran atas kemampuan yang terdaya oleh diriku sendiri, Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak! Aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, kelak di hadapan Allah aktu tidak akan dipertanggung-jawapkan kerana aku telah berusaha melakukan sesuatu apabila melihat kezaliman!"

** Jika TIDAK MAMPU memberi untuk Tabung Palestine berusahalah untuk berhenti menyumbang dana kepada Zionis

No comments:

Post a Comment